Aku mula meminati M sejak berada di sekolah rendah lagi (kecik-kecik dah pandai bercinta budak ni). Mula-mula macam tak suka dan memang tak pandai lah bab-bab nih. Tetapi! Semenjak ada sorang cikgu handsome nih (ala-ala mat saleh kot) mengajar M, aku terus tertarik dan terpana kat M...hahahaha.
Aku start dan mula belajar bersungguh-sunguh demi nak dapatkan yang terbaik untuk M. Dalam diam aku sedar yang aku mula jatuh hati kat M. LOVE!. Perasaan ini berterusan sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Aku dapati M sangat unik. Sangat mengujakan. Sangat bestlah kalo dapat M nih. Bila M ada masalah jer, aku akan cuba sedaya upaya menyelesaikannya walaupun aku terpaksa bersengkang mata. Aku tak kisah. Ya cinta itu indah dan menyakitkan. Buta pun boleh. Rasa tak sedap hati kalau tak dapat tolong M selesaikan 'problem' tu. Saat-saat bercinta memang indah. Bila aku sedih M pasti datang menghiburkan aku.
Kami makin rapat sehingga tidak boleh dipisahkan lagi. Masa form 4, B datang usha aku..(info: B adalah watak baru). Tapi. aku tak layan. malas ar. tak suka...haha. Lagipun aku setia pada yang satu (ayat tak boleh blah). Kacau betullah B tu. Tapi, takpe mungkin jodoh aku dengan M panjang lagi sebab aku dapat melanjutkan pelajaran sehinggalah ke peringkat matrikulasi bersama M (walaupun B pun ade sekali). Kacau sungguh! Walaubagaimanapun takdir merupakan penentu segala...siapalah aku untuk melawannya. uwaa. aku berpisah dengan M masa start belajar kat Universiti. (Hebat tul penangan cinta, dapat masuk U). Babai M. Aku tercari2 gak la M di universiti tetapi langsung tiada. (berharap lagi budak ni). Arghhhh!! Mane kau?? Tak kan kawan pun tak boleh. M mungkin ada tapi aku yakin M bukan lagi M yang dulu. M dah berubah. Tak pe la..aku pasrah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.
Aku sungguh menyayangi kau MATEMATIK!!!! Nak dipendekkan cerita, akhirnya aku terpaksa akur yang jodoh sebenar aku adalah bersama BIOLOGY. B ternyata masih bersama aku di Universiti.
Aku akan cuba menyayangi dan menerima kau B walaupun hati aku sentiasa ada pada M untuk selama-lamanya..lalala~
p/s: cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata oleh Belle'.. tapi yang penting M untuk Matematik dan B untuk BIOLOGI. hehehehe
3 comments:
ceh.. tak blh blah.. ingt sape la M ngn B tu...
sengal btul... hahha.. aku juge mrindui M la cm tu.. huhu.. skali ngn F.. wakakakak..
wakakakaka
M... Akk slalu je dgn M until end of life... mase blaja sek rendah, menengah, matriks, universiti... M la the only one.. waduh2... tak sangka ek.. lawak la ko ni Syafiqah Nabila bte Azali
Post a Comment