Posts

Covid 19

Dah seminggu lebih 2021 berlalu case Covid-19 pula semakin lama semakin naik tak nampak bayang nak turun kematian pula semakin meningkat ramai dah tak ambil kisah kami ni, walaupun tidak terlibat secara langsung dengan pesakit Covid memang terkesan hari2 ada sahaja MO yang perlu dikuarantin tengah oncall, dipaksa balik pengganti yang sedang bersuka-ria dengan keluarga dan anak2 di rumah terpaksa datang bekerja nasib baik ada pengganti kalau tiada? kesian yang oncall Ya ALLAH, kepadamu kami bermohon semoga cepatlah covid berlalu pergi amin.

Nur Aulia

Image
Assalammualaikum. Fuh, dah dua tahun tak menaip kan? kekoknyaaaaaa Apa khabar korang semua? Harap sihat sentiasa Nur Aulia? Dia sihat je Ada kat rumah pengasuh. Jap lagi aku ambil dia Nak tahu pasal Aulia? Aulia bulan ni umurnya masuk 1tahun 8bulan Masih belum boleh berkata-kata Lasaknya masya-Allah Semoga aku tabah menghadapinya haha Hujan lebat betullah beberapa harini chow dululah bye sebelum tu nak share gambar Aulia.. (4/4/19)

Rasa macam nak menulis semula, boleh?

Image
Salam. Apa khabar? Harap sihat selalu hendaknya. Kenal aku lagi? Akulah 'syafiqa-belle'. Ah mesti korang pun dah lupakan aku. Dah lama sangat aku tinggalkan blog ni atau lebih tepat lagi, dah lama aku tinggalkan dunia penulisan. Kadang-kadang memang rindu nak menulis tapi setiap kali nak menulis ada saja halangan. Apa lagi kalau bukan sifat M (malas). Sementara ada mood untuk menulis ni, marilah kita menulis sesuatu. Untuk permulaan, biar aku cite pasal perkembangan terbaru 'syafiqa-belle'. Haha poyo terlebih aku ni. Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan latihan sebagai doktor pelatih di Hospital Batu Pahat sejak December 2015. Berbekalkan ilmu 2tahun lebih di sana, aku ditempatkan di salah sebuah hospital di Negeri Selangor hingga kini. Alhamdulillah, Allah mudahkan segala urusanku. Aku juga berjaya menamatkan zaman bujang pada 22 October 2016. Eh, macam cabaran plak bunyinye ye. Alhamdulillah aku akhirnya bertemu jodoh dengan jejaka yang berasal b

I'm married!

Alhamdulillah

Salam Ramadhan

Apa khabar blog? Lama tak berjumpa Hampir lupa nak menulis Dek tinggalkan blog lama sangat Sekarang ni aku berada di posting kanak2 Kalau takde aral, tinggal sebulan je lagi Tak sabar ku nak abeskannya Exhausted! Tapi seronok sebenarnya dapat main dengan bayi hari2 Tembam Cute Tapi sakit Sian kan? Cepat sembuh adik! Baru2 ni ada kes ibu form 3 dapat anak kembar. Jangan ditanya bapa dia kat mana! Syhhhh.  Rasa cam nak amek sorang, " Dik, kasi akak sorang anak awak bole? " ok berangan haha. P/S: Saya rindu awak, sangat3! Bye..

Lawak hari itu

Hari itu, aku pulang dari bekerja seperti biasa. Melihat kain yang tersidai di ampaian, aku tersenyum. Ye lah sejak ketiadaan mokde, hampir seluruh kerja rumah diambil alih oleh abah dan emak.  Selepas mandi dan solat aku akan menonton tv. Sambil tu aku melipat kain yang masih belum berlipat, yang dibasuh oleh emak pagi tadi. Dah jadi rutin harian ku, melipat baju sambil menonton tv.  Selain aku, abah dan emak juga adik perempuan ku turut bersama-sama menonton TV. Nak dipendekkan cerita aku pun teruskan kerja ku melipat kain tadi. Biasalah, sebelum melipat pasti nak membau kan? Tak pasti orang lain tapi aku selalu je buat macam tu. Dah lipat tiga helai, aku pelik kenapa la macam tak wangi je. Aku syak mesti emak terlupa letak sabun barangkali. Lepas tu emak pun jawab, cuba tanya abah, letak sabun ke tak masa basuh tadi? Oh abah ke yang basuh, ingatkan emak. Ku tanya abah. Abah jawab, entah. Eh, dah tu siapa yang basuh baju pagi tadi? Mak kata, dia tak basuh. Abah kata dia tolong sidai

Jom

Al-Kahfi..?