Sunday, September 16, 2012

Alia Maisarah : Episod 2

Genap 2 minggu berlalu.. Maisarah mencapai telefon bimbitnya dan menyentuh icon Whatsapp. 

Sarah : Yela yela.. tido la ='(

"hurm, no new message lorh.." bisik hati kecilnya.

Maisarah menyambung kembali membaca novel yang baru dibelinya petang tadi. Dia agak marah dengan dirinya yang sering memikirkan si sengal yang sombong lagi menyakitkan hati tu. Sebelum tu, dia sempat mengupdate akaun Twitternya...

" merindui seseorang =( ".

Sending tweet...

seminit kemudian...

@Sarah kau okay ke ni? (mention Anissa, rakan baik Maisarah)

@Anissa aku okay je.. kot

@Sarah kalau ada pape problem, PM je aku okay? =)

@Anissa thanks nisa for your concern. Aku betul-betul ok, jgn risau..hehe

@Sarah orait, take care my dear!

"Maafkan aku Nisa. Bukan aku tak mahu cerita, cuma aku tak tahu sama ada aku perlu cerita atau tak. Aku sendiri tak tahu nak terangkan apa yang aku rasa. Dan yang paling aku risau, kau akan marah aku nanti." 

Maisarah bermonolog sendirian.

Anissa merupakan sahabat baik Maisarah sejak dari kecil. Selalunya, setiap kali Maisarah pulang ke kampung, dia pasti bertemu Anissa dan menghabiskan masa bersama. Segala rahsia Maisarah juga diketahui Anissa. Selalunya Maisarah akan menceritakan semuanya kepada Anissa, tapi kali ini tidak. Dia juga hairan.

Tumpuan Maisarah kembali beralih kepada novel yang dibacanya, bertajuk Adam & Hawa.



No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...