Thursday, May 16, 2013

perbualan adik-kakak

Si adik baru sahaja mendapat sebijik smartphone selepas cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lepas. Si kakak begitu teruja lalu ingin try test the phone. 

Disebabkan mengedit gambar merupakan hobi si kakak.. maka sebuah photo pun terhasil

"kalau dapat post gambar ni kat FB dia, syok gak nih," bisik si kakak dalam hatinya.

DONE!..

Sekembalinya si adik dari kedai, 
"nah cuba tengok ni."
"Apa kakak buat ni? Jangan la.."
"La, apa salahnya?"
"Jangan je la.."
"kenapanye?" si kakak masih tak berpuas hati
"nanti keluar gambar kita, *setebam macam tu. Tak nak lah!" jelas si adik.
"owh.. ok, sori." 

Moral of the story: Betul juga kata si adik. Segan juga upload muka sendiri kat FB. Hanya orang-orang yang berkeyakinan tinggi sahaja yang mampu buat macam tu. ye lah. FB tu bukannya reti simpan rahsia. Sekali kita upload, heboh satu kampung dia nak bagitahu. Pastu, taknak besar gedabak plak gambar yang terpampang tu nanti kan. Orang (kawan kita) yang guna mini LG okay lagi, cuba kau bayang orang yang guna GALAXY Note?


Kalau muka comel macam baby ni, upload seminit sekali pun orang tak kisah..hehe
*setebam = besar/gemuk

No comments:

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...