Ahad, 6 Mac 2011

Exam oh exam

Assalammualaikum w. b.t & Selamat malam semua


Betul tu. Ku ada exam esok pagi tapi nota-nota yang berlambak masih belum habis ku baca kesemuanya. As always .. haha. Ala .. esok .. esok .. exam aku tu ..


"soalan objektif je pun. Baling dadu je dah boleh jawab."

Ku masih cuba menyembunyikan perasaan takut dalam diri ku. Ah exam kot! mana boleh rilek? Orang mental je yang tak takut nak jawab exam.. adoyai

Ok lah kawan-kawan. Aku tak boleh lama ni. Kena sambung study lagi ni.

Oh lupa nak habaq, exam tu merupakan end of Psychiatric Posting exam. Yeah, aku dah berjaya habiskan 6 minggu study psychiatric. Ni lah kali pertama dan terakhir kami posting Psychiatric sampailah kami exam final year nanti. Tak jumpa dah patient kat wad24 pasni. Oh .. aku pasti merindui diorang ;-(

Ok bye. Jangan lupa tengok Merlin malam ni Jam 10.30malam.. hehe. *kesian adik lelaki aku tak dapat tengok sebab kena masuk asrama (^_^)

A quote for today!

(^__^)Y

I'm sorry, Eraser !

**********


Pencil: I'm sorry.... 

Eraser: For what? You didn't do anything wrong. 
Pencil: I'm sorry cos you get hurt becos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time. 

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)


********

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). 

Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad

*source [here]

Sabtu, 5 Mac 2011

wanita penyelamat lelaki, sejauh mana kebenarannya?

Pada Jumaat yang lepas, pensyarah ku ada berkata yang, perempuan susah nak melupakan lelaki kerana mereka suka menganggap diri mereka adalah penyelamat lelaki. Savior la kononnya. Betul ke ni? Tapi pepatah memang pun pernah berkata;

"Di sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya..."

Pada pendapat korang pula camana? Bagi kaum Adam, adakah ada wanita yang menyokong usaha kejayaan anda? Atau wanitalah yang menjadi punca kegagalan anda? Aku agak menyokong pepatah kat atas tu. Sbb aku pernah alami sendiri. True story okey. Harap jangan jeles.. (^__^)Y

bila lah lelaki ini mahu ada wanita di belakang nya .. rugi sungguh tau

Dulu kat sekolah ade sorang mamat kulit kurang putih ni suka kat aku tapi aku tak suka kat dia. Bukan sebab kulit dia yang kurang putih tu, tapi sebab aku memang murid yang baik time tu. Ustazah kata tak boleh kapel. Dosa. Aku ikut la cakap ustazah. So aku pun dgn soft spoken telah menyatakan kat dia "Aku anggap ko sebagai kawan je, aku tak nak lebih dari tu." Sian mamat tu. Terus tak kacau aku lagi lepas tu.


After aku pindah sekolah, aku ingat aku dah bebas, rupanya tak! Dia bole cakap kat kawan2 sekolah dia aku ni awek dia. Aku tahu pun sebab aku terjumpa kawan dia tu kat program ape ntah. Psycho betul! Bengangnyerr. abes semua kawan-kawan aku yg gi program tu ejek aku dah ada pakwe. malu uwaa.

Tapi after SPM, dia kontek aku balik. Dia ada bagitahu, masa PMR, dia study rajin-rajin sbb nak kalahkan result aku. Terharu la plak tiba-tiba. Tapi, die tetap kalah satu A dengan aku..yess haha. Dia just nak berterima kasih kat aku dan kami berkawan baik sampai sekarang. Dia dah kahwin pun. Isteri die lagi cun daripada aku tau.. padan muka kau melepas.. kuang3

Jadi, jelas lah bahawa aku menyokong pepatah atas tu. Cuma aku juga setuju perkara sebaliknya iaitu, wanita juga punca kegagalan seorang lelaki. Contoh : Bila mana si isteri tak menyokong malah selalu memperlekehkan apa yang dilakukan oleh suami. Padahal suami melakukan semua tu untuk masa depan keluarga gak kot

next!

Pasti ada seorang wanita di sebalik kejayaan lelaki..


Kalau lelaki itu seorang anak, maka ibu lah menjadi pendorong kejayaan beliau. After dapat result bagus, balik rumah peluk cium mak tuk bagitahu, "mak, saya dapat straight A SPM!". Bangganya menjadi seorang ibu waktu tu =)

"Aku kena cari Girlfriend la. Result aku teruk dowh sem lepas.."

Mengikut pemerhatian dari kaca mata Belle, banyak je kes macam kat atas tu. Selain GF menjadi sumber inspirasi, Si BF juga akan berusaha bersungguh-sungguh nak kalahkan GF yang dapat anugerah dekan setiap sem. Haa bagusnyee. Tapi tak bagusnya bila ada juga lelaki yang cakap macam ni;

"Aku rasa bodoh (tak pandai) lepas kapel dengan kau!!!!!!!!!!"

no komen. (Dah elok-elok kapel sebelum SPM, pastu nak salahkan awek plak bila result hampeh. Memang boleh jalan ar jantan camni... huh)

siapa lah agaknya wanita disebalik kejayaan lelaki ini .. hehe

Selain itu, aku sebagai anak, sentiasa menyokong segala apa yang abah aku lakukan untuk family kitorang. Aku juga tak paksa abah untuk naik pangkat kerana aku tahu abah dah puas hati dengan kedudukan dia sekarang. Aku cuma berharap abah selalu menjaga kesihatan..hehe

Sebagai girlfriend, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk si dia. Walaupun dia belum pasti lagi untuk aku, aku tak nak tengok dia jatuh. Semoga dia berjaya mencapai impiannya dan aku bangga menjadi sumber inspirasi dia..hehe *malu

Walau siapa pun status wanita itu, setiap wanita pasti ada aura tersendiri dalam menjadi pendorong kejayaan setiap lelaki. Apa yang penting? Bukan kerjasama lagi dah tapi .. seseorang itu mestilah seseorang yg penting dalam hidup seseorang itu. sbb itu blh jadi pendorong atau pemberi semangat.

betul tak??

Jumaat, 4 Mac 2011

Smart Cover iPad 2

Entri kali ini 99.9 % adalah bergambar

ada magnet woo boleh lekat .. hehe


tanggalkan saja jika mahu .. hehe

without cover


with cover



boleh lipat tau .. macam main origami plak



letakkan kat bawah ye


sedia untuk menaip assignment

eh eh nak buat apa plak ni??



wah, syok ni boleh tengok cerita hindustan .. hehe


Abah! nak satu iPad boleh? *sambil buat muka comel*

Rabu, 2 Mac 2011

Aku memang gila! Gila Trafik. So what??!

Sebuah segmen pemanas jiwa dari aku khas untuk blog blog yang berminat nak memanaskan kerusi masing masing .. Eceh ... Sebenarnya ini hanyalah sebuah segmen suai kenal untuk bulan MAC 2011 .. Pasti ramai blog blog baru kan ?
Syarat ? TERBUKA UNTUK SEMUA ... Amacam ? Berminat ? Tak susah pon ... sangat mudah .. Tapi yang dah join semalam , tak yah la yer.. kasi kat orang lain lak ..
Cam biasa , buat satu entri khas ...
  1. Sila letak header BEN ASHAARI BLOG
  2. Tajuk : AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ?? dan linkkan ke entri ini ..
  3. Berikan satu cerita yang menginsafkan korang tentang kematian yang boleh dikongsikan bersama pembaca  blog korang dan juga pembaca baru ..
  4. Tinggalkan link diruangan komen entri ini..
Tu jeee... cepat cepat .. Tutup ? Esok !!! Grrr....



cerita bermula ..



Aku kenal dengan arwah pada tiga tahun yang lalu. Arwah (lepas ni dipanggil F) merupakan rakan sekuliahku di kolej aku belajar kini (Royal College of Medicine Perak-UniKL). Aku start rapat dengan  F selepas dia minta aku carikan tempat tinggal kerana F terpaksa berpindah rumah. Ye lah, kami dikolej swasta tidak dibekalkan asrama .. (T_T). Rumah F yang sebelum ni agak mahal sewanya.

Selepas tu F berpindah ke rumah sewa rakan ku yang kebetulan sedang mencari teman serumah. Ye lah, murah sikit jika duduk berdua. F ni perempuan, bukan lelaki okay. Kami mula rapat. Mula-mula impression aku pada F, eh dia ni boleh tahan kerek gak. Tapi dah lama kenal, ok je lah. Kesimpulan; jangan cepat judge orang! kenal dulu (^__^)

Tapi, tak lama lepas tu F berpindah ke rumah lain. Biasa lah, dalam berkawan pasti ada konflik. Hubungan aku & kawan-kawan rapatku dengan F mula renggang. Dah tak macam dulu. Kami hanya berjumpa di dewan kuliah dan kalau berjumpa, setakat say 'hye!'. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin dah tak duduk serumah. Sebab aku suka lepak kat rumah yang F dan rakan ku sewa tu. Apartment mewah! hehe

Nak dipendekkan cerita lagi, lagi sebulan je lagi kami nak menduduki final exam tahun dua! Malam tu, aku tengah sedap-sedap mimpi ni, putera impian yang kacak datang dengan kuda putih nak bawak aku kahwin lari kat India .. haha. Then, tiba-tiba, 

"kring kring kring" telefon ku jawab dengan mamai nye

"ye, sape ni?"

"Pika, F. F baru meninggal."

"F? siapa f?" orang tengah mamai mane nak ingat ape-ape

lepas tu kesian kawan aku kena explain panjang lebar siapa F kat aku. Dan betapa terkejut nya aku dengar berita tu. Ya Allah, kawan aku. Baru minggu lepas aku berbual dengan dia. Tahun lepas aku tidur berbaring sebelah dia. mendengar celoteh dia yang kadang-kadang tak terlayan. 

Ya Allah kenapa begitu cepat kau ambil nyawanya. Pada usianya yang sangat muda. ah...Tak puas aku nak mengenali dia dengan lebih lama. Tak sempat aku nak minta maaf padanya untuk segala dosa yang pernah aku buat padanya sepanjang aku mengenalinya Ya Allah. Kasihan nya F.

Keesokan harinya, aku dapat tahu berita sebenar tentang punca kematian Arwah. Aku hampir menangis bila mendapat tahu yang beliau kemalangan dalam perjalanan pulang ke Ipoh dari Kuala Lumpur. Bertambah malang, adiknya turut terbunuh dalam kemalangan kereta yang dipandu oleh ayah F. Dan, menurut beberapa rakanku yang pergi melawat, arwah meninggal dalam keadaan yang mengerikan.

Ah tak mahu aku ingat. Rakan-rakanku yang berkesempatan pergi melawat ke Pulau Pinang memberitahu, ayah F masih trauma dengan kejadian yang meragut dua orang anaknya sekaligus. Malam esok nya, kami beramai-ramai membacakan Yassin untuk Arwah.

Kini hampir genap setahun rakan ku itu pergi menemui Illahi. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Maaf kan salah silap aku F! Doakan kami semua, rakan-rakan sekuliah mu berjaya menghabiskan pengajian kami selama 5tahun di RCMP ni. Aku sentiasa rindu kat kau tau (^__^).

cerita tamat...

[ mengingati mati itu perlu .. sekian ]

A credit to [her] kerana memperkenalkan segmen ini kepada ku

Apa definisi SMART bagi korang?

" Study Smart not Study Hard !"

Hari ini hari kedua pada Bulan MAC. Dan semalam tiada entri dicoretkan kerana .. aku sibuk melayan cerita Samson & Delaila. Apa kena mengena cerita tu dengan update blog? Ah pedulikan .. haha. Apa yang pasti aku suka lakonan Fasha, Adi Putra dan Ako Mustapha dalam cerita tu. Sila tengok tau (^__^)

Entri sebelum ni yang bertajuk [3sebab kenapa kita perlu letak gambar BF diblog] telah mendapat sambutan baik walaupun tak ramai yang komen. perasannyer kau syafiqabelle. Dan aku nak bagitahu sekali lagi, jangan baca tajuk je dah buat kesimpulan yang bukan-bukan, baca keseluruhan entri tu sampai habis tau. 

Adeh, risau betul aku dengan korang ni la. So siapa yang agak-agak baru baca sekerat, sila baca balik. Ok?

Dalam kelas tadi, under topic personality test .. aku dan rakan-rakan sekelas telah ditanya sebiji soalan yang berbunyi;

" How do you know you are self SMART?? "

............... (no answer)

Dr, siapa ada kereta ni, diorang lah self Smart! err bukan ke?
Lima minit kemudian.

....... (no answer)

he is SMART! err .. bukan ke DR?
Dan pensyarahku kesian kat kami, masing-mesing membisu. Dan beliau pun bagi tau la jawapannya. Senang nya dia jawab;

"When you are better than yesterday."

Aku terdiam. Aah, betul juga. kenapa aku tak terfikir. Aku ingatkan self smart tu merujuk kepada orang-orang genius je. Yang hari-hari dia tak sah kalau tak baca buku tebal-tebal. Otak mesti nak study je!

But I'm wrong. Selagi kita adalah lebih baik daripada semalam, maka kita SMART. Alasan yang mudah, bayangkan kalau kita bijak, intelligence dan perfect lah dari segi akademik dan pekerjaan tapi! kita tak tahu nak uruskan diri, kebersihan diri tak jaga, pergaulan dengan masyarakat pula dihadkan, hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan tak baik.. adakah anda sudah dikira SMART?

*think stop*

Pikir-pikirkan dan selamat beramal. Nak sambung tidur sebab lepas ni mau jumpa pesakit mental di Hospital Bahagia. Last meeting with them. Yeah! 

for me, he is so smart (>.<)
syafiqa-belle: Lain orang, lain definisi SMART tu .. betul tak? Nak-nak zaman dah moden. Siape setuju kalau aku cakap orang yang ada blog tu SMART?

Three more days

It will be my third attempt.. Exit theory exam HLP MMED O&G  Please pray for me I will try my best InsyaAllah Allah pasti tahu Waktu yan...