Jumaat, 21 Jun 2013

A Trip to Korea : Places we go

Salam.

Let's continue.

Day 1 : Hi Korea & E-Land Cruise

As soon as we arrived around 3pm, our tour guide, one of Korean University Student, a Malaysian has brought us to Jongnowon Hostel to check-in.


sangat tertarik dengan posisi TV touch screen yang sangat menjimatkan ruang

Malamnya pula, kami pergi makan kebab dan naik cruise.

Persembahan bersahaja daripada barisan pelakon/pelawak yang sememangnya memikat hati penonton. Kagum sangat tengok ekspresi muka diorang!

Day 2 : Shopping!

Ni kuih tradisional Korea. Sedap!
Masa gambar ditangkap, oppa berkata kepada ku; 'Hurry up, I'm busy!'

Hasil tangkapan sepanjang di Korean style tradisional market.

Sepanjang hari asyik berjalan je. Kami menaiki subway, macam monorel/KTM. Tapi subway diorang memang terbaiklah. Selain ianya dibina dibawah tanah, ia juga sangat sistematik dan memudahkan sesiapa sahaja untuk pergi ke mana sahaja. Janji ada kaki yang sihat! 

Oh ya, aku diberitahu bahawa mereka ada peraturan semasa menaiki escalator dimana kita dikehendaki berada di sebelah kanan melainkan kita hendak berjalan. ada membe aku kata, itu memang peraturan naik escalator. Begitu rupanya. Kalau begitu, kenapa Korea sangat obvious tetapi Malaysia tidak? Mungkin orang Korea berjalan lebih cepat daripada kita.

Day 3 : Namsan Tower


Takut gak time tengah lompat tetiba Time Capsule meletus kan..hoho

Harini keje kitorang cuma melawat sahaja. No more money to be wasted. Pagi-pagi lagi dah pergi ke war museum tapi kitorang cuma menikmati pemandangan di luar sahaja. Tak mau masuk dalam..bazir masa dan tenaga je..haha. Then kami ke Seoul Tower dan Hanok Village melawat Time Capsule. Apa dia Time Capsule tu? Korang boleh google sendiri kalau nak tahu lebih lanjut. Menarik gak sejarah dia.

Day 4 : Nami Island


Hari ni hari Nami. Kesian tau aku sebab baru tahu yang di sinilah penggambaran Drama Winter Sonata dijalankan. Tapi yang lagi kesian adalah aku belum tengok drama tu..tsk tsk. Kata kawan aku cerita tu sedih. Balik korea terus Youtube and layan sampai lebam.

Sepanjang di Pulau Nami, banyak gila pemandangan menarik yang ada. Bayangkan musim panas je dah best, apatah lagi kalau dapat gi musim salju? Boleh feel2 winter sonata gitu.. Kat sana, sebelum korang masuk better amek peta dia dahulu supaya dapat lawat semua tempat yang ada dan kalau sesat senang jumpa jalan balik..hehe.

Day 5 : Bye Korea, tsk tsk!

Kesian kat kitorang, pagi2 kul 6 dah kena gerak gi airport sebab flight pagi tu kul 8pagi. Pengajaran tuk vacation kali ni ialah kalau beli tiket flight, pastikan sampai ke destinasi malam dan bertolak pulang malam. So, takdelah vacation yang sepatutnya 5 hari cuma jadi 4 hari je nanti. papepun, Korea best!

Till here. Salam.

Selasa, 18 Jun 2013

A Trip to Korea : The foods that we eat.

Salam.
Minggu lepas, aku berpeluang melancong ke Korea bersama 3 orang rakan sekolej RCMP yang lain. Kami ke sana selama 5 hari, dari hari Rabu hingga Ahad. Sebenarnya, trip ni aku tak pernah jangka untuk join sekali sebab diajak last minute, lebih kurang seminggu sebelum tu. Diorang plak memang dah lama plan, sejak exam final lagi haritu. 

So aku agak rugi dari segi tiket kapal terbang je lah. Tapi takpe, sebab pengalaman ke Korea kali ni adalah kenangan paling manis untukku. Ianya seolah-olah satu rewards je sebab ku dah berjaya tamatkan Ijazah MBBS April yang lalu..ecewah!

So, let's see the foods that we eat..

Day 1

Kebab Ayam & Daging

Day 2

Nasi Briyani

Day 3

Day 4

Nasi Goncang at Nami Island

Ikan Bakar & Sotong masak pedas

Susu Pisang

Belle: Hurm, tak susah sebenarnya nak cari makanan halal di Korea asalkan ada Tour Guide (eh boleh plak macam tu?)

Chow dulu, nanti sambung cite lagi.. daa. Kamsahamnida!

*Kamsahamnida = Thank you / Terima kasih

Ahad, 26 Mei 2013

My current updates

Salam.

It has been a while since I wrote about the above title. The latest one was entitled MINI CONVO, which is posted about a month ago. How time flies! And right now, I'm sitting in front of my lappy to write a post, (takkan nak jual nasi lemak pula) while waiting to go to my friend's wedding jap lagi.

What happened during a month ago? Or to be more specific is what am I doing at home?

Actually, I had no intention to tell my daily life here. But since Instagram Facebook and Twitter has been created and I already signed all it up.. they really made my work easier. And I better let the photos speak themselves ~

Zulaikha & Aiman's Wedding (11th May 2013)





A visit to my Atok Abah's place at Kota Tinggi Johor. 
"My name is Han," said Atok Abah.
-24th May 2013-


and you still can't believe that Shah Rukh Khan is my uncle?

Ayuni & Hamzu's Big day! - 25th May 2013





'Can I speak in Malay?' Belle.

'eh, aku kan CEO blog ni. Maka ku tidak memerlukan izin sesiapa!'

Baiklah. Mari teruskan pembacaan anda.

Seperti yang kalian lihat. Hari-hari minggu ku dipenuhi dengan sesi menghadiri undangan perkahwinan rakan-rakan sekolah lama. Belle, sila hargai waktu lapang sebelum sibuk. Tahniah kawan! Semoga masjid yang dibina berkekalan dan cepat-cepat timang cahayamata k, amin =)


Selain tu, aku tak buat pape sangat pun untuk cuti kali ni. Hanya duduk goyang kaki di rumah sahaja sambil tunggu surat dari KKM tiba di pintu rumah. Dengar-dengar macam lama lagi. Kalau betul lama lagi, haruslah aku plan sesuatu untuk dibuat kan? Teringin nak pergi melancong. Hurm, we will see.

Mungkin dah terlewat tapi nak ucap juga. Tahniah Barisan Nasional kerana menang pilihanraya haritu. Semoga Malaysia bertambah maju pasni. Aku doakan yang baik-baik aja. Yang pasti, seronok dapat mengundi untuk kali yang pertama dalam hidupku. Terasa dah dewasa sebab dapat mengundi..eh?

Tahniah juga buat JDT, sebab menang lawan Pahang malam tadi. Sepakan lencong yang sangat menawan! Nanti ada peluang, nak rembat satu jersey JDT tanda aku sokong JDT. Luaskan kuasamu Johor! chewahh.

Oklah. Jumpa lagi. Salam.

update gambar:

Walimatul Urus Dilla & Suami, 25 Mei 2013.


Walimatul Urus Zaki & Isteri, 26 Mei 2013.


Tahniah!


Khamis, 23 Mei 2013

Putus Cinta

aku perasan sesuatu
sekarang ni tengah musim

musim orang kahwin
dan musim orang putus cinta
terutamanya di kalangan artis
tak payah sebutlah nama artis tu

kenapa putus cinta?
sebab takde jodoh
curang
ataupun lain-lain

seronok ke tengok orang putus cinta?
seronok lah!
sebab kita ada peluang tackle artis yang dah solo tu nanti
ok, lawak hambar.

aku perasan juga.
sekarang ni artis kita dah berani dedahkan kisah cinta mereka secara terang-terangan
lepas tu, gaduh dan putus
pun nak dedah kat public
tak malu ke?
mungkin mereka dahagakan publisiti
tapi tak kot
mungkin mereka terpaksa
wartawan yang paksa
mungkin juga hobi semata

tapi apa nak heran
benda tu dah jadi lumrah hidup
macam bercerai juga la
bezanya cuma; Cerai dah halal, Putus cinta belum halal.

setiap perjumpaan pasti ada perpisahan
tempoh masa je yang berbeza
dan yang pasti jodoh, ajal dan maut terletak di tangan tuhan

dan

sedangkan kita orang biasa pun putus cinta
apatah lagi artis
diorang pun manusia macam kita juga
cuma, kalau kita putus cinta
lepas tu pergi canang satu Malaysia
ada ke orang kisah?
kau ingat kau Aaron Aziz?

Khamis, 16 Mei 2013

perbualan adik-kakak

Si adik baru sahaja mendapat sebijik smartphone selepas cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lepas. Si kakak begitu teruja lalu ingin try test the phone. 

Disebabkan mengedit gambar merupakan hobi si kakak.. maka sebuah photo pun terhasil

"kalau dapat post gambar ni kat FB dia, syok gak nih," bisik si kakak dalam hatinya.

DONE!..

Sekembalinya si adik dari kedai, 
"nah cuba tengok ni."
"Apa kakak buat ni? Jangan la.."
"La, apa salahnya?"
"Jangan je la.."
"kenapanye?" si kakak masih tak berpuas hati
"nanti keluar gambar kita, *setebam macam tu. Tak nak lah!" jelas si adik.
"owh.. ok, sori." 

Moral of the story: Betul juga kata si adik. Segan juga upload muka sendiri kat FB. Hanya orang-orang yang berkeyakinan tinggi sahaja yang mampu buat macam tu. ye lah. FB tu bukannya reti simpan rahsia. Sekali kita upload, heboh satu kampung dia nak bagitahu. Pastu, taknak besar gedabak plak gambar yang terpampang tu nanti kan. Orang (kawan kita) yang guna mini LG okay lagi, cuba kau bayang orang yang guna GALAXY Note?


Kalau muka comel macam baby ni, upload seminit sekali pun orang tak kisah..hehe
*setebam = besar/gemuk

Selasa, 30 April 2013

Mini Convo

Salam

Hari ni 
selesai sudah mini convocation
anjuran UniKL-RCMP
khas buat GRADUAN MBBS 08/13


kenapa mini convo ye?
sebab die..
ada sekali lagi convocation 
yang akan diadakan di Putrajaya
dalam bulan September kalau tak silap




Mini Convo ini bertujuan menyampaikan 
Sijil Pendaftaran Sementara
dan lafaz ikrar

okay fine!
tengok backdrop pun korang mesti dah tahu kan
so tak nak la cite panjang-panjang
cuma nak bagitahu yang..


Syukur Alhamdulillah.
bye bye Ipoh ;(
and
hye hye Muar!

Salam.


Three more days

It will be my third attempt.. Exit theory exam HLP MMED O&G  Please pray for me I will try my best InsyaAllah Allah pasti tahu Waktu yan...