Tuesday, March 5, 2013

Alia Maisarah : Episod 3 (akhir)

Sebulan kemudian..

 "BOSAN!" Entah bagaimana perkataan itu terkeluar dengan kuat sekali di bibir Maisarah. Lantas telefon bimbit berjenama mini LGnya dicapai. Butang Whatsapp ditekan.

  "Eh, ada status baru. NO ONE CARES.. Kacau jap la.."

Sarah : who said no one cares?

  Sarah menanti dengan sabar. Namun dia gagal mengawal perasaannya lalu menyembamkan mukanya ke bantal. Telefon bimbitnya digenggam erat.
  Bunyilah, bodoh! Bunyi! Bunyi! Bunyi!
  Namun, LG tetap diam seribu bahasa.

Dua hari kemudian..

Sarah : kenapa kau tak reply? kau marah kat aku ke?

Ali : Takla. Aku jarang on Whatsapp

Sarah : Oh, bagus lah. Lega aku dengar. Tak elok marah-marah nanti cepat tua

Ali : baiklah..hehe

  Maisarah kini riang kembali.

  Beberapa bulan kemudian, alangkah terkejutnya Maisarah apabila mendapat berita pertunangan Ali melalui seorang teman. Bukankah dia sepatutnya gembira dan mendoakan kebahagiaan untuk Ali dan tunangnya?

  Telefon bimbitnya dicapai.

Sarah : Tahniah atas pertunangan kau!

Namun tiada balasan daripada Ali. Nombor Anissa didail.

"Salam, Nisa."
"Waalaikumussalam. Haa kau apa khabar? Lama gile tak dengar cerita ni ape cer? "
"sihat...."
"Eh kau ok tak ni? suara kau tu, macam ada yang tak kena je?"
"Ali dah tunanggggggg."
"So what?"
"Kau ni. Aku serious, ko main-main plak."
"Haa betul la. So what kalau dia dah tunang. Bagus lah. Cakap tahniah ea kat dia."
"Malaslah cakap ngan ko."
"ok ok. Ko nak cakap ko sedih sebab Ali dah tunang ea. Nangis lah, aku dengar dari jauh ea..hehe."
"uwaaa...."
"Sabar ea Nisa. Kuatkan semangat kau. Yang penting hidup kena teruskan. Aku yakin 'someone' yang lagi baik tengah tunggu ko kat mane-mane ni. Cuma kau je yang tak tahu. Sabar ea."
"Bodoh kan aku?"
"Kenapa plak cakap macam tu? hei, kalau bodoh tak masuk Universiti tau. ape daa."
"Ye la. Masih bersedih sebab Ali."
"Aku faham perasaan kau. Biasalah tu. Bukan senang nak lupa cinta pertama ni."
"ok, dah start dah dia.."
"ei, walaupun aku tak pernah bercinta, tapi aku kan Novelis...hehehe."
"Thanks Nisa sebab memahami aku. Kau lah sahabat sejati dunia akhirat."
"Ingat, kau kena bersyukur. Pengalaman lah yang mematangkan kita. Nak bersyukur, jangan pandang atas, tapi pandang bawah."
"Baiklah Ustazah Nisa..hehe."

Maisarah kembali tertawa.

'Ali, aku doakan kau bahagia disamping orang yang tersayang. Tahniah.'

-TAMAT- 

No comments:

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...