Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan

Rabu, 23 Januari 2013

Update terbaru seorang Aku Ep2

Salam dan hi.

Untuk entri kali ini, ku hanya ingin mengimbas kembali apa yang telah berlaku kepada ku beberapa hari yang lalu. Ku takdelah nak cerita semua, cuma beberapa insiden yang ku rasakan penting dan menarik sahaja. Semoga ia boleh dijadikan tauladan buat semua.

Kenapa post ni ber-episode 2? Jawapan dia mudah, sebab ku tiada idea untuk meletakkan tajuk apa. Selain itu, mungkin juga sebab ku pernah mengarang entri ini >>> Update terbaru seorang Aku pada June yang lalu. So, you all just bare with it, ok? *senyum*

Update tentang STUDY.

Kini ku sedang dalam 'surgical posting' di mana ia merupakan posting kedua terakhir sebelum aku menamatkan pengajian dalam bidang yang aku ceburi kini. Dah masuk minggu ke 6/7 dah pun. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah, exam OLC haritu aku lulus dan dapat kes yang simple, appendiks. Terima kasih Allah kerana telah mempermudahkan segala urusanku.

Nak cerita serba sedikit pengalamanku semasa exam OLC with Dr Michael Cheong (beliau merupakan antara Pensyarah yang agak tegas sewaktu exam); Untuk part History (sejarah pesakit) aku tak mengalami banyak masalah sebab pesakit sangat memberikan kerjasama yang baik. Tapi bila tiba part examination (pemeriksaan badan) aku terkantoi bila perlu mengambil tekanan darah dan suhu badan pesakit. 

Entah macam mana, aku boleh nak ambil 'blood pressure-BP' pesakit di bahagian tangan yang ada set line. Thermometer pula, aku cuma masukkan ia ke dalam mulut pesakit seusai aku mengambil BP. Kat situ je dah buang masa seminit, sepatutnya aku kena cek suhu sambil aku cek BP tadi, kata DR M. Mungkin ianya merupakan hukum Karma dimana aku sememangnya jarang membuat ward work di Hospital. Haa padan lah dengan muka ku *dush*

Untuk part ketiga,  iaitu discussion. Alhamdulillah, ku berjaya menjawab soalan yang ditanya, walaupun takde lah perfect mana. Aku ni dikira bernasib baik sebab tidak melakukan kesalahan besar bila ditanya tentang rawatan penyakit appendiks. Antara kesalahan besar yang mungkin dilakukan; Beri ubat tahan sakit. Untuk penyakit ni, hanya satu je treatment dia, iaitu pembedahan!! never give pain killer. 

Whatever it is, I believe and have faith in Allah that everything happens for reason. Mungkin Allah nak luluskan aku untuk OLC Surgery supaya aku boleh study untuk OLC O&G. Yup, I need to sit for 3rd attempt O&G OLC time revision week nanti. Doakan supaya urusan ku dipermudahkan k.

Info : OLC (Observe Long Case), kami diberi masa sejam  for history, examination and discussion. OLC penting untuk lulus sebab ia adalah tiket menduduki peperiksaan akhir bulan April nanti.


Lain-lain Update


  • Di Facebook semakin hari semakin bertambah jemputan kahwin ku terima daripada kawan sekolah rendah, sekolah menengah dan senior sekolah. Sorry sangat-sangat andai ku tak dapat nak attend. Papepun percayalah yang doaku sentiasa ada untuk kalian..hehe. Semoga berbahagia sampai akhir hayat.
  • Rindunya nak bersukan. Tapi sifat M semakin menusuk ke sanubari.
  • Teringin nak ke konsert Anuar Zain, tapi.. tak mungkin punya lah, mana ada duit! Bye Anuar.
  • Macam mana aku boleh tertonton Running Man? dan baruku tahu gameshow tu best sangat-sangat
  • Akhirnya, impian ku nak menonton Jab Tak Hai Jaan tercapai. Aku bagi 3/5. Moral of the story: Jangan pernah korbankan diri sendiri untuk tonton kebahagiaan orang lain secara live di astro .
  • Percaya atau tak, lakonan Beto Kusyairy sangat mengancam (tiba-tiba).
Isu Semasa

* bukan Miss Sharifah tapi Madam Sharifah.

Tak lain tak bukan pasti lah tentang Fenomena Listen. Kecoh satu Malaysia dibuatnya. Dan disebabkan hal ni, maka ramailah rakyat Malaysia yang terlebih kreatif buat lagu, parody dan yang sewaktu dengannya, dengan motif? aku pun tak pasti. Status kat atas tu ku update sebaik sahaja aku tamat menonton video menayangkan Forum yang berlangsung di UUM. 

Memang aku geram dengan Madam Sharifah yang tidak memberi langsung peluang Miss Bawani untuk menghabiskan kata-katanya. Tambah pula bila dia membalas hujah Miss Bawani dengan hujah berkaitan haiwan. Oh tidak. wadefe (kata Shah Rukh Khan dalam filem Jab Tak Hai Jaan).

Tapi selepas seminggu, aku ada juga terbaca pandangan daripada beberapa orang sama ada yang dikongsikan di Blog, Facebook mahupun di Twitter (banyak tak masa ku sebagai pelajar perubatan tahun akhir? Sebab Posting Surgery kot). Selepas tu aku dapati dua-dua pun ada salah masing-masing. 

First, kita tolak tepi pasal politik tu semua. Mari kita buka minda sama-sama. Next, menurut Miss Bawani, video yang kita semua tengok tu ditayang sebulan selepas forum tu berlangsung dan itu cuma 1/4 (betulkan aku kalau aku tersilap). Tajuk forum tersebut ialah 'Seiringkah Politik & Mahasiswa?', manakala isu yang timbul ialah pendidikan percuma (selain daripada masalah ikan jerung la). 

Kenapa persoalan pendidikan percuma tiba-tiba boleh timbul dalam forum yang terang-terangan diadakan oleh SW1M (suara wanita 1 Malaysia). 1 Malaysia, sure la akan berat sebelah terhadap parti tertentu sahaja. Miss Bawani ada kata, yang pihak SW1M ni ada tayangkan video tentang himpunan Bersih (tapi dalam video tu ditulis himpunan kotor). 

Kalau aku jadi Pro pembangkang pun aku tak puas hati. Miss Bawani ada juga mengaku yang dia bangun bukan dalam Q&A session sebab katanya hanya 2soalan sahaja yang dibenarkan. Lepas tu, dengan suara yang agak lantang dan beremosi, dia suarakan pandangan dan menerima tepukan yang gampang daripada para penonton.

Cuba fikir, kalau kita di tempat Madam Sharifah, sedikit sebanyak pasti tercabar dengan apa yang berlaku kan. Dia ibarat kau buat majlis tiba-tiba ada orang datang buat onar, kau marah tak agak-agak? Dan mungkin disebabkan kegagalan madam Sharifah mengawal emosi dia waktu tu, perkataan Listen 'terkeluar' dari mulutnya lalu menarik mikrofon bagi mengelakkan Miss Bawani terus bersuara. Seterusnya, aku gagal menganalysis kenapa masalah ikan jerung turut terlibat dalam isu ini..argh spoil betul.

Point aku kat sini, dua-dua bersalah. Seorang tu hanyalah seorang mahasiswa yang baru nak kenal dunia dan seorang lagi perlu lebih tenang dalam mengawal emosi dan lebih bijak dalam menjawab soalan. SW1M? kenapa aku baru dengar pertubuhan ni wujud di Malaysia, kenapa? huhu. Yang aku tahu, sorry to say yang isu ni berjaya membawa malapetaka kepada Barisan Nasional. Hari mengundi semakin hampir, sudah bersediakah kita untuk memilih yang mana satu? Tepuk dada tanya minda dan akal.

Last but not least..

Allah berfirman, ertinya;
"Dan janganlah engkau ikuti apa yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang-nya, sesungguhnya pendengaran, pengelihatan dan hati semuanya itu akan di tanya"
(Surah al-Isra' ayat 36)
Ayat di atas menerangkan sekiranya kita tidak mempunyai ilmu tentang apa yang dibincangkan usah la berbicara kecuali ada pandangan. Pandangan di sini bermaksud, kita mendapat persefahaman tentang apa yang dibicarakan. Namun pandangan tersebut mestilah betul dan mengikut fakta. -ILUVISLAM

( my love )

Sabtu, 31 Disember 2011

My Blog Summary of Year 2011

Before that, maybe you can have a look on this [entri penutup year 2010].

so, lets start!

[ monthly stat ]

[ Archive  ]


[ Dear all my blog followers ; Thanks! ]


Popular post ;

the header ;

and last but not least

This 'short' entry pictured the best moment that I ever had along year 2011
+
As a 2-years-old-blogger, 2011 reminded me of having a precious moment, or I can called it as a bad memory when I wrote a post entitled; 

I had received a comment from Mr anonymous (you can scroll down the post to view the comment). I admit, it does make me think of quitting blogging. But, thanks to my followers, readers and friends who encouraged me to keep on blogging. Actually I appreciate the comment & I take it as a challenge being a blogger.

"We, can not force people to like us and it is not easy to satisfy others."

-Blogging is a part of my life and I feel really good to have it as my hobby-

I wish this blog will become more productive than before. InsyaAllah, may Allah give me strength to keep on writing.. more good, funny, informative and educated posts..hehe. With that, I thank you. See you next year.

thanks for reading =)

lots of love; Belle

Carian Google Paling Cepat Naik Sepanjang 2011

[ bila FB dah macam tuhan ]





[ sebab gadis Malaysia lari ke Lombok ]


[ Malaysia maju dari segi obesiti?? ]












-aishiteru-


  1. Facebook
  2. Angry Birds
  3. Maharaja Lawak
  4. Iphone 5
  5. Samsung Galaxy
  6. Ipad 2
  7. Jawatan Kosong
  8. Android
  9. Tonton
  10. Aishiteru

Jumaat, 9 Disember 2011

Reply Entri Kenwooi : Tweets can be Deceiving

salam.

Apa khabar pembaca yang dimuliakan sekalian? diharap semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan sihat je. Apa yang aku nak coretkan kejap lagi ni? aha, ianya berkaitan isu semasa yang tak berapa nak isu sangat lah.

ok serius!

baru-baru ni kan, aku macam dah ada semangat balik untuk kembali aktif berblog. Tapi tipulah kalau aku kata yang aku terus aktif tanpa melakukan blogwalking dan sedikit perubahan kat laman web aku yang hampir bersawang ni kan? kalau ada yang perasan la.. kan T__T


dipendekkan cerita, semasa ku ber-blogwalking di top blog lelaki SEKSI aku terjumpa entri bertajuk Tweets Can be Deceiving written by Kenwooi. (He is a smart blogger. I like almost all his posts!) Yep, nowadays.. siapa je yang tak tahu Twitter tu mainan ape bukan? Cuma tak semua orang ada akaun Twitter. So entri kali ni khas untuk para pemilik akaun Twitter sahaja.

sebelum apa2, let me explain about what is the meaning of Deceiving.
  • Deceiving (deceive) is to cause people to believe what is not true or in short is mislead. Dalam bahasa Melayu bermaksud perbuatan yang boleh menyebabkan orang salah anggap.
Jadi, adakah anda setuju, wahai para pengguna twitter sekalian bahawasanya tweet-tweet anda itu adalah tipu semata?

"Ya, Yang Arif. Saya, Syafiqah bernombor IC 88X-XX-XX (dah layak sangat mengundi) membangkang sekeras-kerasnya pernyataan tersebut."

"hmm, sila berikan hujah2 anda. Now!"

Tweet melambangkan isi hati kita
  • Berbanding Facebook, Twitter adalah tempat yang lebih, saya ulang, lebih sesuai untuk meluahkan isi hati. Ye la, manusia ni kan penuh dengan emosi. Kalau emosi je mesti nakkan perhatian lebih sikit. Tak kira lah perhatian untuk melepaskan geram atau berkongsi perasaan. Sekarang ni, dah ada Twitter, tweet je lah! Dengan harapan ada yang sudi menjadi pembaca setia di timeline =)
  • One more thing, dah nama pun isi hati, its not a thing yang mudah di baca. ekspresi muka yang tersurat pun bukan 100% melambangkan isi hati yang tersirat. Makanya, tweet menjadi medan untuk men-surat kan isi hati (apa pelik benor BM aku ni?) .
Pembela : tulis isi hati kat kertas tak boleh? baru la betul2 men-surat.

Tweet melaporkan segala aktiviti seharian kita
  • Bangun pagi celik je mata, benda first yang dicapai, SMART handphone. sebab apa? nak tweet 'Good Morning!'. Dah siap-siap nak ke kuliah ni, tweet jap -- 'off to kolej.'
  • Hal ni seolah-olah dah jadi rutin harian. Walaupun nampak macam annoying bagi sesetengah pihak, tapi kadang-kadang ianya berguna untuk sesetengah orang. Sebab ada orang kata la, Isteri Solehah bangun awal pagi. Eh yeke?
Pembela : Boleh je bangun jap, tweet pastu tidur balik *uprolling eyes*

Tweet is live streaming
  • Twitter has timeline. Its a live update. semua orang akan update apa yang dia nampak, lihat dan rasa. Tweet je ape saje. Its like a real life. (ok hyperbola!)
  • aku sendiri tak pasti kenapa perlu update, tapi yang aku tahu, setiap perbuatan pasti ada tujuannya. Kira macam Tweet bersebab la. Kita takkan tweet sesuatu yang kita tak rasa. Kan? kan??
Pembela : Tak, ada je! Maybe, dia bosan. Dia kurang kasih sayang. Ataupun jiwa celaru.

whatever lah pembela. Takpe ea, ada ubi ada batas, ada hari aku balas. ea (sila buat intonasi macam Melly). Ada je yang ko tak puas hati ea. aku dah sehabis boleh try berfikiran positif tau. T___T. (eventhough I just put crying sign, but I'm smiling right now. Itu cuma sebagai penambah rencah dalam ayat tadi. So, am I deceiving?).

**************
sama ada tweet kita real ataupun tidak, nasihat seorang aku;

- tweet lah secara bijaksana -
You! just take it easy, jangan serious sangat bro!
'twitter hanyalah hiburan semata-mata'
- tweet bila perlu -
dan 
-stop bertwitter jika anda seorang yang mudah terasa-
terasa dengan tweet orang lain

dan twitter sangat best untuk masa-masa tertentu sahaja, contohnya;
  1. sewaktu perlawanan bola Sepak, nak-nak time gol dijaringkan
  2. bulan puasa. Ah seronok dapat berkongsi juadah sahur dan berbuka bersama rakan2 twitter.
  3. tayangan Drama-drama menarik TV3, currently I'm watching Tentang Dhia. Best bila mana ramai betul yang tweet dengan begitu emosi sekali..hehe

itu je kot.

thanks for reading 

(^__^)

wassalam.

- Feel free to follow me @syanabel -

Isnin, 12 September 2011

Antara FB, Twitter & Blogger

semasa blogwalking tadi, aku terbaca entri ini bertajuk 'Red Tube Malaysia'. Dan dari situ aku berkenalan pula dengan Google Insights. It's fun to see what the world is searching for! Let's start.. yes now..

Berikut merupakan antara katakunci yang popular di Malaysia 
antara tahun 2004 hingga 2011 :

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

Aku sengaja mencari keyword yang popular dari tahun 2004-2011. Kalau korang perasan, sejak tahun 2004 lagi, youtube menjadi carian paling popular. Pada tahun yang sama, friendster juga adalah antara carian yang hot.

Kita tengok pada tahun 2008 pula, Facebook terus mengambil alih takhta Youtube dan Friendster sehingga lah sekarang. Manakala pada tahun 2009, carian friendster terus lenyap dan blogspot mula menjadi pesaing. Youtube juga lenyap pada tahun 2010.

Dan Twitter mula menduduki carta di kalangan carian popular bermula pada tahun 2011 diikuti dengan carian Blogger. Rising Searches FB juga menunjukkan penurunan mendadak. Persoalan: apakah y8?? haha

Facebook : Aku hebat sebab dapat menghubungkan hubungan kenalan lama yang dah lama terpisah.
Twitter : Aku pun hebat juga sebab dapat merapatkan hubungan artis dan peminat.
Blogger : Aku lagi hebat. Aku menghubungkan penulis dan pembaca. Mereka tak pernah kenal antara satu sama lain tetapi mereka dekat..hehe
Twitter : ala, aku pun. Siap boleh tahu lagi, kawan diorang tidur jam berapa, makan apa hari ni dan paling best, bila tweet pasal hati dan perasaan. Just Tweet!
Facebook : Wah kagum. Aku pun boleh buat macam korang cuma ramai orang komplain yang aku ni terlalu public. Maybe sebab umur aku dah tua kot..huhu
Blogger : Ala, jangan cakap macam tu. Kita semua sama je la. Cuma masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Twitter : Betul tu. Dan kita saling memerlukan supaya nampak lebih sempurna.

Belle : Hidup ini perlu sentiasa mengikut peredaran zaman. 

Jumaat, 1 Julai 2011

Menyampah dengan Anon

Anon bermaksud Anonymous. Atau lebih tepat, peng'komen' tanpa nama.

Anda suka tak dengan Anon yang datang komen blog anda?

Atau anda sebenarnya benci bila ada Anon yang sesuka hati meninggalkan komen, walaupun komen tu tepat dan ada betulnya tapi anda tak suka?

As for me, tak payah nak menyusahkan diri fikir pasal anon ni.

Kalau suka, bagus la. Maksudnya anda menerima segala kritikan si Anon dengan pintu hati yang begitu terbuka [kritikan sebab jarang kita jumpa anon yang bagi pujian] Try baca entri ini yang aku tujukan khas untuk seorang anon bukan tanpa nama.

Kalau benci, cuba fikir semula. Apa korang dapat dengan melenting tak tentu pasal. Hanya disebabkan seorang Anon yang anda pun tak tahu siapa gerangannya. Nak buat apa serabutkan kepala tu. Cukup lah dengan assignment, masalah awek dan kerja yang berlambak-lambak tu. Biarkan aje si Anon tu dengan hidup dia.

"semakin kita gagal mengawal emosi, semakin kita menjadi orang yang kalah.''

Senyum !
[malu ke mengaku yang 'aku seorang blogger']

Tapi tapi tapi...diakui yang bukan senang kita nak cool bila mana ada Anon datang ke blog kita sekaligus mengganggu ketenteraman kita. Aku sendiri akan tersentak bila dapat teguran mahu pun komen yang kurang positif [negative].

Yes, aku mengaku aku menyampah dengan anon yang tak suka aku aktif menulis blog

tapi aku lagi menyampah bila.. em bila... bila

aku rasakan yang aku sendiri tak suka dan tak puas hati dengan apa yang aku tulis dan repekkan di sini..uwaaa (T__T)

ok, aku dah melalut banyak nih. Terima kasih sudi baca sampai habis. Maaf jika entri aku tak best. Jumpa lagi. Good Night. Salam~

psst : By the way, this is an entry, as a review to this entry Blog dikritik diserang Anon. Bencilah!

Khamis, 26 Mei 2011

Jom Shopping Online

DNZ E-Shoppe (Facebook)


We are offering a collections of branded apparels, fabrics, babies item and all sorts of accesories.
Its all about quality, reliable and affordable!
Your satisfaction is our assurance. 
Im sure you'll find what you want inside the ALMARI.
Take a while, stay n browse. We believe.....
your shopping dream will come true.
---- Happy Shopping!!----
Warmest Regards, Mas
_______________XOXO_______________


FREE DELIVERY FOR AREAS OF SELAYANG, RAWANG & SUNGAI BULUH
 PLEASE SEE NOTES FOR ORDER AND PAYMENT INSTRUCTION 
PREFER ORDER THRU ; 



Salam. Bella Blogshop ni Bella buat secara sambilan sahaja. Bella suka berbisnes disamping mencari pendapatan lebih untuk menampung perbelanjaan sara hidup yang masih student ni. ^_^

Jom shopping.. dah beli baju raya ke belum? raya dah nak dekat ni.. hehe

Selasa, 22 Februari 2011

I dah follow twitter Najib Razak !

Terasa ingin membuat kerepek pada ini malam. 

Kerepek pisang ke kerepek durian?

Bukan kerepek yang tu lah!

Abes tu?

Meperek .. eh silap .. Merepek .. hehe .. boleh ke?

Apa pula tak boleh .. Ini belog ko .. suka hati lah ko nak buat ape .. haha .. Sesungguhnya Aiman teramatlah tak kisah .. uh :P

Ok! cayang kat Aiman (tiba-tiba)

Harian Metro berharga RM1.50 yang di beli kira-kira jam 2petang semalam baru sempat dibuka. 

"Derita Jaguh Basikal' menjadi tajuk separa utama di muka akhbar tersebut. Adoi, sakitnya kaki kena cucuk ngan kayu!! Haa tu lah, main basikal lagi. Orang dah kata beli kereta, degil. Tengok, sekarang siapa yang susah? (aku sudah mula membuat kerepek cendawan nampaknya)

Helaian utama diselak sambil jari menari-nari di atas papan kekunci lappy kesayangan. Begitu juga helaian-helaian seterusnya sehinggalah pada muka surat yang mempunyai tajuk berbunyi "PM buka twitter setiap hari". wah! biaq betoi. PM ada twitter?? Kenapa aku baru tahu?

Aku apa lagi. dan dan tu jugak terus buka twitter & search nama PM Malaysia. Najib! And yes, he has Twitter account. Malunya. Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa jiwang patriotik, kita sepatutnya dah follow twitter beliau. Ini tak, lebih teruja nak follow artis yang entah pape .. ops terlebih sudah (gaya Stacy).. jangan marah ye Iqram Dinzly (motif mention nama Iqram??)

Klik untuk ke twitter Perdana Menteri Malaysia --> YAB Najib Tun Razak

Hensem gak PM kita ni kan. Tapi senget sikit lah cermin mata tu .. hehe .. takpe comelll

Ok I dah follow you Najib. Update la twitter selalu okay (^___^)Y

Pergh panggil dia cam dia tu kawan baik ko je ek. Cam dah kenal lama.

La. dah tu nak panggil cam ne lagi. Takkan Uncle Najib. Dulu Pak Lah aku panggil Dollah, rileks je. Tun Mahathir aku panggil Mathir .. haa.

Suka hati kau la Belle' ... lalala

Aku pun menyambung kembali tumpuan ku pada surat khabar. 

Tapi

Tapi

Tapi

Jam dah kul 3pagi. Mengantuk kot. Nak tido. esok ada kelas. Bye.

Assalammualaikum semua!

Belle' : No Pain No Gain! Tadi Mak pesan suh belajar rajin-rajin. Baik lah mak! Rindu Mak!

Kerepek dah pun siap! Jemput lah makan ye kawan-kawan. Free je tak payah bayar. Tapi sori kalau tak sedap . hehe.

Rabu, 22 Disember 2010

A cool 'thing' to do

Hey, I found something cool yesterday
and I would like to share it with all my beloved readers

 You guys sure really need to try this out!

Nah gambar ..

click for 'tumbesaran'

"camne nak wat cenggitu ???!"


Step 1: Upload your desired picture and let PicCut generate the correct images.


Step 2: Download the generated ZIP file of your images, or manually save them.

Step 3: First, set the image named "profile-pic.jpg" as your Facebook profile picture.

Step 4: Create a new photo album, then upload the other images in the order of their filenames.

Step 5: Tag yourself in all 5 photos, starting with "image5.jpg" and ending with "image1.jpg."

Step 6: Hide any tagged photos you do not wish to display on your profile. That's it!


Feel free to visit this web for more info ..


belle' : it seems easy to do but it's not actually .. just believe me .. 

Y(^__^)Y

HLP (Hadiah Latihan Persekutuan)

Result tawaran HLP dah keluar semalam. Dan adik aku, Rusyaidi berjaya! Alhamdulillah. Semoga berjaya menjadi seorang Pakar Pembedahan yang d...