Sabtu, 14 Disember 2013

Komen ku tentang maharajalawak mega 2013

Salam.

Semalam balik kerja lewat tapi masih ada masa layan Maharajalawak Mega 2013. Suka tengok Sepahtu dan pengacaranya. 

Minggu ni;

1. Jambu : biasa je. Suka tengok stetoskop gajah tu. Boleh lah pasni buat gaya camtu bila family patient tanya, 'macam mana keadaan mak saya Doktor??!' Hehe

2. Wala : paling smart! Meletop. Gaya naik tangga yang mengagumkan. Idea fresh dari ladang. Macam ni la lawak yang bijak. Bukan menghina ciptaan tuhan, memerli orang lain or double meaning. Ehem!

3. Shiro : diorang sangat serasi.  Simple je sketsa pasal bangla jual karpet. Tapi sangat menghiburkan. Diorang nampak selesa di atas pentas. Deserved 4 stars!

4. SYJ : lawak yang menjadi tapi sebab banyak double meaning buat aku meluat. Tolong lah jangan kuning sangat. Bebudak pun tengok malu la weyh..huh

5. Bocey : nampak diorang berusaha. Keep it up! Lawak selalu menjadi dan ada isi. Cuma kurang peminat. Dan jangan terlalu menjerit kot. Mikrofon ada kan?

6. Saywho : kadang jadi kadang tak. Malam tadi kureng sikit la. New comers tu macam kurang membantu. And aku lihat lawak diorang banyak kenakan yang perempuan berbadan kurang kurus tu. Kesian aku tengok and bosan la..huhu. Jangan hina kejadian tuhan der.

7. Boboi : lawak makan dalam. Kena tengok ulangan kot baru dapat tangkap maksud dalaman diorang. And pada aku, sangat tak perlu tarik diri. Buat macam biasa je. Dato Yusof Haslam saja je kan kasi bintang kesian. Camne industri seni nak maju kalau asyik kasi markah kesian. Aku pun kesian nak tengok diorang next week nanti kang.

8. Zero : sangat tak menjadi. Takpe terkeluar. Mungkin boleh jadi penyanyi lepas ni? Tapi mungkin akan rindu Mawar berduri aduh sakitnya..hee

9. Comey : tak tengok sangat. Sorry

10. Nabil : apa sudah jadi Nabil? Lawak batu belah je yang menjadi. Dia ni kena buat lawak yang berinteraksi dengan penonton. Sebab dia solo. Aku tahu susah. Tapi susah jugak orang nak bagi undi kesian kalau terus tak jadi je. Wake up nabil. Papepun suka otak Nabil. Lawak dia buat aku kena fikir lebih sikit. Aha.

11. Sepah : sanggup kan aku tunggu sampai kul 12 sebab nak tengok korang. Tapi aku dah agak, jangan expect terlalu high nanti kuciwa. Tak best sangat la Sepah malam tadi. Jep pun macam over je cakap macam tu. Tapi aku boleh terima sebab Jep memang dari dulu macam tu, dia memang berlawak secara suka kenakan orang lain dan spontan. And diirang stress kot sbb every week dapat highest vote. Cuba lagi next week. Tak best la kalau undian tinggi tapi usaha tu nampak sempoi sangat. Kumpulan lain berhempas pulas buat lawak tapi dapat bottom 3. 

Last but not least, aku suka AC Mizal sebagai pengacara. Kalau boleh gunakan dia sebab dia banyak membantu di akhir2 persembahan. AC semmmmmpoi!

Belle : tak nampak sangat fungsi Bintang. And juri dibayar untuk komen kan, bukan bagi bintang je kan? Lalalala

Selasa, 10 Disember 2013

Chipsmore Girl's diary Part II

Salam
Hi!

Pernah dengar kisah Chipsmore Girl?
Ala kisah gadis 'playboy' yang masih keliru tentang soal hati. Kalau dah lupa atau tak pernah dengar, silakan selak helaian tahun 2011 chapter bulan 6 kat archive belah kanan korang.

Dapat?

Ok mari teruskan pembacaan anda.

*************
Bulan ke-2
Aku mintak putus. Aku tekad. Dia marah. Tapi aku ada sebab aku sendiri. Yang pasti dia bukanlah sebaik yang aku sangka. Jadi aku ambil jalan selamat biarlah ia sampai di sini saja. Dia tanya gak, aku ada orang lain ke? Aku diam. Cuma membalas, saya belum cukup bersedia.

Bulan ke-3
Dulu berdua, kini berseorangan. Sunyi gak kadang2. Sambil dengar lagu Patah Seribu by shila amzah. Fuh. Tacing betol! Masa tu mulalah syaitan menghasut, I need someone. YM contact list yang sedang online ku pandang. Orang yang aku harapkan online tiada di situ. Kecewa. 

Tahun ke-2
Hurm aku nak bagitahu sesuatu. Ada orang mintak nombor telefon. Nak berkawan katanya. Nak bagi ke tak? Solat dulu lah. Mana tau..

Bulan pertama tahun ke-2
Dah bagi. Tapi dia tak contact pun. Apa ke pelik lah dia ni. Ah biar lah. Whatever. Malas nak fikir. Seminit kemudian 'salam' A message received. From unknown number. Senyum.

TAMAT lah riwayat cerita Diary Chipsmore Girl.

*******
Pengajaran:
1) kadang2 tak semua soalan perlukan jawapan. Mengelak lebih baik. Untuk menjaga hati mungkin?
2) ada lagi ke orang main YM sekarang? Kuno betullah.
3) orang sekarang tak mintak nombor la, diorang mintak camni, 'ada Facebook?' Tak ikut peredaran zaman lah cerita kau ni Belle.. Eh?
4) semoga chipsmore girl happy selalu.

Thanks sudi baca! 

Ahad, 17 November 2013

Jawapan #1

Hi.

Ni sambungan dari entri sebelum ni.

'Lelaki bermulut manis, perempuan pula mudah perasan.'

Sebenarnya ku terculik idea nak buat entri tentang topik ni selepas membaca entri seseorang. Malangnya lupa la blog siapa. Kalau tak boleh kreditkan kat sini kan? 

Alrite.

Betul ke lelaki bermulut manis?

Gila kau tak manis. Kalau tak manis camne nak ngorat anak dara orang. Kadang2 tu manis dia tu sampai boleh kena diabetes. Itu pun kalau termakan hari2 la. 

Mereka acap kali mengungkapkan kata2 seperti, awak ni cute~

Betul ke perempuan mudah perasan?

Memang tidak ku sangkal lagi, perasan dan wanita tidak dapat dipisahkan lagi. Wanita ini lembut hatinya. Mudah tersentuh. Mudah jatuh hati. Mudah termakan kata2. Terutamanya dari seorang lelaki. Bahaya mereka ni.

Mereka ni pula acap kali salah sangka layanan lelaki terhadapnya. Baru sms sekali, terus tak tidur malam. Kemudian apabila tiada lagi sms seterusnya, mula la di maki hamun nya lelaki itu. Kesian, lelaki itu. Ish3.

Papepun, sifat bermulut manis dan mudah perasan ni agak unik. Cuba bayangkan, tanpa mulut yang manis manakan si gadis tertawan. Then, tanpa sikap yang mudah perasan manakan si jejaka tahu isi hati wanita itu. Respons baik baru boleh go on.. And next..

Cuma.

Jangan terlalu manis. Jangan terlalu perasan. Sederhana sudah. Yang penting ikhlas. Akhir kata, terimalah petikan dari filem Taal;

'Don't fall, but rise in LOVE.'

Bye. Thanks for reading this~

Khamis, 14 November 2013

Aku tanya korang jawab #1

Jom cakap soal hati dan perasaan.

'Lelaki suka berkata manis.
Perempuan pula cepat perasan.'

Pendapat korang?

*bersambung*

Ahad, 10 November 2013

My everyday thought

Salam.

How are you guys?

It's been a while since I wrote a post here. Anhedonia? Lost of interest of blogging? I hope it just because of limited time due to work overload..hehe

Alright. 

I have been thinking about something. Everyday I go to the Hospital early in the morning and I checked different patients. By seeing them makes me so happy sometimes but I feel tired also at the same time. Yes, I do feel bored.

Why is that so? At some point I do feel my excitement to go to work had been decreasing from time to time. But then..

This has come to my mind;
"Why I chose medic at the first place?"

Belle'.. Let's take a deep breath and think rationally. I can't give up now. I need to be strong. This is the path that I've took and maybe I was destined to be who I am now. Let's continue the steps and look ahead. Just enjoy medic!

Yes, I can do it!


HLP (Hadiah Latihan Persekutuan)

Result tawaran HLP dah keluar semalam. Dan adik aku, Rusyaidi berjaya! Alhamdulillah. Semoga berjaya menjadi seorang Pakar Pembedahan yang d...