Friday, June 8, 2012

Mungkin jodoh kami memang pendek...

Bismillah...

Cepat betul.

Cepat betul.

Cepat betul.

Rasanya seperti baru semalam kita berjumpa, berkenalan dan akhirnya jatuh cinta, kan? Tapi cepat betul awak meninggalkan saya. Huh kejam sungguh awak ni. Kurang sopan perangai awak. Saya bencikan awak!

Rasanya seperti baru semalam kita keluar bersiar bersama-sama tapi kini mana awak? kenapa cepat betul awak.. awak.. 

Awak, saya redha dengan apa yang telah pun berlaku dan apa yang telah Allah tentukan. Saya yakin setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Setiap yang berlaku itu merupakan yang terbaik buat kita berdua kan? saya harap awak tak bersedih dan saya juga akan begitu juga.

Cepat betul kan awak meninggalkan saya keseorangan wahai ..

En. VIVA PUTIH 'JNG'

[ Disember 2011 ]

&

[ Jun 2012 ] 

Rilek-rilek. Baca dulu sampai habis. Untuk pengetahuan korang, pembaca setia yang dihormati sekalian, aku telah mengalami kemalangan buat kali kedua selepas YANG INI  pada Hari Selasa yang lalu ( 3hari dah ). Ala kemalangan kecil sahaja sebabnya aku selamat. Alhamdulillah masih diberi peluang kedua untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Cuma kereta je tu yang nampak macam rosak teruk. =(

Aku mengalami luka di bahagian dahi dan berjahit sedikit. yeah, I will become a 'Parut' girl soon!

Berat sungguh dugaan ni Ya Allah, tapi aku akan cuba tabahkan diri dan kuatkan semangat. Ala, ini baru sikit dugaan Allah beri kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lagi teruk seperti patah kaki, koma dan sebagainya. So think positive Belle!

Memetik status seorang teman di FB yang berbunyi;

Bila kita atau sesiapa ditimpa musibah, Islam mengajar kita mengucapkan kalimah 'Innalillahi wainnna ilaihoroojiuuun' yang bermaksud Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepadaNya jua kita akan kembali...
_________________________________________________

Ungkapan ini sangat utama, dan pertama perlu diucapkan berbanding ucapan lain, kerana ia adalah Firman Allah, di dalam AlQuran, dan Allah mengajar kita mengucapkannya bila berhadapan dengan keadaan yang tidak diingini, bagi mengembalikan kewarasan dan fikiran kita, bahawa segalanya milik Allah SWT, Dia berhak mengambil atau membuat sesuatu terhadapnya pada bila-bila masa sahaja, dan bahawa kita semua akan mati dan kembali menghadap Allah SWT. Allahuakbar!



-Innalillahi wainna ilaihiroojiuuun- 


Alhamdulillah



  • Terima kasih Mak Abah yang sanggup datang dari Muar semata-mata nak jenguk keadaan Nabila
  • Terima kasih Mak Uda dan Pak Syahril yang banyak membantu
  • Terima kasih Ainaa, Cain, Kak Niza, Farahin dan Kak Ira. Korang memang baik sangat-sangat.
  • Terima kasih kawan-kawan yang susah-susah datang melawat dan banyak memberi semangat
  • Terima kasih rakan-rakan di Facebook yang sudi mendoakan kesejahteraan diri ini
  • Terima kasih terima kasih dan terima kasih



Alhamdulillah, kini aku sudah boleh tersenyum kembali =)


Moral of the Story : Jangan lupa untuk membaca doa naik kenderaan sebelum memandu =)


4 comments:

Fatin Husna said...

Sabar eh bell. Ak pon hampir eksiden minggu lps. Samelah keta kite. Viva. :) alhamdulillah ko xde pape.

syanabel said...

thanks fatin =)
you take care~

The Dark Justice said...

mcm ne skrng? ok x? sowi xtau..

syanabel said...

ok je =)

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...