Memaparkan catatan dengan label Phase 3B. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Phase 3B. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kenangan pahit dan manis sepanjang Phase 3B

Salam.

Sebelum tu, jom sebut perkataan ni ramai-ramai dan sama-sama ;

[ gambar curi hasil carian di Google ]

Alhamdulillah sebab aku dah lulus Exam Final PHASE 3B!!
Terima kasih Mak. Terima kasih Abah.
dan semua yang mendoakan.

'Sungguh, setiap yang berlaku itu tentu ada hikmahnya. Aku anggap apa yang telah terjadi itu merupakan satu 'Wake Up Call' sebelum aku move to the next Phase, iaitu Phase 4.'

Sepanjang setahun aku di Phase 3B, bermula daripada akhir bulan Oktober 2011 hingga pertengahan bulan Oktober 2012, bermacam-macam hal yang aku dah alami dan tempuhi.

Ada yang pahit, dan ada juga yang manis. 
Itu barulah dinamakan sebagai sebuah kehidupan, bukan? 
Sekejap kita berada di atas.
Sekejap kita berada di bawah. 
Macam sebuah roda!

Kenangan manis sepanjang 3B
  • Ber-Elektif di Hospital Muar atau dengan kata lain berholiday lepas dah lulus exam Phase 3A. Baca ni Elektif 3B-ep1 & Elektif 3B-ep2. Seronok betul sebab dapat duduk dekat dengan family =)
  • Abah & Mak belikan kereta Viva putih untuk ku.  Ada ku cerita tentang tu di SINI.
Kenangan pahit sepanjang Phase 3B
  • Aku kemalangan selepas terlanggar kereta orang. Melayang RM600 macam tu je > malang tak berbau. 
  • Seminggu kemudian, aku eksiden lagi. Kali ni, orang pula yang melanggar aku > mungkin jodoh kami memang pendek
  • Kehilangan Handphone Samsung ACE putih. Aku memang cuai betol. But tolong la, siapa yang curi tu, sila la pulangkan balik. (ok, itu memang tak mungkin terjadi la kan) ='( 
  • Kena repeat exam 3B. Ya Allah, tuhan je yang tahu betapa sukarnya aku nak menerima kenyataan tu, apatah lagi nak berdepan dengan semua orang time ni. But Alhamdulillah, aku kuatkan juga semangat ni. Dan akhirnya, selepas 3minggu bertarung, usahaku.. berbaloi-baloi, disusuli berkat doa keluarga dan teman-teman.

congrats kawan!

Bak kata orang tua-tua ; Yang baik itu kita jadikan sempadan, yang buruk itu kita jadikan tauladan.

6 months left!

Aku hanya harapkan yang terbaik untuk 6 bulan yang mendatang ni.
Fokus Belle.
Lupakan yang lain.
Belle boleh buat punyer!

Terasa lama ku tak meng-update status di wall Facebook ku. 
Bila buka Facebook, just scroll down gambar-gambar grad, kahwin or tunang kawan-kawan. 
Yeah, maybe.. my life is not that interesting to share with others. 

Anyway;
Tahniah buat kawan-kawan yang dah grad.
Tahniah awak sebab dah bergelar graduan. Good Luck for you!
Hidup Graduan untuk negara! (tiba-tiba kan)
Tahniah buat kawan-kawan yang dah bergelar suami/isteri. Berumahtangga leklok ea..hehe.
Tahniah juga buat kawan-kawan yang kini menunggu kelahiran bayinya yang pertama. Pasti excited kan?

6 months left!

dan semoga masa tu nanti 
merupakan giliran aku pula yang menerima ucapan Tahniah..hehe
amin!
(er, tahniah sebab dah lulus exam k, bukan sebab yang lain-lain..adeh)


Ok la kawan-kawan. Jumpa lagi.

salam.

Terima kasih sudi baca sampai habis aku membebel hah.

(^_^)Y

bye Phase 3B, hello Phase 4!

Ahad, 29 Julai 2012

Posting Ortho di Taiping

Salam.

Sedar tak sedar dah nak masuk minggu ke-2 kita berpuasa. Korang dah tadarus sampai Juzuk berapa? Agak-agak dapat khatam tak akhir Ramadhan nanti? InsyaAllah boleh, hehe. Untuk entri kali ni, aku takde nak bebel sangat, cuma nak update tentang update terbaru tentang seorang aku.. bleh bleh bleh (berbelit lidah aku nak nyebut nyer)

orite!

Now, tengah belajar pasal tulang. Sebut pasal tulang aku teringat kat MakUda aku; merangkap ibu kedua aku yang menjaga aku sejak aku kecil lagi. Sebabnya, MakUda aku pernah eksiden kat tempat kerja yang menyebabkan kakinya patah dan terpaksa dimasukkan besi. 

Kesian MakUda. Dulu masa aku kecik aku pernah cakap kat dia;

"MakUda, nanti Nabila dah besar Nabila nak jadi Doktor, nak rawat kaki MakUda."

And now, bila teringat balik dialog tu baru lah aku sedar yang antara orang-orang yang menjadi inspirasi aku untuk menjadi seorang Doktor adalah MakUda. Camna lah aku boleh lupa akan hal itu..adeh. Iyelah, boleh lah aku bagi alasan tu masa Dr Jas (specialist Ortho kat Taiping) tanya soalan "why do you want to be a Doctor?" tempoh hari.

"Why a Doctor?"

"erm.. erm.. I want to help people. To save people lifes!"

"great! (with a sarcasm tone)"


Terpanjang plak intro aku tadi. Sorry guys. Untuk posting kali ni, macam biasa ada 6 minggu dan aku perlu ke Taiping selama 2 minggu untuk bersiar-siar jalan-jalan cari makan. Eh silap, untuk menimba ilmu lah der. Lagi 4 minggu tu kat Ipoh la, mana lagi kan? Taiping is awesome (1st time menyambut Ramadhan di situ). Terasa nyaman je duduk situ. Tengok gambar pun dah boleh tahu kan? (iye, aku sedang mempromosikan Perak sempena Tahun melawat Perak 2012) ^_^"

Sepanjang 2 minggu tu kitorang kena gi observe Doktor di Klinik, follow ward round, gi HO Teaching and Pass Over dan do some tutorial. Sebelum pergi Taiping macam-macam rumours aku dengar tentang doktor-doktor kat sana. Ada yang positive and ada juga yang negative. Tapi macam biasa la, dah nama pun rumours. Kena alami sendiri la baru tahu benda tu betul ke tak.

Secara ringkasnya, specialist Ortho memang garang-garang. Tapi diorang garang dgn HO & MO je. Dengan medical student, steady lagi kot..masih dibelai-belai lagi. Time follow diorang punya Pass Over aku rasa macam sedang menonton sesi HO dimarahi Specialist aje. Hilang terus fokus aku kat case yang HO tu present. Tergamam sebab terfikirkan agaknya nasib aku nanti macam tu ke? seram tau tak.

Soalan : kenapa MO & Specialist Ortho kat Taiping semuanya lelaki?

Antara tempat pilihan berbuka Puasa (KamaLodge, Taman Tasek)
Tapi aku kagum dengan seorang HO ni. Baik, santun lagi peramah orangnya. Langsung tak kedekut ilmu, malah dia yang offer dulu untuk ajar kitorang itu ini. Dia pelajar lulusan Obesi. Dia kata, kat sana waktu dia adalah medical student macam kitorang, MO dan HO sangat lah baik. They are willing to teach medical student. Dr HO tu sampai rasa bersalah tak banyak dapat ajar kitorang disebabkan busy dan patient yang tak putus-putus di klinik waktu tu.

- Yup, jarang nak jumpa HO yang tak berlagak dan kedekut ilmu macam doktor tu. 

Nak tahu tak? Ada la sekali tu sorang HO ni kena marah dengan Doktor Pakar sebab tak dapat jawab soalan dengan betul. Standard lah kena marah kan? tapi yang buat aku tertarik ialah, Doktor Pakar tu siap tanya macam ni;

"Where are you graduated from?"


" U** (some Government University) "


"Wow, from Government U huh?"

Okay, fine. Maybe, I should start practice saying this;

''I'm from UniKL-RCMP, a Private University, boss."

Oh sebelum tu, aku kena study hard dulu sebab exam pun tak lama je lagi. Aim untuk buat yang terbaik, Belle!

p/s : Tahniah buat rakan-rakan yang akan memulakan tugas baru esok. Best nyer, dah jadi Doktor dah. Aku sentiasa doakan kejayaan korang semua. Selamat menjalankan tugas dan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab. Good Luck!

Rabu, 27 Jun 2012

Hari ini dalam sejarah RCMP memenangi pingat Emas dalam KSSU 2012

Alhamdulillah...
Petang tadi, RCMP telah mencipta sejarah selepas memenangi pingat Emas
bukan sebutir tapi dua butir ye..hehe
sebutir disumbangkan oleh team netball
dan
sebutir lagi pula disumbangkan oleh team futsal wanita
tahniah UniKL-RCMP!

Siap dapat ranking kedua keseluruhan setakat ini okey..
di bawah MIAT yang memungut 3 pingat emas setakat ini.

psst.. Di twitter, ada orang tweet; zaman aku dulu tak pernah dengar RCMP menang pingat, tapi sekarang dah lain. Tahniah!

papepun, esok adalah hari terakhir KSSU
dan team aku, team volley still perlu berjuang untuk suku akhir menentang MIMET
harap2 menang lah!
doakan k.
teringin nak sumbangkan pingat tuk RCMP sebelum aku chow dari sane..
insyaAllah semoga Allah permudahkan segalanya..

Isnin, 18 Jun 2012

Update terbaru seorang Aku.

salam.

hello, apa kabo orang di sana tu? semoga sihat hendaknya seperti orang di sini..hehe

so, apa ye yang mau ku kongsikan pada entri kali ini? aku sendiri tak pasti ni senanyer. sekadar coretan spontan dan korang baca je lah k..scroll down sampai habis tau, wee

untuk update terbaru tentang study aku; now tengah posting kat accident & emergency department. sebelum ni kat anaesthesiology department and after ni posting kat radiology department plak. anaest (bius) best cuma bosan sikit kena tunggu lama dalam bilik bedah yang sejuk mengalahkan iceberg dlm filem titanic (over kau Belle). walhal nak tengok procedure awal dan akhir sahaja yg tak lebih 5minit pun.

kenapa aku cakap sejuk giler? bukan sebab aku kurus dan takde lemak..bukan2, ish korang ni..malu I tau..haha.. tapi sbb suhu dalam bilik bedah mmg kena rendah, supaya hidupan seperti kuman dan bakteria tak sempat nak bernafas sekalipun..aha

p/s: posting aku skrg macam berjodoh sungguh dgn apa yg aku alami skrg ni. posting bius and A&E; haritu admit a&e lepas eksiden dan kena inject bius masa dahi kena jahit. posting radio; tadi pagi baru lepas gi x-ray lutut sebab bengkak tak baik2 padahal dah 2minggu berlalu. yeah maybe this is what we call as medical student syndrome! suka betul fikir yg bukan-bukan padahal soft tissue injury je.

Dalam minggu ni juga aku bakal sibuk membuat persediaan untuk perlawanan bola tampar karnival sukan UniKL yang bakal berlangsung di UniKL MSI, kedah bermula Isnin depan. ceh gaya cakap macam legend je padahal..haha. tapi cuak nih..harapnya dapat la bawa pulang medal tahun ni..amin :)

untuk lain-lain update :
  • keretaku, JNG bakal terlantar di ward untuk tempoh 2bulan ni
  • aku kembali single and not available for the time being. Please give me some space and time or I should just focus on my study first. Dear ex, thanks a lot for the memories.. aku percaya, kalau kita memang berjodoh, ada la. tapi kalau takde pun tak mengapa la.
  • final exam lagi 3bulan tapi apa pun tak ready ni. target aku tuk kali ni ialah tak nak study last minit.
  • tak sabar nak berhujung minggu dengan family di Cameroon weekend ni. miss them so much!
  • kurang setahun je lagi aku stay kat Ipoh ni. harapnya dapat gunakan waktu yang ada semanfaat yg mungkin disini, bersama insan2 terhebat mencipta kenangan terindah bersama..insyaAllah.


last but not least, aku ada quote best tuk dikongsikan bersama;

what doesn't kill you makes you stronger!







Jumaat, 1 Jun 2012

malang tak berbau



Hari ini
Hari pertama Bulan Jun
Happy Birthday Zanariah (rakan lama di smkbm)
Hari ini juga aku telah ditimpa malang atau lebih manis disebut sebagai musibah
Hari ini
Aku telah melanggar kereta seseorang
Kereta berjenama Persona milik seorang wanita perawan
Kereta tu statik, macho & cantik je parking kat tempatnya
Cuma aku ini yang silap
Aku ini yang cuai
Aku tidak perasan terdapat sebuah kereta di situ
Aku rasa aku reverse slow tapi mungkin terlebih reverse kot
Makanya, *bang*!!!!!
Terus berlaga dua bumper kepunyaan dua buah kereta
Aku mula cuak dan panik
Apa yang wanita itu cakap dan suruh aku ikut je
Aku sedar aku adalah pesalah
Dia nak hantar service di Syarikat EON
Aku setuju je, aku memang tak tahu nak 'react' macam mana lagi dah
Sesampai di EON, then hambek kau kena 600 hengget
Aku pun setuju
Nasib baik elaun dah masuk pada hari ini
Aku redha dan pasrah
Aku percaya
Dugaan yang hadir ini tentu ada hikmahnya
Aku anggap itu sedekah di hari Jumaat
Walaupun padahal time tu air mata dah berjurai-jurai..
Lepas je keluarkan duit dari bank,
Aku tak ikut akak tu balik ke EON semula sebab aku ada hal
Aku cuma bagi duit dan kes kami tamat di situ.

Persoalan?
Adakah logik service yang berharga 600 tu dan betulkah tindakan aku itu. Sebabnya ada kawan kata, sepatutnya aku buat report polis dulu, lepas tu biarkan pihak insurans yg settlekan semuanya. Aku tak pasti. Papepun duit pun dah selamat melayang dan aku malas nak panjangkan cerita. Cuma aku harap kakak tu betul2 pergi service kereta dia kat EON semula dan bukannya hantar service ke tempat lain yg lg murah.

I am sorry JNG for hurting you.
Thanks a lot friends for giving me your support..
Ainaa Cain, sedap nasi goreng korang masak tadi :)



moral of the story : jangan berangan semasa memandu!

Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan:
Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)

Jumaat, 18 Mei 2012

Tahniah senior 1st Batch Mbbs UniKL!

Petang tadi, tepat jam 4.30ptg; Senior2 aku di RCMP telah pun mengetahui result final MBBS diorang. Seronoknyerr. Alhamdulillah dan tahniah buat mereka yang telah lulus dan kini bergelar Doktor. Pada yang masih perlu meneruskan perjuangan, jangan putus asa.. InsyaAllah boleh. 6bulan je lagi. Tak lama mane pun tu..

Aku pulak? Tinggal 10 bulan je lagi. Omaigodddd. Ok sile offline sekarang Belle and study...ok tipu. Aku tengah tengok Jumper kat tv2. Cite ni mengingatkan aku akan seseorang..hurm. Ok abaikan.

(seronok melihat orang lain berjaya dan secara otomatik kita pun nak berjaya macam diorang gak)

Methods of suicide in Perak

Woot woot.. Lupa nak cerita pasal cerita ni..haha

Sekarang ni aku tengah busy buat research ataupun ktrg panggil SSM (special study module). Dalam masa 6 minggu ktrg kena pilih satu tajuk berkaitan medik dan buat research ttg tu secara individu atau berkumpulan (2org sahaja).

Aku buat SSM dengan Sarah. Tak mampu rasanya nak buat sorang2. Pada mulanya ktrg bajet nak siapkan dlm masa 2 minggu pastu bole la cuti sebulan. Tapi disebabkan byk pula benda nak kena settle, makanya, dah masuk minggu keempat pun tak siap2 lagi nih. Hurm. Bese lettew.. Tapi yg penting result dah siap analyze..

Yeay! Ktrg dah boleh tarik nafas lega. Terima kasih Dr sebab banyak bantu kitorang!

So..Thats why la.. Kini aku on the way balik Muar. Cuti selama seminggu. Lame gak tu..hihi. Seminggu lagi yg ada tu plak aku rasa nak stay Ipoh sebab ada training Volleyball. Karnival sukan UniKL pun tak lama je lagi ni. Dan yang paling penting, final exam phase 3B nak dekat dah. Macam tak prepare pape je lagi ni..aigooo belle.

Orait..adiosza~

P/s: tajuk entri merupakan tajuk research yg aku buat. Menarik tak? Secara ringkas yg aku boleh cerita ttg result research tersebut ialah; cara yang paling kerap digunakan untuk membunuh diri ialah gantung diri dan diikuti dengan minum racun. Selain tu ada juga yang bakar diri dan tikam diri sendiri. Lelaki lebih ramai bunuh diri berbanding perempuan. Manakala bangsa cina dan india mencatatkan jumlah tertinggi dalam masa dua tahun yg lepas di Perak. Hanya 7orang daripada 102 beragama Islam.

Isu like status di FB

Sejak kebelakangan ni, aku banyak menerima like di FB. Er maksud aku, post2 aku. Mungkin faktor pertambahan rakan. Ye lah, konsepnya mudah je.. semakin ramai yg membaca post kita, semakin bertambah lah like.

Tapi mungkin juga ada faktor lain. Antaranya ialah mempunyai minat, pandangan dan situasi yg sama dengan kita. Susah kot nak jumpa org yg sekepala dgn kita. Sebab tu lah menerima satu like seakan-akan menerima satu pangkah undi di PRU akan dtg (tiba-tiba).

Namun hati-hati kawan. Jangan kita menjadi orang yg 'gila' like sehingga dicop sebagai attention seekers. Apa-apa yang kita lakukan haruslah disertai dengan niat yg murni. Bukan hendak menuduh cuma mahu mengingatkan sahaja. Tak cakap pasal korg pun, aku mengata diri sendiri je nih..haiya.

Ada juga yang menerima like tetapi tidak menerima komen. Apa yang berlaku? Aku sendiri tiada jawapan untuk itu. Apa yg pasti, sebagai seorang aku yg juga pernah melakukan perkara yg sama berasa benda itu perlu.

Sebabnyaa.. Suka hati lah nak like ke nak komen. Itu kan hak masing-masing!

Hee gurau je kay. Pada aku, komen bila perlu dan sesuai dgn waktu. Like pun camtu gak. Kalau rasa cambest je, like aje lah kan? Tapi ingat, tidak like tak semestinya tidak suka atau setuju. Mungkin faktor terlepas pandang, segan, kurang akrab dan sebagainya.

Hmm.. Sorry to say but.. Aku mmg memandang budaya like di FB ni sebagai sesuatu yang agak serius. Aku juga berhati-hati untuk like sesuatu post di FB. Contohnya.. Status berbunyi; kucing saya mati... Tak tergamak kot aku nak like sbb kalau aku like seolah-olah aku meraikan kematian si Kucing. Kejam bukan?

Papepun, semuanya bergantung pada niat masing-masing. Like itu memberi seribu makna. Aku hargai kawan-kawan yg sudi like post aku di fb walaupun kami tak pernah bertegur-sapa. Terima kasih.

Sabtu, 12 Mei 2012

Used vs Loved

While a man was polishing his new car;
His 4 years old son picked up a stone and stratched lines on the side of the car.

In anger, the man took the child's hand and hit it many times not realizing he was using a wrench.

At the hospital, the child lost all his fingers due to multiple fractures.

When the child saw his father.. with painful eyes he asked,

"Dad, when will my fingers grow back?"

the man was so hurt and speechless..

he went back to his car and kicked it a lot of times.

Devastated by his own actions.. sitting in front of that car he looked at the scratches, the child was written

'LOVE YOU DAD'

The next day that man committed suicide...

p/s: Anger & love has no limits; choose the latter to have a beautiful, lovely life and remember this..

"Things are to be used and people are to be loved"

source : was taken from NSRM ( National Suicide Registry Malaysia ) Bulletin

_______________________________________________________________________

HADITH ON SUICIDE: WHOEVER KILLS HIMSELF WILL BE PUNISHED IN HELL WITH WHATEVER HE USED TO KILL HIMSELF



Abu Huraira reported: The Messenger of Allah, peace be upon him, said, “Whoever kills himself with iron then his iron will be in his hand, thrusting it into his stomach in the fire of Hell abiding therein eternally; and whoever drinks poison and kills himself will drink it in the fire of Hell abiding therein eternally; and whoever threw himself off a mountain and killed himself will be thrown into the fire of Hell abiding therein eternally.”
[Sahih Muslim, Book 1, Number 199]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَتَوَجَّأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ شَرِبَ سَمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَرَدَّى فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
صحيح مسلم كتاب الإيمان باب تحريم قتل الإنسان نفسه وأن من قتل نفسه بشيء يعذب به وأنه لا يدخل الجنة إلا مسلم

_______________________________________________________________________

Sabtu, 7 April 2012

Medik itu luas ep1

Sebagai seorang pelajar, hari-hari aku belajar. Tapi adakah perkara yang aku pelajari itu cuma bertemakan bidang yang aku ceburi je? 

Jawapan = Tidak! Sebenarnya, ianya lebih dari itu. Aku telah belajar sesuatu yang sangat penting untuk aku aplikasikan dalam kehidupan seharian & untuk aku ambil pengajaran darinya. Cuma aku je yang mungkin terlepas pandang.. sebelum ni..

Baru-baru ni aku telah ber-outstation di Daerah Kinta (tak jauh pun dari Ipoh). Selama dua minggu, aku dan kengkawan 'terpaksa' tinggal di hostel yang disediakan oleh pihak hospital daerah yang telah ditetapkan. So, kami dapat Hospital Batu Gajah, Perak. Not bad la hostel dia. Lagipun kami untung sebab bayar murah..hehe.


Sepanjang dua minggu ni, macam2 tempat kami lawat. Kami gi tengok ;

1. Loji Rawatan Air

khusyuk mendengo ye

memang 'best' la tengok.. kan? haha

antara proses rawatan air
Komen : Baru ku sedar, susah sebenarnya nak merawat air yang kita guna hari-hari tu. Makanya, tolonglah ye kawan2..janganlah bazirkan air. Belajar untuk berjimat selalu. Kalau still rasa tak mau berjimat gak, jom pi loji air. Kome leh tengok sendiri proses dia yang agak complicated tu.

bersambung..

Preview for Next episode =P

2. Klinik methadon & dialysis
3. Cara 'fogging' dijalankan
4. Kilang pembuat makanan
5. Empangan Air di Kg orang Asli
6. Tempat pelupusan sampah

Jumaat, 6 April 2012

Panorama sekitar Kempen

Alhamdulillah, kempen kesihatan berjalan dengan lancarnya pada Selasa yang lalu

Kita tengok gambar je la ye

Den malas nak menaip malam ni

Backdrop!

payah gak la nak handle bebudak ni senanyer


semangat depa ni nak men..terbaekk!

tiup jangan tak tiup

barisan penyokong..yeah

jaga kebersihan ye -kata Doktor

style la makcik!

barisan urusetia..

acara sambung2 straw. pandai gak diorang men. bijak2 =)

hmm, apa nak cite lagi kan.. gambar dah cerita..hehe

nak gambar lain?

sila tunggu next entri ye

(itupun kalau aku rajin..hehe)

semua photo ku mau kreditkan kepada Mohd Faiz Hafizi (photographer kitorg)

thats all for now. Thanks for reading

(^__^)




Sports Carnival UniKL-RCMP

Mengumumkan ....

jeng jeng jeng

(khas untuk pelajar UniKL-RCMP sahaja)



Jomlah bersukan
sekali-sekala tunjukkan bakat yang terpendam tu
apa salahnya kan
ayuh, daftar sekarang!

Ahad, 1 April 2012

doakan kejayaan kami Selasa ini!

Salam. 

Kini aku sedang ber- 'public health' di daerah Kinta, di mana, aku perlu tinggal selama 2minggu di Hostel Hospital Batu Gajah. Setelah seminggu tinggal di sana, macam2 perkara yang jadi kat aku. ah, tak perlu lah aku nak cerita secara detail kat sini, kan?

secara ringkasnya, hidup aku berjalan je macam biasa..

cuma, ku agak tertekan dengan bebanan kerja yang perlu disiapkan pada masa yang telah pun ditetapkan. Tapi alhamdulillah, bebanan itu mampu ditanggung sebab kami kerja berkumpulan. sebab itu pentingnya muafakat!

juga, ku hanya bertemankan radio handphone di kala malam menjelma. haa betul tu, tanpa facebook & blog di sisi. Tapi, best la jugak. terasa rindu kehidupan di Hostel..hehe. (macam tak caya yang aku mampu hidup tanpa mereka (FB & Blog) rupanya, ingatkan tak boleh)

ok cukup!



Minggu depan, bersamaan hari Selasa; Aku dan ahli2 group aku akan sama2 berganding bahu menjayakan sebuah kempen kesihatan di perkampungan orang Asli, Kampung Ayer Denak Tronoh. Makanya, aku dengan rendah hatinya ingin menjemput kalian semua datang memeriahkan kempen tersebut. Rugi tau kalau tak datang.

walaupun pada dasarnya, 
  • target peserta adalah 'orang Asli' seramai 250 orang sahaja
  • makanan & hadiah menarik disediakan
  • kami buat dari jam 2ptg-6ptg

Akhir kata,
Semoga kami berjaya dengan misi kami
Semoga orang Asli di Kg Ayer Denak terhibur & mendapat sesuatu dgn hadirnya kami ke sana
dan
Korang tolong doakan sekali tau
Y(^__^)Y

Group 1-Phase 3B MBBS08/13

Salam.

Selasa, 20 Mac 2012

Three more days

It will be my third attempt.. Exit theory exam HLP MMED O&G  Please pray for me I will try my best InsyaAllah Allah pasti tahu Waktu yan...