Isnin, 30 Ogos 2010

My current updates!

Hye ALL! I guess, my stress level has increased recently. It’s probably due to a combination of fasting month and lack of exercise. If I could, I’d go for a jog every single day. It’s the best method I have to de-stress! I haven’t gone for a jog in over a month. Actually, I had every intention of going for one last week, but then I had to stay late at the college, plus I developed a fever, stomach ache and diarrhea for the last two week (please don’t let me be sick again!), plus it’s raining heavily outside. Psst, I developed an allergic reaction too (T-T). I’m too tired to say more. Uh! But I’m hoping I will be able to jog today. Ya Allah, I need it.
Also, just in case anyone out there is curious what my schedule is for this week, here ya go:
  • Mon : Attend classes + study
  • Tues : Holiday!! Let's go for Eid's shopping.. no study!
  • Wed : Attend classes + study
  • Thurs : Attend classes + study
  • Fri: Attend classes + ready for 'BALIK KAMPUNG'..Happy Hari Raya in advance!
It was so fun. I'll be back  to MUAR early but it was also so sad, I'll be back to IPOH early (T-T)
p/s : 28/08/2010 = my 22th birthday..wish me luck in my future undertaking huh..aminnn!

Ahad, 22 Ogos 2010

Bila badan dah rasa lain macam..huh

Hye abang blog! 

"Abang? gediknye kau ni.."

"Ala, sekali sekala, bukan selalu pun..boley la..hikhik (memang gedik!)."

Hari ni aku dijadualkan menghadiri seminar Fiqh Perubatan anjuran Kolej RCMP ku. Tapi aku terpaksa cancel di saat-saat terakhir. Mula-mula memang semangat nak pergi tapi biasalah bila ada aje halangan, apa boleh kita buat kan. Argh bukan halangan ape pun, aku cume rase belum pulih sepenuhnya la. Erm dah seminggu kot terlantar di katil. Eh bukan terlantar cam orang yang kat hospital tu.. maksud aku, aku asyik membuta je. Tak larat la nak buat pape. 

Start hari Isnin la, selesema je kot, bersin ada gak, yang tu biasalah kan. Semua orang pun biasa selesema. Mungkin sebab cuaca je tu. Esoknya badan cam 'dedor' (nak demam) plak. Esoknye lagi, muntah ngan sakit perut. Senang kata cam dah jatuh ditimpa tangga gitu..huhu (T-T)..time tu lah rase cam nak jerit..makkkk!!!. Tapi sabo Belle, please behave like an adult k.. hee okay. Esoknye lagi.. aku sakit perut lagi, memulas-mulas. Selera makan memang out la. Mula lah aku menjadi teman tapi mesra 'abang toilet'..huh..(eh korang ade kira ke dah berapa banyak esok? sebab aku stat diarrhea tu semalam :P)

Ok, cukup la seminggu aku merana dan melayan segala yang abnormal berlaku dalam badan aku tu. Ya Allah, tak larat dah. Seriously, aku ni jarang sakit. Sekali dapat, sori lah..emosi konfem terganggu. Dari macho boleh jadi ayu..hakhak. Study jangan cakap lah. emm..silap aku gak tak gi jumpe Doktor awal-awal. Bukan tak nak, cuma aku rase takde lah teruk sangat, tunggu lah teruk dulu baru gi. (macam alasan biasa dengar tak kawan-kawan? please jangan jadi macam saya yee :)) Lagi satu, demam ngan selesema je kot. Makan je la panadol kan..hee. Cuma bab muntah tu je la, den tak tau nak wat lagu mana (T-T)

Hah, ni yang nak hangin satu badan ni. Muntah ngan sakit perut tu konfem-konfem la sebab salah makan kan. ni bukan nak nuduh, tapi aku rase lah, ni gara-gara beli makanan kat bazaar la. Seyes serik nak beli kat situ lagi. Semalam pegi bazaar kejap je pun dah leh wat aku rase nak muntah bila ingat balik makanan yang telah menyebabkan aku muntah tu..argghhhh. Tolong lah wahai penjual-penjual bazaar, masaklah makanan elok-elok ye. huuu. Ah aku mungkin perlukan masa untuk kembali membeli belah di bazaar itu lagi...:P

Kembali kepada Fiqh Perubatan yang aku ceritakan di awal-awal cerita tadi..ala yang patutnya aku kini sedang dalam dewan mendengar majlis ilmu seperti tentang cara-cara menunaikan solat ketika sakit tu. Hah dah ingat? ok, sebenarnya dah pernah pergi seminar camtu. Cuma bagus lah kan kalau dapat pergi lagi. Mungkin kali ni cara penyampaian dan ilmu yang diberi berbeza. Opkos tak sama ok. sebenarnya even kita dah jadi doktor pun, kita perlu pergi seminar macam tu untuk kuatkan lagi ingatan kita. Mungkin kita dah tahu, tapi secara praktikal nye kita belum cukup mahir sehinggalah kita ada pesakit sendiri. Yang best nye, ianya tak terhad la untuk pelajar medic yang kerjayanya bakal berjumpa orang yang sakit atau kurang upaya je. Semua pun boleh join pe. Sebab ilmu fiqh perubatan ni amatlah perlu untuk kita semua. Kita kan manusia biasa yang takkan terlepas daripada menghadapi kesakitan. Oh lupa plak, pada sesiapa yang tak tahu ape itu Fiqh Perubatan. Ianya ilmu yang mengajar tentang segala hukum-hakam Islam dalam perubatan. Nak tahu lebih, google ajelah..menarik..try lah ye.

"bye abang Blog..study leklok ye..jangan nakal-nakal..gud luck for your test!"

Jumaat, 6 Ogos 2010

Clinical year story - End of Paeds posting & love your parents

Salam sebagai pembuka bicara petang Jumaat camni. Hari ini tamat lah posting paediatrik ku selama 3 minggu yang lalu (semalam lagi dah tamat sebenarnya). Aku kini sedang bersenang-lenang dalam bilik duduk dihadapan laptop menghupdate blog sementara tiga ketul lagi membe seperjuangan ku sedang menghadiri kelas di hospital. Pergi hospital bukan sebab sakit tau, tapi sebab memang kitorang kena belajar betul-betul depan patient T-T..heheh

okeh cukup lah intro tadi tu. Sekarang jom kita terus kepada perkara yang aku nak kongsikan sepanjang 3 minggu aku berada di Wad Kanak-kanak.

Berada di wad kanak langsung tidak menyebabkan aku rasa diri ini seorang kanak-kanak. Cukup lah dulu aku pernah menjadi seorang kanak-kanak. Banyak dah kot menyusahkan mak bapak. Dah  besar panjang camni pun kalo masih menyusahkan mak bapak jugak tak tau la nak habaq lagu mana dah kan. Melihat mereka menyebabkan perasaan kasihan (dah pasti) serta gembira (bila mak dia pangku dengan penuh kasih sayang dan bergurau mesra) tak lupa juga marah! (bila ada kanak-kanak yang dimasukkan disebabkan kena dera dan ditinggalkan mak bapak.

**Tiba-tiba teringat pasal statusku di Facebook yang dipost sebaik je melihatnya di Buletin Utama beberapa hari yang lepas yang berbunyi "Sekolah khas pelajar hamil dibuka di Jasin, Melaka!! biar betikkk..huh~" Terpulang pada pendapat masing-masing. Sesungguhnya penubuhan sekolah tu nanti ada kebaikan dan ada keburukan. InsyaAllah lebih menjurus kepada kebaikan~

Okeh, berbalik ke hospital. Ada kanak-kanak yang gembira, sedih dan ada juga yang langsung tak tahu pape. Majoriti mestilah tak gembira la. (Kalau korang masuk hospital, ade ke korang menyanyi lagu Shahir AF8 pastu menari ntah pape sebab suka sangat. Tak de kan. Nanti ada orang silap paham lak, then tak masal-masal masuk Hospital Tanjung Rambutan sane). So kita boleh samakanlah dengan apa yang diorang rasakan kan? Cuma aku nak kata kat sini, semua orang ada nasib masing-masing. Jangan lah pernah mengeluh dengan apa yang ALLAH dah anugerah kan untuk kita. 

Mengeluh yang aku maksudkan di sini bukan lah mengeluh ape pun. Cuma, kita sebagai anak-anak, tipulah tak pernah marah kat mak bapak sebab dia tak dapat buat atau beri sesuatu yang kita nak kan? Andai kata timbul atau terdetik sedikit je perasaan tu kat LIVER kita (hati kita), better hapuskan lah cepat-cepat. Takde mak bapak yang tak sayangkan anak-anak, percayalah. Mungkin ade sebab tertentu yang menyebabkan diorang tak dapat sempurnakan apa yang kita nak. Jadi kesimpulannya, sayangi IBUBAPA kita sesayang-sayangnya k!!!

Bagi yang dah dewasa, ibubapa selalu dibelakangkan. Even nak buat keputusan masuk Universiti pun, decide sendiri-sendiri. Langsung tak mintak pandangan mak bapak. Mane boleh begitu dik. Memang betul lah, masa depan kita, kita sendiri yang tentukan, tapi tak salah pe dapatkan pandangan orang yang lebih tua dan berpengalaman, lagi-lagi pulak daripada mak bapak yang dah jaga kita dari kecik. Even nak kahwin pun, restu mak bapak tentang siapa pilihan hati kita tu nanti amat-amat lah penting..betul tak kawan-kawan?? Kesimpulannya, jangan lah membelakangkan mak bapak dalam membuat sebarang keputusan penting dalam hisup kita. Pikir camni jelah, anak kita nanti tak nak pun bincang ngan kita apa dia nak jadi bila dah besar nanti. Ape pearasaan korang..manyak sedih woooo..uwaaa( T-T)..haa camtu apa yang ibubapa kita rasakan sekarang k!


baca doa ni tau hari-hari

Next,

Semalam, kitorang sekali lagi menghadiri kelas skil berkomunikasi. Memang la kita dah pergi hospital hari-hari, dah tak malu dah nak jumpa patient, dah naik tebal kot muka ni. Tapi tak salah kot belajar lagi untuk memantapkan skil berkomunikasi. Dulu belajar camne nak amek info daripada patient, kali ni belajar camne nak bagi infi plak kat patient. It was fun and enjoy. Tak dapat dinafikan bahawa, untuk memahirkan skil berkomunikasi ianya bukan sesuatu yang mudah semudah apa yang kita lihat. Ianya perlu kan seni dan kepakaran..chewaah

Untuk part giving information. Tips yang perlu ade, we as a future doctor. When a patient came to us, we need to answer their questions. They wanted to know more about their illness. So the firstly, we must have the knowledge, medical knowledge of course. Without it, our explanation will be sucks and maybe we can just bluffing to the patient. But remember it's not in our ethics. Be careful, sometimes, patient is more intelligent than you. They might know more about their illness after read it through internet or via asking their friends. "Nowadays everyone is a doctor! said Dr House." In this situation, matilah kita..kuang3. Tak dapek den nak nolong~

Next tips, just be confident with yourself. Don't bluff okay. If you don't know about the answer, just straight away say, sorry, I'm not sure. I'll check this later or maybe I can ask my senior. Only then the patient will put trust on you rather than wondering, is that true Doc???!

I think, enough said huh. That is all for now and see you all next time. Hey Surgery, for next week, here I come..are you ready to meet me?? hehe...Can't wait to see you but quite nervous huh. The most important thing was, I need to study Anatomy a lot for this coming posting. Don't be lazy BELLE'. I know you can do it!



Belle' : buku ini perlu dikhatamkan dalam masa 6 minggu..boleh ke nie?? hmmm..
Syafiqah : Ahlan Wasahlan Ramadhan Al-mubarak!

Sabtu, 31 Julai 2010

Aku kini masih dalam rawatan...

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat pagi Sabtu dan apa khabar? Lama kan aku tak menaip diruangan 'New Post' ni. (seminggu je padahal!). Nak tahu kenapa? Aku sedang menjalani rawatan. 

"Rawatan ape?". Rilek2. Aku sihat walafiat aje lah. Selera makanku masih sama macam dulu. Berat je dah turun sikit. Wakaka. Hmm..Aku kini menjalani 'Rawatan Terapi Menjadi Blogger Tegar'. Mari aku cerita kan serba sedikit apakah yang dimaksudkan dengan benda alah yang aku sebutkan jap tadi.

Rawatan ni serupa la seperti rawatan menjadi Perokok Tegar. Kalau nak berhenti merokok, mana boleh berhenti secara mengejut. Slow-slow betul tak. Kalau dulu, perokok tu menghisap 20 batang rokok sehari, tapi kini dia wajib kurangkan kepada 10 batang sehari. Sebulan kemudian, mungkin sebatang je sehari. Lama-lama, InsyaAllah..pasti dia berjaya "TAK HISAP ROKOK LANGSUNG". Dah paham ke? Bagi kes aku plak, sila transformkan rokok tu kepada Blog pule okay??~

(klik untuk tumbesaran)

p/s : Aku sengaja je kot bagi contoh ROKOK. Biar mereka-mereka yang merokok tu sedar yang ishh, aku nak berhenti hisap ROKOK! tak elok lah merokok. Tolong lah berhenti merokok. Anda boleh punyerrr!! Saya sayang orang yang tidak merokok..weee (gedik)

Next!

Kenapa aku TIBA-TIBA nak berhenti menjadi blogger tegar???! (Ala bukan tegar sangat pun sebelum ni kan) Aku tegar pun baru 3 bulan kot. (tengok gambar kat bawah sebagai bahan bukti kepada yang tak percaya) 


Hmm senang kata, ada sesuatu la yang berlaku then menyebabkan aku berubah fikiran tiba-tiba. Aku ada bagitau di TWITTER ku, seorang sahabat berpesan... " Jangan busykan diri kau dengan blog..". Aku tersentak! Hee..then aku ada jugalah usha-usha pendapat membe-membe lain gak. Dan keputusan yang aku dapat plus pendapat aku sendiri adalah.. I better stop now! Banyak komitmen lain yang perlu aku hadapi. Sebagai student, study itu kewajipan, tapi bukan sebab aku budak medik ye aku berkeputusan sebegini.

Thanks Blog. U make me smile for almost 2 years! And also Sorry Blog :-(

InsyaAllah, if aku ada masa lapang macam hari ni..tambah plak aku tiba-tiba dianugerahkan Allah, idea yang best dan berguna untuk pembaca setia cam korang yang kini sedang menelaah entri ni..aku akan merajinkan diri update sepantas kilat. Blog ni aku biar je lah ye. Tak delete. Nanti cucu cicit aku nak bace ke senang..hehe. Seyes, aku sangat minat menulis, tapi bakat tu baru nak asah. Sama macam aku amek medic ni. Aku minat sangat tapi baru nak belajar kot. Hehehe (tiba-tiba)

Terus kepada kesimpulan.. Aku masih membaca blog-blog yang aku follow. Komen kat entri korang pasti akan kutinggalkan kalau ade kelapangan. Kepada rakan blogger, enjoy blogging korang. Jangan jadi macam aku yang hangat-hangat taik itik je nih :P
Comellah bayi-bayi kat wad paediatrik cume diorang suka nangis. Kelakar bila ade membe baikku cerita kisah dia posting Paeds. Bila dia sergah bayi tu, bayi tu terus nangis. Kawan aku tu terus lari. Nasib baik takde orang nampak. If Doktor nampak terus fail kan kot kawan aku tu...heheh :P


Belle' : Semoga perjalanan ku ke arah tujuan hidup yang utama dan lain-lain diredhai ALLAH...hehe (~_^). See you all next time!

Sabtu, 24 Julai 2010

Buat sesuatu perlu ada target

Salam hari Sabtu. Wah, nyaman udara..merdunya suara burung berkicau, bunyi ombak laut juga mendamaikan hatiku. Try teka aku di mana sekarang..cepat.. 1..2..3. Okay. Salah. Bukan kat Pantai. Mane 'logic' update blog kat pantai. Even pakai broadband pun mana dapat line daaa..lol~

Jadinya, jawapan yang tepat adalah aku kini berada di hadapan laptop, baru selesai minum secawan Milo dan 'mencekik' dua keping roti. Ada la membe ajak mandi sungai pagi ni, tapi aku tolak sebab malam ni dah ada plan yang baik punya..wakaka. Sorry kawanku. Jadi, jangan takut untuk berkata tidak ye kawan-kawan (tiba-tiba).

Terus kepada tajuk UTAMA.

Tajuk diberi berdasarkan status Facebook ku berbunyi....tengok gambar la lagi macho ye tak..ok ayuh 

Scroll kan 'mouse' anda ke bawah lagi...

Lagi bawah..

Ini lah dia..

(klik untuk tumbesaran okay)

Mengikut status di atas, aku berkata.. hidup ni kena ade target (hmm to be honest, itu aku copy daripada ayat seorang kenalan..hehe). Tak xbest tu umpamalah main bola takde gol dan sebagainya. em..ada lagi ke perumpamaan yang korang nak tambah? 

Bagi para blogger plak, perumpamaan yang paling tepat..umpama ada blog tapi takde Nuffnang. Yeah. Contoh, jika seorang blogger menetapkan target 100 visitor sehari maka dia pasti berusaha untuk update selalu dan buat entri yang lebih baik. Maka pasti bernyawalah blog blogger tu sehinggalah target tu tiada lagi.

Info : Nuffnang tu macam tabung kepada sesebuah blog. Lagi banyak klik, banyak la dapat RM$$$. Ramai gak tanya aku, 'apa Nuff tu?'. Aku just boleh explain, dia bagi duit sebab kita tolong iklan kan iklan diorang kat web kita. Tak reti aku nak explain panjang lebar..hmm. 

Adanya Nuffnang, boleh buat aku lagi semangat nak update blog. Hari-hari leh semak bilangan visitor. Tapi aku punya matlamat utama berblog, masih padu dan jitu iaitu untuk berdakwah, berkongsi pendapat, Alumni sekolah dan suka-suka. InsyaAllah. Pasal jana pendapatan tu, tak kisah la..Nuffnang aku tak sampai 2 hengget pun la..(T-T). 

Dah jelas tak contoh yang aku beri tadi tentang buat sesuatu takde target ni tak best.

Contoh paling senang yang aku jumpe pagi ni plak adalah.. Aku alami sendiri. Sejak kelmarin, aku mengetest, speed test. Target aku mesti lah nak dapat higher words kan. SO bila aku dapat lower daripada yang aku dapat sebelum ni, aku terus cuba. Dan sehinggalah pagi tadi.. aku cuba, I did it! Walaupun sikit, tapi ok lah..akan usaha lagi. Seronok ada kemahiran menaip pantas ni..hehe. Paling-paling boleh buat keje part time ke macam yang sorang kawan aku lakukan. Membantu mak dia taip dokumen, ade la dapat duit sikit..hee.






Dari perspektif kehidupan lak, perlu diingatkan.. target yang ada janganlah terlalu tinggi...jangan pula terlalu rendah. BUkan kerna apa, jika tidak mencapai target, kecewa akhirnya. TArget perlu sepadan dengan keupayaan diri. Siapa yang tahu keupayaan diri sendiri kalau bukan kita sendiri. 

Okeh..cukuplah motivasi Belle' tuk kali ni. Perlu buat sesuatu yang rahsia..hmm

Belle' : Nak set target beli Blackberry lah. Bape ek, seribu ke? 100hengget sebulan ok tak? wakaka..abah aku tahu ni mampuih aku :P

Result Speed test saya.....

Ni masa mula-mula try test ni...

31 perkataan


 Lepas tu try sekali lagi, aku dapat..

37 perkataan


Ada kemajuan di situ nampaknya..




Anda cubalah.. pasti menarik punyer lah..




Belle' : Saya suka menaip....



Jumaat, 23 Julai 2010

Persepsi umum terhadap Budak Medik

Fuh, tajuk je dah panas.. Isinye sepanas tajuk ke tidak ni? Kena baca dulu la baru tahu.

Intro : Budak Medik. Tak perlu dijelaskan lagi definisi 'Budak Medik'. Semua orang tahu! Encik tak tahu? ayooyo, sila search kat google cepat. Ala pelajar yang belajar lima/enam tahun dalam jurusan perubatan dan 24 jam berkepit dengan buku tu..merekalah 'budak medik'..hehe

Kos perubatan merupakan antara kos pilihan Ibu Bapa dan pelajar lepasan sekolah kerana peluang pekerjaan yang terjamin. So automatically nye masa depan pun pasti terjamin lah. Selain tu, gaji yang ditawarkan pun agak lumayan..$$$.. Tak kurang juga, pekerjaan doktor dianggap sangat mulia kerana Doktor membantu menyelamatkan nyawa manusia. (dah boleh masuk isi ke belum ni?? awat lambat sangat Belle'?)

"okeh..kita straight to the point!"


Terdapat pelbagai persepsi orang ramai terhadap budak medik. Bawah ni adalah antara persepsi yang aku paling tak suka dengar..hehe. Hmm tapi, sejauh mana kebenaran persepsi itu? Mari kita rungkaikan bersama.. ayuh cepat..

Isi 1 : Budak Medik skema!
Hmm ayat ni memang biasa sangat kot kita dengar. Skema! Mungkin la maksud skema di situ adalah wajib pakai nametag, baju formal, berkasut, berkepit dengan buku je, pakai cermin mata dan sebagainya. Haa..betullah tu. Kat IPTA terutamanya, boleh kenal pasti la budak medik ke tak. Hmm tak semua skema, ikut la. Ade je yang study study, ade yang enjoy study dann ade yang enjoy enjoy.

Tapi, boleh pikir sendiri la. Kita kan bakal doktor. Bila lagi nak berlatih pakai pakaian formal dan kemas kalau bukan sekarang. Jangan anggap peraturan tu satu beban la, anggap ianya latihan masa kelak. Bukan budak medik je yang skema okay!

Isi 2 : Budak Medik takde LIFE
Hmm..sape kate? Masa weekdays, belajar lah. Masa weekend enjoy la. Ada je masa gi shopping, wayang dan bersukan. Aku rasa, yang kata budak medik takde life ni selalunya sebab masa kuliah yang padat, cuti yang jarang2 dan sekejap plus banyak benda nak study. Bayangkan lah, examnya 3 hari je tapi nak kena cover 2 tahun punya study..mane tak tension. Kena pandai2 lah jaga emosi ye.

belle' : Kalo budak medik takde life, kitorang dah dalam bilik mayat sekarang ni..(T-T)

Isi 3 : Budak Medik kaya
Sebab konfem dapat tajaan MARA atau JPA. Boleh terima ke? ala, tak kaya pun la. MARA tu pinjaman je la..kene bayar gak nanti. Mane ade kaye. "Korang lagi kaye, keje awal dari aku..nanti leh la belanja aku..hee". (Belle' : ada la elaun tiap2 bulan, bila akhir bulan je sengkek.. uwaa)

Isi 4 : Budak Medik kahwin awal
Ni memang tak leh blah la. Sape kate begitu? meh nak sekeh sikit pale die. Budak kos lain pun ade je kan kahwin awal. La, jodoh dah sampai, mane leh tolak..hehe. So far, rakan sekuliah ku baru sorang je yang dah kahwin. Ada sorang yang akan kahwin, minggu ni. macam best je kalau dapat gi Kedah..hehe. Cek jarang pi UTARA. So, jadi sangat amat tak benar yang budak medik suka kahwin awal! (apesal emo je lebih aku nih)

Kesimpulan : Terdapat 4 persepsi yang saya rasa tak patut ditujukan kepada budak medik. (ayat skema). Sama-samalah kita ubah pandangan dan pemikiran agar kita lebih maju kehadapan pada tahun 2020. Hidup Klinik 1 Malaysia --> memang tiba-tiba (^_^")

********

Yes siap! cikgu, saya dah siap karang esei hari ni. Lepas cikgu baca, jangan lupa bagi markah sekali tau. Keesokan harinya, markah pun diberi....aku dapat .. emm.. tak nak bagitahu sebab aku kan dah janji tak nak bagitahu result aku kat orang lain dalam entri ni...:P


Belle' : Senanya, Budak Medik ke Budak Medic?? lantak la labu..Percaya tak yang 2017 nanti, bilangan doktor akan sangatlah banyak hingga mungkin leh dapat nasib yang sama dengan....

Three more days

It will be my third attempt.. Exit theory exam HLP MMED O&G  Please pray for me I will try my best InsyaAllah Allah pasti tahu Waktu yan...