Jumaat, 11 Mei 2012

Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada 6!

Imam Muslim telah mentakhrij dari Abu Hurairah, 


Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada enam. 


Dikatakan: Apa yang enam itu, ya Rasulullah? 


Rasul SAW bersabda: 

  1. Apabila engkau bertemu dengan saudara Muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya
  2. Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya
  3. Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya
  4. Apabila ia bersin dan mengucapkan alhamdulillah, maka ucapkanlah yarhamukallah
  5. Apabila ia sakit maka ziarahlah
  6. Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya

3 ulasan:

TQ. I hope it wont be long till we meet again!

HLP (Hadiah Latihan Persekutuan)

Result tawaran HLP dah keluar semalam. Dan adik aku, Rusyaidi berjaya! Alhamdulillah. Semoga berjaya menjadi seorang Pakar Pembedahan yang d...