Thursday, April 29, 2010

Nama itu Doa

"kenapa blog ini bernama Syafiqah adalah Nabilah??"

terdapat sesiapa yang tahu akan jawapannya?

aku pun tak tahu

pada awalnya blog ni aku namakan 'Aku adalah Aku'

memang Idea spontan mase tu

selepas setahun, aku terfikir untuk menggunakan 'Syafiqah adalah Nabilah'

hah, ye saya. Awak tahu kenapa?

sebab tuan die bernama SYAFIQAH NABILAH lah

yaaaa!!

tepat dan padat jawapan itu

I LIKE!!!

tapi, kenapa bukan 'Nabilah adalah Syafiqah'

sebab nama aku syafiqah nabilah bukan nabilah syafiqah

ok tak jawapan tu?

erk... papepun, aku adalah aku ke Syafiqah adalah Nabilah ke

aku tetap aku yang dulu dan sekarang

maybe ade lah berubah sikit-sikit. Dulu ketot je, sekarang dah besau. Dulu bertahi lalat besau, sekarang dah takde. Dulu takde jerawat, sekarang dah ade. Dulu..argh berapa banyak dulu lah Belle'. Walaubagaimanapun kita tetap adalah orang yang sama cuma kita perlu lah berubah untuk menjadi yang lebih baik. betul tak?

Cop!! nama aku Syafiqah Nabilah, tapi siapa pulak Belle'?? ehem, Belle' tu nama gedik2 orang kasi. Masa aku Form4 kat Intem kot, ade lah sorang membe ni, panggil aku 'Kak belle''. Siap ade cikgu Add Math aku perli, 'Saya tak tahu pula ade nama Loceng kat kelas nih.' Simple je ayat cikgu tu, tapi mampu buat aku tersedak. em, pendek cite, lame2 lekat pulak name tu sehinggalah aku masuk Matrikulasi dan UiTM. Tapi kat UniKL RCMP, aku lebih senang menggunakan nama asal aku, SYAFIQAH. So boleh cam lah. Yang panggil aku Belle', kenalan yang mane, dan yang panggil aku pika or Syafiqah kenalan mane. Untuk Family pulak, aku lebih selesa dipanggil Nabila. Ishh banyak pulak nama aku, boleh konfius maa. Tapi untuk yang baru kenal diri ini, sila panggil SYAFIQAH NABILAH. Nak tambah BTE AZALI lagi bagus terutamanya lelaki. Amaran keras nih..heheh..takde ar, gurau jer

Kesimpulannya, Syafiqah ke Nabilah ke, dua-dua aku suka. Penat tau mak abah kasi nama. Yang penting nama ada maksud. Nama itu kan satu doa. Harap-harap empunya nama ade lah ciri-ciri yang sama dengan maksud nama yang diberi ye...Aminnnn!!

Nama melambangkan peribadi. Nama juga penting. Sebab kalau nak berkawan, perkara pertama mesti kita buat, menghafal nama kenalan baru kita tu. yeah. Nama samaran or gelaran, sekadar suka-suka dan tidak dapat dinafikan nama samaran lebih menjadi pilihan daripada nama sebenar terutamanya pada zaman sekarang dan golongan artis. Contoh paling senang, nama itu sama lah diibaratkan seperti tajuk entri. Mesti pandai pilih tajuk yang sesuai. Pembaca akan lebih tertarik kerana ia secara tidak langsung melambangkan isi entri tersebut. eh yeke Belle'?? apelah aku melalut nih...dah ngantuk kot..Zzzz

Sekian tuk kali ni..wassalam

Sunday, April 4, 2010

I need to improve myself

semalam sempena karnival Sukan Kolej RCMP, aku bermain futsal..seronok tapi ape kan daya, nasib tidak menyebelahi kitorang..sori sori sori..

seri sekali + menang sekali + kalah sekali = No. 4

tadi menonton perlawanan bowling, tiba2 terpegun tengok orang bermain snuker, kami pun ape lagi..try test

hehe best gak ar..boleh lah menceburkan diri dalam sukan snuker plak pasni (aik, snuker tu sukan kerrr?) dan yang pasti, azam terbaruku ---> nak try sume sukan kalo boleh..hee

then, jalan2 kat MPH, terjumpe buku ni, menarik dan menarik...'Diary of Wimpy Kid'..novel bergambar..ape lagi aku pun try test beli....hoho

         =+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=
"You know how you're supposed to come up with a list of "resolutions" at the beginning of the year to try to make yourself a better person? Well the problem is, it's not easy for me to think of ways to improve myself, because I'm pretty much one of the best people I know!" said Wimpykid....

      **************************************************************************** 


And I know, my exam is just around the corner, but it looks like I'm still blurr blurr and bla bla bla anyway, so I guess for now this is




THE END

see yaa..daa



Saturday, April 3, 2010

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...