Tuesday, April 30, 2013

Mini Convo

Salam

Hari ni 
selesai sudah mini convocation
anjuran UniKL-RCMP
khas buat GRADUAN MBBS 08/13


kenapa mini convo ye?
sebab die..
ada sekali lagi convocation 
yang akan diadakan di Putrajaya
dalam bulan September kalau tak silap




Mini Convo ini bertujuan menyampaikan 
Sijil Pendaftaran Sementara
dan lafaz ikrar

okay fine!
tengok backdrop pun korang mesti dah tahu kan
so tak nak la cite panjang-panjang
cuma nak bagitahu yang..


Syukur Alhamdulillah.
bye bye Ipoh ;(
and
hye hye Muar!

Salam.


Tuesday, April 23, 2013

Alhamdulillah

Salam.

Apa khabar agaknya pembaca blog aku ni kan? [eh, ada lagi ke pembacanya]. Takut juga lah dah lari sebab dah lama tak update. Papepun, untuk post kali ini, aku ada satu berita best yang ingin dikongsikan bersama pembaca blog aku, terutamanya yang dah lama menjadi 'follower' sejak aku mula berblog pada tahun 2008 lagi.

Berita best itu adalah, SAYA DAH LULUS!


Alhamdulillah, setelah 5 tahun lamanya aku menuntut ilmu di Kolej Perubatan Diraja Perak, Universiti Kuala Lumpur, akhirnya aku lulus jua. Tak sangka. memang tak sangka yang aku boleh buat. Terima kasih Allah atas nikmat yang tak terhingga ini. Syukur Alhamdulillah. 

Jutaan terima kasih ku titipkan buat;

  • Mak, Abah, Mokde dan adik beradik yang tak pernah putus-putus mendoakan kejayaan buatku.
  • Guru-guru/lecturer atas ilmu yang telah dicurahkan
  • Kawan-kawan yang banyak membantu dan memberi sokongan terutama sekali mereka yang sentiasa ada di sisi sewaktu aku hampir-hampir putus asa untuk meneruskan pengajian. Jasa kalian takkan aku lupa.
  • Angah anak pakcik yang telah drive kan aku dari Rawang ke Ipoh dan menemani aku sewaktu aku dipanggil untuk temuduga di RCMP.
  • Mak Izon, anak Tok Mah yang banyak membantu aku sepanjang aku tinggal di Ipoh. Pasti rindu dengan Nabil dan Nabihan.
  • Pihak Mara yang telah memberikan pinjaman selama ni
  • Dan semuanyalah, sama ada secara langsung ataupun tidak.
Tanpa korang semua, aku tak mungkin setabah ini untuk menamatkan pengajian. Thanks again. Dan, jutaan terima kasih jugalah kat korang (pembaca setia belogku ini). Mana taknya disinilah tempat aku menghilangkan stress dan secara tak langsung ianya membantu aku mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang pelajar. 

Ok lah, lama sangat bagi ucapan ni. Kalau kat Anugerah Bintang Popular ni, dah lama lagu dimainkan menandakan aku dilarang untuk meneruskan ucapan lagi. Ok lawak hambar. *nanges laju-laju*


Last but not least, tahniah kawan-kawan seperjuangan MBBS RCMP 0813. Kepada rakan-rakan yang terpaksa meneruskan perjuangan 6 bulan lagi, tabahkan hati dan jangan pernah give up. Korang boleh buat punyer. Aku tahu cakap lagi senang daripada mangalaminya sendiri, tapi nak cakap juga; percayalah yang korang beruntung sebab belajar lebih daripada kitorang. Good Luck.

Mohon doakan aku agar dapat survive  sepanjang menjalani HO/ship pula selama dua tahun. Takutnyeeee..huhu.

'I may not be the best student, but I promise to be a safe Doctor..' - Belle.

Sekian, wassalam.

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...