Sunday, May 22, 2011

cara nak tahu perempuan sukakan lelaki

Ini merupakan kesinambungan kepada entri [ini] yang bertajuk 'cara nak tahu lelaki betul-betul sukakan perempuan' from Blog The Other Khairul.

Pernah seorang kawan sekolah (lelaki) bertanya, "eh macam mana nak tahu perempuan tu suka kat kita?"

Aku speechless seketika.

Kemudian, aku pun cuba untuk menjawab, "erm.. Kau pergi je la tanya direct kat pempuan tu. Awak suka saya tak?"

"eh tak nak. Aku.. segan."

'Mahu tapi segan? segan, melepas lah kau..lalala.' namun ku hanya mampu bisik dalam hati je la.



Tak dinafikan, kebanyakan lelaki, macam tu. Kesian sebenarnya. Tapi lagi kesian pada orang perempuan. Nak segan sampai bila? berjanggut perempuan menunggu kome..huhu. Pepepun, sebelum nak usha awek, mohon pastikan dia single dan available. Nak tunggu mata kau lebam sebelah? ok bagus.

Kat entri kali ni, aku nak bagitahu korang antara perkara-perkara yang orang perempuan akan buat bila dia dah tersuka kat someone yang bergelar kaum ADAM / lelaki.

Dengan kata lain, Perempuan tu memang suka kat korang kalau...



1. Semua orang cakap ko ni budak nakal, tapi dia sorang je cakap ko baik.
  • Orang selalu kata yang cinta itu buta. Itulah yang selalunya berlaku bila perempuan tu dah start suka kat lelaki itu. Sebenarnya, kebanyakan perempuan especially remaja yang baru nak kenal apa itu cinta, lebih cenderung untuk suka kat lelaki yang bad-bad boy. Tak pasti kenapa tapi mungkin sebab diorang ni lebih romantik. Pandai bermain dengan kata-kata. Dan bila dah sayang, yang bad-bad ni terus buat tak nampak je. 
  • Dan kesian la kat lelaki yang baik-baik kalau dah semua perempuan minat kat lelaki yang bad-bad. Tapi cinta terhadap lelaki bad-bad tak kekal sebenarnya. Kadang2 itu hanyalah suka, bukannya sayang.
  • So, cer tanya org terdekat macam kawan dia ke, pandangan dia terhadap kamu. Kena usaha lebih sikit la. yes, you can do it!


2. Dia beri layanan first class kat korang
  • Walaupun dia sibuk belajar, bila korang mesej kat whatsapp mesti cepat je dia reply.
  • Walaupun korang call time die tengah tidur, dia sanggup angkat. Kalau tak terjawab call korang, dia akan terus balas panggilan atau mesej korang tu dan minta maaf cepat2.
  • Dia tak akan lupa nak wish besday korang or event2 yang penting dlm hidup korang 
  • Dia akan tahu semuanya tentang korang walaupun korang tak pernah bagitahu pun. 
  • Well, perempuan adalah stalker terulung, jangan tak tahu.


3. Dia beri 200% perhatian semasa keluar dengan korang
  • perempuan suka mendengar cerita dari orang yang dia sayang. 
  • perempuan pun mudah bercerita kat orang yang dia sayang, terutamanya perihal peribadi/keluarga.
  • kalau dia ni macam banyak rahsia or tanya sepatah jawab sepatah. Bila berborak pun macam tak interested je nak dengar or teruskan perbualan...cari je lah perempuan lain. Mungkin korang tak serasi. Good Luck!


4. Perempuan ni mudah meluahkan perasaan melalui muzik, puisi, tulisan dan lukisan
  • Perempuan lagi mudah nak express feeling diorang. Check je la 'what is on her mind' or status Facebook mereka. Cer tengok status kawan-kawan perempuan yang korang suka. Mesti ada punya status yang macam bagi hint or erti kata lain untuk menarik perhatian lelaki. Tak kira lah samaad status itu dicopypaste mahupun lahir dari lubuk hati diorg. Yang penting, ianya memang apa yang diorang rasa sebenarnya. Jarang la update status jiwang sebab nak tarik perhatian jiran sebelah rumah, kan?
  • so, start lah stalk Facebook / twitter diorang. Kalau ada blog, jangan tak follow plak. Blog lagi la tempat yang paling sesuai nak luah perasaan. Yup! Jiwang dan wanita memang tidak dapat dipisahkan.
  • Tapi jangan pulak sampai syok sendiri nanti makan hati. Konfirmkan dulu 'luahan hati' dia tu ditujukan untuk siapa. then only, you can proceed to the next step..hehe.


5. Satu mesej 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya
  • Pernah tak your 'hi' dibalas oleh sang gadis dengan reply yang lebih panjang dari 'Hi'? selain salam or morning and etc. Kalau pernah, tahniah. InsyaAllah anda memang disukai oleh gadis itu.
  • Perempuan ni simple sebenarnya. Bayangkan lah, korang say 'hi' pun dah boleh buat diorang gila bayang. Suka bukan main haa. Diorang tak mintak banyak pun, cukup la sekadar lelaki tu mesej hi tanda ambil berat dan ingat kat diorang selalu. Tak perlu nak bagi hadiah mahal segala tuk buat diorang hepi. 
  • Tapi kalau ucapan 'hi' korang tu tiada reply, better give up and never text her again with "why U not reply my msg haa?!!". sebab itu, membazir masa sahaja. Kadang2 menjadikan keadaan lebih kompleks.


6. Teman baiknya pun senang dengan korang
  • Rasanya ni semua orang pun tahu. Teman baik kan orang yang paling banyak simpan rahsia kita. Kadang-kadang, teman baik tu jugak lah yang menjadi pembangkang atau penyokong untuk menyukai seseorang. 
  • So apa lagi, kenal-kenal lah dengan teman baik dia, korek rahsia sikit-sikit. Berusaha pasti berjaya!


7. Ada juga yang suka dalam diam.
  • Em aku jarang jumpa spesies yang macam ni walaupun sebenarnya memang ada. Perempuan yang suka dalam diam ni akan buat sesuatu yang tak akan diketahui oleh sang jejaka. Alah, nama pun secret admirer. Contohnya, stalk Facebook hari2, tulis surat cinta (ni zaman dulu la), bagi hadiah besday tapi nak cover punya pasal takut kantoi cakap yang itu hadiah daripada budak satu kelas.
  • Untuk kes ni, korang kena alert la. Tipu lah tak perasan kalau betul korang ada secret admirer. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak kan? At least, mesti ada hint punya lah, just korang je yang tak perasan atau buat-buat tak perasan. 
  • And please, kalau dah tahu tu jangan la malukan perempuan tu if korang tak suka kat dia. Hormati perasaan dia. At least say "Terima kasih kerana menyukai saya, saya hargai dan maafkan saya." Budi bahasa kan budaya kita?


9. Dia adalah sumber inspirasi korang yang terbaik after mak, kakak or makcik korang
  • Bila perempuan dah mula suka kat lelaki, dia mesti nak yang terbaik buat lelaki tu. Dia akan menyokong dan memberi kata-kata semangat untuk korang supaya korang terus success dalam hidup. Takde perempuan yang suka tengok orang yang dia sayang gagal. Pastu gelak jahat. trust me. Tapi ingat, bila dah start benci siaplah korang, hari-hari mesti dapat doa kejam percuma.. haha [baru boleh gelak jahat]
  • Perempuan juga suka jika dia berjaya merubah orang yang dia sayang. Contoh; korang berhenti merokok sebab dia, berhenti main dota 24jam sebab dia & solat 5X sehari sebab dia. Semua tu dia nasihatkan semata-mata untuk kebaikan lelaki, bukan untuk dia. Baik sungguh kan perempuan? terima kasih

10. Approve Friend Request korang di FACEBOOK
  • Kalau dia approve, tandanya suka la. Kalau tak approve, faham-faham je lah ye.
  • Tapi tapi tapi! ada je yang tak approve tapi sebenarnya suka. Dalam kes ni perempuan tu mungkin tak nak lelaki yang dia suka tu tahu setiap aktiviti dia yang mungkin boleh memalukan diri dia. Perempuan ni kan pemalu. Erk pemalu ke? 
  • So, jangan buat andaian awal yang bukan-bukan..cara paling mudah, begini je lah.. jom proceed ke last tips..hehe


11. Jangan main agak-agak la brader, tanya terus!
  • Senang cite kan? Finish. InsyaAllah korang akan terus dapat jawapannya.. hehe
  • Perempuan suka lelaki yang berani. Takkan perempuan pulak yang nak tanya dulu? "Saya suka awak, awak suka saya tak?" 

Belle' : Setuju dan terasa nak cuba ke? Good Luck! 

Perasaan wanita sebenarnya lebih mudah nak diramal berbanding lelaki. 

29 comments:

Anonymous said...

betul2..perempuan lg mudah d agak..yeay..hehe

Rozuan Ismail said...

ada lagi 1,perempuan ni kalau dia dah minat laki tuh,semua pasal laki tuh dia tahu,pakai minyak rambut apa,baju apa,lahir kat mana.betol kan?haha.jangan tipu =)

sama macam entri saya yang ni..
pasal lelaki pemalu ..

http://kringg.blogspot.com/2011/05/edisi-sentap-terlampau-lelaki-pemalu.html

Azree said...

Err..

Macam begitu eh..

For me, rasa tanya direct je kot..

Tiada lar melepas nanti..

;)

syanabel said...

Anon : Yeay jugak..hehe. You ni laki ke perempuan?? hehe

Rozuan : setuju! semua tu wajib tahu. itu ambil berat namenye. Perempuan memang fitrahnye begitu..jangan jeles..haha. Eh tapi lelaki tak suka ker dapat perempuan yg macm tu? heheh

Azree : Yup, tanya direct is the best. Tapi tengok keadaan dan masa yg sesuai juga =)

sabree hussin said...

macam mana kalau perempuan tu suka lebih dari seorang lelaki?

syanabel said...

sama macam lelaki yang sukakan ramai perempuan jugak, dalam ramai-ramai yang istimewa tu tetap ada sorang je yang special dalam Heart a.k.a Jantung dia.

Dan kalau betullah tersuka ramai lelaki, mungkin minat je kot, macam minat kat Hero-hero Korea.

alhaqimi said...

likes x100 la n3 ni...hahaha

Epy Ain said...

yang last tu paling tepat..
tanya je..
jangan duk main andai2 n agak2..
hehehe

syanabel said...

Al-haqimi : terima kasih.. erk like je ke, takde pape nak tambah?? hehe

Ain : hehe =)

Mohd Nur Hidayatullah Bin Jailani said...

aku suke berterus terang je,.hihi,..malu2 nt x dpt,.haha~

Anonymous said...

kenal 2-3 terus jer direct ckp ... i luv u ... senang cite xde buang mase lame2 nk tekel nk abes kredit ...

Anonymous said...

*2-3hari

lia-seven said...

Entri kau..agak xmjwab tajuk..sori ak straight..tapi sbbnye ade certain point kau..yg xbrape nk relevant la dgn tajuk..contoh mcm point ni:
3.dia asyik terfikirkan lelaki tu walaupun sedang keluar dengan lelaki lain

u see..mane la laki tuh nk taw yg pmpuan tuh asek pk tntang dier je..n kalo pon taw pmpuan 2 pk..mcm mane dier taw yg laki yg dpk tuh adelah dier..

err..mksud ak.point ko ptot lebih fizikal..literally..yg bleh nmpak..
bkn inner point mcm neyh..kalo dlm hati tuh leh nampak..xpyhla kan ssah2 nk bg tips neyh..

then point neyh:
4.perempuan mudah cair mcm coklat

ak konpius..ko sdang bg tips mcm mane nk ngorat pmpuan or tips utk taw pmpuan tuh suke ke x?

5. Perempuan ni mudah meluahkan perasaan, melalui muzik, puisi, tulisan dan lukisan

point neyh..well..yes..itu mnunjukkn mmg dlm hati pmpuan tuh ade taman...tapi again..SIAPA yg buat pmpuan tuh dlm hati ade taman??mcm ko sorg llaki yg rapat ngan dier..buat ade org lain?sia2 syok sndri..

huu..sori..juz ak agak truja at first nk bce entri ko bile ko post kat blog Mr K tuh..but then ak disappointed..

syanabel said...

Anon : express bebeno tu.. hmm mungkin bole cube

syanabel said...

lia-seven : opocot mak kau. Salam. Sebenarnya, aku pun perasan gak, ada point yang tak berapa nak kena dengan tajuk. Nanti la ada masa aku akan edit balik entri ni InsyaALLAH. Thanks sudi singah and maaf buat kau disappointed =(

Aslina said...

tanye je terus kan senang... jangan la tanye direct... tanye secara tak sengaja ke... hehe...

btw... cube check blog ijai ni...

http://ijaicool.blogspot.com/2011/05/signs-that-shes-just-not-that-into-you.html

http://ijaicool.blogspot.com/2011/04/signs-that-hes-just-not-that-into-you.html

better kot? hehe... reverse sikit la supaya kene tajuk. :P

syanabel said...

yup better! hehe. insyaAllah, entri ni akan diedit lagi membetulkan apa yg kurang dan terlebih.

haah..tanye je terus. sesetengah perempuan suka lelaki yg berani ni =P

lia-seven said...

Salam...

woopss!sori men terjah..haha..lupe plak bg salam..ok ko mmg cool..
xpe2..sori jgak ak err..xreti bg komen mbina..=.="

InvinceZ said...

pengalaman aku, kalau perempuan tu suka, bila dengar atau tahu lelaki yang dia suka tu ada masalah, tak payah minta, dia sendiri akan offer nak tolong...dll.

RinsyaRyc said...

<<peminat blog the other khairul.. hihihi


http://bulatmata.blogspot.com/

Anonymous said...

hurmm... macam mana dengan gadis yang cakap dia sayang lelaki tu, lepas tu balik kampung langsung senyap seribu bahasa. dalam masa yang sama dia tetap amik tahu lelaki itu dgn facebook, tp ssah nk bls sms, call lg la ssah nk balas... katenye sibuk lepak ngn kwn2.. nnt blk kl kite lepak pepuas... ha tu nk kelas pmpuan mcm ne tuh?? syang ker memain???

miss_yellow_pink_purple said...

hahaha..terkene btg idong snirik lah....ape yg u ckp prempuan blablabla...tuh sume i buwat.... hahahha

Joejitakash The Cartoon Geek said...

kalo sy sbg laki, rasenye bkn susah sgt nk bgtau kalo dah admire pmpuan tu kn.. bgtau jela. dapat alhamdulillah.. xdapat, carik lain. mcm dgn awek sy sy ngorat je depan2. "nak kenal sbb awk cun." hehe direct! kasi die blushing. pastu rajin2 r msj n kol die. skang dah tunang dah nk kawen dah pun. alhamdulillah berkat keselambaan saya.. hehehe

syafiqah nabilah said...

alamak, sori sebab baru nak reply komen korang =)

lia-Seven : It's ok. Takde hal lah! hee

Invince-Z : Betul tu. Perempuan ni terlalu baik kadang2..hee.

RinsyaRyc : mee too =))

Miss Yellow : eh, i tak cakap pasal you tau..hehe

Joejitakash : Masalahnye tak semua lelaki berani camtu. Ada yg ego tinggi, takut kene reject la..haiyaa. Anyway, tahniah. Gud luck! Semoga bahagia bersama yg tersayang =)

Anonymous said...

hey doc...ko ni melalau ape kat sini...mcm taik je ko cite pasal entri ni...hey dog...dogol...

syafiqah nabilah said...

Terima kasih atas teguran =)

muhd isnizal said...

hiiii!!!!! tankz sebab bagitau!!!saye akan cuba yang terbaik untuk perempuan yang saya minat!!!!!!!!!!!!

Aku said...

ak da try..die ckp xde perasaan kt aku..tp still msg tnye khabar bgai..cmne 2 ek..

syafiqa belle said...

Hi Lebo, lame xdgr berita kau. Hurm, mungkin perempuan tu nak berkawan je dgn kau tapi tak nak lebih dari kawan biasa. Tp kalau betul mcm tu, you deserved someone better.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...