Friday, June 1, 2012

malang tak berbau



Hari ini
Hari pertama Bulan Jun
Happy Birthday Zanariah (rakan lama di smkbm)
Hari ini juga aku telah ditimpa malang atau lebih manis disebut sebagai musibah
Hari ini
Aku telah melanggar kereta seseorang
Kereta berjenama Persona milik seorang wanita perawan
Kereta tu statik, macho & cantik je parking kat tempatnya
Cuma aku ini yang silap
Aku ini yang cuai
Aku tidak perasan terdapat sebuah kereta di situ
Aku rasa aku reverse slow tapi mungkin terlebih reverse kot
Makanya, *bang*!!!!!
Terus berlaga dua bumper kepunyaan dua buah kereta
Aku mula cuak dan panik
Apa yang wanita itu cakap dan suruh aku ikut je
Aku sedar aku adalah pesalah
Dia nak hantar service di Syarikat EON
Aku setuju je, aku memang tak tahu nak 'react' macam mana lagi dah
Sesampai di EON, then hambek kau kena 600 hengget
Aku pun setuju
Nasib baik elaun dah masuk pada hari ini
Aku redha dan pasrah
Aku percaya
Dugaan yang hadir ini tentu ada hikmahnya
Aku anggap itu sedekah di hari Jumaat
Walaupun padahal time tu air mata dah berjurai-jurai..
Lepas je keluarkan duit dari bank,
Aku tak ikut akak tu balik ke EON semula sebab aku ada hal
Aku cuma bagi duit dan kes kami tamat di situ.

Persoalan?
Adakah logik service yang berharga 600 tu dan betulkah tindakan aku itu. Sebabnya ada kawan kata, sepatutnya aku buat report polis dulu, lepas tu biarkan pihak insurans yg settlekan semuanya. Aku tak pasti. Papepun duit pun dah selamat melayang dan aku malas nak panjangkan cerita. Cuma aku harap kakak tu betul2 pergi service kereta dia kat EON semula dan bukannya hantar service ke tempat lain yg lg murah.

I am sorry JNG for hurting you.
Thanks a lot friends for giving me your support..
Ainaa Cain, sedap nasi goreng korang masak tadi :)



moral of the story : jangan berangan semasa memandu!

Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan:
Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...