Tentang Penulis

Nama diberi Syafiqah Nabilah Azali. Korang boleh panggil aku syafiqah. Tahun ni aku berusia 24 tahun dan masih menuntut di salah sebuah universiti swasta di Malaysia. InsyaAllah tahun depan aku akan mula bekerja, sebagai seorang DOKTOR!! Amin ya Allah! Doakan lah kejayaan aku tau.

Kenapa aku berblog?

Aku suka menulis. That's it. Tak de niat nak jadi popular atau pun membuang masa. Aku cuma suka menulis walaupun kadang-kadang penulisan aku hanyalah repekan semata-mata. Aku ni jenis yang banyak berfikir. Kadang-kadang benda yang aku tak perlu aku fikir pun aku tetap nak fikir gak. Bila aku dah banyak fikir, aku tak boleh tidur. Maka nya, satu cara yang terbaik adalah dengan menulis di blog

mungkin akan ada yang cakap, "Belle, tulis je lah kat diari."

Zaman sekarang dah maju bukan macam dulu. Apa salahnya kita gunakan sebaik-baiknya teknologi yang ada ni sementara berpeluang. Nanti bila aku dah kerja, dah kahwin dan ada banyak lagi komitmen lain, aku takkan dapat peluang keemasan ni lagi. Silap haribulan, bukan sahaja tak sempat update blog, nak baca blog orang pun dah takde masa dah..huhu


Aku juga, sebenarnya pemalu. Diulangi pemalu! Sape-sape yang kenal rapat dengan aku, dia akan perasan yang aku ni pemalu sebenarnya. Aku jarang la nak kongsi cerita dan masalah aku dengan orang lain. Ini kan pula dengan satu dunia. Tapi, di dunia blog, aku jadi tak malu pula. Ini sudah pelik! Biasa lah, sebab aku tak perlu tunjuk muka or memerlukan eye-contact dengan pembaca aku. Aku hanya perlu tunduk menghadap key-board dan menaip apa yang terlintas spontan di benak ku dan PUBLISH! semudah ABC..haha

Aku juga bakal menjadi seorang doktor kelak. Tak sangka, cita-cita yang memang aku idamkan sejak aku kecik lagi hampir aku capai kurang lagi setahun sahaja lagi.  Ah tak sangkanya. Alhamdulillah. Walaupun aku sendiri tak yakin sebenarnya. Mampu ke aku ni, nak jadi seorang doktor yang baik terhadap pesakit dan tidak membahayakan pesakit. Ye lah, sekarang ni macam-macam berita kita dengar tentang doktor pelatih yang kurang cekap. 

Ah aku tak boleh pandang ke belakang dah, aku dah ada di tengah-tengah lautan. lagi 1/5 je lagi nak sampai ke destinasi. Takkan nak patah balik. Tak perlu jadi bodoh Syafiqah. Kau kena ingat pengorbanan mak dan ayah kau selama ni. Susah-susah kau pindah dari UiTM ke RCMP. Oh, UiTM hanyalah masa lalu aku, jangan dikenang pada barang yang lama itu!

Dulu, aku agak sedih mengenangkan kenangan lama. Tapi, bila ada seorang rakan kuliah ku yang rupa-rupanya nasib dia lagi malang dari aku..malah bukan setahun, tapi tiga tahun kot, dia perlu ulang tahun yang sama, aku jadi kagum! wah..sangat tekad dia nak jadi doktor. Bagus! semoga kami berjaya mencapai apa yang kami cita kan.. InsyaAllah.

Itu aje lah mahu cerita. Adiosza~

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...