Monday, April 30, 2012

Alhamdulillah, Muslim Doctor has increased!

Salam.

Pada Jumaat yang lepas, Batch ke-5 MBBS UiTM Malaysia telah pun mendapat result final exam mereka. Alhamdulillah, berkat usaha & doa, mereka kini telah pun bergelar seorang graduan. Tahniah korang! aku tumpang gembira dan bangga. Berikut merupakan antara status-status FB mereka yang sempat aku snap..








p/s : Actually pada Hari Jumaat tu, hati aku tiba-tiba rasa semacam. Air mata menitis di pipiku.. Entah la..mungkin sedih, mungkin juga gembira dengan kejayaan kawan-kawan. Ah buang masa je nak sedih-sedih ni kan? Aku perlu lebih bersemangat nak join mereka nanti.. Caiyo3 Belle!













Semoga status-status mereka ini menjadi inspirasi kepada aku sendiri & rakan-rakan batch aku di RCMP pula. Tinggal setahun je lagi, cuak kotttt..

''InsyaAllah boleh. Amin Ya Allah!''

Mari berusaha!

psst-psst : Dear Rahmah, Tikot, Zurren, Nazz & Ika, tahniah tau! And kalau korang dapat posting kat Hospital Ipoh, boleh la kita jumpa nanti kan..hehe. Good Luck Doctors!

Sunday, April 29, 2012

Sejarah aku dan Mr POLITIK

Salam.

Kisah bermula semasa aku melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah di Muar sewaktu umurku 13 Tahun. Pada waktu itu, aku baru tahu apa itu politik, selepas aku diperkenalkan dengan subjek Sejarah di sekolah tersebut. Itupun aku tak ingat, sewaktu aku di tingkatan berapa aku mula diajar topik Politik.

Apa yang aku tahu, aku belajar subjek Sejarah & aku berjaya menjawab dengan baik walaupun mengalami sedikit kesukaran pada mulanya... namun adakah aku betul2 menghayati apa yang telah aku pelajari pada waktu itu?

Tepat sekali ye. Jawapannya tentulah tidak! Aku hanya hafal dan lupa sebab fokus aku hanya ada pada huruf 'A' sahaja pada waktu itu. Aku mengaku aku silap. Tapi tak mengapa, aku meneruskan lagi pencarian ilmuku tentang Sejarah Malaysia di sebuah Sekolah di Mersing pula. Sekali lagi aku berjaya mendapatkan huruf yang sama sewaktu SPM.

Parti Melayu Bersatu Umno (1946)

Sudah dua kali aku dapat huruf yang sama ni. Sejarah is very easy man! yeah yeah and yeah. Tapi aku pelik, kenapa aku kini mengalami kesukaran untuk memilih Parti mana yang aku patut pilih pada Pilihanraya yang akan datang? Bukankah aku pandai bab Sejarah & pasti tiada hal lah untuk memilih mana satu yang betul dan mana satu yang kurang betul.

p/s: hakikatnya, bila ditanya tentang sejarah aku pasti menjawab; hurm, dulu ada belajar..rasenya ye lah kot tapi tak sure...

Namun, rupa-rupanya aku tersilap. Aku melakukan kesilapan kedua apabila aku berhenti untuk mempelajari sejarah setelah aku tamat belajar di Tingkatan 5. Aku seharusnya terus mencari ilmu tentang sejarah Malaysia. Aku seharusnya tahu tentang apa yang pernah & sedang berlaku di Malaysia. Ya, aku silap. Aku terlupa langsung yang aku punya tanggungjawab untuk mengundi setelah aku berumur genap 21 Tahun. Dan untuk mengundi aku perlu ada pengetahuan tentang Parti yang aku nak undi tu kan? huhu

Parti Islam Semalaysia (PAS) 1951

Kesilapan ketiga yang aku lakukan adalah aku suka bercakap tentang politik tanpa usul periksa. Aku mengaku, yang selama ini, aku menyokong Parti itu disebabkan faktor keluarga. hurm.. Boleh la dikira sebagai menyokong juga walaupun belum layak mengundi lagi kan? 

So, bila mana ada je rakan-rakan yang tidak sependapat & se-parti dengan aku berhujah/mengutuk Parti yang aku sokong itu, aku cepat melenting tanpa hujah-hujah yang bernas. Semuanya aku just gunakan logik akal walaupun aku tahu yang akal manusia ni tidak sempurna. 

p/s : Kita perlu berfikir berlandaskan Al-Quran & sunnah Nabi.

Kesimpulannya di sini, aku cuma nak pesan.. kawan-kawan yang sudahpun layak mengundi marilah kita sama-sama mendaftar sebagai pemilih. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi. Mari buat pilihan yang betul2 bijak. Kenali pemimpin kita. Ketahui apa yang mereka telah buat untuk kita. Mari luangkan masa sejenak berfikir tentang pilihan yang bakal kita buat nanti. Ketepikan dulu la blog pasal kPop or tutorial shawl tu..eh? hehe.

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Tapi ingat! Jangan pula mengabaikan perkara lain yang lebih penting. Contohnya sebagai pelajar, kita sibuk menghadiri itu ini sebagai tanda cintakan negara kononnya & semangat betol nak ubah Malaysia.. sehinggakan tidak menghadiri kuliah, pelajaran merosot dan juga melanggar peraturan universiti ataupun kolej. Haa..tak mau camtu eh =(

Akhir kata, kebenaran pasti akan menang..percayalah! eh aku still ialah LALANG, belum decide nak pilih parti yg mane, KIV dulu. Kalau ade pun, UNDI itu kan rahsia (^__^)Y



wassalam.




Video yang bertajuk LALANG daripada MatLuthfi. Renung-renungkan..

Thursday, April 26, 2012

Gambar Monyet

aku ada hobi
dan aku rasa korang pun mesti ada hobi kan


aku teringin nak ada DSLR sendiri
tapi apakan daya
kewangan kurang mengizinkan
lagipun, itu semua kehendak cuma bukan keperluan..lagi


bila ada masa lapang, aku mesti edit gambar
selalunya gambar2 yg ber-edit dlm post2 aku yg lepas
aku edit di www.pixlr.com
tapi kali ni tak!

aku edit di..

- kredit to http://www.picmonkey.com/ -

SELAMAT MENCUBA!

Friday, April 20, 2012

Waktu Mu


  1. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
  2. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi
  3. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
  4. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
  5. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
  6. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
  7. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati
  8. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
  9. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
  10. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Wednesday, April 18, 2012

Betul ke tindakan aku ni?

Bismillah..

Aku tekad ni..

Perlu tak ek.

Aku pun tak pasti.

Tapi rasanya dah betullah ni kot.

InsyaAllah!

Aku tekad.. Nak remove Iklan Nuffnang dari Blog ni

Bye bye Nuffnang

take care of yourself without me..

huhu.




hasil pendapatan aku sepanjang join Nuffnang.

='(

Wordless Wednesday #30 [berdua & ramai]


 p/s : sungguh aku rindu kat budak kecik tu, Nabiha Maisarah!

Tuesday, April 17, 2012

Happy Birthday Che Nab !!

Entri ini khas ditujukan buat someone yang bernama,

Nabilah anak pakcik Roslan..hehe

Beliau lahir pada 17 April 19**
status : bukan single =P
belajar sama tempat dengan penulis blog ni
~UniKL-RCMP~

 
kami sebaya, cuma aku lagi muda ye Nab Nab
muda 4bulan
(erk perlu ke mention here?)
(^__^)Y

us!!
dari kanan : Dayah, Husna, Naemah, Syafiqah, Che Nab.

Ikhlas dari kami untuk Che Nab =)

thanks korang!! nice gathering~





Dear Che Nab, Happy Birthday. May happiness around you always. And Good Luck also! Glad to meet you and have you as a friend. I miss you, I miss us..weee =)

Dear Husna, Dayah & Na'emah, thank you so much. Its a memorable Monday night anyway. Good luck ye exam Public Health Jumaat ni..ececeh..hehe.

Monday, April 16, 2012

Chicken Grill & Tutti Frutti

Salam.
Ini merupakan cerita tentang Sabtu yang lalu.

Makan malam di D'Polo Cafe
Taman Polo Ipoh.

1st time kitorang datang makan kat situ. Restoran yang berkonsepkan order, dapat makanan kena bayar dulu baru makan. Cara order die adalah self-service di mana pengunjung perlu ke gerai tu sendiri dan order. Yup, gerai jualan dan tempat makan diasingkan. Tak sure apa motif dia buat konsep macam tu. Memudahkan penjual dan membuat kami lebih selesa..mungkin laaa

p/s : Kat Muar pun ada juga buat konsep bayar dulu baru makan. Tapi dia gerai tepi jalan yg biase2 je, betul2 sebelah bus stand Muar. Rindu nak makan situ...

zzzz...

pemanis mulut yang paling mahal pernah aku makan..haha

A kredit to Tutti Frutti Medan Gopeng.
A kredit jugak to Shakira (budak comey tudung biru kat atas tu) sebab kasi pinjam kamera amek gambo ni tuk tampal kat entri kali ni..wee.

p/s : Malam ni nak pi celebrate besday seorang teman. Happy Birthday Nab!

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ....

Hello hello hello everyone..

Assalammualaikum w. b.t.

em, korang sihat? mesti lah sihat kan, sebab dapat baca entri ni..hehe. SIla baca dalam keadaan yang tenang ea. Mari tarik nafas dahulu..kemudian hembuskan ke screen..lalala.

ok!

Nak tahu satu rahsia tak? meh sini aku nak bagitahu.

Sebagai seorang aku, yang bergelar seorang wanita, sudah pasti kami mempunyai citarasa yang sama dalam memilih jejaka pilihan hati untuk dijatuhkan hati kami kepada mereka. Walaupun mungkin ramai yang akan kata.. lain orang lain citarasa. Namun, bagi aku.. wanita adalah sama dalam hal ini! lets cekidaud guys..

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang .... (3 ciri) ;

Yang pertama : Kelakar
  • Bagi kami, sifat ini sangat penting supaya hubungan yang terjalin tidak akan bosan. Maklumlah, setiap hari jumpa, sms, chat & sebagainya. Jumpa orang yang sama pula tu. Tambah pula, bukankah jika kita kerap ketawa, risiko untuk kita untuk mendapat penyakit kronik berkurangan? So yeah, boleh lah kita hidup lama sampai ketua kan sayang? *ok, over tu Belle*
  • Tapi awas, orang yang kelakar, tidak semestinya hidup dia sentiasa gembira dan membahagiakan. Dalam hati, tuhan je yang tahu beb.
Yang kedua : Bijak
  • Bijak ni luas maknanya. Bagi aku sendiri, aku mudah tertarik dengan orang yang pandai dalam pelajaran. Jika dia pandai melambangkan yang dia rajin belajar & fokus terhadap apa yang dia cita-citakan. Tapi, biasalah.. minat aje. Dia pandai, tapi aku tak.. so lupakan je lah Belle, bisik hati ini..uwaa.
  • Tapi awas, tak semua orang yang bijak belajar bijak juga menguruskan hubungan cinta dan lain2. Fikir-fikirkanlah ye =)
Yang ketiga : Alim 
  • Sifat ini antara sifat yang paling utama didambakan oleh setiap wanita. Bagi mereka, lelaki yang alim sangat sesuai dibuat suami berbanding lelaki yang hanya tahu menghabiskan masa di jalanan merempit segala bagai tu. ah, itu common sense kot.
  • Namun tak semua orang suka pada lelaki yang alim. Antara alasan popular yang diberi apabila ditawarkan lelaki itu kepadanya, "tak mau la..skema!". Bagi aku, mereka pasti ada alasan tersendiri untuk berkata macam tu. Mungkin.. merasakan diri belum cukup layak untuk lelaki seperti itu.
  • Tetapi percayalah wahai lelaki, setiap wanita pasti menginginkan lelaki yang betul-betul arif tentang agama. Tak perlu jadi warak pun tak mengapalah, asalkan berakhlak mulia & pandai tentang basic ilmu agama. Agar bila nak bawak gi jumpa mak ayah, sejuk sikit hati diorang.
Kesimpulannya, lelaki yang kelakar, bijak & alim lebih handsome dari Hero Korea tau! eh (dush)

Pesanan khas untuk kaum HAWA ;

Kita selalu inginkan lelaki yang sempurna untuk diri kita, macam ciri-ciri kat atas tu kan? tapi pernah tak kita sedar yang, betul ke diri kita sudah benar2 sempurna untuk mereka? JIka belum, mari cuba untuk sempurnakan diri dulu, sebelum mencari yang sempurna. Jom tepuk dada tanya iman dan akal sama-sama! Good Luck semua. Semoga mendapat sesuatu daripada apa yang aku kongsikan hari ini.

wassalam.

Sunday, April 15, 2012

Korea itu best tapi ..

salam

Entorang minat Korea tak? Mesti kebanyakan daripada korang sangat minat dengan korea kan? Aku plak.. hurm, biase2 aje. Senang cakap, adik lelaki aku pun leh minat Korea lebih lagi berbanding aku la. Dah remaja lah katakan. Aku tetap, tetap peminat nombor satu Shah Rukh Khan.

Tapi aku tak kata yang aku tak tengok langsung Cite Korea. Aku layan je lagu Korea cuma tak pandai nak menari je la. Except lagu Sorry2, haa..yg tu aku boleh..hihi. Mane tidaknya, 2 tahun pertama di RCMP, aku serumah ngan peminat no 1 Korea kot. Husna name die. 2 tahun berikutnya, mostly budak segroup aku, supplier utama kat Husna. Kire depa lagi gile Korea la, sape lagi kalo bukan Cain & Ainaa..hehe.

Ok, nak dipendekkan citer la (mesti bosan dengo aku berleter kan)..

Korea ni best. Comel, cute, berkualiti dan sebagainya. Ada bagusnyee. Tapi, kita kena ingat! Jangan la sampai kita terikut-ikut budaya diorang, fesyen diorang yang sah2 melanggar syariat Islam. Macam yang jadi kat bawah ni...

sumber : here

amboii..kemain lagi artis kita yg sorang ni. ei awak, awak tu bakal jadi isteri org kan tak lama lagi? pleaseeee..huhu

ok, tak nak cakap lebih2. nanti kene hentam dgn peminat Korea. Renung2kan & selamat beramal...

Belle : eh jap, korang dah tengok video ni tak? aku berlakon & ada lagu Korea =P



p/s : Takziah buat keluarga sahabatku, Radin Ainulkhair yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta. AL-Fatihah.

Saturday, April 14, 2012

Thanks to my 18 new Followers!

Good Morning Everybody (ni schedule update, jangan tertipu)

Alhamdulillah, blog ni dah ada 421 followers. Nasib baik bertambah, bukan berkurang. agagaga..


  1. mysara :  http://mizzxerra89.blogspot.com/
  2. siti are-ya : -
  3. izzati huda : -
  4. Wanieys :  http://winkwinkwinky.blogspot.com/
  5. ayoi :  http://www.iniayoipunyacerita.blogspot.com/
  6. cikya ^^ :  http://sepahitgula.blogspot.com/   
  7. izzfaizah : -
  8. Ay_yU :  http://ay-yu.blogspot.com/
  9. miss Diela : -
  10. bby @ zyera jeffzull : -
  11. Princess : -
  12. Purpura : -
  13. The Dark Justice :  http://realitilapse.blogspot.com/
  14. Ahmad Zaki :  http://smskey.blogspot.com/
  15. Cik Lemoren : -
  16. froze gurlz : -
  17. MiSz ChOkI2 : http://realitihidupsaya.blogspot.com/
  18. Miss S :  http://freesiagorse.blogspot.com/
Syafiqa-belle : Terima kasih sudi 'Follow' blog yang tak seberapa ni. Semoga sokongan yang jitu terhadap blog ini berterusan ya..chewah =P

"eh Belle, kenapa ada 18 je? bukan ke ada 21 followers sepatutnya?"

Aah, tak kisah la wei.

Janji ada daripada tak ada langsung..kan?

dan yang penting..



Friday, April 13, 2012

Bangun lagi Belle !

Perasaan itu datang lagi.
Aku ingat..
Perasaan itu dah lama pergi dari hidup aku.
Atau mungkin..
Perasaan itu tidak akan muncul buat selama-lamanya.


Namun, apa yang sedang berlaku ni?
Tiba-tiba aku rasa lemah tak bermaya.
Dihimpit pelbagai rasa oleh tohmahan yang pelbagai.
Tidak larat untuk aku menanggung rasa itu lagi.
Tidak larat untuk aku bangun lagi macam dulu.

Dear Belle,
Hidup ini masih panjang.
Masih banyak halangan & cabaran.
Jangan mudah menyerah.
Bangun lagi Belle.

Aku tersentak!

Aah, betul tu.
Aku tak boleh melayan itu semua.
Aku tak boleh biarkan sahaja.
Aku perlu bangkit.

Percayalah,
ALLAH kan ada?


Doakan aku

Agar tetap teguh dengan pendirian.
Dan yang paling penting...
Aku harap aku akan terus Istiqamah 
dalam usaha aku untuk aku menjadi diri sendiri.

[ Syafiqa-Belle, 13/04/12 ]

p/s : I heard that you have done well in exam. Congratulations & All The Best for you!

Wednesday, April 11, 2012

Pray for Indonesia

Earthquake happens in Indonesia with magnitude 8.9 and we hope everyone is doing fine. Lets pray for the best!


sumber : Twitter

Wordless Wednesday #29 [Hunger Games]




sipnopsis :
Filem adaptasi daripada Novel tulisan Suzanne Collins yang dijual pada 14 september 2008. Watak utama dimainkan oleh Katniss Everdeen yang berumur 16 tahun. Beliau tinggal di kawasan lombong arang batu di utara amerika dan mempunyai sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada adiknya dan ibunya. Ayah Katniss telah meninggal dunia pada satu letupan di lombong arang batu di kawasan rumahnya.
Katniss seorang yang mahir memburu binatang dan beliau sangat menyayangi keluarga dan kekasihnya iaitu Gale. Namun, pada suatu hari beliau terpaksa berhimpun bersama penduduk kampungnya bagi menyambut kedatangan The Capitol yang mencari bakat dan kehebatan penduduk kampung di District 12 tersebut.
Pada setiap tahun, The Capitol bakal memilih seorang lelaki dan perempuan bagi menyertai “The Hunger Game” iaitu sebuah permainan yang memerlukan seseorang itu membunuh pencabar lain dan berusaha untuk terus hidup di dalam hutan disamping menghadapi pelbagai cabaran yang dihasilkan daripada komputer. Permainan yang sangat canggih ini dikawal oleh The Capitol yang menggunakan permainan ini sebagai salah satu rancangan realiti TV.
Katniss dan Peeta akhirnya dipilih oleh The Capitol bagi mewakili District 12 dalam permainan “The Hunger Games” dan mereka terpaksa meninggalkan keluarga tersayang mereka bagi menghadapi permainan maut ini. Katniss dan Peeta dilamun cinta ketika pengembaraan mereka bagi mengharungi permainan tersebut. Namun permainan tersebut hanya mempunyai seorang pemenang. Jadi, adakah Peeta akan membunuh Katniss atau sebaliknya? 
kalau nak tahu sama-samalah anda kena tengok di pawagam..
Belle : aku bagi 4/5 bintang.

Tuesday, April 10, 2012

Tahniah Aaron!

Salam.

Ahad yang lepas, siapa je yang tak tengok Anugerah Bintang Popular 2011 kan?

Ok fine.. ade yang tak tengok. Sebab korang nak exam kan. good2 =)

Aku plak, walaupun banyak keje tak settle lagi but still sempat pi tengok ABP malam tu kan. Sebabnye, aku memang jenis tak pernah miss tengok cite anugerah, cite2 hiburan yang macam tu. Kalau kat kampung, best kot dapat tengok sama2 dengan ahli keluarga.

*ok, aku homesick tetibe.

To be honest, aku sukakan hiburan. Aku sukakan muzik dan filem. Bagi aku, unsur hiburan seperti itu agak perlu. Aku perlukan mereka setiap hari. Tapi ingat Belle, jangan berlebihan. Bersederhana!

Back to the main topic. Sepanjang ABP tu, aku tengok sambil online. Online Facebook & Twitter la kan, ape lagi. Walaupun niat nak buat report tu ada, tapi macam biasa..tak jalan beb. Jadinya, biarlah malam tu aku dengan dunia ABP aku sahaja.

Komen aku untuk Majlis ABP malam tu : overall ok, dari segi persembahan, pengacara & pemenang. *clap clap clap*. Cuma bab pakaian para artis kita tu je yang agak menyedihkan, terutamanya artis wanita. Kenapa perlu seksi sangat ni. Kita ni duk Malaysia je kot. Lagi pun malu la, seluruh Malaysia & segenap lapisan masyarakat kot yang menonton malam tu. Bagi aku, memang tak wajar lah artis yang menjadi idola ramai orang, kononnya tapi berpakaian macam tu..ish2

najwa, harap2 ko jangan la seksi lepas SPM ni ye?

Aku sayang Malaysia. Aku sentiasa sokong barangan buatan Malaysia. Aku juga sokong filem & lagu tempatan. Tapi kalau artis Malaysia sendiri yang tak nak berubah, hanya mengejar populariti berbanding bakat seni masing2, tak mustahil satu hari nanti..aku bako Malaysia ni (eh over la plak kan..haha)

papepun, tahniah Fizz Fairuz (eh tibe2)

Aku terkejut jugak Aaron Aziz menang, ingatkan Zizan. Tapi Aaron Aziz memang deserve that award. Die handsome. Cuma, lagi manis kalau orang Malaysia yang menang malam tu kan? So Malaysian, itu maksudnya.. Artis Malaysia ni kena kerja lebih kuat lagi supaya lebih berjaya & famous dari orang luar kelak.

salam. no hard feeling k~

Saturday, April 7, 2012

Medik itu luas ep1

Sebagai seorang pelajar, hari-hari aku belajar. Tapi adakah perkara yang aku pelajari itu cuma bertemakan bidang yang aku ceburi je? 

Jawapan = Tidak! Sebenarnya, ianya lebih dari itu. Aku telah belajar sesuatu yang sangat penting untuk aku aplikasikan dalam kehidupan seharian & untuk aku ambil pengajaran darinya. Cuma aku je yang mungkin terlepas pandang.. sebelum ni..

Baru-baru ni aku telah ber-outstation di Daerah Kinta (tak jauh pun dari Ipoh). Selama dua minggu, aku dan kengkawan 'terpaksa' tinggal di hostel yang disediakan oleh pihak hospital daerah yang telah ditetapkan. So, kami dapat Hospital Batu Gajah, Perak. Not bad la hostel dia. Lagipun kami untung sebab bayar murah..hehe.


Sepanjang dua minggu ni, macam2 tempat kami lawat. Kami gi tengok ;

1. Loji Rawatan Air

khusyuk mendengo ye

memang 'best' la tengok.. kan? haha

antara proses rawatan air
Komen : Baru ku sedar, susah sebenarnya nak merawat air yang kita guna hari-hari tu. Makanya, tolonglah ye kawan2..janganlah bazirkan air. Belajar untuk berjimat selalu. Kalau still rasa tak mau berjimat gak, jom pi loji air. Kome leh tengok sendiri proses dia yang agak complicated tu.

bersambung..

Preview for Next episode =P

2. Klinik methadon & dialysis
3. Cara 'fogging' dijalankan
4. Kilang pembuat makanan
5. Empangan Air di Kg orang Asli
6. Tempat pelupusan sampah

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...