Wednesday, June 30, 2010

this week's visit

Inilah akibatnya apabila aku membiarkan blog SN tanpa entri selama 3 hari berturut-turut..uwaa


cantik kan 'tangga' yang menurun itu..huhu..maaf blog ku

by the way, I always love my readers..thanks!!

Tuesday, June 29, 2010

Cukup Indah lagu ini

Lirik 
Lagu : Cukup Indah (Alif Satar) 

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Korus

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Korus

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai







copied from : here


p/s : lagu Jangan Nakal daripada Alif Satar pun best juga..hehe

khas untuk peminat World Cup..bola bola bola


aku rasakan, yang masuk final adalah...emm..rahsia lah..hehe


sumber rujukan di sini

Monday, June 28, 2010

ceritaku episode tiga

Pada satu hari, 28 June 2010 merangkap hari pertama posting..Orthopaedics ..kira-kira jam 10 pagi gak la...

..::: erk sebelum tu, jom flash back kembali 8 jam yang lalu sebelum kejadian di atas berlaku..jeng jeng jeng. Jam 2 pagi, aku sedang membaca 'FACEBOOK', mengamati gambar-gambar kenangan reunion di JB. Padahal baru je sampai dari KL kot plus ada kelas pagi esok..aigooo..(perkara normal yang berlaku bila dah lama tak online)

okay sambung balik cerita. Pagi tu, aku tak sempat bersarapan. Jadinya sesampai di hospital aku terus la beli sebungkus roti. Akibat kelaparan yang amat sangat, roti dimakan sambil aku berjalan menuju ke klinik Pakar Tulang. 

Di klinik, sambil menunggu doktor, seorang pak cik menegur sinis, "aik doktor pun makan berdiri?". Okay tenkiu pak cik panggil saya doktor walaupun saya masih student lagi. Pak cik dah salah sangka. Tapi maaf dipinta atas perilaku saya yang kurang sopan itu. Orang ramai kat situ, tak de kerusi kosong..camne nak duduk??..perutku dah bergendang hebat..aigoo..uwaa

p/s: jagalah tingkah laku kerana sesungguhnya kita sentiasa diperhatikan..oleh Tuhan 

Di wad, semasa bed side teaching. Doktor bersoal jawab dengan kitorang tentang upper motor neuron dan lower motor neuron. Pesakit berada di tengah-tengah. Dan secara tiba-tiba pesakit tu berkata, "saya jatuh motor..sakit..bla bla bla". Aku dah pelik je. kenapa uncle ni? "eh kenapa dengan uncle ni, ada orang tanya ke tadi kenapa leher dia patah??". Seorang rakanku berbisik, "I think he heard la tadi, we talked about Upper Motor Neuron..that's why laa" Oh haha..uncle uncle..lucunya..moga cepat sembuh saya doakan okay..peaceV

bersambung.....

seharian di Johor Bahru

Rasanya tak perlu aku ceritakan mengapa aku sepi selama tiga hari tanpa sebarang entri, sebab gambar-gambar ni nak berceloteh..ayuh


bermain bowling di Daiman JB

Makan di VIVO, Jusco Tebrau...JB..pizza yang nipis tapi rangup 

menonton knight & day..hehe

Terima kasih kepada rakan-rakan yang dulu se-sekolah denganku, yang sudi hadir memeriahkan reunion kali ni. Walaupun tak semua dapat hadir, walaupun majlis ini simple, walaupun plan dibuat pada saat-saat akhir... kenangan  bersama korang semua pasti takkan boleh aku lupa..hehe..seronokkk.. 

pada rakan-rakan yang tak dapat hadir, maaf dan InsyaAllah kita boleh buat lagi lepas ni. Semoga persahabatan yang terjalin berkekalan selamanya dan semoga success semuanya. INTEM boleh! (tiba-tiba).

Thursday, June 24, 2010

ceritaku episode dua

..:: sambil mata menonton perlawanan Italy menentang Slovakia..'dia' menulis sebuah entri..jeng jeng jeng ::..

apa khabar ekau-orang semua? Pak cik sihat? mak cik tak de sakit mana-mana kan? cik ok ke? adik dah makan malam? bagus sekali. Tapi tak sebagus 'dia' yang kini bergumbira bersama keluarga tersayang..kan kan. 'Dia' selamat tiba di Muar jam 6.30PM selepas bertolak dari Ipoh jam 12.30PM tadi. 

"kenapa lama sangat sampai 6jam? Jauh ea?"

6jam bermaksud 'dia' menaiki bas, bukan kereta, kapal terbang jauh sekali dan itu bas transit (dari Ipoh ke KL & dari KL ke Muar). Dalam bas, 'dia' tidur je. Tapi 'dia' terpegun tatkala melihat seorang ayah memangku bayi kecil sambil mendodoikan bayi tersebut. Kagum 'dia' memandang. Oh lupa, selamat hari bapa, abahku! ( tiba-tiba T_T ). Akan tetapi, 'dia' geli tatkala terpandang di hadapan tempat duduk 'dia', kelemumur berguguran jatuh seakan salji hinggap di tepi dinding tingkap bas sambil seorang pemuda sungguh lena bersandar di tingkap tersebut. Ayaakk!! *bluwekk..uh

Okay, 'dia' tu .. aku lah.

Lepas tamat je kelas 'video feedback' yang memakan masa 4jam jugalah, aku terus menuju ke MUORRR. Kelas agak lama sebab banyak masalah teknikal yang berlaku. Takpe, yang penting banyak ilmu yang berguna kitorang dapat today.

Firstly,

Aku kena bawa tali bila gi interview patient. Bukan satu, tapi dua. Sebab? kena ikat kaki dan pen aku. Masa tengok balik video aku tadi, terserlah tabiat aku yang agak susah nak hilang iaitu suka goyang2 kaki dan main2 pen di tangan. Doktor kata sume tu leh distract pesakit. Not good huh!

Secondly,

Don't put answer into your patient's mouth! Contoh: "Adik tiada sakit lain?" Automatically, his/her answer will be..NO (tiada). So kena ubah sikit soalan, "adik ada sakit lain ke?"

Next,

Try not to write during taking the history. in exam..semua tu, waste time korang je. the more you ask, means more marks!

Then,

Address your patient with her/his name. For example, the suitable questions after you asked "What is your name?" is..."Can I call you Mrs. Lim? Okay Mrs Lim..bla bla bla". If you compare that with this one: "What is your name? Your age? are you married?" The previous one is better right? Remember his/her name tells your patient that you pay attention what he/she said just now (I mean about telling his/her name)

last but not least.

Don't judge your patient! Contoh yang kitorang tengok tadi, perbuatan mengusap-usap dagu masa menyoal, tunjuk tangan ke arah patient. kata doktor, gaya camtu seakan-akan Polis menyoal pesalah. Contoh, kita nak tanya..cik sorang ke yang ada sakit ni dalam family? atau pun..Cik ada merokok? sensitif kan soalan tu. Patient akan rasa down. Tambah pulak kita punyer muka tu dah semacam, sambil usap-usap dagu lagi (dapat bayangkan tak nih?). Then patient will automatically say NO! They will not telling you anything..They will think that you are thinking negative about them. hmm logic la tu kan? Please, don't cause more harm to your patient.

...:: 'dia' pelik kenapa Italy tak sumbat gol pun lagi, Solvakia dah satu..haishh ::...

p/s: DR Yip sangat detail orang nye kan.. 
Beliau berpesan: Jangan pakai blink-blink, takut kena ragut. jangan pakai t-shirt kat kelas.."saya boleh pakai baju kemeja, kenapa U tidak?" petikan kata beliau.

DR Mra: 'Are you with me?'
DR Hla : 'My child..my children'
DR Subra: 'Oh baby..'

Wednesday, June 23, 2010

aku jawab bila kau tanya

..::: aku menerima satu soalan dari seorang rakan lama melalui FORMSPRING. Tidaklah arif pun tentang formspring. Baru beberapa hari membuka akaun tu. Saja-saja. Meh aku tunjuk bukti..nahh



Aku tak tahu siapakah gerangan yang bertanya. Tapi kenapa ye aku menyebut 'rakan lama'? sebab pertama, dia panggil aku Belle. Jadi boleh detect la, mesti rakan sekolah Integrasi atau KMJ. Refer entri ni tuk tau tentang sejarah Belle'. Kedua, ayat dia..'bukan UiTM ke'. Owh dia tahu yang aku pernah study di UiTM dulu. Confirm lah kawan lama kan. Okay enough. 

Next.

La, ada gak yang tak tau aku study di Ipoh sekarang. (perasan popular la kau nih). Tak pe, aku tak salahkan 'kau' yang bertanya. Masa aku pindah study ke IPOH dulu pun, aku senyap-senyap je. Tak ramai yang tahu. Cuma membe terapat aje. Dah lama pastu baru berani nak bagitahu orang..'oi korang, aku dah jadi orang IPOH'..huhu. Ala nak buat apa kecoh-kecoh. Pindah tempat belajar je...bukan nak kahwin pun. 

Aku tak bagitahu 'kau' bukan bermakna aku tak anggap 'kau' kawan. Cuma malas nak jawab soalan 'kau-kau' yang mungkin sejenis dan seperti ni, 'kenapa kau tukar ke IPOH?'. Sebab aku takde dan belum jumpa jawapan yang best nak bagi kat korang yang bertanya nanti. Penyelesaian terbaik, diam dan kalau ada orang paksa sampai ugut nak tikam aku ke, barulah aku bagitahu..huuu. Sekali sekala nak gak jadi artis, bagi jawapan camni, "em no comment."..auww

Papepun, bagi orang-orang yang sejenis macam 'kau', yang ade 'intention' nak tahu kenapa aku berpindah tempat belajar, aku harap biarlah ianya datang daripada mulut aku sendiri. Boleh je nak tanya orang lain. Aiman tak kisah pun. Ikut masing-masing ler. Yang penting aku gembira dengan kehidupan aku sekarang. Eh aku tak kata kat UiTM aku tak gembira. UiTM is the best! Just...Life must go ON! InsyaAllah segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku sebagai hamba-Nya, redha menerima ketentuannya. (nape ayat macam sedih je ni?)

p/s: Dr subra sangat lawak masa ajar kitorang buat per-rectal examination tadi..hikhik

streamyx-kelas terakhir-balik

  • Aku sedang menggunakan STREAMYX (sebelum ni guna CELCOM broadband). Murah sikit la. RM68 untuk 4 orang = RM17 sebulan. Kalau guna Broadband, RM50 sebulan. nampak tak ada sedikit penjimatan di situ? ok good.

  • Hari ni hari terakhir untuk praktikal EXAMINATION iaitu Respiratory Examination (pemeriksaan sistem pernafasan). Hanya tinggal 'sebijik' kelas je esok (video feedback) untuk minggu INTRO (4weeks). Ayoo, siaplah pasni confirm dah busy. (jeles tengok membe yang dah balik semalam..uwaa)

  • Esok balik MUORR!! Saat yang dinanti hampir tiba. Tak sabar rasanya. (ingatkan aku untuk mengemas beg pakaian pasni)

Tuesday, June 22, 2010

Jangan dilayan perasaan itu

Aku perlu cepat-cepat keluar daripada 'dunia kegelapan'. Macam ayat citer Power Rangers, eh tak Sailormoon pun ada gak ni! haih...jom semak kata-kata daripada 'Code Blue' bawah ni;

"Asking patients about their medical histories and past diseases, is an important job of doctors. The diagnosis and treatment will then be changed according to their replies. That is right! Humans do that too. No matter when, human are always affected by their past. A painful past. A bitter past. A sad past. Occasionally, there exists humans, who are able to get rid of their past completely. But in a typical situation, humans have to move forward, together with their painful past."

Maksud kata-kata di atas boleh diringkaskan begini, kita sebagai manusia biasa takkan terlepas daripada mempunyai masa lalu yang silam. Eh tak, masa  silam yang pahit. Ada sesetengah orang, boleh melupakan terus masa lalu tu, tapi ada juga orang yang terus dihimpit oleh masa lalu. Ala yang dah lepas biarkan ajelah ia berlalu, jangan diingat. Yang baik jadikan sempadan yang buruk jadikan tauladan. Masa depan tak kemana jika terus dibayangi masa silam..uwaa sedihnya tengok 'Code Blue' (heh tak masal tul ni)

Its easy for me to say....Mungkin oleh sebab itulah, 'dunia kegelapan' perlu ditukar segera kepada 'dunia kecerahan'...dan kini blog SN bertukar warna kulit lagi..hehe..(Info: template Blog SN sebelum ini berwarna HITAM). 



p/s: Why as humans we are always craving for the truth? It's not it true that sometimes beautiful lies are better than the ugly truth? huh

Keyword for last month, last week & this week

Baru-baru ni, antara penyumbang terbesar UV blog SN adalah daripada GOOGLE search Engine (SEO). Jom semak antara keyword yang tersenarai ni okay??!! (malas nak taip, tunjuk guna gambar boleh kan? hee)

(this week)
Paling meng'confius' kan adalah 'trak handalan tentera darat'...rasanya tak pernah tulis pasal tentera..emmm. Slot Akasia Shah Jihan antara penyumbang terbesar! ada dua maksud di sini. Pertama, cerita itu memang best. Kedua, ramai yang tak follow kat TV, so cari di internet, just nak tahu ending cerita tu...emm, aku pilih pilihan pertama kot.

(last week)
Prince of Persia memang best. Tak rugi buat entri pasal tu. Tak rugi juga bercerita tentang bola..heheh. Opss Ika, ada orang stalker kau..hati-hati beb...peaceV!

(last month)
Syahir AF adalah penyumbang paling bergaya..hehe. Biar aku betulkan ejaan nama sebenar beliau..SHAHIR..hmm..Ape cer Shahir sekarang ek? Tak sempat nak tengok astro sebab tak balik kampung..uwaa..okay gediks!

p/s: tak sempat lagi nak view tentang SUKMA yang menyaksikan Terengganu menjadi juara keseluruhan, busy view benda lain..kuang3. Fakta ini harus tahu ye kawan-kawan supaya kalau orang tanya nanti, negeri mana ek JUARA SUKMA 2010 (sejarah Malaysia)...takdelah terkial-kial nak jawab..hee

Monday, June 21, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !


Berhubung tajuk di atas .. maka dengan itu entri ini terkeluaq .. hehe



Masa aku  'mula aktif' berblog semula, BLOG HA menjadi antara blog yang aku suka baca. Apa maksud 'berblog semula'?. ..info: aku mula berblog 2 tahun lepas, tapi sebab dah ter'delete' entri yang lama-lama, I'm officially 'mula aktif' pada awal tahun 2010!!.. Blog HA dijumpai secara tidak sengaja (tak ingatlah jumpa kat mana). Yang pasti, antara daya penarik blog HA selain daripada gaya penulisan yang bersahaja dan kelakar adalah, Background Muzik yang best (lagu Ya ALLAH-wali band). Kiranya, kalau online mesti buka blog HA semata-mata nak dengar lagu tu. Then, from this blog jugalah, aku kenal siapa itu Maher Zain. Lagu beliau (Maher Zain) memang menusuk sanubari jiwa dan raga..chewaah. Begitulah sejarah mengapa Blog HA menjadi 'blog pilihan'. Tapi sekarang blog tu dah takde lagu. But still minat nak baca entri beliau yang kelakar dan berilmiah..jom pakat ramai-ramai cek blog HA..hehe

Next!

Its All about Journey - http://joegrimjow.blogspot.com/

Sat pikir sat. Bila ek aku jumpa blog dia ni?? Daripada blog HA kot. Saje je nak view mula-mula. Follow pun sebab follower dia ramai sungguh. Aku pantang tengok orang yang beribu-ribu follower. Sekali cek..owh memang mantap blog Joe (lepas ini disebut blog J). Blog J sangat sempoi, banyak info, ada komik best (entri yang disampaikan melalui gambar berdialog). Seingat aku, entri beliau yang paling menarik minat aku adalah '5stage berblogging' diikuti dengan 'scene yang dipotong dalam Adamaya'. memang kreatif dan lawak sangat. Rugi tak follow blog J..hehe


Aku jumpa blog beliau semasa membaca majalah REMAJA. Dalam ruangan apa ntah. Ya, aku still baca REMAJA walaupun aku bukan di alam remaja lagi..uwaa. Ala, takpe la..Okay be serious. hmm..Rupanya, beliau ni sangatlah terkenal di kalangan blogger..aku je yang baru kenal. Nak kata artis bukan, cuma seorang penulis belog. Follower dia ramai sungguh. Memang tak caya gak mula-mula, tapi bila dah buka blog beliau..fuh..memang mantap. kalau tak silap aku, entri yang mula-mula aku baca, entri tentang rahsia diet. Lukisan beliau memang tak boleh blah. Lukis kat Paint je, nampak macam gambar burger, tapi rupanya gambar makanan dalam perut. (ala tak best cakap je, kena tengok sendiri) Jom cekidaud Blog HZ!

Last sekali,


Rasanya, tak perlu cerita panjang..ramai dah kenal kot blog ni. Banyak jugalah info untuk blogger newbie dia kongsikan. daripada BLOG BA lah, aku terdetik nak tukar template lama aku yang bereben-reben pink tu ..TQ BA! Selain daripada entri yang simple tapi  berinfo, beliau sangat rajin mengupdate entri. Yang terbaru, beliau ada post tentang nak buat list baru untuk blogger baru. Dia buka penyertaan sampai kul 12am je, dan aku sempat mengepost link aku kat entri beliau pada jam 11.57 pm..huhu...Jom cek blog beliau okay??

eh ada lagi satu blog tertinggal...


erk aku men pilih je blog ni sebab macam best je. baru je follow. Beliau sama bidang dengan aku. Hurm best kot sume entri dia. Antara petikan entri beliau yang aku rasa best nak kongsi dengan korang adalah:

"I also know that some might say, "I don't have anything to hide, so what's the problem?"


But would you two walk around the house naked after marriage, simply because technically, u "don't have anything to hide"? No? Why still hide it then?

Yes, boundaries."


So what else I can say?? Jom baca blog PS..hehe

Sebenarnya banyak lagi blog-blog yang best aku nak kongsikan dengan korang, tapi rasanya cukuplah 5 dulu..nanti-nanti eh..selamat membaca blog..hidup Malaysia (tak masal)...dadaaa


Belle' : MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG wonderful life of me


p/s: jujur aku katakan yang isi dalam entri ni sebenarnya adalah isi entri yang sama yang aku pernah post zaman dulu dolu. cuma aku ada la edit sikit2 sebab nak join segmen 'saya suka blog awak la'. So kire aku publish balik apa yang pernah aku tulis dulu..deal? hee

Saturday, June 19, 2010

ceritaku episode satu

Minggu depan masuklah  minggu ke-4 aku di Phase 2. Sepanjang di Phase 2..banyak jugalah yang aku dah belajar. How to take Patient's history, how to do general Examination and other examinations. It was very interesting to learn but I still need a lot of practice lorh. Practice makes perfect!! Fighting..

But, but, but..In my first week, I don't know why..I thought I was strong enough..but I'm not actually. I cried. I felt so upset after doing bad in front of Doctor. Honestly, I felt angry with my first patient (I should not be angry). Okay, she is only 15 years old..she is very shy, not very talkative and sometimes I feel like she had no interest to talk with me at all. (jahat tak aku)..Then Oh my god. Damn. Guess what?? I told everything about that feeling to Doctor and you know, what she said to me?? "hah, macam tu lah patient tu rasa tadi..sama macam apa yang awak rasa. Awak takut Syafiqah, dia pun takut!!" (ada panjang lagi dia marah, tapi biarlah jadi rahsia aku..boleh?). Suddenly, kelopak mataku bergenang-genang dek air mata..I can't bare it anymore and..My tear goes down just like that..and lalala. I was so fragile.

Apa yang aku hendak kongsikan di sini adalah tentang kesalahan yang aku sendiri lakukan. Antaranya, aku terlalu formal dengan pesakit aku sendiri. Bayangkanlah, dia baru berumur 15 tahun, sebaya dengan adik aku daa. Gelaran adik-kakak adalah lebih baik daripada gelaran saya-awak kerana perbezaan umur yang tidaklah begitu ketara. Kat situ je dah boleh build 'Rappor'. (ya memang aku tidak terfikir langsung). Then banyak jugalah perkataan medical yang aku gunakan. Contoh menstrual cycle. Perkataan datang bulan lebih sesuai di sini. kalau patient tu Cina, lagi lah susah nak explain.."amoi, itu bulan ada datang kaa?" (contohlaa). 

Dari segi masalah pesakit yang agak segan-segan nak bercerita pula. Doktor pesan, cuba lah borak-borak dulu. tanya tentang kawan-kawan kat sekolah ke. Tapi seyes, budak tu macam ada rasa takut-takut sikit. Mak dia ada kat belakang kot. Biasalah remaja, tidak semua perkara mesti diberitahu kepada ibubapa. Then antara sebab aku kata dia tak berminat nak bercakap dengan aku, contoh, bila aku tanya, dia geleng. Bila aku tanya "ada sakit mana-mana lagi tak?" dia geleng gak. Ok fine. Tiba-tiba emak dia menyampuk..."ada lenguh-lenguh kat bahu. maybe sebab angkat beg berat gi sekolah". Okay, sabau aje lah. "baik aku borak dengan mak dia, banyak sikit info aku dapat", bisik kata hatiku. Okay! Diingatkan ye, dalam keadaan camtu, kita kena jadi cool je. jangan cepat melenting cam aku..huahua. COOLLLL~

Pengajaran yang paling penting, sila banyakkan berkomunikasi dengan pelbagai golongan, sebaya, muda, tua dan kanak-kanak. Nak dapat good HISTORY, kita kena jadi macam Melodi. Kalau boleh semua benda kita nak tahu pasal dia! Aku rasa, aku perlu kurangkan bersosial di Laman Sosial seperti di Facebook dan lebihkan bersosial with live people..maksudku face to face..yo Basyaahh Belle'! (bagaimana nak hilangkan rasa malu berdepan dengan orang ek?? hmm)

bersambung.......

p/s: esok nak tengok Toy Story lepas gi hospital...yeah!!

info: H(x) = history....em doktor tu pesan lagi, kalau nak jadi doktor kena kuat, tak boleh nangis-nangis, tak boleh stress, kalau jumpa Dr Surgery, lagi la diorang suka nak buli orang lemah camtu. Baiklah~

Friday, June 18, 2010

sambungan entri semalam (syahjihan dan FIFA)

selamat menyambut hari Jumaat. Entri ini ditulis bagi menyambung apa yang tidak tersambung semalam. Semalam aku ada mengatakan "Wait and See", serba salah pula apabila membiarkan orang "Tunggu dan Lihat". Jadi aku pun decide nak bagitahu apa yang berlaku semalam. Iaitu tentang Episod Akhir cerita Syahjihan dan Result Argentina melawan Korea Selatan

Penamat kepada cerita Shahjihan ialah orang jahat mati, orang baik hidup, dan bagi yang bercinta akan bersatu. Happy ending. Faham tak nih ek?? emm..Rupa-rupanya, dalang sebenar dalam cerita tu adalah isteri Tuan Haris. Gara-gara cemburu, dia (juga merupakan bekas teman wanita kepada Ayah Jihan) menyuruh Ayah Jihan membunuh Ibu Aisyah (juga isteri pertama Tuan Haris). Mula-mula macam suspen bila Aisyah berdendam dengan Jihan, tapi keadaan berubah terus apabila si hero datang menyelamatkan heroin. Biasalah tu kan. 

Semoga TV3 dapat menyajikan persembahan yang lebih mantap selepas ni dan kita tunggu dan lihat ajelah okay..(aik wait and see lagi ke?? huhu)..kalau perasan la, cerita yang berunsurkan jodoh pilihan Ibu Bapa telah menjadi pilihan ramai..(eg: Nur Kasih & AdaMaya)..hurmm

Pasti ramai dah tahu FIFA WORLD CUP 2010 semalam menyaksikan Korea tewas ditangan Argentina...Yahooo (walaupun aku sokong Korea sebenarnya). Semalam aku terkutuk Messi betul-betul sebelah salah seorang peminat setia Messi..aku mana tahu ko peminat Messi..erk sori ye bro..aku janji tak buat lagi dah pasni..haha..Argentina memang terrorrr!


p/s: hari ini mood DR Mra sangat baik..syukur ya Allah

Thursday, June 17, 2010

SUKMA 2010 di Melaka

SUKMA 2010..menyaksikan Johor memenangi Emas dan Perak dalam acara lontar peluru hari ini. Tiba-tiba aku rasakan ada semangat Anak Johor ldalam diri ini alu ingin memperkenalkan Lagu negeri Johor kepada kalian....



Allah peliharakan Sultan 
Anugerahkan dia 
segala kehormatan 
sihat dan ria 
kekal dan makmur 
luaskan kuasa 
menaungkan kami 
rakyat dipimpini 
berzaman lagi 
dengan merdeka bersatu hati 
Allah berkati Johor 
Allah peliharakan Sultan

Syah Jihan Episod Akhir

hari ini episod akhir Syah Jihan....jom layan lirik OST Syah Jihan okay,


Kosong hidupku tanpa mu
Cermin ku membayangkan bayanganmu
Pameran kaseh ku layu
Tiada dirimu tiada untukku
Tinggalkanku dalam anganku
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu


Kau hilang terus kau menyepi
Tawaku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya


Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita


Pergilah kau pergi dariku
Biarkan ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasehmu
Meski hati merelai


Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang mula ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi


Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita nyata tiada jalan penyambungnya


Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata


Dengan kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin


Chorus
Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi


Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapan ku
Untuk hidup bahagia bersamamu


Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku


Ulang Chorus


Pergilah kau pergi dariku
Biarkan ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasehmu
Meski hati merelai


Sinopsis pendek Slot Akasia TV3 Syah Jihan: Menceritakan tentang penyiasatan Jihan tentang pembunuh bapa beliau manakala Aisyah pula mencari pembunuh ibu beliau dan ayah kandung beliau. Rupa-rupanya mereka  mencari orang yang sama iaitu Tuan Haris. Konflik cerita berlaku apabila Aisyah mendapat tahu bahawa bapa Jihan merupakan pembunuh sebenar ibunya. Tragis sungguh. Aisyah bertekad membalas dendam dengan cubaan membunuh Jihan, iaitu kekasih beliau sendiri. (Ternyata, perasaan marah dan dendam mampu memadam rasa cinta dalam sekelip mata..huhu). Adakah Aisyah dan Jihan akan bersatu? Soalan itulah yang menyebabkan aku berada di depan TV sekarang..kuang3..kita tunggu dan lihat!!


Syah Jihan = Aisyah dan Jihan (macam AdaMaya laa)

p/s: Argentina lawan Korea..agak-agak siapa menang ek?? sila tunggu dan lihat juga okay..(~_~)V

dari Johor ke Indon ke Swiss

baru balik selepas menjadi pemandu pelancong jap tadi. Orang Johor pakat mai Ipoh ramai-ramai, takkan tidak bawa diorang pergi jalan-jalan. Tapi kitorang tak ke mana sangat pun. Ada apalah sangat tempat yang best malam-malam kat IPOH ni. Just pergi makan kat Restoran Dee Jay Arr, pergi Jusco dan makan 'Supper' di dataran. Macam biasalah kat dataran, kalau 'nasib baik' dapat tonton orang yang tak lepas audition AF (melampau tak ayat aku ek?) mendendangkan lagu bersama gitarnya sambil kami menjamu Char Kuey Teow basah. Huh, makanan memang lazat, cuma 'tang' penyanyi tak pass AF tu je la spoiler. Eh jap..tapi yang kali ni agak better, suara boleh tahan..cuma ekspresi muka agak berlebihan dan mungkin 'pitching' tu ada lari sikit..boleh cuba la lain kali ye..wakaka. papepun, kesimpulan kat sini adalah..BEGITU SEKALI EK NAK CARI REZEKI..tidak mengapalah..asalkan rezeki itu halal. 

Nak kongsi sikit la..bile check kat Feedjit..aku jumpa ni...teng teng teng


--> klik gambar untuk paparan lebih jelas

Atas tu Flag Indonesia kan? Wah ada orang indon melawat di sini la. Selamat datang Pak..Ibuk. Sihat enggak? Gi mana belog nya...ganteng enggak?? moga happy sekali membacanya..lalala...Oh tapi rasanya mungkin datang daripada teman-teman yang belajar di sana barangkali..hehe


Goalscorer Gelson Fernandes (left) of Switzerland celebrates victory with team mate Benjamin Huggel after tha 2010 FIFA World Cup South Africa Group H match between Spain and Switzerland at Durban Stadium on June 16, 2010 in Durban, South Africa. (Switzerland 1 - Spain 0)

Wednesday, June 16, 2010

Hujan yang turun bagaikan mutiara

Jam menunjukkan, 5.30 petang..selalunya waktu-waktu begini..lately lah...hujan pun turun..jadi bila hujan pun turun..segala 'plan' pergi jogging atau riadah terpaksa dibatalkan. Uwaaa..Pada team RCMP untuk karnival sukan kat Gombak nanti, harap latihan korang tetap boleh diteruskan walaupun hujan sangatlah lebat..semoga berjaya okay...korang boleh punyer.Owh thanks, semalam UV aku naik..hehehe..best2..okay got to go, nak gi lawat sepupu Din yang akan interview kemasukan ke UniKL RCMP esok...gud luck to him and daaa..

Tuesday, June 15, 2010

Aku tukar template lagi..maaf ye

adoyai sorilah korang..kalau ada yang perasan, aku asyik tukar template je seminggu ni (kalau takde yang perasan, oh betapa amatlah malu diri ini..T-T). Biasalah, aku ni dah la tak kreatif, ade hati nak hias blog ni kasi baekk punye kan. tapi akibatnya, bila aku check kat Nuff, visitor berkurang la..buffered earning pun tak dapat dah. aku rasa sebab tempoh nak loading blog aku lama sangat kot...nak tunggu yang reben-reben pink tu keluar lah..ah leceh sungguh. Memang la tajuk template tu 'the cutest blog'..tapi kalau dah 'laju sangat', bukan cute lagi dah okay..adoyai. Jadi aku decide untuk tukar yang simple-simple aje..senang lorrr. (ces padahal diri sendiri yang tak rajin ber-blogwalking dan entri pun kurang menarik..alasan sungguh la ko belle')...lagi satu, kesian la pada mereka yang agak kurang laju connection internetnya kan, mesti fed-up kan..lambat gilerrr loading (baik tak aku fikirkan pasal kemudahan korang..ye thank you)..last but not least, terima kasih kepada pembaca setia blog ini (kalau ada laa)

p/s:akan cuba update sekerap mungkin..tapi kalau idea kering, masa pun takde..apa boleh daku buat kan.."usaha manusia tidak akan boleh melawan kehendak Tuhannya"..percayalah (~_^)

ini adalah entri yg ke-13 pada 15hb dalam bulan  ini

Monday, June 14, 2010

Kisah Nasi dan Telur Goreng

cerita pun mula...

Pada hari Isnin, 14 Jun 2010 bersamaan dengan 1 Rejab 1431H...satu mesej  telah diterima oleh Kid di handphone NOKIA beliau..(wes ingat boikot Nokia tau, dah terbeli takpe la..takkan nak buang kot). Antara petikan mesej tersebut ialah;

 "Jangan tiada masa dengan Allah, takut pula nanti-nanti Allah pula yang tiada masa dengan kita....mari berpuasa sempena 1 Rejab esok!"

Kid terus memberitahu dua 'ekor' housemate beliau yang lain iaitu Bel dan Din.

Bel: Eh esok satu Rejab ke..jom puasa esok..
Kid & Din : JOMmmm!
Din : erk tapi kita nak sahur apa?
Bel : Nasi ada kan, telur pun ada..apa lagi..hehe
Kid : Orait, tapi jangan tak bangun ea esok..kejut aku wes!

Din terus ke dapur menanak nasi, manakala yang lagi dua 'ekor' tu terus masuk tidur..Zzzzz..hampeh

Tepat jam 5.20 pagi..mereka pun bangun. "Erk dah 5.20, sempat ke nak goreng telur ni?? sempat kot"...apa lagi mereka terus berlari ke dapur dan menggoreng dua biji telur. Kesimpulannya, mereka bersahurkan air kosong, nasi dan telur goreng. Sedihnya kerana tiada kicap. (Takpe lepas ni ingatkan mereka untuk pergi membeli itu kicap eh..haha) 

Sesampai waktu berbuka dan selepas solat Maghrib, mereka berbuka di Restoran Dee Jay Aar (salah satu tempat makan di Ipoh).

cerita tamat...

Jadi sempena bulan Rejab ni, aku ingin berkongsi sedikit 'hot info' tentang Bulan Rejab. Sebelum tu, mari nyanyi, "Muharam Safar RabiulAwal.....Rejab Syaaban Ramadhan...Syawal Zulkaedah Zulhijjah..lalala". Oh lepas rejab, Syaaban. Lepas Syaaban Ramadhan...Dah nak dekat puasa Ramadhan la..hehe. Pastu Raya..hoyyay.. Okay. back to main topic!

Hot Info tentang bulan Rejab

  1. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad SAW. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa. 
  2. Bulan Rejab adalah antara bulan-bulan 'Haram' di dalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:

    "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa." 

    Menurut Tafsir Jalalain, yang dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah: 
    "Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"

    p/s: Umat Islam diharamkan berperang dalam bulan-bulan haram kecuali mereka diugut.


  3. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain. 
sumber rujukan di sini~

Okay sudah penuh 'Hot Info' didada? Lepas ni JOM tanya minda dan akal pula. hmmm..Bila sebut Bulan Rejab je, mesti ibadah Puasa yang terbayang di minda..Untuk aku pula, itu perkara pertama..then perkara kedua adalah...erk puasa Ramadhan dah nak dekat la..puasa ganti sudah habis bayar ke belum ek?? hehe..jadi pesanan untuk kawan-kawan sejantina (ops bukan kawan-kawan disini, korang mesti dah habis ganti kan, kawan-kawan di luar sana) dan untuk diri sendiri juga, jangan tunggu saat-saat akhir baru nak puasa ganti..do it now okay..kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan..lagipun bertangguh kan tidak elok..ye tak? okay..selamat menjalani ibadah puasa..good luck!

Kata-kata akhir: kenapa restoran Four You To See di Fair Park, Ipoh tidak menggunakan nama seperti For You To Taste or For You To Eat?? bukan kah lebih sesuai..hmm..zas layann~







Sunday, June 13, 2010

Teka-teki dulu-dulu kecik-kecik

Masa zaman kanak-kanak, aku suka main teka-teki, walaupun tahu jawapan dia sangat lah tak masuk akal, tapi still nak juga try jawab...jom try jawab teka-teki yang aku masih ingat ni okay..(~_~)
  1. Agak-agaknya lah, kenapa ek Siput Babi berjalan lambat? 
  2. Apakah bangunan tertinggi di dunia? bukan KLCC !
  3. Apakah yang hitam di dalam dan kuning di luar?
  4. Ia ada pada Ayam, tiada pada Itik..Ia besar di Arab kecil di Cina? Apakah Ia?
  5. Banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang
    • jual bag?
    • kedekut?
    • Tangan kat kepala, kaki kat kepala, mata kat kepala dan mulut kat kepala?
  6. Air apa yang paling berani?
  7. Banyak-banyak tali, tali apa yang paling panjang?
  8. Benda apa yang turun dulu pastu baru naik?
  9. Selalunya kita panjat dulu baru jatuh, tapi apa yang jatuh dulu baru panjat?
  10. Hujan ada berapa titiknya?
  11. Ayam kan bertelur..telur datangnya dari Ayam..so telur ke ayam dulu?
  12. Makan pisang buang kulit..makan kulit buang apa?
  13. Masuk kandang Kambing mengembek, masuk kandang Harimau???
  14. Ayam 'berkokok', Harimau??
  15. Banyak-banyak buah, buah apa yang tidak boleh makan?
  16. Kalau kebun buah terbakar, ada tiga buah aje yang selamat, sebutkan buah itu.
  17. Satu hari ni, aku nak melintas jalan kat Traffic Light, tapi kereta-lori sangat lah laju..macam mana aku nak lintas jalan dengan bantuan seekor burung dan sepucuk pistol?
  18. Apa 3 cara nak masukkan gajah dalam peti ais?
  19. Apa 4 cara nak masukkan badak dalam peti ais?
  20. Banyak-banyak loceng, loceng apa yang tulis blog?

p/s: (semak jawapan kat bahagian comment di bawah ni)

Saturday, June 12, 2010

Aku cuma belum jumpa kau je lagi

Haven't Met You Yet lyrics

Songwriters: Buble, Michael Steven; Chang, Alan; Foster, Amy


I'm not surprised, not everything lasts
I've broken my heart so many times, I stopped keeping track
Talk myself in, I talk myself out
I get all worked up, then I let myself down

I tried so very hard not to lose it
I came up with a million excuses
I thought, I thought of every possibility

And I know someday that it'll all turn out
You'll make me work, so we can work to work it out
And I promise you, kid, that I give so much more than I get
I just haven't met you yet

I might have to wait, I'll never give up
I guess it's half timing, and the other half's luck
Wherever you are, whenever it's right
You'll come out of nowhere and into my life

And I know that we can be so amazing
And, baby, your love is gonna change me
And now I can see every possibility

And somehow I know that it'll all turn out
You'll make me work, so we can work to work it out
And I promise you, kid, I give so much more than I get
I just haven't met you yet

They say all's fair
In love and war
But I won't need to fight it
We'll get it right and we'll be united

And I know that we can be so amazing
And being in your life is gonna change me
And now I can see every single possibility

And someday I know it'll all turn out
And I'll work to work it out
Promise you, kid, I'll give more than I get
Than I get, than I get, than I get

Oh, you know it'll all turn out
And you'll make me work so we can work to work it out
And I promise you kid to give so much more than I get
Yeah, I just haven't met you yet

I just haven't met you yet
Oh, promise you, kid
To give so much more than I get

I said love, love, love, love
Love, love, love, love
(I just haven't met you yet)
Love, love, love, love
Love, love
I just haven't met you yet

Pernah atau tidak korang...

Pertama:

Korang teringin sangat mencari sahabat lama yang hilang tanpa berita bertahun lamanya? Then, apa korang buat? Kalau korang biarkan, maksudnya orang tu tidak bermakna langsung la dalam hidup anda kan. Tapi pada yang tidak biarkan, mesti antara usaha yang korang lakukan adalah 'search' via FACEBOOK..kan kan...yup settle lah masalah dan jika bernasib baik.. jumpa, kalau tak..apa boleh buat. em apa kata korang try 'search' kat GOOGLE search engine. Taip je la nama orang itu dan settle. Aku cadangkan sebab aku pernah buat..heheh. memang tak ada kerja masa tu. Saje try test. Kitorang kenal kat Sabah, sekejap je..then lost contact selama tujuh tahun jugalah. kebetulan aku ingat nama penuh beliau dan MR. Google lah yang membantu misi jejak   sahabat kami. Begitulah cerita nya. Berminat mencuba? selamat maju jaya okay..heheh

Kedua:

Korang teringin sangat nak tahu tahap populariti anda di ALAM MAYA..bukan Maya Karin okay. Pertanyaan khas untuk orang-orang biasa macam kita yang bukan artis, bukan dermawan, bukan karyawan mahupun pemimpin negara .. okay. So..Try lah taip nama penuh korang di Google Search Engine. Lihat lah apa yang berlaku..pasti menarik bukan..hehe..try lah kalau belum try...Aku pernah buat, dan sekali lagi MR. Google telah membantu memberitahu maklumat penting yang aku sendiri tidak tahu tentang diri aku..opss rahsia..diam-diam sudah...k selamat mencuba untuk kalian.

p/s: pagi ni bola start ke? nasib baik ada orang bagitahu tadi, kalau tidak pasti aku terlepas seketul peluang best...hehe (esok tiada kelas sebab esok hari SABTU)


Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...