Sabtu, 27 November 2010

Finalist Anugerah Juara Lagu 25 (09.01.11)

1. Faizal Tahir - Hanyut
Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen.

2. Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan
Juara Akademi Fantasia 8


3. Hafiz - Noktah Cinta
Mohd Hafiz bin Mohd Suip (lahir 27 Februari 1990) ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula popular semenjak menjuarai musim ketujuh Akademi Fantasia.


4. Black & Meet Uncle Hussin - Drama King
Kumpulan Meet Uncle Hussain (juga dieja MeetUncleHussain atau meetunclehussain, singkatan MUH) ialah sebuah kumpulan muzik bebas Malaysia yang pada asalnya dianggotai oleh empat orang iaitu Lan (vokal utama/gitar kedua), Taja (gitar utama/vokal latar), Kudux (dram) dan Afat (bass/vokal latar). Mereka juga pernah menggunakan khidmat bekas pemain dram Flop Poppy dan Gerhana Skacinta, Bakri ketika persembahan mereka. Konsep lagu yang didendangkan oleh Meet Uncle Hussein berbentuk rock progresif.


5. Adira - Ku Ada Kamu
Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira ialah seorang bintang Akademi Fantasia yang berasal dari Ranau, Sabah. Gadis ini merupakan anak bongsu daripada 8 adik beradik. Adira beraksi di pentas akhir Akademi Fantasia Musim 8 bersama 4 lagi rakannya iaitu Shahir, Maulana, Iwan dan Daus seterusnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara pada musim tersebut.


6. A.P.I - Pelita


7. Yuna - Cinta Sempurna
Yunalis Zarai, atau lebih dikenali sebagai Yuna oleh para peminatnya, merupakan seorang penyanyi Malaysia yang memperjuangkan muzik rock indie. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian di Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam. Mula meningkat naik menerusi lagu Dan Sebenarnya, beliau setakat ini sudah menghasilkan sendiri sebuah album demo dan sebuah album EP dengan menggunakan nama sendiri, Yuna EP, yang boleh dibeli melalui pesanan e-mel.


8. Tomok - Berlari
Shah Indrawan Ismail atau juga dikenali sebagai Tomok (lahir 17 Mei 1984) adalah seorang penyanyi di Malaysia. Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz. Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009.


9. Black - Sofea Jane
Hanifah bin Md Hanafiah, lebih dikenali sebagai Black, ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengecapi kenamaan semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor dengan bimbingan Mas Idayu.

10. Hujan - Mencari Konklusi
Hujan ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.


11. Faizal Tahir - Selamat Malam

12. Bunkface - Ekstravaganza
Bunkface ialah sebuah kugiran empat ahli yang diasaskan di Klang, Selangor, pada tahun 2005, kini terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar keduanya Sam Baharom, pemain gitar bes dan penyanyi tambahan Youk, pemain gitar utama Paan, dan pemain dram Ejam Coda. Antara lagu-lagu popular nyanyian Bunkface termasuk "Bunk Anthem", "Situasi", "Silly Lily", "High School Rocker", "Prom Queen", dan "Through My Window."


13. Stacy - Jahat
Stracie Angie Anam atau lebih dikenali sebagai Stacy (lahir 18 Ogos 1990 di Kota Kinabalu, Sabah) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6. Beliau sekarang menetap di kampung Tuavon, daerah Penampang di Sabah. Stacy makin dikenali melalui beberapa lagu hitsnya seperti Aku Stacy, Pakai Buang dan Gagap.


14. Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali ialah seorang pemuzik Malaysia yang berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan pemainan gitar. Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009. Album pertamanya, Ketika Aku Kecil keluar pada April 2010. Gadis yang berdarah Melayu sepenuhnya ini berkelulusan TESL dari UiTM. Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.




Belle' : Credits to this BLOGGER  & WIKIPEDIA

Huh betapa gagah nya aku mengopy paste gambar dan info artis-artis Malaysia kita yang telah pun berjaya Ke Final JuaRa Lagu ke 25. (best tak dapat tahu nama penuh sebenar diorang..hehe). Hmm, aku tak tengok pun semi final. Tiba-tiba dapat tahu dah nak final rupanya. Takpe, dapat tengok final pun jadi lah. Wah, mane Mawi, mane Siti..mane-mane?? Aizat takde eh :-( . Yang aku perasan, banyak kumpulan Indie dan ex-student AF dan artis2 rancangan realiti. Whatever it is, all the best to all Finalist. Buat yang terbaek!

Jumaat, 26 November 2010

Jom gelak sat

I hope today
I can make all of you laugh
enjoy them okay!








KFC ada nasi goreng?

Pada suatu Tengah Hari ( sila baca semula dengan intonasi budak kecil bercerita )

ada seseseorang ni (tak yah la teruskan dengan intonasi tadi, baca macam biasa)

dia lapar...sangat lapar

dan seseorang itu adalah tuan belog!

tuan belog telah bergegas ke tempat makan terdekat lagi segera

iaitu KFC Ipoh Garden!

Lepas dah bungkus Snack Plate satu, dia pun terus pulang ke rumah untuk mencekik

tapi tapi tapi

tiba-tiba dia rasa nak buat inovasi sikit

kira kelainan la terhadap menu Lunch dia pada hari tersebut

Apa lagi, dapur diceroboh dan sepinggan nasi goreng resepi Belle' pun terhasil!

jeng jeng jeng


ni dia! 

(Karbohidrat)

selepas itu ayam (protein) dicampurkan

eh tuan belog tak de lah nak hancurkan ayam KFC yang lazat tu then campur kat nasi goreng

dia just buat macam ni..

(Karbohidrat + Protein)

selepas itu, sayuran, sos, roti, kentang dan Sebotol Vitagen pun ditambah

maka tertumbuh lah menu di bawah

(karbohidrat + Protein + lemak)

jangan lupa Air, nanti tercekik plak..huhu


Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal...sekian daripada saya..tenkiu


Phase 2 in memories


Khamis, 25 November 2010

bila belle' ditag, inilah yang berlaku

Hye you Olz..eh bukan, Assalammualaikum W.B.T..

entri ini ditulis kerana...emm kerana... ah pendek kata, macam ni lah. Aku di tag! oleh FATIN HUSNA maka entri ini dibuat..hehe

Let's scroll down your tikus..eh silap tetikus! (^_^)V

1. Benda yang paling penting dalam hidup?

  • Family + study + kesihatan mental dan fizikal + kawan-kawan !

2. Benda terakhir di beli dengan duit sendiri?

  • Handphone Nokia Classic 5120 (500 je) - tu pun guna duit MARA (^_^)v

3. Tempat perkahwinan yang nak di buat nanti dan temanya?

  • Kampung bernama Parit Jawa! Tema? kena bincang ngan family and bakal husband dulu la..huhua

4. adakah anda sedang bercinta sekarang?

  • emm entah (aku sendiri tak suka jawapan ni)

5. berapa lama anda akan mencintai kekasih?

  • satu saat!

6. dimana anda selalu jumpa kekasih?

  • Selain bilik hotel dan tandas..haha

7. novel / buku / majalah yang terakhir di beli.

  • novel : Aku kan Novelis. Buku : Jangan bersedih (La-Tahzan). Majalah : Rapi

8. name penuh?

  • Syafiqah Nabilah Bte Azali. Nak IC sekali ker?

9. antara mak & ayah, mana lagi mesra?

  • Mak. Abah pun ok je..hehe

10. namakan orang yang betul2 nak jumpa dalam hidup.

  • kawan-kawan SKPJ, SMKBM, SMSSI, KMJ, UiTM ! Aku selalu rindu kat korang~

11. adakah aku basuh baju sendiri?

  • kat Ipoh ya. Kat kampung jarang la...hehe

12. di manakah tempat yang aku nak gi..

  • Selain Malaysia. Teringin gak nak tengok Negara orang camne. Tunggu lah dah cukup berduit nanti..huhu

13. pilih salah satu : peluk or cium ?

  • Peluk! bila dah peluk leh dapat cium sekali. Tapi kalau cium, tak tentu lagi dapat peluk...betul tak? hehe (sila jangan pikir kuning!)

14. bagitau 3 perkara pasal orang yang tag aku nih..

  • Suara best dan pandai main gitar
  • Suka simpan roti bawah meja (jangan mara ye Fatin..hehe)
  • Suka kucing dan nama kucing dia KUNYET..hehe

15. 5 benda yang aku sangat sayang dalam hidup..
  • Family 
  • UniKL RCMP
  • Laptop
  • Facebook's friends
  • Blog

16. 5 lagu yang aku selalu dengar.

  • The only exception (paramore)
  • InsyaAllah (Maher Zain)
  • lagu hindustan
  •  lagu korea
  •  bagaikan bidadari (tomok)

17. Tarikh lahir dan sambut kat mana tahun lepas?

  • 28 OGOS 1988. Kat rumah. Then balik Ipoh celebrates ngan member kat KFC Giant..hehe

18. 5 orang blogger yang nak di tag.
19. cerita sikit pasal blogger pertama yang ditag..

  • Die punye nama glamour Siti Nur Aminah..hehe. Aku kenal dia 6 tahun lepas masa kitorang form 4. Kami best friend! Then now kitorang study di tempat yang sama cuma bezanya dia adalah senior atas aku..hehe. Ika, Good Luck for your becoming Exam!
Belle' : ZZZZzzZZZ

A word for today!

~Alhamdulillah~


Bestnya hari ini. Seronok! Aku dapat tahu (selepas ber-YM dengan seorang rakan), student batch aku SEMUA lulus Final exam. Yes we did it! Maksudnya, aku pass dan boleh meneruskan pengajian ku di tahun 4 (Phase 3A). Aku terus bergegas ke kolej. Tapi result tak de lah gempak sangat. Jadi gembira itu terus berkurang sedikit sebaik sahaja aku tiba di kolej. Ah janji LULUS! Tiba-tiba rasa cuak lah pula nak masuk tahun 4. Iya lah, semestinya cabarannya akan lagi besar. Aku pun tak boleh main-main dah. Kena serious. Ini berkaitan nyawa orang. (maaf jika saya terlebih serius). Tak sabar nak tau aku group dengan siapa tahun 4 nanti. Tapi aku tak kisah pun itu semua. Yang aku kisah, macam mana lah aku nak cantikkan lagi Restaurant City aku..pening nak fikir. (tiba-tiba je aku nih). For your information, Restaurant City adalah sejenis game kelahiran MukaBuku selain FarmVille. Sape tak tahu, takpe still got time nak ambil tahu..hehe. Till we meet again~

copy pic kau ye Naqib..cantik kot..huhu

Belle' : kalo baca buku, boleh pass punyer. Good Luck to Phase 3A!

Rabu, 24 November 2010

tamat sudah

Alhamdulillah..tuhan je la yang tahu betapa leganya hati ni. 
Tapi lega pun tak boleh nak kata lega sangat la. 
Esok keputusan sama ada aku lulus atau gagal bakal aku ketahui.
Harap-harap lah..InsyaAllah..
Lepas je exam, aku terus memburu makanan
 (mana tak gemuk!!) 
dan mula merancang plan tuk malam ni
(bukan ke plan itu adalah rancangan?)
Maaf atas kesilapan tatabahasa
yeah, plan itu biarlah rahsia..kuang3
yang penting House season 7 dah start
ah tak sabar nak tengok
House loves Cuddy!

RM15.80 + RM0.50 (T-T)V
kredit to secret recipe

Belle' : aku rasa, minat aku terhadap blog dah semakin pulih la..hmm

Three more days

It will be my third attempt.. Exit theory exam HLP MMED O&G  Please pray for me I will try my best InsyaAllah Allah pasti tahu Waktu yan...