Memaparkan catatan dengan label Hindustan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hindustan. Papar semua catatan

Ahad, 30 Disember 2012

Shah Rukh Khan kini berumur . . . .

Salam. 
Menurut kata Mr Wiki
Beliau lahir pada 2 November 1965
Kalau tak silap dan mengikut skill mengira aku
yang masih berbisa 
walaupun dah lama tak diasah

********


********

beliau kini berumur

47 tahun !!
[ perlu la kau letak 'large font' siap 'bold' lagi kan? ]

wah, tak sangka kan umur sebegitu masih gantang lagi
macam cikgu Azali..eh?

Ok la, tu je nak bagitahu.
Saje teringat kat Shah Rukh Khan (SRK)
 lepas tengok cerita Korea bertajuk Scent of Women
sedih betol cerita tu
agak-agak kalau mata tu dah lama tak berendam air mata
aku memang suggestkan korang tengok la cite ni
sekarang tengah tayang kat ASTRO
aku tengok kat laptop je


apa kena mengena cerita ni dengan SRK??

hurmm..

Dalam cerita tu, Heroin tu ada buat wishlist sebelum dia meninggal dunia. Dia disahkan menghidap kanser dan hanya boleh hidup 6 bulan sahaja. So sepanjang 6 bulan tu dia sudah tekad nak buat semua yang dia idamkan sebelum ni. Kalau dalam cerita ni dia plan nak jumpa Junsu (penyanyi Korea), aku pula plan nak jumpa.. ehem ehem. Mesti la yang pakai baju merah kat atas ni kan..haha 

ye aku tahu itu mungkin cuma angan-angan, so what? haha
(kalau korang pula, teringin nak jumpa siapa? kongsi la kalau sudi)

[ kalau kita cuba, mungkin kita gagal. Tapi kalau tak cuba langsung, pasti kita gagal! ]

Belle : Kadang-kadang, aku suka jugalah layan cerita Korea. Cerita dia sarat dengan pengajaran. Tapi tak dinafikan juga sebab utama aku boleh layan korea adalah sebab pelakon diorang yang kacak-kacak, cantik dan cecomel belaka. Lagu pun sedap. Scene percintaan pula memang romantik dengan watak hero dia yang sangat cool yang kita sendiri sedia maklum benda tu takkan terjadi kat dunia realiti..haha.

 [ Rafflessia Survey ] << Pandangan aku tentang 'What our film industry really need'. Bacalah.

Itu je kot. Salam. Tq for reading this entry.

Ahad, 30 September 2012

Filem terbaru Shah Rukh Khan : Jab Tak Hai Jaan







  • Menurut sumber, Filem Jab Tak Hai Jaan ni merupakan filem terakhir arahan Yash Chopra (80tahun)
  • Filem ni bakal ditayang kan sempena Diwali pada 13 November 2012. Tak tahu la kat Malaysia ditayangkan atau tak.
  • Kalau takde tayangan di Malaysia, ada sape-sape nak sponsor aku gi India tak? lalala~
  • Muka kedua-dua heroin ni nampak seiras, susah untuk aku bezakan.
  • Macam biasa, Shah Rukh Khan nampak muda sentiasa walaupun umur dah pun > 40tahun.
  • Last sekali, apa maksud Jab Tak Hai Jaan?? Sangat curious nak tahu ni.
  • Looking forward on this film. Hope it will be the greatest film at least for this Year 2012.

Sabtu, 10 September 2011

review filem salaam namaste

Siaran Hindustan kembali bersiaran
Petang tadi, TV3 menayangkan filem Salaam Namaste
cerita yang santai dan menarik

berkisarkan tentang pasangan remaja moden
yang tak percayakan perkahwinan.
Biasala, mula-mula benci tapi bila dah jumpa suka
dan terus duduk serumah.
Tapi banyak pula hal nya bila dah duduk serumah
tambah rumit bila heroin mengandung
tapi hero tak nak anak.
Mereka pun berpisah tapi masih tinggal serumah.
Sepanjang 8bulan tinggal serumah 
banyak perkara menarik berlaku
dan akhirnya..
korang boleh teka la kan apa yg jadi
haruslah.. Happy Ending..


Cerita ni menarik perhatian aku sebab
Preity Zinta (heroin) berlakon jadi budak medik
Saif (hero) jadi chef.

Preity sangat pretty. Saif punya hidung sangat muncung :P


wajib ditonton oleh golongan yang belum 
dan ingin mendirikan rumah tangga
Banyak pengajaran
dan boleh tahan lucu jugak
sedih dan romantis opkos lerr kan

hapehape pun.. cerita ni boleh buat kita nak fikir dua kali sebelum kita kahwin. Tapi tak logik sikit sebab, ada ke orang yang tak nak kahwin sebab tak nak anak. Sebabnya, dia rasa anak akan mengganggu hidup diorang. Dan selepas kahwin, tak boleh lagi nak romantik macam dulu. Kalau boleh nak enjoy je sampai bila-bila. 

Ala Belle, nama pun filem, rekaan manusia semata-mata..lalala

p/s : tonton jangan tak tonton
[paling suka babak Preity mengidam aiskem coklat]
hehe
klabai.


Sabtu, 2 Julai 2011

Luv Ka The End - new hindi Film 2011

Ali Zafar

Luv Ka The End

Synopsis
Rhea is the quintessential girl next door, in love with Luv Nanda, the richest, most popular boy in college. On the eve of her 18th birthday, they plan to take their relationship to the 'next level'. When accidentally she finds out Luv is not as nice as she thought he was.

Rhea decides to not get mad, but to get even and bring Luv Nanda down! All in the span of one night with the help of her friends. 

Buckle up for one crazy night as the girls discover the meaning of love, life, friendship and more...




Rhea (Shraddha Kapoor) has just done her JC (Junior College) and she already fancies herself taking pheras with her charming, rich boyfriend Luv Nanda (Taaha Shah), who in turn fancies winning this contest called BBC (Billionaire Boys Club), which is a rage amongst billionaire boys.It is seen that the boys upload videos/mms of themselves and the more you do so you get points. Luv Nanda was going to be the highest scorer this year. This was shown to Rhea by the brother of a friend of Rhea.
He can win this contest only by getting Rhea into bed with him on her 18th birthday eve. She goes along naively until she realizes that it’s not love but points that Luv wants to score. Now out to get him by the balls, she has a plan up her sleeve with her gal pals. Rhea makes a pact with Minty(her sister) and then goes to take everything from Luv Nanda by which he attracts girls and now wants to have Natasha in place of Rhea. She breaks his Car,screws his date with Natasha, makes him drunk and then comes the famous Mutton Song.
Then in the Party of Golu where Freddie Kapoor(Ali Zafar) came to play, she took Luv to a room which was being shooted. She beat Luv,kicked his balls and finally won everyone's support. Finally the movie ends with Freddie Kapoor wanting a date with Rhea


Filem yang sesuai untuk tontonan gadis remaja .. hehe. Terutamanya untuk mereka yang tengah patah hati dan nak balas dendam. Eh tapi jangan tiru aksi dalam cite ni, melampau sangat tu...hehe. Overall, bagi aku best la cite ni. ada scene kelakar, sedih dan lagu-lagu pun ok la untuk dilayan. Terisi la panggung Sabtu aku hari ni kalau nak dibandingkan cite kat TV3 tu kan..muahaha..

[Click untuk tengok online]


Aku bagi 3 daripada 5 bintang!


Actually, terminat lah pulak kat Ali Zafar tu (gambar dia aku letak di awal post lagi). Google punya Google, ingatkan Hero Hindustan yang baru, rupanya dia orang Pakistan daa. Umur dia dah 31 dah pun, dah kahwin dan ada anak..alaaa.. hee. Dia ni memang asal seorang penyanyi, cuma baru-baru ni je dia start berlakon. Dalam cite Luv Ka The End ni pun, dia ade berlakon tapi jadi pelakon undangan la..hehe.

Sabtu, 4 Jun 2011

review Filem Billu Barber

salam. Filem Hindustan kini bersiaran kembali di blog ini!

telah ditayangkan di TV3 jam 2ptg tadi
Director: Priyadarshan
Producer : Gauri Khan
Music Director : Pritam
Lyricist : Gulzar, Sayeed Quadri, Asish Pandit & Mayur Puri
Cast : Shah Rukh Khan, Irfaan Khan, Lara Dutta, Asrani, Rajpal Yadav, Om Puri
Release Date : 13 February 2009



Billu plays a village barber. His business is running low, since it has not been able to improve itself after changing trends. One day unit visits his village for a film to film a movie. It stars a Superstar who once had a friend from school Billu. All at once, Billu situation changes in people, and he becomes highly respected. Everyone wants to meet Superstar. But Billu is unsure, because it believes it can not compare to Superstar status. Moreover, fears that the star may not recognize it. Many attempts to reach the stars, but no. After all what he gives up. But people think he lied about the relationship with a star and start insulting him. His family and children also are disturbed.

In the end, called the school to function, the star reveals his past. He tells the audience that when the school had a friend who was always beside him in his situation. He tells how much the friend helped him to provide food, when he was hungry, so long as the clothes they had none. He said a friend gave him money to join the sale of his ancestral ear ring and that friend also happens to Bill.



okay!. Tadi tu sinopsis yang aku copy dari {sini}. Secara ringkasnya, cerita ni berkisarkan tentang seorang tukang gunting rambut. Dulu, kehidupan beliau sangat lah papa kedana. Sampaikan kerusi tempat duduk pengunjung kedai gunting rambut tu uzur sangat kot dan orang yang duduk tu boleh sakit pinggang sebulan. Tapi, kehidupan Billu sekelip mata berubah bila Sahir Khan (bintang terkenal) yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan datang ke kampung Billu untuk penggambaran filem. Entah macam mana, tersebar berita yang Billu ni dulu kawan si Sahir ni. Orang-orang kampung mula memberi layanan baik pada Billu, siap belikan perabot dan alat-alat gunting yang baru untuk kedai Billu. 

Tapi, langit tak selalunya cerah. Usaha Billu untuk bertemu dengan Sahir gagal. Dia pun sebenarnya macam-macam ragu-ragu nak jumpa Sahir sebab risau Sahir dah lupakan dia. Maklumlah, dah terkenal. Waktu tu orang kampung semua ingat dia menipu. Habis kedai Billu dimusnahkan, dan dalam sekelip mata kehidupan Billu berubah kembali seperti asal, malah lebih teruk. Dia dihina dan dituduh penipu.

Tapi tapi tapi! Sila la tengok cerita ni sampai habis ye. Sebab, rupa-rupanya, Billu ni betul-betul kawan lama Sahir. Sahir memberitahu satu kampung dalam satu ceramah jemputan, yang dia ada seorang kawan yang sanggup menjual subang emas sebab nak bantu dia ke Mumbai dan menjadi seorang Pelakon. Lepas Sahir dah berjaya, dia ada cuba mencari kawannya itu, tapi gagal sebab ada orang kata dia sudah berkahwin dan berpindah dari kampung itu. Bila Sahir sebut, nama kawan itu adalah Billu, semua orang kampung terkejut dan ada yang tertunduk malu.

Cerita tu diakhiri dengan, Sahir datang ke rumah Billu. Time tu, isteri Billu terharu dengan segala kebaikan suami dia. Anak-anak dia pun dah nangis-nangis eh minta maaf kat ayah diorang sebab tak percayakan ayah sendiri. Lepas tu, kat luar rumah ramai gile manusia sebab seluruh kampung gi rumah Billu nak minta maaf kat Billu. Tamat!


Pada pandangan aku;

Cerita ni boleh tahan best. Sebab banyak pengajaran dan paling penting sebab ada Shah Rukh Khan..hehe. Dan aku rasa, ini buat pertama kalinya, aku suka cerita hindustan sebab jalan cerita tanpa ada hero yang kacak..muahaha. Paling touching, bila Shah Rukh Khan berucap. Real betol dia menangis. huhu. Sedih-sedih. Sape belum tengok, pergi la tengok ye..hehe. Aku bagi 3/5 bintang!

Khamis, 19 Mei 2011

Khas untuk peminat Filem Hindustan

Hari-hari makan Kismis, Selamat Hari Khamis !

Apa khabar semua? diharap sihat selalu. Padamalam Khamis yang mulia ini, beta ingin mengistiharkan bahawasanya beta telah secara sengaja berjumpa dengan satu laman web yang sangat berguna untuk peminat-peminat Filem Hindustan macam beta.

Ayuh! Jangan buang masa .. sekarang juga beta akan kongsikan link tersebut kepada kalian semua yang satu spesies dengan beta. Peminat filem korea ataupun filem Hong Kong, dipersilakan keluar daripada sini ... haha (gurau-gurau)


info : laman web tersebut membolehkan anda menonton filem Hindustan kegemaran anda secara online. Yang paling best, tak perlu daftar dan ianya FREE ! so anda tunggu apa lagi tu..zass jom layann~

Thank You - Hindi Movie

Starring:
Akshay Kumar
Sonam Kapoor
Bobby Deol
Irrfan Khan
Sunil Shetty
Celina Jaitley
Rimi Sen
Vidya Balan
episode :

  1. http://www.filmshowonline.net/videos/67096/
  2. http://www.filmshowonline.net/videos/67097/
  3. http://www.filmshowonline.net/videos/67098/
  4. http://www.filmshowonline.net/videos/67099/
  5. http://www.filmshowonline.net/videos/67100/
  6. http://www.filmshowonline.net/videos/67101/
  7. http://www.filmshowonline.net/videos/67102/

'Thank You', filem pertama yang menjadi pilihan dan aku telah menontonnya secara online menerusi laman web di atas tu hah. *tersenyum bangga* . Filem genre komedi dan romantik itu memang tidak mengecewakan. Banyak pengajaran dan lagu pun best. Cuma ada la part-part yang tak sesuai untuk tontonan umum. Biasa lah cerita Hindi sekarang. Macam tak cukup kain. Bukan cam zaman Shah Rukh Khan dulu..hehe. Untuk cerita ni aku bagi 4/5 bintang.

Menceritakan tentang Kishen, agen penyiasatan yang telah membantu semua isteri yang menjadi mangsa suami yang kaki perempuan. Kishen berjaya mendedahkan kecurangan suami mereka dan menyelamatkan mereka daripada terus ditipu oleh suami diorang yang macam hampeh tu. Tapi pada masa yang sama, Kishen berjaya merubah suami mereka dan menyatukan kembali hubungan diorang. Rupa-rupanya, Kishen ni dulu pun seorang kaki perempuan sehingga menyebabkan isterinya membunuh diri. Akibat rasa bersalah, dia berasa bertanggungjawab untuk membantu isteri-isteri yang senasib dengan isterinya.

hansomnyerr Akshay Kumar!

selamat menonton~

Sabtu, 26 Februari 2011

review filem hindustan : Will you be my friend?

Berjumpa lagi kita di hari minggu nampak nya
Alhamdulillah umur kita masih Allah panjang kan 
Segunung kesyukuran ku panjat kan kepada-Nya

Hari ini, jam 1.30 pagi aku tiba di bumi Muar setelah enam jam berada di atas bas. Penat juga lah walaupun tidur je dalam bas tu (kurang tidur penat, terlebih tidur pun penat) Bangun-bangun je perlu bersiap untuk ke kenduri kahwin bapa saudara. Yes dah lama tak makan nasi minyak. Bestnyaa..hehe. Dan belah petang nya pula, sepatutnya bertemu membe lama tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu

oh! tahniah buat Noor Afifah. Rakan se-integrasi Mersing dengan ku dulu. Dah jadi isteri orang dah.. hehe. semoga perkahwinan mu kekal hingga ke anak cucu cicit dan selama-lamanya lah. Kalau cakap sampai cicit je, takut lepas dapat cicit nanti ..  hmm .. susah plak..hehe. gurau ye pip!

Dan seperti rutin hari-hari minggu, aku mesti ada date dengan TV3 jam 2petang.. Memang sesuai lah, aku pun dah lama tak review filem hindustan kat belog aku.. so apa lagi. Jom ler ikut aku.. kita review filem romatik ni sama-sama ye..

Tajuk : Mujhse Dosti Karoge (will you be my friend)
Pelakon : Hritik Roshan, Rani Mukherjee & Kareena Kapoor
Genre : romantik cinta dan persahabatan

 
Cerita bermula dengan watak mereka Rohan, Pooja & Tina sewaktu kanak-kanak. Rohan (Hritik) terpaksa berhijrah ke London mengikut keluarganya. Pooja (Rani Mukherjee) suka akan Rohan dan selalu menghantar email kepada Rohan menggunakan nama Tina(Kareena) sehinggalah mereka dewasa. Akibat perbuatan Pooja, Rohan menyangkakan Tina lah gadis yang selalu berutus email dengannya. Bila Rohan pulang ke India, Tina lah yang dapat Rohan. Padan muka kat Pooja :P


Haa time ni lah Rohan sedar, Tina yang dia kenal lain dengan Tina yang berutus email dengannya. Ala, sebelum ni pun Rohan dah perasan, Tina tu lain dengan Tina yang dalam email. Tina yang dalam email (Pooja) suka baca novel LOVE STORY, suka lagu india lama-lama, tahu yang Rohan suka makan Roti Prata, ada gambar kriket kat dalam bilik (Rohan suka main Kriket masa kat kolej) dan masa di kuil, Pooja tak sengaja terlagukan tiun yang Rohan suka. 

Apa lagi, mengamuk lah Rohan.. terkejut, kenapa Pooja sanggup buat dia macam tu (tiou dia). Pooja balas balik, yang Rohan terpikat dengan Tina sebaik saja tengok muka dia. Tapi dalam email cakap, dia akan dapat cam wajah Pooja ( Tina palsu) tanpa tengok gambar. Kira cam Pooja majuk ar ni..ish3


Tapi diorang okay pastu. DIorang decide nak balik India bagitahu kat family masing-masing termasuk Tina. EH lupa nak bagitahu, Pooja pergi London sebab ada temuduga kat sana. Yeay happy ending!! Suka tak?

EH jap!

Belum habis lagi la..

Lepas tu, diorang pun balik. Tapi terus masuk bab sedih. Daripada mania kini bertukar jadi depression. Bapa Tina mati dan Pooja terus buat keputusan, dia nak kasi Rohan jaga Tina. Kira korbankan diri untuk kebahagiaan kawan. Adoi Pooja. Kau ingat ko hero ar buat camtu.

Rohan tak setuju, mula-mula tapi akhirnya tepaksa setuju kahwin dengan Tina dengan syarat Pooja pun kena kahwin jugak. Dan hero baru pun muncul (Udit Chopra)..jap2 aku tunjuk gambar die..


eh silap.. ni hah..


Okay sambung balik. Udit ni (aku lupa nama dia dalam filem ni) nak kahwin dengan Pooja. Mula-mula Pooja tak nak tapi lepas kena ugut dengan Rohan, dia pun terpaksa lah setuju juga. Klimaknya bila Tina dapat tahu hubungan Rohan dan Pooja. emm teka sendiri lah. rasanya korang semua bijak. Filem Hindustan, tak lari ke mana endingnya. 

Rohan cakap "will you be my friend?" kat Tina
Pooja cakap "will you be my friend?'' kat Udit

The END~
moral of the story : Jangan korbankan cinta demi persahabatan. 
Boleh nak pilih persahabatan, cuma tengok keadaan juga lah .. hehe


overall cerita ni memang best. Sesuai ditonton ketika bosan. Lagu pun best. Tapi tak tahu nape tak dapat sambutan sangat masa baru-baru keluar dulu. Padahal Hritik masa ni tengah hot gak. Oh bercakap pasal Hritik ni. DIa ni memang hensem, tough, pandai menari.. tapi tak tahu kenapa aku tak minat dia sangat if nak dibandingkan dengan Shah Rukh Khan. Mungkin sebab dia terlalu perfect untuk diminati..heheh.

sekian review daripada saya. aku bagi 4/5 bintang. Selamat menonton pada yang belum tonton!

Selasa, 21 Disember 2010

Sinopsis Anjaana Anjaani

Slot Bollywood bersiaran kembali!

Dek kerana ngah minat giler kat Ranbir Kapoor.. 
maka semestinya cerita beliau lah yang aku tengok..

Cerita berjudul Anjaana Anjaani
 (kalau tak silap, maksud dia = Stranger Lelaki & Stranger Perempuan )






Sape lom kenal Ranbir Kapoor sila view SINI tau .. hehe

ok!

Back to our main title, here the synopsis of Anjaana Anjaani ;

Anjaana Anjaani film is a romantic comedy in which Priyanka plays a character Kiara, based in San Francisco and Ranbir’s role as a New York City boy, Aakash. Ranbir Kapoor likes to stay alone and inaccessible to all, and sometimes even with themselves. They meet in New York City as strangers and fell in like with each other and not realize it. They travel across cities, their bicoastal road trip filled with lots of experiences and there is a twist on their journey.
After several unsuccessful attempts, both trying to find happiness in life to achieve success in their careers and in like. They were both tired of life, so they both choose to try suicide by jumping off a bridge. On the bridge, stopping Ranbir Priyanka from the jump and tell her to go with him to Las Vegas to make it huge. Conclusion of Anjana Anjani movie is that two strangers had come from different parts of the country, and eventually they learn that they like each other.

I copied from here !

My point of view ?? This is a wonderful story to watch. There's a lot of moral values and a bit touching lorh. All the songs are very nice to hear! Coincidentally, currently, I just learned about psychiatrist, and heard stories about patients who commit suicide before, including story from my Housemates. In this film, they told us about two people who try suicide at first and they end up with not thinking about suicide anymore. Instead, they decide to live together. Sooo sweet! How is it occur? You must watch yourself. Hey. You must watch it. But there is one thing I just don't understand!! A long time ago, I can say there is no kissing scene in Bollywood film at all but now.. why is it like a must?? arghh.. publisiti murahan betul la .. what eva (#__#)Y . The most important thing, please live your life until the day you die.. wee (^__^)

Feel free to Download the songs here;
  1. Tujhe Bhula Diya
  2. Anjaana Anjaani
  3. I Feel Good



Belle' : apepun.. SRK is the best! cepat cakap dia cute.. kalo tak xnak kawan :P

Ahad, 28 November 2010

sinopsis Wake Up Sid !

Aku peminat Bollywood! Tapi aku jarang buat review Filem Hindustan kan. Aku baru perasan. Mesti korang akan pikir, ah ade lagi ke orang yang tengok cerita Bollywood. Dulu best la, sekarang..ala :P. Ei bagi aku Bollywood dulu kini selamanya best tau..hehe. Macam peminat Korea gak. Korang mesti akan cakap benda yang sama gak kan. Okeh tak mau bebel panjang. terus pada tajuk utama!

Kenal Ranbir Kapoor?? Yang korang kenal Kajol, Shah Rukh Khan, Amir Khan dan Salman Khan je kan. Bagi yang mengikuti perkembangan Bollywood, Hero yang tengah Panas sekarang adalah Ranbir Kapoor.

Ni dia wajah Hero kacak tu (^__^)V

A little info about Ranbir Kapoor: 

Birth Date : 28 September 1982 (28 years old)
Years Active : 2007 - present
Awards : 
Filmfare Best Male Debut Award (Saawariya-2007)
Filmfare Critics Award for Best Performance (Wake Up Sid & Ajab Prem Ki Ghazab Kahani-2009)

His Girlfriend Deepika Padukone but broke up last year! 



So, the latest filem lakonan beliau yang ku tonton adalah Wake Up Sid! Jom baca sinopsis dia~

Wake Up Sid menceritakan tentang SID, remaja yang suka berseronok dan kaya. Bapanya menyuruhnya mengambil alih syarikat dan menjanjikan sebuah kereta Ferrari. Sid bersetuju dan pada masa yang sama dia bertemu dengan Aisha (seorang penulis). Mereka berkawan dan Sid banyak membantu Aisha dari segi rumah sewa, mencari kerja dan lain-lain. Akhirnya SID jatuh cinta tetapi pada malam dia ingin meluahkan cintanya, Aisha  memberitahu yang dia tak mungkin jatuh cinta dengan orang yang kebudak-budakkan seperti Sid menyebabkan niatnya terpadam. Selepas itu, Sid dapat tahu dia gagal dalam exam dan ayahnya menghalau dia dari rumah. Sid terpaksa tinggal bersama Aisha. Sepanjang tinggal bersama Aisha, banyak konflik berlaku antara maereka. Aisha tertekan dengan kerja dan tiada idea untuk artikel yang akan datang, Sid lah yang membantu. Sid selalu menyepahkan rumah. Menambahkan lagi tekanan Aisha, dan mereka hampir bergaduh. Tapi dari situ jugalah Sid belajar berdikari dan Aisha pula mula sedar bahawa dia sebenarnya cinta kan Sid. Aisha meluahkan perasaan melalui artikel yang ditulis dalam majalahnya. Sid terbaca dan mereka pun bersatu. Happy ending!

emm lagu-lagu dalam cerita ni pun oklah, best..hehe


Belle' : Shah Rukh Khan tetap di hati ku ~

Three more days

It will be my third attempt.. Exit theory exam HLP MMED O&G  Please pray for me I will try my best InsyaAllah Allah pasti tahu Waktu yan...