Monday, August 30, 2010

My current updates!

Hye ALL! I guess, my stress level has increased recently. It’s probably due to a combination of fasting month and lack of exercise. If I could, I’d go for a jog every single day. It’s the best method I have to de-stress! I haven’t gone for a jog in over a month. Actually, I had every intention of going for one last week, but then I had to stay late at the college, plus I developed a fever, stomach ache and diarrhea for the last two week (please don’t let me be sick again!), plus it’s raining heavily outside. Psst, I developed an allergic reaction too (T-T). I’m too tired to say more. Uh! But I’m hoping I will be able to jog today. Ya Allah, I need it.
Also, just in case anyone out there is curious what my schedule is for this week, here ya go:
  • Mon : Attend classes + study
  • Tues : Holiday!! Let's go for Eid's shopping.. no study!
  • Wed : Attend classes + study
  • Thurs : Attend classes + study
  • Fri: Attend classes + ready for 'BALIK KAMPUNG'..Happy Hari Raya in advance!
It was so fun. I'll be back  to MUAR early but it was also so sad, I'll be back to IPOH early (T-T)
p/s : 28/08/2010 = my 22th birthday..wish me luck in my future undertaking huh..aminnn!

Sunday, August 22, 2010

Bila badan dah rasa lain macam..huh

Hye abang blog! 

"Abang? gediknye kau ni.."

"Ala, sekali sekala, bukan selalu pun..boley la..hikhik (memang gedik!)."

Hari ni aku dijadualkan menghadiri seminar Fiqh Perubatan anjuran Kolej RCMP ku. Tapi aku terpaksa cancel di saat-saat terakhir. Mula-mula memang semangat nak pergi tapi biasalah bila ada aje halangan, apa boleh kita buat kan. Argh bukan halangan ape pun, aku cume rase belum pulih sepenuhnya la. Erm dah seminggu kot terlantar di katil. Eh bukan terlantar cam orang yang kat hospital tu.. maksud aku, aku asyik membuta je. Tak larat la nak buat pape. 

Start hari Isnin la, selesema je kot, bersin ada gak, yang tu biasalah kan. Semua orang pun biasa selesema. Mungkin sebab cuaca je tu. Esoknya badan cam 'dedor' (nak demam) plak. Esoknye lagi, muntah ngan sakit perut. Senang kata cam dah jatuh ditimpa tangga gitu..huhu (T-T)..time tu lah rase cam nak jerit..makkkk!!!. Tapi sabo Belle, please behave like an adult k.. hee okay. Esoknye lagi.. aku sakit perut lagi, memulas-mulas. Selera makan memang out la. Mula lah aku menjadi teman tapi mesra 'abang toilet'..huh..(eh korang ade kira ke dah berapa banyak esok? sebab aku stat diarrhea tu semalam :P)

Ok, cukup la seminggu aku merana dan melayan segala yang abnormal berlaku dalam badan aku tu. Ya Allah, tak larat dah. Seriously, aku ni jarang sakit. Sekali dapat, sori lah..emosi konfem terganggu. Dari macho boleh jadi ayu..hakhak. Study jangan cakap lah. emm..silap aku gak tak gi jumpe Doktor awal-awal. Bukan tak nak, cuma aku rase takde lah teruk sangat, tunggu lah teruk dulu baru gi. (macam alasan biasa dengar tak kawan-kawan? please jangan jadi macam saya yee :)) Lagi satu, demam ngan selesema je kot. Makan je la panadol kan..hee. Cuma bab muntah tu je la, den tak tau nak wat lagu mana (T-T)

Hah, ni yang nak hangin satu badan ni. Muntah ngan sakit perut tu konfem-konfem la sebab salah makan kan. ni bukan nak nuduh, tapi aku rase lah, ni gara-gara beli makanan kat bazaar la. Seyes serik nak beli kat situ lagi. Semalam pegi bazaar kejap je pun dah leh wat aku rase nak muntah bila ingat balik makanan yang telah menyebabkan aku muntah tu..argghhhh. Tolong lah wahai penjual-penjual bazaar, masaklah makanan elok-elok ye. huuu. Ah aku mungkin perlukan masa untuk kembali membeli belah di bazaar itu lagi...:P

Kembali kepada Fiqh Perubatan yang aku ceritakan di awal-awal cerita tadi..ala yang patutnya aku kini sedang dalam dewan mendengar majlis ilmu seperti tentang cara-cara menunaikan solat ketika sakit tu. Hah dah ingat? ok, sebenarnya dah pernah pergi seminar camtu. Cuma bagus lah kan kalau dapat pergi lagi. Mungkin kali ni cara penyampaian dan ilmu yang diberi berbeza. Opkos tak sama ok. sebenarnya even kita dah jadi doktor pun, kita perlu pergi seminar macam tu untuk kuatkan lagi ingatan kita. Mungkin kita dah tahu, tapi secara praktikal nye kita belum cukup mahir sehinggalah kita ada pesakit sendiri. Yang best nye, ianya tak terhad la untuk pelajar medic yang kerjayanya bakal berjumpa orang yang sakit atau kurang upaya je. Semua pun boleh join pe. Sebab ilmu fiqh perubatan ni amatlah perlu untuk kita semua. Kita kan manusia biasa yang takkan terlepas daripada menghadapi kesakitan. Oh lupa plak, pada sesiapa yang tak tahu ape itu Fiqh Perubatan. Ianya ilmu yang mengajar tentang segala hukum-hakam Islam dalam perubatan. Nak tahu lebih, google ajelah..menarik..try lah ye.

"bye abang Blog..study leklok ye..jangan nakal-nakal..gud luck for your test!"

Friday, August 6, 2010

Clinical year story - End of Paeds posting & love your parents

Salam sebagai pembuka bicara petang Jumaat camni. Hari ini tamat lah posting paediatrik ku selama 3 minggu yang lalu (semalam lagi dah tamat sebenarnya). Aku kini sedang bersenang-lenang dalam bilik duduk dihadapan laptop menghupdate blog sementara tiga ketul lagi membe seperjuangan ku sedang menghadiri kelas di hospital. Pergi hospital bukan sebab sakit tau, tapi sebab memang kitorang kena belajar betul-betul depan patient T-T..heheh

okeh cukup lah intro tadi tu. Sekarang jom kita terus kepada perkara yang aku nak kongsikan sepanjang 3 minggu aku berada di Wad Kanak-kanak.

Berada di wad kanak langsung tidak menyebabkan aku rasa diri ini seorang kanak-kanak. Cukup lah dulu aku pernah menjadi seorang kanak-kanak. Banyak dah kot menyusahkan mak bapak. Dah  besar panjang camni pun kalo masih menyusahkan mak bapak jugak tak tau la nak habaq lagu mana dah kan. Melihat mereka menyebabkan perasaan kasihan (dah pasti) serta gembira (bila mak dia pangku dengan penuh kasih sayang dan bergurau mesra) tak lupa juga marah! (bila ada kanak-kanak yang dimasukkan disebabkan kena dera dan ditinggalkan mak bapak.

**Tiba-tiba teringat pasal statusku di Facebook yang dipost sebaik je melihatnya di Buletin Utama beberapa hari yang lepas yang berbunyi "Sekolah khas pelajar hamil dibuka di Jasin, Melaka!! biar betikkk..huh~" Terpulang pada pendapat masing-masing. Sesungguhnya penubuhan sekolah tu nanti ada kebaikan dan ada keburukan. InsyaAllah lebih menjurus kepada kebaikan~

Okeh, berbalik ke hospital. Ada kanak-kanak yang gembira, sedih dan ada juga yang langsung tak tahu pape. Majoriti mestilah tak gembira la. (Kalau korang masuk hospital, ade ke korang menyanyi lagu Shahir AF8 pastu menari ntah pape sebab suka sangat. Tak de kan. Nanti ada orang silap paham lak, then tak masal-masal masuk Hospital Tanjung Rambutan sane). So kita boleh samakanlah dengan apa yang diorang rasakan kan? Cuma aku nak kata kat sini, semua orang ada nasib masing-masing. Jangan lah pernah mengeluh dengan apa yang ALLAH dah anugerah kan untuk kita. 

Mengeluh yang aku maksudkan di sini bukan lah mengeluh ape pun. Cuma, kita sebagai anak-anak, tipulah tak pernah marah kat mak bapak sebab dia tak dapat buat atau beri sesuatu yang kita nak kan? Andai kata timbul atau terdetik sedikit je perasaan tu kat LIVER kita (hati kita), better hapuskan lah cepat-cepat. Takde mak bapak yang tak sayangkan anak-anak, percayalah. Mungkin ade sebab tertentu yang menyebabkan diorang tak dapat sempurnakan apa yang kita nak. Jadi kesimpulannya, sayangi IBUBAPA kita sesayang-sayangnya k!!!

Bagi yang dah dewasa, ibubapa selalu dibelakangkan. Even nak buat keputusan masuk Universiti pun, decide sendiri-sendiri. Langsung tak mintak pandangan mak bapak. Mane boleh begitu dik. Memang betul lah, masa depan kita, kita sendiri yang tentukan, tapi tak salah pe dapatkan pandangan orang yang lebih tua dan berpengalaman, lagi-lagi pulak daripada mak bapak yang dah jaga kita dari kecik. Even nak kahwin pun, restu mak bapak tentang siapa pilihan hati kita tu nanti amat-amat lah penting..betul tak kawan-kawan?? Kesimpulannya, jangan lah membelakangkan mak bapak dalam membuat sebarang keputusan penting dalam hisup kita. Pikir camni jelah, anak kita nanti tak nak pun bincang ngan kita apa dia nak jadi bila dah besar nanti. Ape pearasaan korang..manyak sedih woooo..uwaaa( T-T)..haa camtu apa yang ibubapa kita rasakan sekarang k!


baca doa ni tau hari-hari

Next,

Semalam, kitorang sekali lagi menghadiri kelas skil berkomunikasi. Memang la kita dah pergi hospital hari-hari, dah tak malu dah nak jumpa patient, dah naik tebal kot muka ni. Tapi tak salah kot belajar lagi untuk memantapkan skil berkomunikasi. Dulu belajar camne nak amek info daripada patient, kali ni belajar camne nak bagi infi plak kat patient. It was fun and enjoy. Tak dapat dinafikan bahawa, untuk memahirkan skil berkomunikasi ianya bukan sesuatu yang mudah semudah apa yang kita lihat. Ianya perlu kan seni dan kepakaran..chewaah

Untuk part giving information. Tips yang perlu ade, we as a future doctor. When a patient came to us, we need to answer their questions. They wanted to know more about their illness. So the firstly, we must have the knowledge, medical knowledge of course. Without it, our explanation will be sucks and maybe we can just bluffing to the patient. But remember it's not in our ethics. Be careful, sometimes, patient is more intelligent than you. They might know more about their illness after read it through internet or via asking their friends. "Nowadays everyone is a doctor! said Dr House." In this situation, matilah kita..kuang3. Tak dapek den nak nolong~

Next tips, just be confident with yourself. Don't bluff okay. If you don't know about the answer, just straight away say, sorry, I'm not sure. I'll check this later or maybe I can ask my senior. Only then the patient will put trust on you rather than wondering, is that true Doc???!

I think, enough said huh. That is all for now and see you all next time. Hey Surgery, for next week, here I come..are you ready to meet me?? hehe...Can't wait to see you but quite nervous huh. The most important thing was, I need to study Anatomy a lot for this coming posting. Don't be lazy BELLE'. I know you can do it!



Belle' : buku ini perlu dikhatamkan dalam masa 6 minggu..boleh ke nie?? hmmm..
Syafiqah : Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-mubarak!

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...