Memaparkan catatan dengan label Alia Maisarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alia Maisarah. Papar semua catatan

Selasa, 5 Mac 2013

Alia Maisarah : Episod 3 (akhir)

Sebulan kemudian..

 "BOSAN!" Entah bagaimana perkataan itu terkeluar dengan kuat sekali di bibir Maisarah. Lantas telefon bimbit berjenama mini LGnya dicapai. Butang Whatsapp ditekan.

  "Eh, ada status baru. NO ONE CARES.. Kacau jap la.."

Sarah : who said no one cares?

  Sarah menanti dengan sabar. Namun dia gagal mengawal perasaannya lalu menyembamkan mukanya ke bantal. Telefon bimbitnya digenggam erat.
  Bunyilah, bodoh! Bunyi! Bunyi! Bunyi!
  Namun, LG tetap diam seribu bahasa.

Dua hari kemudian..

Sarah : kenapa kau tak reply? kau marah kat aku ke?

Ali : Takla. Aku jarang on Whatsapp

Sarah : Oh, bagus lah. Lega aku dengar. Tak elok marah-marah nanti cepat tua

Ali : baiklah..hehe

  Maisarah kini riang kembali.

  Beberapa bulan kemudian, alangkah terkejutnya Maisarah apabila mendapat berita pertunangan Ali melalui seorang teman. Bukankah dia sepatutnya gembira dan mendoakan kebahagiaan untuk Ali dan tunangnya?

  Telefon bimbitnya dicapai.

Sarah : Tahniah atas pertunangan kau!

Namun tiada balasan daripada Ali. Nombor Anissa didail.

"Salam, Nisa."
"Waalaikumussalam. Haa kau apa khabar? Lama gile tak dengar cerita ni ape cer? "
"sihat...."
"Eh kau ok tak ni? suara kau tu, macam ada yang tak kena je?"
"Ali dah tunanggggggg."
"So what?"
"Kau ni. Aku serious, ko main-main plak."
"Haa betul la. So what kalau dia dah tunang. Bagus lah. Cakap tahniah ea kat dia."
"Malaslah cakap ngan ko."
"ok ok. Ko nak cakap ko sedih sebab Ali dah tunang ea. Nangis lah, aku dengar dari jauh ea..hehe."
"uwaaa...."
"Sabar ea Nisa. Kuatkan semangat kau. Yang penting hidup kena teruskan. Aku yakin 'someone' yang lagi baik tengah tunggu ko kat mane-mane ni. Cuma kau je yang tak tahu. Sabar ea."
"Bodoh kan aku?"
"Kenapa plak cakap macam tu? hei, kalau bodoh tak masuk Universiti tau. ape daa."
"Ye la. Masih bersedih sebab Ali."
"Aku faham perasaan kau. Biasalah tu. Bukan senang nak lupa cinta pertama ni."
"ok, dah start dah dia.."
"ei, walaupun aku tak pernah bercinta, tapi aku kan Novelis...hehehe."
"Thanks Nisa sebab memahami aku. Kau lah sahabat sejati dunia akhirat."
"Ingat, kau kena bersyukur. Pengalaman lah yang mematangkan kita. Nak bersyukur, jangan pandang atas, tapi pandang bawah."
"Baiklah Ustazah Nisa..hehe."

Maisarah kembali tertawa.

'Ali, aku doakan kau bahagia disamping orang yang tersayang. Tahniah.'

-TAMAT- 

Ahad, 16 September 2012

Alia Maisarah : Episod 2

Genap 2 minggu berlalu.. Maisarah mencapai telefon bimbitnya dan menyentuh icon Whatsapp. 

Sarah : Yela yela.. tido la ='(

"hurm, no new message lorh.." bisik hati kecilnya.

Maisarah menyambung kembali membaca novel yang baru dibelinya petang tadi. Dia agak marah dengan dirinya yang sering memikirkan si sengal yang sombong lagi menyakitkan hati tu. Sebelum tu, dia sempat mengupdate akaun Twitternya...

" merindui seseorang =( ".

Sending tweet...

seminit kemudian...

@Sarah kau okay ke ni? (mention Anissa, rakan baik Maisarah)

@Anissa aku okay je.. kot

@Sarah kalau ada pape problem, PM je aku okay? =)

@Anissa thanks nisa for your concern. Aku betul-betul ok, jgn risau..hehe

@Sarah orait, take care my dear!

"Maafkan aku Nisa. Bukan aku tak mahu cerita, cuma aku tak tahu sama ada aku perlu cerita atau tak. Aku sendiri tak tahu nak terangkan apa yang aku rasa. Dan yang paling aku risau, kau akan marah aku nanti." 

Maisarah bermonolog sendirian.

Anissa merupakan sahabat baik Maisarah sejak dari kecil. Selalunya, setiap kali Maisarah pulang ke kampung, dia pasti bertemu Anissa dan menghabiskan masa bersama. Segala rahsia Maisarah juga diketahui Anissa. Selalunya Maisarah akan menceritakan semuanya kepada Anissa, tapi kali ini tidak. Dia juga hairan.

Tumpuan Maisarah kembali beralih kepada novel yang dibacanya, bertajuk Adam & Hawa.



Jumaat, 31 Ogos 2012

Alia Maisarah : Episod 1

Maisarah berbaring di atas katil. Kepenatan selepas seharian menghadiri kuliah. Beberapa minit kemudian dia mencapai telefon bimbit Samsung miliknya dan menekan butang Whatsapp. Dia tercari-cari nama seseorang, dan ..

Sarah : oit oit

satu jam kemudian..

Ali : Ya, ada apa?

Ali : Baru balik kerja

Ali : Penat

Sarah : Penat ke? gi la rehat..

Sarah : Takde apa, saje nak kacau ko

Ali : huhu

Ali : How are you?

Sarah : Aku sihat, alhamdulillah. How about you?

Ali : Exhaust

Ali : Haha

Ali : Nak tido ah

Ali : Haha

Sarah : Yela yela.. tido la ='(

Maisarah mengangguk-angguk sendirian tanda faham. Walaupun di dalam hatinya, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia berkecil hati dengan rakan yang amat dirinduinya itu. Kecil hati? Marah? sedih? entah lah. Dia sendiri keliru dengan perasaannya itu. Biarlah..


HLP (Hadiah Latihan Persekutuan)

Result tawaran HLP dah keluar semalam. Dan adik aku, Rusyaidi berjaya! Alhamdulillah. Semoga berjaya menjadi seorang Pakar Pembedahan yang d...