waktu ni aku menemani Abah ke majlis jamuan Makan Malam yang diadakan di sekolahnya.
Sesampai di sana, kami duduk di meja yang memang telah pun disediakan untuk kami.
Ada satu lagi family yang duduk semeja dengan kami. Aku pun apa lagi, dengan ramahnya (konon la kan) bertanya kat Cikgu yang duduk di sebelah ayahku. Em waktu tu, abah bangun pergi mane ntah.
Aku bertanya;
"Cikgu mengajar subjek apa kat sini?"
Dia menjawab;
"saya ajar biase2 je."
ok. tak menjawab soalan. aku pun angguk je la, tanda faham. padahal geram..susah sangat ke nak jawab soalan aku tadi? uh
Selang beberapa minit kemudian, abah pun duduk.
Aku bertanya;
"abah, yang mane satu guru besar ek?"
Abah pun, jawab;
"ni, sebelah abah ni."
huh? er, okay..malunye. mane aku nak sorok muka ni. tolong aku. Malu yang aku rasa waktu tu, tuhan je lah yang tahu. Aku rasa Cikgu tu dengar kot. Bila dia pandang aku, aku cuma senyum je pastu terus pandang tempat lain..nak cover malu punya pasal.
Aku masih ingat peristiwa tu sampai sekarang. Bila ingat je, mesti aku tergelak. Belle Belle, ape la kau ni..
So, moral of the story : Nak ramah boleh, tapi biarlah bertempat..haha.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Three more days
It will be my third attempt.. Exit theory exam HLP MMED O&G Please pray for me I will try my best InsyaAllah Allah pasti tahu Waktu yan...
-
Selepas seminggu lebih aku duk baca pasal isu pemakaian Shawls yang berlebih-lebihan yang heboh dalam dunia blog skang ni, aku terpanggil n...
-
Assalammualaikum Sepanjang hampir 2 tahun aku berblog, walaupun kejap AKTIF kejap TAK (akibat kekangan masa dan komitmen lain ditambah menu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
TQ. I hope it wont be long till we meet again!