Just nak share pengalaman elektifku yang dah pun masuk minggu kedua.
Sebenarnya, elektif ni (untuk korang yang agak tak tahu) bukan lah praktikal macam kos-kos lain. Kalau kos lain, praktikal ni sama la macam kerja kan. Tapi kitorang tak. Sepanjang 6minggu elektif ni, kitorang bebas untuk buat apa sahaja, termasuklah nak belajar muzik ke, memasak atau pun buat bidang lain selain bidang medikal. Cuma, mostly mesti lah nak buat bidang medikal.
Entah, jangan tanya aku kenapa!
Dan bila dah pilih bidang medikal, kami (Pelajar UniKL-RCMP) dikehendaki memilih hospital selain hospital Ipoh. Ada yang memilih hospital dekat dengan kampung diorang (aku lettew) dan ada juga yang memilih hospital yang jauh-jauh. Masing2 ada sebab yang tersendiri. Tak lupa juga ada yang mengambil peluang ni untuk melancong ke Negara Orang macam membe kami yang buat elektif di India dan Kemboja.
Tanjung Emas, Muar |
info: mak pernah bertugas di Hospital Muar sebagai jururawat.
Lepas dah introduce kat DR, kitorang pun pergi lah ward, maka bermula lah elektif kitorang. First impression! Lif dia tak macam lif Hospital Ipoh yang sangat 'laju' ok. Dan hari keduanya pula, tepat jam 8pagi (semangat betul datang awal haa) -mane taknye, pagi2 mak dah bising suh gerak awal, nanti tak dapat parking- ada bacaan doa awal pagi. Kagum jap! Semoga semua hospital dapat amalkan amalan tersebut.
Antara kenangan yang aku ingat la kan ....
- Berkenalan dengan sorang HO (Dr pelatih). Ayat first dia cakap kat kitorang, "Kenapa nak jadi doktor? Baiklah korang jadi kerani ke..bla bla bla.." Ayat biasa HO-HO yang tengah stress kerja.
- Ada HO yang tagging bagitahu kitorang, dia cuma makan sekeping roti je dari pagi tadi. Pastu pegi kerja dari 5pg sampai 2pg. I was like, wow! *speechless*
- Baru tahu kot, ada student Kolej Manipal yang belajar kat situ. Seronok la dapat tukar2 cerita. Dapat tengok diorang buat exam short case..hehe. cuma..cuma, Dr tak kasi join kelas diorang...huhu
- Terserempak dengan team Mesra Ibadah Pesakit. Tugas diorang ialah memberi penerangan tentang solat sewaktu sakit dan sedikit motivasi kepada pesakit2 muslim di ward.
- Pagi tadi, ada sorang HO cakap benda yang sama macam no 1 tu (sila baca semula kalau tak ingat)
Tapi banyak2 kenangan tu, kenangan yang paling best..
satu je..tak payah lebih2.hehe. Yup, dapat menghabiskan masa dengan keluarga. Nak enjoy 6minggu ni puas2 sebelum balik Ipoh semula..yeay!
Kbai. Salam.
No comments:
Post a Comment