Sabtu, 25 April 2026

HLP (Hadiah Latihan Persekutuan)

Result tawaran HLP dah keluar semalam. Dan adik aku, Rusyaidi berjaya! Alhamdulillah. Semoga berjaya menjadi seorang Pakar Pembedahan yang disegani suatu hari nanti. Kakakmu ini entah bila lah. Ok, cukup.

Macam biasa, kat Thread pun ramai yang bicara tentang HLP. Antara post yang menarik perhatian adalah, 'Titik terendah seorang MO: Junior dapat HLP and membe/junior dah jadi Pakar.'

Perasaan itu valid tapi tak sepatutnya berada dalam pemikiran seseorang yang waras. Apa tujuan berkata begitu? Kenapa perlu melemahkan semangat orang lain dan tahu tak sebenarnya bila kita suka membanding-bandingkan diri, nikmat kehidupan yang sebenarnya akan hilang sedikit demi sedikit. Berdamailah dengan takdir dan sentiasa improve diri ke arah yang lebih baik. Jangan ada sekelumit dengki pun terhadap kejayaan orang lain. Boleh ke?

Seterusnya, nak cakap pasal berita baru-baru ni tentang penyelewengan Zakat. Tergamaknya kamu, seseorang yang diamanahkan untuk memegang duit berjuta-juta telah berbuat sesuatu yang jahat. Kesian para Asnaf yang sepatutnya dibantu dengan wang Zakat tersebut. Kenapa benda ni boleh berlaku? Nampak sangat yang kamu telah mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi. Ya, Allah, jauhkanlah sikap keji ini daripada kami, saudara-saudara kami dan umat seagama kami. Bantu kami Ya Allah.

Owh, aku dah beli video camera: Insta360 Go Ultra akhirnya menjadi pilihan hati. Semoga dapat menemani hari-hari ku dan dapat merakam moment-moment indah seharianku selepas ni. Memang best, sangat mudah cara guna dan gambar pun cantik. Alhamdulillah.

Bye. Tq sudi baca.

Jumaat, 17 April 2026

aku rindu nak menulis

Fuh, lama tak menulis. Boleh ke aku nak menulis semula? 

'Boleh Belle'! Buat je benda yang kau rasa happy dan jangan dengar suara orang lain.'

Aku baru sahaja bangkit daripada kekecewaan sebab gagal lagi dalam exam. Sedih sebab rasa dah kecewakan ramai orang dan aku pun dah penat. Penat sebab tak suka exam. Dia buatkan aku selalu rasa nervous dan tak enjoy dalam kehidupan seharian aku. Argh cepatlah habis.

Sambil aku menulis ni, aku dengar Youtube Video, tajuk medical. Dengan harapan dapat serap ilmu sambil buat sesuatu yang aku happy.

Owh, nak cerita. Sekarang kan ramai dah beralih kepada Thread. Ramai yang suka beri komen dan tulis lintasan hati untuk orang lain yang kita tak kenal bagi komen dan baca luahan kita. Nak dijadikan cerita, masa aku postcall haritu, saja je lah share kisah pesakit aku yang dirujuk daripada Klinik Swasta dengan Hb 2. Pesakit stabil dan minta balik rumah lepas dah masuk darah. Tak sangka blow up weyh post tu. Ramai giler komen dan like. Lepas tu aku try la share posting tu kat Tiktok dan tak sangka blow up jugak. Tapi spoil betullah, keesokkannya aku dapat sharing dari group whatsapp tentang etika penjawat awam di media sosial. Argh risau plak aku ada langgar pape etika, so rilek2 je lah.

Sambungan tentang Hb 2 tu, yang paling kelakarnya ialah UPT awal2 tu negative. Bila ambil sejarah/cerita dari pesakit, tak tahu macam mana MO yang tengok kat GP tu boleh kata dia mengandung. Tapi, lepas tunggu lama sikit, UPT test tu jadi positive, naik 2 line. Tapi, memang salute lah, rilek je pesakit tu ye, Hb 2 pun boleh jawab soalan aku, walaupun geram jugak jawapan yang diberikan tak konsisten. Takpe, aku maafkan sebab mungkin oksigen betul2 kurang ke otak beliau. Haish, makan apa lah yek, hb 2 pun masih boleh fikir nak balik rumah haha.

Ok done pasal tu. Next, sekarang ni aku tengah usha nak beli video camera. Rasa macam nak mula start buat Vlog. Aku nak rakam moment2 indah dan jadikan sebagai content. Harap ada la yang sudi nak tengok nanti. Video cam yang menjadi pilihan ialah dji osmo pocket 4 and insta 360. Masih memilih dan harap aku dapat buat keputusan yang terbaik. Argh, rileks la, beginner je kan, takyah serius sangat haha.

eh Blog aku ni masih ada pembaca ke? cuba komen.

Terima kasih sudi baca.

Boleh follow aku di Thread, Tiktok dan Instagram. Search je syafiqabelle. Adiosz


Isnin, 22 September 2025

Final Exam lagi 2 minggu

    Umurku dah mencecah 37 tahun tapi masih ada exam lagi kan? Begitulah kehidupan sejak kau ceburi bidang perubatan. Tidak akan lari dari exam. So, kita redah je lah, usaha doa dan tawakkal.

    Tahniah Fattah Amin & Amira Othman yang telah pun melangsungkan perkahwinan mereka baru2 ini. Semoga perkahwinan kekal hingga ke Jannah. Memang rezeki beliau, dua kali dapat wedding of the year. Jarang berlaku tapi tak mustahil. Kepada fans FattZura, sila move on. Banyak lagi isu lain yang lebih besar untuk anda fikir dan gaduhkan. Cukup-cukuplah.

    Justice for Zara Qairina. Apalah salah seorang budak berusia 13 tahun yang cintakan agama, masuk ke sekolah asrama seawal usia 13 tahun namun hidupnya berakhir dengan tragis, kematian yang dicemburui namun sangat perlukan pembelaan yang adil. Apakah yang berlaku sebenarnya? Terlalu banyak persoalan yang perlukan jawapan. Aku harap, kejadian buli di sekolah haruslah diambil serious. Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah asrama khususnya, rajinkan bertanya status anak di asrama, adakah mereka menjadi mangsa buli atau menjadi pembuli. Katakan TIDAK pada BULI!

    Iphone 17 baru sahaja dilancarkan namun tak terasa nak update dari iphone ku (iphone 12). Kita pakai sahajalah sampai rosak. Masih ok walaupun bateri dah cepat panas. Dengar cerita Iphone rugi. Entahlah. Teringat dulu, gaji pertama ku digunakan untuk membeli iphone. Punyalah suka jenama Iphone dan masih setia sampai sekarang. Kepada adik2 yang terjebak dengan Iphone, jangan lah terjebak jika tiada kewangan yang stabil. Ingatlah pesan ini.

    Owh, kini ada media sosial baru, Thread. Kita boleh tulis apa sahaja, tanya apa sahaja di situ dan akan dapat jawapan daripada orang yang langsung kita tak kenal pun. Antara yang menarik ialah kita boleh tahu berapa ramai yang view thread kita. Macam menarik tapi kalau terlebih sangat rasa macam toxic. Hati-hatilah bersosial di situ. Kadang-kadang tu kita main tulis je apa yang kita rasa di benak fikiran, namun tiba-tiba akan ada orang lain yang tak sebulu dengan kita, tak setuju dengan fikiran kita. Tiba-tiba boleh viral dan agak depresi kalau fikir pasal tu. So aku mengambil keputusan, untuk hati2 dalam menulis thread. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak Thread naya nanti.

    Ok, kena sambung study. Semoga Syafiqah dapat menjawab soalan exam dengan tenang. Doakan. Bye!





Sabtu, 13 Julai 2024

Bebelan bebas

    Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Cuma nak bagitahu, Housemen tersebut adalah Housemen posting pertama dan masih tagging. Kalau zaman aku dulu, mana berani nak letak Housemen posting pertama di Jabatan O&G. Good luck lah adik Housemen.

    Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita penangkapan sepasang suami isteri yang juga merupakan "Influencer". Mereka dituduh menyeleweng duit derma. Apa nak jadi lah zaman sekarang ni, duit derma pun berani nak seleweng kan? Terdesak sangat ke nak jadi kaya? Yang lagi sedih, mereka berdua juga bertopengkan Agama. Entahlah, tak tahu nak percaya ke tidak. Tunggu je lah pengakhirannya. Yang pasti, sekarang ni memang perlu berhati2 jika ingin menderma. Mendermalah melalui saluran yang betul, jangan sampai diperdayakan.

    Berita kematian dua orang kanak2 selepas memakan keropok yang diletak racun tikus. Sedih sangat dengar ada berita macam tu. Kesian, budak2 tak berdosa, diperlakukan sampai begitu sekali. Semoga ibu bapa kanak2 terbabit tabah menghadapi ujian tersebut.

    Childfree? Ada rupanya pasangan yang berkahwin tapi tak mahu anak kan? Simple je. Benda ni, ikut logik akal, memang tak boleh diterima sebahagian besar daripada kita yang berfikiran normal. Namun, tak pelik jika diikutkan dengan peredaran zaman. Kesempitan hidup, keinginan yang ingin bebas tanpa komitmen, mendengar pengalaman orang sekeliling, tak pelik kalau ada yang berfikiran sampai macam tu sekali. Salah ke? Tak salah, tapi salah kalau sampai bangga dari dan bagitahu ke orang umum, memang akan dikecam. Hormat sikit pasangan yang bertahun kahwin tanpa dikurniakan zuriat.

    Anak aku dah 7 tahun. Tapi bila disuruh solat, katanya Darjah Dua nanti baru nak solat. Normal ke?

    Ok bye. Tq baca.


Sabtu, 29 Jun 2024

Alia Maisarah part 4

 Selepas 10 tahun..

“Eh, macam kenal. Tapi kenapa dia follow Instagram aku nih? Takpe, follow je lah balik.”

Sarah scroll satu-satu gambar yang ada di Insta Ali. Kini baru lah dia tahu perkembangan Ali. Rindu pula rasanya dengan kawan lama yang sorang ni. Sarah teringin nak  bertanya khabar Ali tapi dibiarkan saja keinginannya waktu tu.

Beberapa hari selepas tu, “Hey, apa kabo? Nape ko follow aku?” DM sara, memberanikan diri.

Ali : Kabo baik. Haritu ternampak gambar ko kat insta kawan aku, pastu macam kenal je, aku pun follow je lah. 

Sarah : Owh yeke. Ape citer sekarang? 

Ali : camni je lah. Ko? 

Sarah : camtu je lah. Ok lah ade hal gerak dulu.

Tiba-tiba kenangan lalu segar di ingatan. Di mana seorang Sarah yang pernah terjatuh hati kepada seseorang bernama Ali, namun dia tidak pernah memberitahunya sehinggalah takdir dan keadaan memisahkan mereka sekalipun sebagai sahabat. Sarah redha. Pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Allah tentu lebih mengetahui akan segalanya. Sesuatu yang kita rasakan baik untuk kita bukan tentu adalah yang terbaik di sisi Allah. 

Mereka pun berkawan seperti biasa. Masing2 sudah pun berkeluarga dan bahagia dengan kehidupan masing2. Sarah semakin yakin dan pasti bahawa dirinya telah ‘move on’ dan amat menyayangi seorang lelaki yang bergelar suaminya kini. Terima kasih Allah. 




Selasa, 25 Jun 2024

random thoughts

    Kenapalah perlu berbalah pasal rekaan baju? Bukan kah baju tu takde kaitan dengan prestasi atlit kita nanti? Banyak betul masa korang nak berbalah tentang hal tu kan? Tak perlu besarkan hal remeh-temeh macam tu. Sila move on.

    Banyak pula terbaca pasal kisah anak autisme. Kes terbaru, seorang ibu dituduh membunuh anaknya sendiri. Walaupun tak larat nak fikir sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut, kita memang tak dapat nafikan, menjaga anak yang normal pun mencabar, inikan pula anak Autisme. Aku setuju jika ada saranan supaya emosi dan mental ibu bapa perlu dijaga terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak istimewa.

    Influencer gunakan agama untuk kaya? ah, ini satu lagi berita yang sangat tak boleh diterima akal ku yang sihat. Tapi tak mustahil. Berhati-hatilah dalam menderma terutamanya jika kita tak tahu sumber dan kesahihannya. Ye tau, rakyat malaysia sangat pemurah. Tapi tolonglah buka minda. Terima kasih yang suka mendedahkan kebenaran. Namun jika itu fitnah, hurm.. sama2 lah tunggu.

    Sekarang ni aku sedang sambung belajar di peringkat master perubatan. Alhamdulillah, dah masuk tahun ketiga. Semoga cita-citaku untuk menjadi seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan akan tercapai. Doakan aku tau. 



Ahad, 21 Mei 2023

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam.

Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputan open house daripada seorang kawan lama. Sesampai di rumah kawan tersebut, dia pun 'call' kawannya. Bila call, kawannya bertanya, "siapa ni? open house aku jam 2.30ptg." waktu tu jam 1.30ptg.

Lepas tu, si suami turut bercerita tentang keakraban si isteri dan kawannya itu waktu dulu-dulu. Si suami mungkin bengang sebab dia tengah lapar dan disebabkan kelaparannya itu, dia pun turut marah sebab si kawan tu tak save pun nombor telefon isteri dia. Sampai hati si kawan ek? Si suami turut menyatakan jemputan tersebut adalah melalui Group whatsapp sahaja, macam ajak-ajak ayam la. Ceritanya berjela sampai buat thread. Follower plak beratus ribu ye.

Sekali baca cerita ni, memang kita akan terus salahkan tuan rumah, betul tak? Tapi cerita tak tamat kat situ. Tiba-tiba ada yang reply, mengajak si suami untuk bersua muka, cuba menyelesaikan salah faham yang berlaku antara mereka. Si Suami taknak, bermacam alasan diberi. Pelik. Netizen pun ape lagi, korek satu persatu sampai lah terbongkar rahsia yang tweet tu sebenarnya si Isteri, bukan si Suami. Wow.

Ok. Pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita di atas ialah..

Buat Tuan Rumah;

Jemputan melalui Group Whatsapp mungkin dianggap kurang ikhlas, kebanyakan jelah, tak semua. Kalau boleh, jemputlah secara peribadi terutama jika mereka pernah menjadi sebahagian dari hidup kita dulu, pernah akrab dan bantu kita dulu waktu susah.

Buat Tetamu Tuan Rumah/Kawan lama:

1. Cek dulu waktu jemputan rumah terbuka. Pergi hanya pada waktu yang dinyatakan. Tak salah jika terawal atau terlewat cuma lagi manis jika kita ikut jadual tuan rumah, mungkin dia ade sebab memilih waktu tu. Tuan rumah mungkin sedang bersiap atau makanan belum ready jika kita datang awal, malu lah dia nanti jika tetamu dah tiba tapi makanan belum ready.

2. Tak perlu marah jika kawan tak save nombor telefon kita. Mungkin dia baru tukar telefon. 

Buat netizen:

Jangan mudah percaya cerita di Twitter. Baca boleh, percaya jangan. Biasenye cerita yang menarik pasti ada plot twist.

Buat Si Suami (mungkin dia tak tahu menahu pasal hal ni pun):

Dengar je lah cerita si isteri tu. Tak perlu melaga-laga atau tweet kat twitter. Eh lupa, bukan suami dia yang tweet hahaha.

Buat Twitterian:

Hati-hati nak tweet. Jangan menipu sebab sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Bye.


Jumaat, 7 Oktober 2022

Kejayaan yang tertangguh

Pejam celik pejam celik sebulan lagi aku akan menghadapi exam. Tadi baru je usai menghadiri majlis bacaan yassin dan solat hajat bersama lecturer dan senior sempena nak exam nanti. Sebak dengar ucapan daripada pensyarah yang mahukan kita semua buat yang terbaik. Kebanyakannya berpesan supaya; banyakkan bersedekah, buat amalan baik, mudahkan urusan orang lain, minta ampun daripada orang di sekeliling dan berdoa hari2. Rasa sebak terus.
Semoga dipermudahkan urusan semua orang. Doakan aku!

Ahad, 10 Januari 2021

Covid 19

Dah seminggu lebih 2021 berlalu

case Covid-19 pula semakin lama semakin naik

tak nampak bayang nak turun

kematian pula semakin meningkat

ramai dah tak ambil kisah

kami ni, walaupun tidak terlibat secara langsung dengan pesakit Covid

memang terkesan

hari2 ada sahaja MO yang perlu dikuarantin

tengah oncall, dipaksa balik

pengganti yang sedang bersuka-ria dengan keluarga dan anak2 di rumah terpaksa datang bekerja

nasib baik ada pengganti

kalau tiada? kesian yang oncall

Ya ALLAH, kepadamu kami bermohon

semoga cepatlah covid berlalu pergi

amin.


Jumaat, 5 April 2019

Nur Aulia

Assalammualaikum.
Fuh, dah dua tahun tak menaip kan?
kekoknyaaaaaa
Apa khabar korang semua?
Harap sihat sentiasa


Nur Aulia? Dia sihat je
Ada kat rumah pengasuh. Jap lagi aku ambil dia
Nak tahu pasal Aulia?
Aulia bulan ni umurnya masuk 1tahun 8bulan
Masih belum boleh berkata-kata
Lasaknya masya-Allah
Semoga aku tabah menghadapinya haha

Hujan lebat betullah beberapa harini
chow dululah
bye

sebelum tu
nak share gambar Aulia..

(4/4/19)

Jumaat, 3 Februari 2017

Rasa macam nak menulis semula, boleh?

Salam.

Apa khabar? Harap sihat selalu hendaknya.

Kenal aku lagi? Akulah 'syafiqa-belle'. Ah mesti korang pun dah lupakan aku. Dah lama sangat aku tinggalkan blog ni atau lebih tepat lagi, dah lama aku tinggalkan dunia penulisan. Kadang-kadang memang rindu nak menulis tapi setiap kali nak menulis ada saja halangan. Apa lagi kalau bukan sifat M (malas).

Sementara ada mood untuk menulis ni, marilah kita menulis sesuatu. Untuk permulaan, biar aku cite pasal perkembangan terbaru 'syafiqa-belle'. Haha poyo terlebih aku ni.

Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan latihan sebagai doktor pelatih di Hospital Batu Pahat sejak December 2015. Berbekalkan ilmu 2tahun lebih di sana, aku ditempatkan di salah sebuah hospital di Negeri Selangor hingga kini. Alhamdulillah, Allah mudahkan segala urusanku.

Aku juga berjaya menamatkan zaman bujang pada 22 October 2016. Eh, macam cabaran plak bunyinye ye. Alhamdulillah aku akhirnya bertemu jodoh dengan jejaka yang berasal bukan dari Negeri Johor dan bukan seorang doktor...hehe. Saya sayang husband saya. Dia baik orangnya.

Oh ye, aku sekarang ni bekerja sebagai MO O&G. Khas merawat pesakit wanita yang mengandung. Stress juga keje ni tapi menarik. Banyak gak kisah yang menarik dan boleh dikongsi. Kalau rajin, aku share ye insyallah. Kalau benda yang baik dan memberi faedah, bukan ke elok dikongsi?

Ok, jumpa lagi. Salam.


Isnin, 29 Jun 2015

Salam Ramadhan

Apa khabar blog?
Lama tak berjumpa
Hampir lupa nak menulis
Dek tinggalkan blog lama sangat

Sekarang ni aku berada di posting kanak2
Kalau takde aral, tinggal sebulan je lagi
Tak sabar ku nak abeskannya
Exhausted!
Tapi seronok sebenarnya dapat main dengan bayi hari2

Tembam
Cute
Tapi sakit

Sian kan? Cepat sembuh adik!

Baru2 ni ada kes ibu form 3 dapat anak kembar. Jangan ditanya bapa dia kat mana! Syhhhh. 

Rasa cam nak amek sorang, " Dik, kasi akak sorang anak awak bole? " ok berangan haha.

P/S: Saya rindu awak, sangat3!

Bye..

Jumaat, 24 April 2015

Lawak hari itu

Hari itu, aku pulang dari bekerja seperti biasa. Melihat kain yang tersidai di ampaian, aku tersenyum. Ye lah sejak ketiadaan mokde, hampir seluruh kerja rumah diambil alih oleh abah dan emak. 

Selepas mandi dan solat aku akan menonton tv. Sambil tu aku melipat kain yang masih belum berlipat, yang dibasuh oleh emak pagi tadi. Dah jadi rutin harian ku, melipat baju sambil menonton tv. 

Selain aku, abah dan emak juga adik perempuan ku turut bersama-sama menonton TV. Nak dipendekkan cerita aku pun teruskan kerja ku melipat kain tadi. Biasalah, sebelum melipat pasti nak membau kan? Tak pasti orang lain tapi aku selalu je buat macam tu.

Dah lipat tiga helai, aku pelik kenapa la macam tak wangi je. Aku syak mesti emak terlupa letak sabun barangkali. Lepas tu emak pun jawab, cuba tanya abah, letak sabun ke tak masa basuh tadi?

Oh abah ke yang basuh, ingatkan emak.

Ku tanya abah. Abah jawab, entah. Eh, dah tu siapa yang basuh baju pagi tadi?

Mak kata, dia tak basuh. Abah kata dia tolong sidai je. Adik perempuan aku? Tak mungkin.

Lantas aku membuat kesimpulan. Baju ni... Sebenarnya...

Haa faham2 lah ye. Adeh, abah2.. 

Pape pun thumbs up to abah sebab ada inisiatif untuk membantu kami membuat kerja2 rumah. Love u dad! Hee

Jangan tiru ya aksi ini di rumah anda. Bye and salam. Tq for reading this :))

Selasa, 10 Mac 2015

Current posting : Ortho

Salam.

Lamanya tak menaip. Kekok.

Sekarang ni aku berada dalam posting keempat daripada enam iaitu orthopedic. Insyaallh kalau tiada aral melintang, bulan depan masuk posting baru.

Rasa sekejap je masa berlalu kan? Macam baru semalam aku mula menjejakkan kaki ke hospital memulakan kerjaya ku merawat orang sakit atau lebih dikenali sebagai bomoh moden.

Rasa macam mimpi. Dah setahun lebih berlalu. Banyak kenangan pahit dan manis. Onak dan duri. Suka dan duka. Semuanya ku tempuhi di samping orang yang aku sayang, keluarga ku. Tanpa mereka, pasti lah dah lama aku give up. Mungkin. Terima kasih, mak & abah!

Tak tahulah kenapa aku tergerak hati nak menulis harini. Yang pastinya, sekarang tengah cuak sebab minggu depan nak VIVA. Ia penting sbb menentukan aku layak ke posting seterusnya lepas ni atau tidak.

Doakan aku ye. Semoga aku berjaya.

Owh ye, adik lelaki ku dah nak kahwin soon. Mesti la aku happy sebab mak ayah kita nak dapat menantu dah, akhirnya. Nak tunggu kita bagi diorang menantu, entah bila lah agaknye. Hehe. 

Haip. jodoh Allah itu pasti!

Malam ni oncall. Ok bye.

Salam.


Rabu, 4 Februari 2015

Hati

Maafkan diri ini
Kerna terlalu cepat
Berubah hati

Bukan tak cuba
Dah cuba
Tapi tak boleh
Kita memang tak boleh

Mungkin kau anggap
Aku kejam terhadapmu
Tapi percayalah
Ini untuk kebaikan kita bersama..

Dan bila teringat masa lalu
Saat kita bersama
Berkongsi suka dan duka
Pasti ku simpan 'ia' kemas-kemas
Cepat-cepat..

Supaya bisa ku campak ia ke sana
Jauh..
Dibawa pergi air sungai yang deras
Demi menjaga hati 'masa depan' ku
Goodbye 'masa lalu' ku
Semoga kau juga berbuat begitu ya.

Percayalah, 
engkau pernah aku sayang
Biarlah, tempoh perkenalan kita 
Menjadi saksi, aku memang
Sayangkanmu

Hati, jaga diri mu elok2 ya.

Assalammualaikum.

Isnin, 22 Disember 2014

Dia dah takde..

6/12/2014

Dalam senyap dia pergi
Aku terlalu busy dengan kerja
Tak sempat bertanya khabar
Tak tahu dia menanggung sakit

Tapi syukur lah sekurang-kurangnya..
Aku ada sewaktu dia menghembuskan
Nafasnya yang terakhir
Di pangkuanku.

Mak uda
Nabila rindu kan mak uda
Semoga mak Uda tenang di sana
al-fatihah~

Sabtu, 13 September 2014

Ragam orang bersalin

Hampir dua bulan kerja aku duk menjaga ibu-ibu mengandung sehinggalah saat mereka  melahirkan bayi-bayi yang comel lotey. Sepanjang dua bulan ni juga lah pelbagai ragam yang aku jumpa.

Antaranya..

"Doktor tolong saya. Sakit sangat ni!!"

Sabar puan. Nak bersalin memang sakit puan. Sakit tu bagus, membantu bayi puan cepat keluar. Lepas bersalin hilang la sakit tu ye. Sabar ye puan. Itu je yang mampu aku buat. Ye. Bersalin memang sakit.

"Sakit doktor! Operate je lah senang."

Puan, jangan cakap macam tu. Jantung bayi elok lagi tu. Rugi kalau kita operate sekarang. Semua orang nak bersalin normal. Operate lagi bahaya. Sabar ye puan. Sabar. Ye. Bersalin memang sakit.

"Abang urut la belakang saya ni. Sakit tau tak."

Terdiam. Sambil pesan dekat si suami. Sabar ye encik. Tak lama je lagi tu. Berdoa supaya dipermudahkan segalanya. Ye. Bersalin memang sakit.

"Maaf ye doktor saya terberak."

Takpe puan jangan risau. Berak aje kat situ, nanti kami cuci. Ye. Bersalin tak boleh pergi tandas dah. Sebab tu berak dulu siap2 haha.

"Doktor, tak boleh teran. Tak larat. Tak boleh!! *Pengsan*"

Puan jangan macam ni. Kena kuatkan semangat. Lagi sikit je. Teran puan terannn. Ye bagus2. Kepala anak dah kat situ je tuuuu. Ye nak bersalin kena kuat dari semua segi. Mental rohani dan fizikal.

Ye bersalin memang sakit. Tak dapat digambarkan dengan kata2 mahupun gambar sekalipun. Namun ianya memang satu proses yang unik dan indah. Anggap je yang sakit itu penghapus dosa. Bertuah lah menjadi seorang ibu. 

So, dah tau bersalin tu sakit, masih nak menderhaka kepada ibu kita? Tak patut. Memang tak patut.

Ok bye. Nanti sambung cite lagi :)

Rabu, 10 September 2014

CGM and HB

Today is my off day or else CGM (cuti ganti mingguan)

*setiap minggu Aku dapat satu CGM. Boleh minta bila2 masa ikut suka hati tapi tak best sebab kena apply seminggu sebelum masuk bulan seterusnya. Tak best la. Aku bukan orang yang suka merancang awal. Follow the flow je. Akibatnya, CGM yang dapat ku habiskan dengan spontaneous activity. 

Panjangnye bebel pasal CGM?

Sedih sebab minggu ni tak dapat attend wedding kawan baik akibat daripada apply CGM hari yang salah.

Ok cukup.

Minggu lepas genaplah umurku men-tua lagi setahun. Alhamdulillah kerna dikurniakan kehidupan yang boleh dikatakan OK. Dah ada kerjaya cuma belum berkeluarga. ALLAH masih mahu aku menjaga ibu ayah lagi agaknya. Fikir positif. Serahkan je urusan jodoh pada-Nya.

Kamu2 hentikan bertanya. Jawapan aku masih sama. InsyaAllah. Kalau ada ada laaa..

Kau ok Belle?

I'm fine.

Aku rindu nak menulis. Maksudnye aktif macam dulu. Sekarang ni aku jarang membaca, isu semasa pun tak tahu sangat. Kekangan tersebut membantutkan minat aku untuk menulis. Sebab tu akhirnya aku menulis pasal CGM je kali ni. Kenapa jarang membaca? Sebab balik kerja terus tidur. Tak bagus ni. Mari berubah. 

Doakan saya.

Salam.




HLP (Hadiah Latihan Persekutuan)

Result tawaran HLP dah keluar semalam. Dan adik aku, Rusyaidi berjaya! Alhamdulillah. Semoga berjaya menjadi seorang Pakar Pembedahan yang d...