Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label informasi. Papar semua catatan

Ahad, 30 September 2012

Kedai Runcit Cina VS Kedai Runcit Melayu

Salam.

Kedai Runcit Cina.

Dua hari yang lepas, aku ke kedai runcit yang terletak berdekatan dengan rumah sewa ku untuk membeli roti dan kaya. Biasalah di Ipoh ni, sangat susah kot nak jumpa kedai runcit Melayu, makanya kedai runcit Cina la yang menjadi pilihan hati. Hendak membeli di 7Eleven, mahal lah pula..kan?

Nak dipendekkan cerita, setibanya aku ke kedai runcit tersebut aku tertawan dengan layanan yang diberikan kepada ku.

"Ya Miss, mahu beli apa?"

Dengan senyuman dan panggilan Miss, terasa diri ini dihormati, walaupun berlainan bangsa. Tiba masa untuk membayar, harga yang perlu ku bayar adalah berjumlah RM 5.10. Sengaja ku keluarkan sekeping wang kertas 50 hengget sebab mahu kan duit pecah. Nakal amat ya diri ini..lalala.

Ye la, jarang sekali kita dengar peniaga kedai runcit Cina bertanya, "Miss, tiada duit kecil kah?"

Malah, Uncle tu tak tanya pun, "Miss ada duit syiling seposen?"

Dan Uncle tu mengembalikan duit baki sebanyak RM45 hengget. Yeay, dah ada duit pecah; 4keping duit merah, sekeping duit hijau.

Memang respect lah! Aku je yang jahat. Padahal ada je wangkertas warna merah dalam dompet tu..uh. Perasaan bersalah tiba-tiba menyelubungi diri ini lalu aku mengeluarkan wang syiling seposen.

"Uncle, ni saya ada seposen."

"Takpe." Uncle tu menolak rejeki..alolo, cutenyee.

Tapi disebabkan aku insist gak nak bagi, Uncle tu pun ambil seposen tu akhirnya.

Kedai Runcit Melayu.

Lain pula cerita yang aku dengar daripada seorang rakan tentang kisah dia membeli di Kedai Runcit Melayu sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Dia menceritakan kisah ini kepadaku selepas kagum dengan cerita Uncle Kedai runcit di atas..haha.

"ko nak tahu?"

"em, boleh gak. Aku memang suka nak tahu..lol"

"Pernah dulu masa aku kecik-kecik pergi beli jajan kat kedai runcit Melayu. Time tu aku tak cukup duit nak bayar. Dah kat kaunter ni, pakcik tu suruh aku balik rumah ambil duit. Seposen je kot!! Grr geram aku kau tau."

Haa, see? Nampak dah ke perbezaan antara kedai runcit Melayu dan kedai runcit Cina?

Tapi tak semua kedai Melayu macam tu, dan tak semua kedai Cina bagus macam tu.

Papepun, I Love Malaysia.

*jajan = makanan ringan.

Belle' : Atuk pernah berpesan, Nabila, kalau boleh beli la di kedai Melayu. Kalau dah tiada kedai Melayu sangat-sangat baru lah beli di kedai Cina.


Rabu, 11 April 2012

Pray for Indonesia

Earthquake happens in Indonesia with magnitude 8.9 and we hope everyone is doing fine. Lets pray for the best!


sumber : Twitter

Sabtu, 24 Mac 2012

Adik2 lepasan SPM, jom jadi Doktor!

Salam. Apa khabar semua hari ni? semoga sihat hendaknya~


Khas buat lepasan SPM & lepasan Matrik;


Mari kita jadi Doktor sama-sama! 

 


  • Besar kot pahala dapat melawat orang yang sakit di hospital hari-hari apatah lagi merawat mereka. Dan satu je akak Belle nak pesan kat adik-adik, jangan pernah fikir yang nanti, bila adik-adik dah jadi Doktor.. gaji besar gile ah! Please la, forget about that. please..
  • If adik-adik nak kaya cepat, sila jadi businessman ye. Tak pun pi la buat bisnes Herbalife or join MLM..huhu. 
  • Jangan amek medic sbb parents suruh atau cikgu suruh. 
  • Jadi budak medik ni hanya tension jika kita sendiri tidak pandai mengawal stress dan malas..huhu.
  • Ingat lah, kita tidak perlu menjadi excellent untuk bergelar seorang doktor. Be a safe doktor, itu sudah memadai. The patient also just need a safe doctor. Makanya, jika adik-adik tak dapat A dalam subjek Biologi, ataupun kurang cemerlang untuk result SPM kali ni tapi ada minat yang mendalam untuk bergelar seorang doktor, sila jangan putus asa. 
"You still have a chance to become a medical student as long as you go for it. InsyaAllah."
  • Lagi satu kak Belle nak pesan. Nak jadi Doktor ni, hati kena baik ye, tak boleh malas-malas, sifat suka tolong orang tu wajib ada kat diri tu & akhlak kena jaga.
  • ambil masa yang ada ni sebelum korang isi borang further study untuk bertanya pendapat ibubapa, cikgu2, rakan-rakan, senior dan sebagainya. Ini masa depan korang kot. Fikir betul2. Pergilah seminar or pameran kerjaya jika perlu untuk menambah ilmu.
p/s : Korang sepatutnya kena bersyukur tau, sekarang ni ada kemudahan internet. Sangat senang nak tahu tentang info2 pasal kerjaya dan halatuju lepas dapat result SPM. Time akak dulu, cuma bergantung pada cikgu kaunseling je kot. Pastu main isi je semua borang. Akak masuk matrik pun sebab tak dapat tawaran pegi obesi. Pastu amek medic sebab; result bole tahan la, pastu dengar2 cakap orang yang doktor ni senang dapat kerja, gaji besar dan minat tu ada la jugak sikit-sikit. Tapi frankly speaking, memang agak blurr gak la dulu.. sebabnya just tahu belajar je tanpa merancang masa depan dan tak ambil kira choice lain yang kita ada..huhu. sedey kan? kalau la aku tahu, dulu aku amek.. eh takde papelah..hehe. ok bye.


Good Luck for you guys!

Khamis, 2 Februari 2012

Kenapa Perempuan Sukakan Remy Ishak?

salam.

Lamenye tak menulis kat sini. Fuh *tiup sikit dashboard yg dah berhabuk nih*

Setelah lama tak update, hari ini saya memilih untuk berbicara tentang Anugerah Juara Lagu. Tak nak lah cerita pasal Awan Nano. Pasal beribu sesalan pun saya tak nak apatah lagi pasal Karma..hehe.

Jom kita cerita pasal Remy Ishak! *gadis2 comel mari dengar*

Yup, seperti yang kita semua sedia maklum (pada yang menonton Anugerah Juara Lagu pada Ahad lepas je la kan), Remy telah muncul sebagai pemenang kategori persembahan terbaik pada malam tu. Er, atau lebih tepat Remy cuma jadi watak tambahan dalam persembahan Alyah. So Alyah yang menang sebenarnya..

Untuk pengetahuan semua juga, sebaik sahaja Alyah men-sandha-kan diri ke dada bidang Remy ramai gadis yang mendapat serangan histeria akibat cemburu termasuklah si penulis ini. erk? Dan juga, nama Remy Ishak terus menjadi trending di Twitter, padahal dia tak menyanyi pun. pelik!

Kenapa ya begitu?

Jadi apa yang penulis dapat simpulkan menerusi kejadian di atas adalah;

"Perempuan suka akan lelaki Handsome macam Remy Ishak."

bukan dgn Remy !

Saya juga telah menyenaraikan 3 sebab kenapa la Perempuan ni suka sangat dengan Remy Ishak ;

1. Fitrah manusia sukakan benda yang cantik
  • ada ke orang yang tak suka benda cantik? mungkin ada, tapi cuma golongan minoriti. Itupun sebab.. lain orang lain makna Handsome bagi diorang kan?
2. Saje nak buat si Dia jeles?
  • kadang2 perempuan ni saje je cakap, wow kacaknye Remy Ishak! Lagi best kalau dapat cakap kuat2 depan si Dia. Seronok kot dapat tengok reaksi si Dia, "tak handsome! hitam!" (tak caye try lah..hehe)
3. Ala, suka je pun, ape ada hal?
  • cuba baca betul2, suka je pun bukannya cinta sampai nak dijadikan teman hidup kan? Yup, suka & cinta itu berbeza. contoh; Saya suka Remy Ishak tapi tak bermakna saya cintakan dia. Sebab? dia milik Tiz Zaqyah. Malas lah nak kacau daun T__T. Jadi saya suka dia suka-suka sahaja. That's it!
Camne, apa kata anda pula ye?

putih kot Remy ni, ade plak kate dia hitam? jahat tul lah..hehe

Ahad, 18 Disember 2011

Berkata; “Jika di kehendaki Allah & dikehendaki kamu”?

sedikit perkongsian Ahad;






Terdapat riwayat menceritakan bahawa seorang lelaki pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; 


“ما شاء الله وشئت” 


(maksudnya; Apa yang Allah kehendaki dan apa yang kamu kehendaki).


Lalu Rasulullah berkata kepadanya;

أجعلتني لله ندا


“Apakah kamu mahu menjadikan aku sekutu bagi Allah? (Janganlah kamu menyebutkan begitu),akan tetapi sebutlah; ‘Apa yang dikehendaki Allah sahaja’.

-(Riwayat Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas r.a.)[16]

Sabda Rasulullah s.a.w.;

إذا حلف أحدكم فلا يقل: ما شاء اللَّه وشئت. ولكن ليقل: ما شاء اللَّه ثم شئت


“Jika sesiapa di kalangan kamu bersumpah, maka janganlah ia berkata; ‘Apa yang dikehendaki Allah dan yang dikehendaki kamu’. Akan tetapi katalah; ‘Apa yang dikehendaki Allah, kemudian yang dikehendaki kamu’. 

-(Riwayat Ibnu Majah dari Yazid bin al-Asham (الأصم) r.a.)


-sumber-


notakaki;

  • contoh di atas merupakan antara bentuk-bentuk syirik kecil. 
  • Syirik Asghar (kecil) tergolong dalam kumpulan dosa-dosa besar, malah paling besar dari dosa-dosa besar yang lain di sisi Allah.
  • Aku pernah terbaca yang, kalau kita cakap demam kebah sbb makan panadol pun syirik.
  • Contoh lain:  ibu menangis sambil berkata "itulah tadi makcik dah kata tunggu makan bubur kacang dulu tapi dia tak dengar...ha ni kempunan bubur kacanglah jatuh parit tu.." perkataan "kempunan bubur kacanglah jatuh parit tu..." adalah syirik. -sumber-
  • Jadi, hati-hati lah jika bercakap dan elakkan mengucap kata-kata yang sering mengundang dosa.
  • ok korang? 
  • salam =)


Jumaat, 16 Disember 2011

3 video yang best

Curi masa korang jap boleh?
ala setengah jam je.
Ok Jom !



Video Lawak; Bawa Girlfriend Pergi Kuliah Ustaz (UIA Gombak) - Ustaz Azhar Idrus
Dalam video di atas, Ustaz menjawab soalan, Hukum bawa GF pergi kuliah Ustaz??
*wajib tengok!

   

Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat.
Ada Bob Lokman & MattLuthfi.
*harus tengok!

   

Original Sound Track: Cupid's Fall
by the Band: Once Upon A Time There Was A Sausage Named Bob
Check them out at: http://www.BobTheSausage.com
sedih video ni...
*suka hati nak tengok ke tak*

Khamis, 15 Disember 2011

Obesiti : Kenapa Malaysia maju?

sebab kita suka ;


  1. Pilih lif daripada tangga
  2. Parking kereta paling dekat. kalau boleh nak park dekat pintu masuk pejabat.
  3. Pergi mana-mana naik kereta. Ke kedai sebelah rumah pun nak naik kereta jugak.
  4. Makan maggie. Dah la maggie tu 2minit je masaknye pun, apa salahnya campurkan sekali sayur sawi dalam tu? [saya dan manggi]


dan yang paling terbaru, iPhone 4s [iPhone 4s official launch by Celcom]. Taip mesej guna suara je. Tak ke macam orang malas guna HP? haha.

fikir-fikir lah & jaga kesihatan. Salam.

Isnin, 12 Disember 2011

Istilah Kapel ada Had Umur ??



"Biar betul apa yang aku baca ni?"


Betul lah tu. Tapi, itu sekadar tajuk sebuah entri dan kenyataan. Sama ada ianya sebuah kenyataan yang betul ataupun tidak ... Haa! Jom kita kupas sesama ea (intonasi Melly Tentang Dhia).

Kapel (couple)

Automatik, aku yakin yang terlintas dalam fikiran kebanyakan daripada korang adalah...

HARAM!

Dan selebihnya...

Seronok! Atau No Komen.



"Janganlah engkau mencari pasangan hidupmu, yg jika engkau melihatnya, engkau pasti melupai ALLAH dan engkau terpedaya dengan hawa nafsu malah mengingatinya telah melalaikanmu dari bercita2 memperbaiki imanmu." - syahirul.com

[ iklan kejap ye ]

Tak kisah lah korang ni berpihak yang mana satu, isu yang aku cuba bangkitkan kat sini cuma satu. Pernah tak korang terfikir yang Istilah Kapel ni ada Had Umur?

???^$%*(%?!

Sebab, cuba fix kan word 'kapel' untuk generasi berumur 40-an. "Eh Anuar Zain Kapel dengan Z** A**. Aku kan, hari2 nampak diorang dating. iye."

Tak ke rase macam tak sesuwai? Tak? Ok la, ku bagi contoh lain. *uh nyampah*

"Korang, nak tahu satu cerita tak? Atuk aku dah ada Kapel. Cantik gile tau!"

Haa, see. Pelik tak pelik tak? Ape? er tak juga? *Ok nangis sampai banjir*

As for me. Untuk Atuk, perkataan Kapel lebih sesuai digantikan dengan calon isteri. Dan untuk Anuar Zain, dengan bercinta. *scroll balik atas, gantikan dan baca balik* good job! Baru sedap sikit ayat tu kita dengar kan? yep, betol betul tu, cintailah Bahasa Kebangsaan kita *tetiba*


why her, not me ?? *nangis*

jangan nak terkejut sangat sebab aku pun tengah shock ni
baru tahu lepas meng-google gambar die tadi
T__T

Hey, serious lah sikit Belle! er ok ..

So, begitu lah ceritaku. Kesimpulannya, Istilah Kapel wajib [fuh jatuh hukum terus haa] korang gunakan pada umur yang betul seperti remaja sebab Belle suruh.. haha. Bukan apa, sebab aku dapat rasakan yang bila sebut kapel je, persepsi orang mesti negatif. kenapa ek? Kapel sikit, mesti cakap buat dosa..

Yep, mostly memang macam tu. Tapi percayalah yang tak SEMUA kapel, macam tu. *tak terasa tak terasa* . come on people, wake up! [hujah couple dah basi]

Caption dari status FB seorang teman.
kredit to him sbb idea menulis entri ini lahir selepas membaca status ni

EH jap! Tapi, kenapa kita tak pernah dengar orang cakap yang, "Bercinta itu Haram", "berkasih sayang itu Haram" dll. Bukan kah bercinta, berkasih dan bercouple masing-masing membawa maksud yang sama????!

Haa, soalan tu hang kena jawab sendiri. Sekali sekala kasi minda korang berfikir, takpe kan? Selamat beramal. 


"Carilah pasangan hidupmu, yg jika engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pada ALLAH, serta bercita2 ke arah memperbaiki imanmu kepada ALLAH." -syahirul.com




Terima kasih sudi baca sampai habis.


ps: gambar curi kat Tumblr ^_^'

Khamis, 27 Oktober 2011

Masalah kedai Melayu

Idea ni timbul selepas mendengar rungutan seorang ayah terhadap servis di sebuah kedai runcit Melayu. "masalah betul lah kedai Melayu ni!." Marah betul abah..hehe. Aku, layankan aje marah dia tu.

Berbalik kita kepada tajuk asal.

Masalah kedai Melayu


Kalau korang perasan, ada satu masalah yang biasa kita lihat berlaku sewaktu kita membeli-belah atau makan di kedai Melayu. Yang peliknya masalah ni hanya timbul di kedai Melayu amnya, tapi tidak di kedai bangsa lain. Tujuan aku bukan hendak memburukkan nama Melayu tapi ini kenyataan. Aku rasa korang pun mesti setuju lah.

Masalah yang aku maksudkan adalah susah menerima duit besar daripada pelanggan & tiada pulangan duit baki. Kalau kita hulur duit 50hengget sekeping, mesti akan dapat komen free camni, "besarnya duit, takde duit kecik?". Takpun, kalau time tu kita bayar dengan teman kita, mesti dapat suggestion baik punyer camni, "dik, apa kata pinjam duit kawan ke, akak takde duit kecik la."

Haa, isu tersebut lah yang dibangkitkan oleh abah. Amacam, korang setuju ke tak?

Jom semak fakta berikut;

Peniaga Melayu VS Peniaga Cina



Yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan. Peace no war!

Jumaat, 23 September 2011

Dah dapatkan Facebook Timeline ke belum??

Seperti yang semua sedia maklum
Macam-macam perubahan dilakukan oleh Facebook
Eh takkan tak perasan
kata hari-hari baca Facebook
*tak terasa tak terasa*

Tanpa membuang masa
jom lihat hasil yang aku dapat
setelah aku join Facebook Timeline

............

klik gambar untuk tumbesaran !

Amacam, menarik bukan?
dah serupa macam diary 
kita boleh cek balik status, gambar dan lain-lain dengan cepat dan pantas
Sesuai untuk mereka yang Facebook dependent
Untuk yang setahun sekali update status, tak payah !
muahaha

amaran : Jangan menyalahgunakan benda ni dah la ya. Yes, I'm talking to you wahai stalker-stalker terhormat sekalian.

eh sebelum taipan dihentikan dengan segera
nah ambil link ni

just follow step yang ada slow and steady ok?
Good Luck.
and
yes, Timeline ini hanya dapat dilihat oleh orang yang dah tukar
siapa yang belum tukar, just dapat tengok profile ku yang lama
hehe
(^___^)Y


Ahad, 31 Julai 2011

Bila Facebook dah macam TUHAN

sumber : twitter

Pernah tau aku terbaca wall seorang teman. Beliau menulis sepotong doa yang biasanya diungkapkan sesudah solat. Dan seorang teman yang lain memberi komen seperti ini;

"nak doa bukan kat sini la weyh, sengal!"

terkejut juga la. Salah ke sang teman yang menjadikan sepotong Doa sebagai status di FB? atau pun cuma sang teman yang lain itu yang berfikiran negatif?

Apabila difikir-fikirkan balik, sepanjang hampir 3tahun aku menjadi pengguna FACEBOOK, bermacam-macam ragam dan tabiat manusia dah aku tengok. Yes! dalam hal ini korang tak boleh ye cakap aku 'judgemental' sebab.. sangat obvious kot, status itu ditulis oleh kita sendiri. Kita menulis berdasarkan apa yang kita rasa, kita alami, dan haruslah kan benda itu 'sangat' melambangkan peribadi kita. betul tak?

kecuali lah, ada yang menulis tanpa tujuan. Pakai bantai taip je and post! Buat sesuatu tanpa berfikir. Takkan lah kan?

berbalik kepada tabiat manusia di FB. Antara sifat yang aku dapat kesan adalah, mereka sangat suka berdoa di dinding Facebook. 

Contoh;
"Ya Allah, kau tetapkanlah imanku." -Sang Teman.

Ok fine.. Pembaca (rakan-rakan) di FB yang terbaca, sekaligus akan turut berdoa di dalam hati dan siapa yang dapat pahala? yes betol! Sang Teman juga! 

Tapi persoalannya di sini, selepas sembahyang, ada tak berdoa macam tu? ke terus open laptop update status kat FB, "Ya Allah .. bla bla bla.." *tak terasa tak terasa. Kalau ada bagus! Kalau takde itu yang bikin wa panas kan. Dan time ni aku akan 100% setuju dekat Sang Teman yang lain,
"Nak doa bukan kat sini la..adeh"

aku bukanlah nak kata yang kita dilarang menjadikan doa sebagai status, cuma pastikan ianya selari dengan niat dan amalan kita. Jangan ada niat untuk menunjuk baik dan sebagainya padahal...huh. Ingat! Jangan terlalu taksub dengan teknologi sampai kita lupa benda yang asas.

 " Facebook tu kan cuma 'hiburan' - Encik A "


dan ini antara mention (reply) yang aku dapat;



apa apa pun. ini hanya lah sekadar sekilas pendapat daripada seorang 'AKU' yang bukan sesiapa. Kalau tak setuju, jangan malu jangan segan untuk menegur ku dan memberikan pendapat  Jika ingin mendapatkan lebih kepastian, ajukanlah soalan ini kepada mereka yang lebih pakar. OK?

'"why is so serius. Open minded la sikit!"
'Open Minded?? Tak payah nak open open sangat lah.'


Short Tips for Ramadhan:-from iLoveAllah.com-
1. Seek Allaah's Pleasure & Mercy.
2. Read Qu'ran [with Understanding].
3. Listen to Qu'ran.
4. Make dua for yourself & others.
5. Evaluate yourself everyday.
6. Make Taubah.
7. Increase your Dhikr.
8. Give Sadaqah.
9. Seek Islamic knowledge.
10. Pray Salah on time.
11. Increase your Sunaah & Nawafil prayers.
12. Aquire patience & strong will.
13. Strive for Ihsaan & avoid Riyaa.
14. Control your anger.
15. Feed others.
16. Make Itikhaf.
17. Don't eat too much at Iftaar & Suhoor.
18. Sleep early.
19. Get up a little early for Suhoor & pray Tahajjud.
20. Keep yourself in a state of Wudhu.
21. Don't waste time socialising too much.
22. Pay Zakatul Fitr early.
23. Set a goal of memorising some new Qu'ran & Duas.
24. Watch your tongue.
25. Make time for others. 

my FB's profile Pic for this Ramadhan


salam.

Khamis, 28 Julai 2011

Malaysia vs Singapura Kelayakan Piala Dunia 2014

Jom layan gambar-gambar menarik yang aku jumpa semasa blogwalking tadi




sedang khusyuk search gambar-gambar
tiba-tiba aku jumpa ...
ah malas nak cakap
korang baca sendiri lah ye


tak masal eh tiba-tiba kecoh pasal skandal si Apek (penjaga gol Harimau Malaya)
harap-harap Apek boleh fokus malam ni
sila jaga gol elok2
and
be profesional lah Bro
tanggungjawab terhadap negara lebih utama daripada hal lain

Good Luck Harimau Malaya!

p/s : adoi, nape Aidil dikeluarkan ni? kacau betol la =(

Nasihat untuk semua pelajar perubatan (18SX)

Salam.

Kisah ni berlaku beberapa hari yang lalu di hospital. Waktu tu kami sedang dalam bed-side teaching (kelas tepi katil). Antara perkara wajib sewaktu bed-side teaching adalah menunjukkan skill-skill pemeriksaan terhadap pesakit di hadapan Dr (pensyarah) seperti pemeriksaan tangan pesakit.

Sewaktu pemeriksaan tersebut dijalankan beserta dengan running commentary (komen berlari), Dr kami tiba-tiba memotong ayat rakan kami itu (perempuan). Dr mengatakan yang ianya salah dan perlu buat macam ni la dan bla bla bla. Sedang kami semua khusyuk mendengar 'pemotongan ayat' Dr itu...tiba-tiba,


"Dik, jangan la pegang lama-lama. Stim saya nanti." kata pesakit (pakcik) tersebut.


Kami terkejut besar. Mata kami terus tertumpu ke arah tangan mereka yang masih berpegangan. Adeh. Macam manalah beliau boleh terlupa untuk melepaskan tangan pakcik tu tadi. Aku tak pasti sama ada Dr kami sedar akan perkara itu ataupun tidak. Yang pastinya, pakcik tu jujur amat! Dan, ala... pegang tangan je pun.

Moral of the story:
Kepada semua pelajar perubatan, faham-faham sendiri lah ye. Korang semua dah besar kan untuk faham apa yang aku cuba sampaikan daripada cerita tadi. So, korang ada pengalaman yang sama tak? Tak kira lah korang sebagai medical student ataupun pesakit. JOM! kongsi lah sama-sama k .. hehe =)

A quote for today;
"No need to be a GREAT Doctor, just be a SAFE Doctor"


Bukan mudah nak jadi seorang Doktor.

Rabu, 13 Julai 2011

How to confirm that you are left handed / right handed?

Salam.

Today, I would like to share something with you guys.

Are you left handed or right handed? Oh don't tell me yet. Let's do aa eye test first!

Look at the picture below very carefully.


Place your middle index finger on the 'part' that you should not see. Euww. Well, please ya. Behave like you are still a kid..hehe. Yes, I really mean the 'kissing part' =P

Then, close one eye, either your left or right eye.

Which one gives you a better & clearer 'kissing part'? Close right or left eye?

  1. If close right eye, then you are RIGHT Handed
  2. If close left eye, then you are LEFT Handed.

That's it! Interesting right??

Left Handed or Right Handed?? }

Good Luck! =)

Rabu, 6 Julai 2011

Review isu Video Biadap Pekerja KFC

Cerita pasal ni mungkin dah basi, tapi aku tetap nak review jugak

info : kepada siapa yang tak tahu lagi pasal isu Video Biadap tersebut, sila baca di entri INI 


Pada pendapat aku lah kan...

  1. Isu ni kecik je. Ianya jadi besar bila ada yang rajin betol upload video tu kat Youtube. Tambah best lagi, bila semua ramai blogger berebut-rebut nak buat entri pasal Video tu. Ada yang puji kutuk-kutuk la. 
  2. Yang biadap tu, hanya seorang pekerja lelaki yang entah siapa. Kalau kutuk si pekerja KFC tu, ok lagi, tapi ni siap cakap, "sumpah aku tak nak makan kat McD KFC lagi dah pasni.." ape kes???! Geli der.. Nak menipu agak-agak la kan *rolling eyeballs
  3. Kalau benda buruk, cepat betul nak sebar-sebarkan. Tau lah sekarang, mudah gile nak SHARE. Oh lupa, sharing is caring la katakan.
  4. Aku anggap kejadian yang menimpa KFC ni boleh jadi ada orang yang sengaja nak buat naya terhadap KFC ataupun memang betul pekerja KFC tu ter'kurang ajo'. 
  5. Kalau betul ada orang berniat nak buat naya, takziah buat KFC. 
  6. Tapi kalau betul pekerja KFC tu terbiadap, pecat aje lah pekerja tu. Senang, abes cerita. Jangan lah sampai nak boikot KFC. macam nonsence je. Ok fine. Memang salah KFC juga la, kebetulan diorang tersilap pilih pekerja. Well, semua orang buat silap.
  7. Kes ni sebenarnya sama je dengan kes Dr buat silap semasa merawat pesakit disebabkan lalai dan terlepas pandang. Dan akhirnya menyebabkan kematian pesakit. Bezanya cuma, pelanggan KFC yang makan Ayam cap Tapak Kaki tu mungkin hanya mengalami cirit birit dan demam seminggu. Mungkin lah.
  8. SO, dalam kes hospital tadi, takkan hanya seorang doktor buat silap, kita nak salahkan seluruh hospital. Kita bako aje hospital tu..macam tu ke? oh pelis lah =P
  9. SO pendapat korang camne? ah suka hati lah nak salah kan Hospital or KFC.
  10. Mungkin kita kena akur dengan pepatah, hanya disebakan nila setitik, maka rosaklah susu sebelanga =(
my favourite menu
Ok bye. Entri ni khas buat KFC Ipoh Garden yang begitu amatlah dekat dengan rumah ku. Tanpa nya, kelaparan lah perut ini.. [tacing la plak kan] haha




Jumaat, 1 Julai 2011

Menyampah dengan Anon

Anon bermaksud Anonymous. Atau lebih tepat, peng'komen' tanpa nama.

Anda suka tak dengan Anon yang datang komen blog anda?

Atau anda sebenarnya benci bila ada Anon yang sesuka hati meninggalkan komen, walaupun komen tu tepat dan ada betulnya tapi anda tak suka?

As for me, tak payah nak menyusahkan diri fikir pasal anon ni.

Kalau suka, bagus la. Maksudnya anda menerima segala kritikan si Anon dengan pintu hati yang begitu terbuka [kritikan sebab jarang kita jumpa anon yang bagi pujian] Try baca entri ini yang aku tujukan khas untuk seorang anon bukan tanpa nama.

Kalau benci, cuba fikir semula. Apa korang dapat dengan melenting tak tentu pasal. Hanya disebabkan seorang Anon yang anda pun tak tahu siapa gerangannya. Nak buat apa serabutkan kepala tu. Cukup lah dengan assignment, masalah awek dan kerja yang berlambak-lambak tu. Biarkan aje si Anon tu dengan hidup dia.

"semakin kita gagal mengawal emosi, semakin kita menjadi orang yang kalah.''

Senyum !
[malu ke mengaku yang 'aku seorang blogger']

Tapi tapi tapi...diakui yang bukan senang kita nak cool bila mana ada Anon datang ke blog kita sekaligus mengganggu ketenteraman kita. Aku sendiri akan tersentak bila dapat teguran mahu pun komen yang kurang positif [negative].

Yes, aku mengaku aku menyampah dengan anon yang tak suka aku aktif menulis blog

tapi aku lagi menyampah bila.. em bila... bila

aku rasakan yang aku sendiri tak suka dan tak puas hati dengan apa yang aku tulis dan repekkan di sini..uwaaa (T__T)

ok, aku dah melalut banyak nih. Terima kasih sudi baca sampai habis. Maaf jika entri aku tak best. Jumpa lagi. Good Night. Salam~

psst : By the way, this is an entry, as a review to this entry Blog dikritik diserang Anon. Bencilah!

Ahad, 5 Jun 2011

60% gadis hilang dara menjelang usia 18tahun???!

selamat Hari Ahad semua! 

Tadi, lepas je bersarapan di KFC, aku singgah di kedai sebelah KFC untuk membeli surat khabar. Ya! ku dah lama betol tak baca paper, akibat ketiadaan masa dan atas alasan ingin menjimatkan duit. Aku beli Metro dengan Kosmo sekali. Pada mulanya, ku hanya ingin membeli Kosmo sahaja sebab tertarik dengan berita tentang Upin&Ipin, tapi tatkala terpandangkan tajuk hadapan Metro yang memang tak boleh blah, aku pun grab terus Metro yang berharga RM2 itu.

Pada yang dah pun membeli Metro hari ini, mesti dah tahu apakah tajuk depan akhbar Metro bukan? Ya! Tajuknya ialah ''Karam di Rumah". Jom kita berbicara lanjut pasal isu ini.

motif gambar??
"Liciknya anak gadis alaf baru hingga ada yang mengaku pernah mengadakan hubungan terlarang dengan teman lelaki seusia 5kali seminggu di kediaman keluarga seawal usia 14tahun ketika ibu bapa tiada di rumah" -->rujuk muka6 Metro

Ya Allah, apa nak jadi la manusia zaman sekarang. Muda lagi kot, baru nak hidup dah terjebak dengan masalah sosial macam tu. Dah la buat dosa, pastu berani pula buat kat rumah sendiri. Memalukan!

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15-25tahun yang dijalankan di sebuah IPTA dengan portal YouthSays.com, baru-baru ini, "Sebanyak 60% gadis hilang dara menjelang umur 18tahun, manakala 24% mengaku pernah melakukan seks dengan lima lelaki."


Korang terkejut? aku sendiri terkejut mendengarnya tapi inilah hakikat yang perlu kita semua akui. "Sesungguhnya remaja hari ini tahu mengenai seks lebih awal, seawal 10-11tahun" kata Mashitah lagi.

"Majoriti memperoleh maklumat daripada teman sebaya atau internet, dan ada juga mengenali seks melalui pornografi. Amatlah sedikit mengetahui seks dengan bertanya ibubapa atau guru." katanya.

kira-kira 30% remaja memikirkan seks setiap hari dan 50% tidak pasti mereka mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai seks sebelum mengadakan hubungan.

malah, 33% hasil menunjukkan gadis yang masih di tingkatan 4 pernah melakukan hubungan seks. dua per tiga pelajar melakukan seks kerana ingin cuba-cuba dan berseronok, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau diajak kawan.


so!

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? adakah remaja itu sendiri ataupun ibubapa? 

Wahai Remaja, fokus lah pada pelajaran dahulu. Dengarlah cakap Ustazah korang. Ustazah tak kasi bercinta dulu mesti ada sebab punyer! janganlah terjebak dengan hubungan yang terlarang ini. Nak bercinta pun, tunggulah habis belajar dulu. Tak kesian ke kat ibubapa yang selam ini bersusah payah nak membesarkan kome?? haish

Wahai ibubapa, jagalah anak kome baik-baik. Pantau lah mereka. Jangan asyik dengan bekerja, main facebook dan sebagainya. Jagalah tepi kain anak-anak, datangkan perasaan curiga tu sikit dan bertegaslah dengan anak-anak. Jangan bagi kebebasan melampau pada diorang. Tak mustahil, bila nasi dah menjadi bubur nanti, diorang akan salahkan korang balik. Peranan ibu bapa dalam menangani hal ini amat amatlah penting!

Semoga, hal ini mendapat perhatian daripada semua pihak. Sama-sama kita berusaha menanganinya!

Peace yo! apa-apa pun tak boleyh..haha

Isnin, 23 Mei 2011

Berapa orang anak yang korang idam-idamkan?

Selamat tengahari semuanya! Ku baru balik dari hospital, eh dari kolej sebenarnya sebab habis je bed-side class tadi singgah kolej jap gi mencekik kat kafe. Almaklumlah, RCMP sekarang dah ada cafe. maju betul! I Love RCMP..hehe

Masa bed-side tadi, kitorang cakap pasal beranak ramai. Info: sekarang ku sedang buat elective posting Paeds for a week. Hmm siapa lagi yang suka timbulkan isu ni kalau bukan Dr kami yang cute iaitu Dr T.

Dia kata, "Jangan cari pasal. Hidup bahagia." -Dr. T

Untuk pengetahuan korang, 'pasal' itu merujuk kepada keluarga yang ber-anak lebih dari satu. Ditambah pula pendapatan keluarga yang kurang daripada RM1000 sebulan. Untuk kes macam tu, Dr T sarankan, jangan ler beranak ramai-ramai sampai sepuloh orang. menyusahkan hidup sahaja. Dah faham ke apa yang ku cuba nak cite ni?

Dari satu sudut ku terpandang wajah seorang rakanku yang menandakan dia kurang bersetuju dengan Dr T. Aku tahu dan faham apa yang sedang bermain di fikiran rakan ku itu.


"Anak disifatkan dalam al-Quran sebagai anugerah atau rezeki daripada Tuhan. Bukan semua manusia dikurniakan anak, sebaliknya Allah memilih mereka yang tertentu saja. Bersyukurlah pada Allah bagi mereka yang mendapat rezeki anak. Anak merupakan rezeki dan kurniaan daripada Allah untuk semua ibubapa. Bukanlah bererti rezeki itu datang secara automatik dengan lahirnya anak, sebaliknya kita yang perlu berusaha  mencarinya." 


As for me. Ada betul nya apa yang dikatakan oleh Dr T. Bukan sebab dia pensyarah ku. Ku cuma bersetuju sebab zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Kos sara hidup sekarang amat lah tinggi. Lagi pulak kalau duduk kat KUALA LUMPUR. Jadi, buatlah sesuatu ikut kemampuan. Bukan kita mahu menolak rezeki yang Allah beri, cuma kalau boleh kita perlu juga membuat perancangan keluarga untuk mendapatkan hidup yang lebih harmoni.

Dr T pesan lagi, "You should buy a parenting skills book."

Yup. Bukan senang nak jadi IbuBapa yang berjaya tambah pula zaman moden ni. Aku sedar, mengikut pengalaman orang-orang di sekeliling aku yang ianya agak mencabar. Even, kadang-kadang bila my mom sedih sebab anak-anak dia, she always ask me like, "Mak gagal ke jadi Emak yang berjaya?" Aku tersenyum. Diam tanpa jawapan.

Dr T berkata lagi, bilangan maksimum anak ialah 3. cuba teka agak-agak, kenapa dia kata tiga ek?? Cepat jawab, nanti aku bagitahu sebab pe k..hehe (^__^)Y

HLP (Hadiah Latihan Persekutuan)

Result tawaran HLP dah keluar semalam. Dan adik aku, Rusyaidi berjaya! Alhamdulillah. Semoga berjaya menjadi seorang Pakar Pembedahan yang d...