"Aku seorang blogger!"
Malu atau bangga bila anda cakap macam tu?
Kenapa perlu rasa malu?
Sebab pertama!
"em aku banyak tulis pasal 'personal'. Nama pun diari kan. malu nanti orang baca terutamanya orang yang aku tak kenal. =( "
- okay. kalau dah macam tu, apa kata kalau kurangkan menulis tentang diri sendiri. buat la post yang lebih fokus pada pendapat dan isu semasa. Selain tu boleh je kalau nak selitkan sekali rutin harian anda tu. Tiada apa yang nak dimalukan. Lainlah kalau anda cerita macam, "hari ni, saya sedih sebab saya clash dengan pakwe saya." oh please (T__T)
Sebab kedua!
"em saya tak nak orang kata saya ni takde keje lain. Takde life! asyik update blog je kejenya. Malu la. Baik saya rahsiakan daripada pengetahuan semua orang yang saya ni Blogger. "
- Blogger takde life? eh kena cek balik ni statement anda itu. Jadi blogger dulu, baru tahu ada life ke tak. ok? as for me, living as a blogger now, i feel quite satisfied with my life. Saya lebih menghargai hidup saya kerana setiap hari, kalau ada sahaja benda menarik yang berlaku dalam hidup saya, pasti tak lupa untuk dicoretkan di sini. Unless, saya betul-betul 'busy' la dan terlepas untuk dikongsikan kepada pembaca blog ini (T_T)
- Frankly speaking, sebagai seorang Blogger, kehidupan kita tak sama dengan orang lain (bukan Blogger). Kita sentiasa berfikir untuk menghasilkan entri yang menarik untuk tatapan pembaca, kita dapat mengasah kemahiran menulis, dapat menambah kenalan secara lebih dekat (it's not like adding new friends through FB & FS) dan juga kita sebenarnya adalah seorang pemerhati yang baik! Apa yang berlaku di sekeliling kita, pasti kita zahirkan melalui penghasilan sebuah entri. hehe
banyakkan menulis daripada bercakap.. |
Kenapa perlu rasa bangga?
- Eh, jangan salah sangka. Bukan bangga, tapi seronok. Ada petikan dalam buku La Tahzan mengatakan bahawa, kepercayaan diri tidak sama dengan keangkuhan yang termasuk dalam sikap yang tercela.
- keangkuhan merupakan kepercayaan terhadap diri sendiri berdasarkan khayalan semata-mata, sedangkan kepercayaan diri pula adalah keyakinan berdasarkan kemampuan memikul tanggungjawab disertai dengan niat yang kuat dan usaha yang gigih.
- Jadi, di sini saya ingin berkata bahawa jika kita mempunyai bakat terpendam dari segi penulisan yang baik, kenapa tidak kita asah bakat itu sedikit demi sedikit. Kenapa perlu malu dan lemah bila ada orang mengeji atau memberi kritikan yang membina. Teruskan jika anda percaya anda boleh. Sesungguhnya keyakinan terhadap bakat yang ada dalam diri itu penting untuk kita berjaya dalam hidup.
Oleh itu, banggalah sekiranya anda seorang Blogger jika anda betul-betul yakin anda di jalan kebenaran. Tiada apa yang perlu untuk dimalukan. Jika seorang mengutuk, lebih ramai lagi orang di belakang anda yang menyokong anda. Betul kan niat masing-masing. Menulislah untuk kebaikan bersama. Sharing is caring. Jangan kita berblog hanya untuk mengejar populariti dan wang sema-mata. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan dan redha daripada-Nya. InsyaAllah!
Wassalam.
4 comments:
Akak bangga jugak laa. Tapi at times akak rasa macam segan, sebab akan ada bunyi-bunyi kata, eh kau budak medik, banyaknya masa kau nak blog blog bagai. Yang mana memang akak penah kena. Masa tu down jugaklah. Tapi last last kalau dah cinta dan minat tu, nak tinggalkan macam mana pun tak boleh. Blogging ni memang best pun. Kan? Heehee. ;)
akak memang ada bakat menulis la. Semua yang akak tulis tu memang jujur datang dari jiwa akan, itu yang ramai tertarik baca blog akak..hehe
we should be proud we are bloggers, plenty of benefits - like meeting similar ppl, improve language and occupying time.
sy bangga jadi blogger :)
Post a Comment