Tuesday, May 31, 2011

Ceritera BFF & Kenduri Kawen

Assalammualaikum W.B.T 

Rasanya semua orang dah sedia maklum yang sekarang ni budak-budak sekolah tengah ABC. Apa itu ABC? Hanya orang perempuan je yang tahu..hehe. K la, disebabkan pembaca blog ni ada juga datang dari kalangan kaum ADAM Nur Kasih, aku bagitahu la, apa itu ABC. Nanti menangis plak kang susah..hakhak

ABC is stands for ALLAH Bagi Cuti..hehe

Ok! berbalik pada cerita tentang cuti sekolah. Bila mana cuti sekolah bermula, makanya berebut-rebut la orang nak buat kenduri kahwin. Dan, aku juga tak terlepas untuk masuk dalam kategori.. bukan buat kenduri kahwin, tapi menghadiri kenduri kahwin.. hehe

siapa yang kahwin ni? em dulu-dulu, kita join mak ayah pergi kerja kahwin kawan-kawan diorang. La ni, bila umur pun dah meningkat, tiba la giliran kita menghadiri kenduri kahwin kawan kita pula. Yes! itulah cycle kehidupan namanya..haha [tiba-tiba]

pengantin lelaki & perempuan. Tahniah!

Dan tak syok la kalau pergi sensorang kan. Macam syok sendiri plak..haha. Pergi dengan geng la baru happening. So, jom usha membe-membe aku yang join sekali majlis kahwin ni. Depa ni semua satu sekolah rendah dengan aku. SK Parit Jawa tercinta la kan, apa lagi..hehe. Alhamdulillah kami masih kontek sampai sekarang. Eh jom2, nanti lewat plak..hee


Ni Hajar. Nama betol Siti Hajar, dulu-dulu selalu kene ejek ngan dak laki, si tikus. Sabo je la Hajar, dak laki ni kalau tak mengusik memang tak sah. Aku dah lali dah kene gelar chipsmore sebab ada tahi lalat besor dulu. Sekarang, beliau sedang menjalani praktikal di Muar. Student UKM. Bestnye kau kan dah habis belaja...jeles siot, hehe. Beliau ni ada abang yang juga kawan baik kepada abang aku. 'Kawan baik' diorang tu kan, tak payah cakap la kan, dah macam belangkas. Kira di mana ada abang Hajar, mesti ada abang Syafiqah..haha. Bagos betol!


Ini Ria. Nama penuh? ehem..bismillah. Riazianareenzawaty. (eh betol ke aku eja nama kau ni Ria?) Korang jangan tak caya tapi memang tu la nama betol dia. Dulu orang suka panggil dia Riang Ria 1 sen, kan Ria? hehe. Beliau dah keje. Dak lepasan UTP tu, so opkos die keje kat Petronas. Alhamdulillah, bangge siot! Bila nak belanja kitorang Ria? hehe


Wana wana wana. That's her name. hehe. Tersenyum riang kan beliau? Bukan senang nak snap camni tau. Hanya orang2 hebat cam aku je boleh buat. Antara rakan-rakan sekampung aku, wana ni la yang duk paling dekat ngan rumah aku. Dulu, kalau ada marhaban je, kitorang mesti satu group sbb rumah kitorang satu jalan..hehe. Wana ni pun dah tamat belajar, lepasan UKM & masih mencari peluang pekerjaan. InsyaAllah Wana, you can do it! teruskan mencari k!


Haa, membe aku yang persis seorang ustazah ini diberi nama Taibah NurWahidah. Sedap kan nama tu? hehe. Tapi aku tetap suka panggil ko Taib. Sama cam ko suka panggil aku capiq =P. Beliau pun sama macam geng2 yang lain, baru je tamat study di UTM. Dan sekarang menjadi guru ganti di sekolah lama beliau, Maahad Muar. mantap betol! berbakti di sekolah lama tu Taib. Cepat teka dia ajar apa? Bahasa Arab? salah, dia ajar Sains & Kimia la. Tiba-tiba teringat y ada sorang kenalan meneka beliau adalah guru Bahasa Arab..hehe. Sabo Taib, sabo =)


Yeah, dan inilah Zunur merangkap bekas jiran dan rakan sepermainan waktu kecil ku. Dulu, petang-petang mesti kuar rumah, main guli, teng-teng, main masak-masak, main nyorok-nyorok dan lain-lain..hehe. Tapi tak lama pastu, family dia pindah dan tinggal lah aku keseorangan tanpa teman bermain..sedih kan?? Tapi aku perasan jugak lah, lepas UPSR, sebab aku masuk sekolah asrama, hubungan kami dah tak rapat cam dulu. Masing-masing bawa hala tuju masing-masing. Tapi alhamdulillah kan, kami still kontek sampai sekarang. Oh ya, Zunur pun tengah praktikal kat KLIA. Dia study kat UTHM. Best siot dapat U yang dekat dengan kampung..huhu

Begitulah ceritera kawan-kawan sekampung ku merangkap ex-classmates sekolah rendah. Oh, ada lagi sorang sepatutnya geng kitorang, Dayah. Tapi disebabkan dia kene balik KL awal untuk bertugas sebagai ahli Farmasi di Klinik di KL pada keesokan harinya, dia tak dapat datang. Dan sepatutnya kami {ex-SKPJ} plan nak buat reunion sekali setelah hampir 11 tahun tak jumpa kot, {Last jumpa masa after dapat result UPSR} tapi disebabkan ramai ada hal, maka terpaksa tangguh lagi la reunion tu..huhu

psst..nak tahu tak. Mase pengantin tengah bersanding, kitorang suka hati je mintak izin nak bergambar dengan pengantin. tahu ke apa jadi? makcik makcik yang tengah syok tengok diorang bersanding cam bengang tiba-tiba. Kitorang, apa lagi, buat bodoh je la kan. Smile macam biasa, buat tak dengar pape. Ala makcik yang dihormati sekalian, maaf ler k. Bukan selalu kami dapat bergambar macam tu, lagi pun nak kene balik awal la, kawan kami ada yang kene kejar flight. Maaf k =)

Ok, got to go now. Terima kasih sudi baca. Salam.

Belle : Tak sabar kot nak tengok sape yang kawen dulu dalam geng kami..hehe 

Sunday, May 29, 2011

Cara-cara menambah follower

Ilham menulis entri ini lahir selepas ku membaca entri Blog Mis Twit .
  • Jawab 'Tagged'
    • Aku dulu susah nak menjawab tag ni. Aku akan tengok menarik or tak dulu dan of course kalau ada masa mengizinkan baru jawab tag tu. Ni contoh tagged yang aku pernah jawab : 20 random things about me
  • Join Kempen
    • Cara ni cara yang paling aku suka. Di samping kita dapat tambah kenalan blogger, kita juga boleh dapat pahala sebab berkempen. Ala, nama pun kempen kan, mesti lah sesuatu yang berinfo dan mengajak orang ke arah kebaikan..hehe. Antara Kempen yang pernah ku join : Kempen kongsi Idea l Permainan dulu-dulu & Cover your AURAT campaign

Belle : InsyaAllah, blog ni akan mula mempromosikan iklan shopping secara online. Harap-harap nya korang tak kisah. Aku saja nak bantu kawan-kawan berbisnes..hehe. Em kalau korang teringin nak mintak aku promosikan korang punye bisnes, jemput la tinggalkan link. Free of charge. Nanti aku letak link korang kat [sini] ataupun aku akan buat macam post [ini].


Saturday, May 28, 2011

jangan membazir walaupun 1sen je

ini rentetan daripada cerita [ ini ] dan juga [ ini ] ..

"Dr, I would like to remind you that tomorrow we had class at 10am." a message sent!

a few minutes later.. a message received!

"I don't think that you need to remind me. We as a lecturer should know our timetable. Your message is just Maxis-Maxis Business."

Keesokan harinya, jam 10 pagi..

"siapa mesej saya semalam?''

"er saya."

"Next time tak perlu mesej. membazir kredit je."

"ala. Satu sen je Dr."

"amboi berlagak. Cuba cari sekarang satu sen. Tengok dapat ke tak?"

"erk..hehe."

Belle : Malam ni AF. Tengok sebab nak tengok Sham Kamikaze..hehe.

Buku Biodata

info : ini adalah siaran langsung dari Kampung Parit Jawa, Muar Johor.

Tadi, aku punggah almari kat rumah ni. Punggah punya punggah, aku terjumpa buku biodata aku dulu-dulu warne kuning. Hehe seronok lak layan baca buku tu. Terhibur betol! Kalah Maharaja Lawak..lol.

"Awak, nak awak punya biodata boleh? tulis kat dalam buku ni tau? Jangan lupa tulis ucapan sekali..hehe" tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu. Aku dulu tulis biodata sebab orang request. Aku buat buku biodata pun sebab orang lain buat..haha. Kalau tak, takde maknanyer aku nak buat benda alah biodata segala bagai.


Mesti korang pun pernah buat kan? takpe, rahsia korang selamat dengan aku, jangan risau. Selalunya buku biodata ni akan muncul di hujung-hujung tahun. Yelah, masa tu kan dah saat-saat terakhir bersama, kira biodata ni macam satu cara nak keep in touch dengan kawan la lepas berpisah nanti. Selain tu, masa raya boleh kasi kad raya, kan ada alamat..hehe.

Ada sesetengah tu, cari alamat atau no telefon rumah budak yang dia minat melalui buku biodata. Pastu gi pos surat takpun call rumah dia guna public phone warne kuning tu eh. Dalam phone siap boleh dengar bunyi kereta atas jalan raya. Pastu siap ada background music, "Oi cepat la weyh, dah macam masuk duit dalam tabung haji dah ni kau tau."


Paling tak boleh blah, sebab nak cantik tulis biodata sendiri kat buku kengkawan, siap sanggup ni beli pen warne warni. Aku? sorry la nak beli kejadah sume tu. Buat muka seposen pinjam pen warna-warni kawan sudah. (aik, aku pun buat corak2 jugak ke tulis biadata..haish) ei aku ni nampak je macam ni, tapi setakat lukis bunga kat tepi buku tu takde hal punye..heheh. 


Dalam biodata, macam biasa. wajib ada nick name, tarikh lahir, no telefon, makanan dan minuman kegemaran, motto, cita-cita. Dan kadang-kadang ada yang tulis kawan baik, kawan rapat. Aku pun tak sure ape beza kawan baik dengan kawan rapat. Tak sama ke? haha yang penting aku pernah je tulis benda tu. nasib baik tak jadi pape. tapi, tak dinafikan, benda tu sensitif sebenarnya untuk sesetengah orang..hehe. so better jangan tulis ye adik-adik yang baru nak start belajar buat buku biodata..

part paling aku suka baca, mesti lah ucapan yang diorang tulis untuk aku. Seakan-akan macam feedback  sepanjang aku menjadi kenalan dan kawan diorang. Terasa dihargai dan terharu dengan ucapan diorang. Ada yang rajin, siap sertakan gambar..hehe. Tak lupa juga pesanan dan doa.

antara ayat yang biasa;
  • May our friendship remains forever!
  • Jangan lupa jemput kahwin nanti =)
  • keep in touch
ah rindunya zaman dulu-dulu. zaman sekarang ada lagi tak orang buat buku biodata ek? em takde kot. zaman pun dah maju. Facebook kan ada.  ye tak?

belle' : korang ada buku biodata? kongsi-kongsi la apa yang menarik pasal buku biodata korang tu =)


Thursday, May 26, 2011

Back To December

"Back To December" - Taylor Swift

I'm so glad you made time to see me.
How's life? Tell me how's your family.
I haven't seen them in a while.
You've been good, busier than ever,
We small talk, work and the weather,
Your guard is up and I know why.
Because the last time you saw me
Is still burned in the back of your mind.
You gave me roses and I left them there to die.

So this is me swallowing my pride,
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night,"
And I go back to December all the time.
It turns out freedom ain't nothing but missing you.
Wishing I'd realized what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and make it all right.
I go back to December all the time.

These days I haven't been sleeping,
Staying up, playing back myself leavin'.
When your birthday passed and I didn't call.
And I think about summer, all the beautiful times,
I watched you laughing from the passenger side.
Realized that I loved you in the fall.

And then the cold came, the dark days when fear crept into my mind
You gave me all your love and all I gave you was "Goodbye".

So this is me swallowing my pride
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night."
And I go back to December all the time.
It turns out freedom ain't nothing but missing you,
Wishing I'd realized what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and change my own mind
I go back to December all the time.

I miss your tanned skin, your sweet smile,
So good to me, so right
And how you held me in your arms that September night --
The first time you ever saw me cry.

Maybe this is wishful thinking,
Probably mindless dreaming,
But if we loved again, I swear I'd love you right.

I'd go back in time and change it but I can't.
So if the chain is on your door I understand.

But this is me swallowing my pride
Standing in front of you saying, "I'm sorry for that night."
And I go back to December...
It turns out freedom ain't nothing but missing you,
Wishing I'd realize what I had when you were mine.
I'd go back to December, turn around and make it all right.
I'd go back to December, turn around and change my own mind

I go back to December all the time.
All the time. 

Jom Shopping Online

DNZ E-Shoppe (Facebook)


We are offering a collections of branded apparels, fabrics, babies item and all sorts of accesories.
Its all about quality, reliable and affordable!
Your satisfaction is our assurance. 
Im sure you'll find what you want inside the ALMARI.
Take a while, stay n browse. We believe.....
your shopping dream will come true.
---- Happy Shopping!!----
Warmest Regards, Mas
_______________XOXO_______________


FREE DELIVERY FOR AREAS OF SELAYANG, RAWANG & SUNGAI BULUH
 PLEASE SEE NOTES FOR ORDER AND PAYMENT INSTRUCTION 
PREFER ORDER THRU ; 



Salam. Bella Blogshop ni Bella buat secara sambilan sahaja. Bella suka berbisnes disamping mencari pendapatan lebih untuk menampung perbelanjaan sara hidup yang masih student ni. ^_^

Jom shopping.. dah beli baju raya ke belum? raya dah nak dekat ni.. hehe

Tuesday, May 24, 2011

Disebabkan entri aku tak menjawab tajuk, aku kena komen dowh =(

As you all know, beberapa hari lepas blog ini dikejut dengan trafik yang mengunung tinggi. Er tak tahu? oh sebab aku memang tak pernah bagitahu pun.. Semua tu gara-gara aku buat post reply entri Mr K >>> sini (cara nak tahu perempuan sukakan lelaki)

Bukti? nah..


Terima kasih .. terima kasih .. itu je mampu aku ucapkan.

Dan hari ni, aku dapat komen macam kat bawah ni bawah berkenaan entri aku tu.

"Entri kau..agak xmjwab tajuk..sori ak straight..tapi sbbnye ade certain point kau..yg xbrape nk relevant la dgn tajuk..contoh mcm point ni:
3.dia asyik terfikirkan lelaki tu walaupun sedang keluar dengan lelaki lain

u see..mane la laki tuh nk taw yg pmpuan tuh asek pk tntang dier je..n kalo pon taw pmpuan 2 pk..mcm mane dier taw yg laki yg dpk tuh adelah dier..

err..mksud ak.point ko ptot lebih fizikal..literally..yg bleh nmpak..
bkn inner point mcm neyh..kalo dlm hati tuh leh nampak..xpyhla kan ssah2 nk bg tips neyh..

then point neyh:
4.perempuan mudah cair mcm coklat

ak konpius..ko sdang bg tips mcm mane nk ngorat pmpuan or tips utk taw pmpuan tuh suke ke x?

5. Perempuan ni mudah meluahkan perasaan, melalui muzik, puisi, tulisan dan lukisan

point neyh..well..yes..itu mnunjukkn mmg dlm hati pmpuan tuh ade taman...tapi again..SIAPA yg buat pmpuan tuh dlm hati ade taman??mcm ko sorg llaki yg rapat ngan dier..buat ade org lain?sia2 syok sndri..

huu..sori..juz ak agak truja at first nk bce entri ko bile ko post kat blog Mr K tuh..but then ak disappointed."

(T_____________________________________T) maaf diterima.

Fuh, seriusly. First time aku kene komen teruk camtu. sebelum ni just dapat. eh nice la entri you ni. Best la. Eh jangan lupa follow me back. So hari ni bila dapat komen yang macam kat atas tu, dah la cam nak cari gaduh pastu panjang berjela.. aku agak tergamam sekejap. Kagum pun ade gak. Aku suka jumpa ngan orang straight forward ni. Er dan kagum kat diri sendiri jugak sebab berjaya buat orang geram..yes finally, haha.

Er gurau-gurau. Kepada si tukang komen, maaf ler. Saya dah buat awak kuciwa, camne nak buat ek. Maaf kan ler saye! Saya sebenarnye perasan jugak entri tu ada beberapa point yg tak relevan. InsyaAllah nanti ada masa saya edit. peace!

Tapi!
ce cek ce cek balik eh. Tajuk tu, 'cara nak tahu perempuan sukakan lelaki.' So tajuk tu luas dan umum. Aku tak khususkan untuk korang (lelaki) yang single je, malah untuk semua lelaki tak kira single, sedang couple, bertunang, dah kahwin mahupun dah jadi bapak. Sebab possible je, even dah kahwin tp takde rase suka tu. Pernah dengar kan kahwin paksa? Pernah dengar couple paksa..er aku pun tak pernah dengar couple paksa. 


So, untuk point ketiga; dia asyik terfikirkan lelaki tu walaupun sedang keluar dengan lelaki lain
  • Si tukang komen kata, macam mana lelaki tu nak tahu perempuan tu tengah pikirkan die ea? Jawapan aku mudah je, macam yang aku pernah cakap, apa yang ada dalam hati perempuan ni senang lagi la nak nampak berbanding lelaki. Mungkin si tukang komen kurang jelas dengan point kat atas tu. Dan mungkin penerangan aku tak best. Sebenarnya apa yang aku nak kata, korang (lelaki) kalau tengah kuar date try la tengok GF korang yg comel lagi cute tu fokus 100% ke tak kat korang. Kalau ada something tak kena, muka dia macam tgh fikirkan someone.. You better berjaga-jaga..haha. Well memang tips ni agak susah dan bukan senang nk baca fikiran orang. Apa susah, letak tips ni at the bottom. camne, okay?

Untuk point keempat; Perempuan mudah cair macam coklat.
  • ok, aku mengaku. ni memang lari bebeno dari tajuk. Saje nak menyimpang kejap (ceh cover-cover) maaf ler, nanti aku remove k? =) jangan disappointed please.. Aku sebenarnye nak kata yang kalau korang (lelaki) dapat buatkan perempuan tu cair macam coklat, yes korang dah berjaya buat diorang sukakan korang. Tapi entah, macam tak kena plak point tu bila difikir-fikirkan balik. Tenkiu menegur.

Untuk point kelima; Perempuan ni mudah meluahkan perasaan, melalui muzik, puisi, tulisan dan lukisan
  • Tak tahu apa yang salah kat point ni. Tapi to be honest aku paling suka point ni. haha suka kat point sendiri plak ko Belle..adeh. Sebabnye, aku perasan blogger2 suka tulis pasal hati dan perasaan kat blog. 
  • COntoh, aku nampak status dia "maaf aku baik dgn semua perempuan, tapi salahkah aku untuk hanya menyintaimu seorang?" [seplayboy-playboy lelaki, yang istimewa tetap satu]. then blogger tu cakap lagi, walaupun status tu aku tahu bukan untuk aku, aku tetap doakan kau bahagia dengan dia.
  • you see? dari situ korang (lelaki) dah boleh detect perempuan tu suka korang ke tak..hehe. Kan best kalau lelaki tu terbaca blog si blogger tu, dan yang istimewa di hati lelaki tu sebenarnya adalah si blogger tu.
  • Wah satu kisah cinta menarik telah tercipta di situ..haha. but kalau sebaliknya, jadi kes syok sendiri, bahaya jugak eh. So jangan ler ikut sangat tips ni kalau rasa tak sesuai..okay guys?
Sekian.

Monday, May 23, 2011

Soalan yang ada maksud tersirat

Jam menunjukkan jam 12:10:38 PM. Satu pesanan ringkas ku diterima.

"Terasa nak makan nasi ayam, tapi nak nasi lebih. Masalahnye nanti gemuk macam tu je. Tolong, apa yang perlu dibuat ni?"

Aku pun menaip sebaris ayat.

"Makan je la nasi lebih. Ala makan sekali je pun, takkan gemuk punye."

Mesej sent.

2jam kemudian, aku menanyakan soalan yg sama kepada seorang teman. Dan ini jawapannya.

"Jangan la makan nasi tu. Kau tahu tak nasi tu banyak kalori.. makan sikit je..bla bla bla"

cerita tamat !

persoalannya kat sini, kalau korang jadi aku, korang akan bagi jawapan cam aku atau cam kawan aku? cepat jawab serious shit nak tahu ni!

lapar la plak memalam cenggini .. 

Berapa orang anak yang korang idam-idamkan?

Selamat tengahari semuanya! Ku baru balik dari hospital, eh dari kolej sebenarnya sebab habis je bed-side class tadi singgah kolej jap gi mencekik kat kafe. Almaklumlah, RCMP sekarang dah ada cafe. maju betul! I Love RCMP..hehe

Masa bed-side tadi, kitorang cakap pasal beranak ramai. Info: sekarang ku sedang buat elective posting Paeds for a week. Hmm siapa lagi yang suka timbulkan isu ni kalau bukan Dr kami yang cute iaitu Dr T.

Dia kata, "Jangan cari pasal. Hidup bahagia." -Dr. T

Untuk pengetahuan korang, 'pasal' itu merujuk kepada keluarga yang ber-anak lebih dari satu. Ditambah pula pendapatan keluarga yang kurang daripada RM1000 sebulan. Untuk kes macam tu, Dr T sarankan, jangan ler beranak ramai-ramai sampai sepuloh orang. menyusahkan hidup sahaja. Dah faham ke apa yang ku cuba nak cite ni?

Dari satu sudut ku terpandang wajah seorang rakanku yang menandakan dia kurang bersetuju dengan Dr T. Aku tahu dan faham apa yang sedang bermain di fikiran rakan ku itu.


"Anak disifatkan dalam al-Quran sebagai anugerah atau rezeki daripada Tuhan. Bukan semua manusia dikurniakan anak, sebaliknya Allah memilih mereka yang tertentu saja. Bersyukurlah pada Allah bagi mereka yang mendapat rezeki anak. Anak merupakan rezeki dan kurniaan daripada Allah untuk semua ibubapa. Bukanlah bererti rezeki itu datang secara automatik dengan lahirnya anak, sebaliknya kita yang perlu berusaha  mencarinya." 


As for me. Ada betul nya apa yang dikatakan oleh Dr T. Bukan sebab dia pensyarah ku. Ku cuma bersetuju sebab zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Kos sara hidup sekarang amat lah tinggi. Lagi pulak kalau duduk kat KUALA LUMPUR. Jadi, buatlah sesuatu ikut kemampuan. Bukan kita mahu menolak rezeki yang Allah beri, cuma kalau boleh kita perlu juga membuat perancangan keluarga untuk mendapatkan hidup yang lebih harmoni.

Dr T pesan lagi, "You should buy a parenting skills book."

Yup. Bukan senang nak jadi IbuBapa yang berjaya tambah pula zaman moden ni. Aku sedar, mengikut pengalaman orang-orang di sekeliling aku yang ianya agak mencabar. Even, kadang-kadang bila my mom sedih sebab anak-anak dia, she always ask me like, "Mak gagal ke jadi Emak yang berjaya?" Aku tersenyum. Diam tanpa jawapan.

Dr T berkata lagi, bilangan maksimum anak ialah 3. cuba teka agak-agak, kenapa dia kata tiga ek?? Cepat jawab, nanti aku bagitahu sebab pe k..hehe (^__^)Y

Sunday, May 22, 2011

adegan kelakar di kedai buku

Jom flashback pada dua hari yang lepas..

Setelah tamat menonton Filem Nur Kasih kira-kira jam 10 malam, aku dan tiga orang teman singgah di kedai buku Popular. Tujuan kami nak beli buku la, takkan nak beli bawang pula kan? Tapi tak beli buku pun, beli alat tulis dan fail.

Selepas membuat pembayaran di kaunter, aku pun bergegas keluar dari kedai. Eh tapi teman-teman ku masih di dalam kedai. "apa la yang diorang buat lama sangat kat dalam tu?"

Rupa-rupanya ada sesuatu yang menarik yang membuatkan mereka lama di dalam. Sebuah buku yang berwajahkan muka hadapan yang cute menyebabkan mereka tergelak jahat..hahaha. Aku menghampiri mereka.

"eh apa korang buat tu?"

"Belle, cuba ko tengok ni..lawak kan??"

Aku cuba gelak seikhlas yang mungkin sebaik terpandang kulit muka buku tersebut. Panas di hati sebab kena menunggu lama di luar masih belum reda barangkali. huh.

"hahaha..waka waka..gile ah, memang lawak. Eh dah la, korang buat apa lagi ni. Jom balik."

"eh kejap la Belle. Jom ambek gambar kat sebelah buku ni."

Eh kurang waras ke kawan aku ni lepas tengok Nur Kasih. Besar betul penangan Nur Kasih ye..hmm zas layann.. Aku mengeluh sambil membelek-belek buku itu.

"Ok. Cepat aku tangkapkan. Laa, jangan la gelak.. cepat 1.. 2.. 3.. eh ape ni syida." Rakan ku bersuara persis seorang jurufoto terkenal. Buku itu masih lagi berada di genggamanku.

"Tak boleh la. Tak jadi. Apa kata ko pulak try buat gaya macam gambar ni Belle. Ce cuba ce cuba." 

 Aik, aku pulak yang kena. Takpe, layankan je lah kanak-kanak riang dua ekor ni..hehe

"ok Belle, one two three.. ok dah.. hehe serupa laa.."

"meh sini aku tengok sat."

dan.. inilah hasilnya.. Belle menjadi modelnya, Nadira pula menjadi si jurufoto..tadaa..


ok jangan cakap pape. Aku tahu buruk bebenor ghupenyer.. adeh

kami pun terus keluar setelah sesi bergambar tadi tu selesai. Di luar kedai, setelah berjalan agak jauh jugalah dari kedai buku tu, aku terperasan sesuatu berada di genggaman ku. Kalau korang pandai cuba teka apa dia? Dan apa jadi dengan aku lepas tu agak-agak?

Selamat menjawab..hehe

Saturday, May 21, 2011

Cahaya Syafiqah VS Nur Kasih

 &
Assalammualaikum ..


Semalam aku menonton Nur Kasih. Lokasi adalah di Jusco Ipoh [memang perlu untuk mention kat sini eh Belle?]. Abes tu geram kot, sana sini diorang dok cite pasal cite ni je. Aku biasa-biasa je, masa tayangan drama cerita ni pun, aku just tengok ulangan sahaja. Itu pun sebab semua orang kata best! Fuh senang terpengaruh juga kau ni ye Belle'.

Dan rasanya tak perlu untuk aku review banyak pasal filem ni sebab dah berlambak-lambak blog yang review. Anda tinggal search and read sahaja. Apa yang aku boleh komen, cerita tu perlu perlu dan perlu tonton. Perlu je pun, bukan wajib..haha. Ada beberapa babak yang terkesan di hati, tapi aku rasa terkesan hanya masa dalam panggung je la. Lepas kuar, sama je macam dulu. Ala korang pun kan, jangan tipu lerr. Manusia, memang susah nak berubah. trust me!

Sebab apa? Antara sebab utama, kita hanya kagum dengan watak yang dimainkan dalam cerita tu bukan personaliti pelakon. Contoh mudah, dalam filem pakai luar filem tak pakai. Faham sendiri-sendiri lah pakai apa yang aku maksudkan. Hari ni terbaca kat blog Suratan Kebetulan tentang perkecohan di Twitter TizTizTiz. Komen aku mudah, kita dah jalankan tanggungjawab menegur, Alhamdulillah. Cukup dan jangan diperpanjangkan isu ni. Tak elok bergaduh sesama umat Islam. Seterusnya, kalau beliau tak nak berubah itu bukan lagi tanggungjawab kita. Apa yang boleh kita buat, doakan supaya beliau mendapat Hidayah [macam Sham Kamikaze] supaya menjadi wanita yang Solehah. Aminn.

Berbalik kepada filem Nur Kasih. Ada part yang kelakar. Korang perasan tak masa scene letupan keretapi then Adam berdoa supaya Nur selamat? Pastu betul2 Nur sedar dan waktu tu satu pawagam gelak. Scene yang sepatutnya sedih tapi bertukar menjadi lucu. Hehe sebenarnya banyak je scene yang lucu jugak.. best-best. Membe aku siap cerita, diorang satu geng tergelak kuat masa part yang sepatutnya ramai orang tengah layan feel. then apa lagi.. Dan dan kena 'syyhhh' satu pawagam eh.

Cuma, pada firasat aku, sepatutnya, ada baik dikurangkan scene berpegangan tangan dan berpelukan dalam filem tu. Baru lah tiada pencemaran alam sekitar. Dan rasanya tak de effect kot sebab tanpa pegang-pegang dan peluk-peluk segala bagai sesama bukan mahram, penonton sure akan still dapat menitiskan air mata. Rakyat Malaysia kan lembut hatinya =) Macam saye.. *tersenyum bangga =P

Kesimpulannya, aku bagi 3 out of 5 !

Belle' : Korang mesti tertanya-tanya kenapa tajuk post ni macam kat atas tu. Actually, Nur ertinya Cahaya & Syafiqah ertinya Kasih. Makanya, nur kasih itu cahaya syafiqah la kan? betul tak? hehe.. jangan jeles. kebelakangan ni, ramai betul berita pasal artis dapat Hidayah. Alhamdulillah Ya Allah!


Friday, May 20, 2011

Mamat SMS yang ...

pernah la satu hari tu, ada seorang teman perempuan ku ini bertanya kepada ku,

"Syanabel, aku nak tanya satu soalan boleh?"

"Boleh la, apa pulak tak boleh..apa dia?"

"Em..aku ada sorang kawan lelaki ni, sejak kebelakangan ni dia kerap mesej aku, hari-hari plak tu."

"Oh, dia nak usha kau kot. Jadi apa masalah nye?"

"Masalahnya, aku rasa macam 'annoying'. Aku takde rasa suka ataupun best macam yang aku rasa dulu. Ye la kau tahu sendiri kan, masa zaman jahiliah dulu, bila dapat mesej daripada lelaki, mesti cam excited. so aku nak tanya pendapat ko. Ko rasa normal ke aku rasa camtu sekarang?"

"hmm. Payah gak ni nak jawab. Biar aku fikir sat eh... Pada aku normal je, mungkin ko tak kenal dia dan ko langsung takde perasaan suka kat dia kot, sebab tu ko rase terganggu dgn msg2 die tu. Mana boleh nak rasa excited dekat semua orang. ko ingat ko play girl?? haha. Ex-schoolmates kau ke?"

"ooo yeah? aah, kitorang satu sekolah dulu. Last kitorang jumpa pun 4 tahun lepas after SPM. cuma baru-baru ni terjumpa balik, then sampai hari ni duk mesej aku hari-hari. rimas la. Nak buat camne ek?" 

"Kalau ko tak tahan sangat, terus-terang je la. Satu je aku nak nasihat, jangan bagi harapan kat orang, buruk padahnya. Eh tapi ko sure ke dia nak usha ko. Lelaki ni bukan boleh caya sangat. Kadang-kadang ada tau jenis yang layan semua perempuan macam tu. biasa lah, nama pun lelaki kan =P"

"Aku tak kata pun dia suka aku, tapi macam aku kata la, cara dia msg hari-hari tu merisaukan aku."

"ce baca sikit dia mesej apa.."

"takde la jiwang-jiwang ke apa. dia ni memang jenis peramah. kalau kau jumpa dia, sure ko akan cakap yang die ni banyak cakap. Tapi, kenapa aku tak rasa se-excited macam dulu ek? aku pelik.."

"oh, as long as dia tak lebih2 dalam mesej, ko layan je la. maybe dia just nak berkawan. tapi kalau ada jodoh korang apa salahnya. bagus gak, cepat sikit aku rasa nasi minyak ko..haha" 

"gile ko. Tak nak aku. Taubat aku nak bercinta dengan budak satu sekolah lama. Cinta monyet boleh la, but nak dijadikan suami..sorry!"

"rileks la, aku gurau je. Oh, ni mesti kes ex ko dulu pun satu sekolah kan. So mamat sms ni kenal la dgn ex kau ye?"

"kenal sangat."

"Em, aku rasa kan, kau ni belum memikirkan tentang jodoh lagi kot. Sebab tu bila ada mamat nak usha ko cam takde perasaan jek. Ye la, hidup ko dikelilingi dengan buku-buku, korea jangan cakap la. Ko happy dengan hidup ko sekarang. So ko tak rasa lonely pun. Selalunya, diorang yang couple2 ni, hidup diorang kesepian. Bila dah gersang, mula lah nak cari teman di malam hari..haha. Mampus aku kalau couple-couple dengar nih.."

"hmm maybe kot. aku muda lagi, belum lagi nak fikir pasal benda tu semua. And yeah, I'm quite happy with my current life..hehe"

"Dan aku rasa, ko tak kesepian sebab aku ada. kan2..betul tak?? hehe."

"sudah, perasan pulak ko ni. dah jom lah weyh. Ada kelas lagi ni."

"eh aah, tak sedar plak. Ko la ni. Tak masal-masal aku jadi Doktor Cinta hari ni. Eh tapi, bagitahu la aku, hensem tak mamat SMS tu??"

"merepek lah kau. Dah diam.. ni rahsia antara kita. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut."


# apa tandanya kalau lelaki tu mesej dengan kita hari-hari ek? siapa boleh tolong jawabkan? anyone?




Thursday, May 19, 2011

benda yang paling TAK cool untuk dibuat di FB

Ramai orang tahu kan.. Facebook membolehkan semua orang mengetahui tarikh lahir semua orang. Dan hari-hari mesti keluar punya lah kat 'homepage' besday sekian sekian sekian... Tak kira lah orang tu rapat dengan kita atau kita rapat dengan dia. Dan juga ada jugak yang kita baru kenal dan tak kenal langsung. Dan kita pun klik nama orang tu dengan tujuan nak wish "Happy Born-day!". Betul tak? Jangan tipu lah dei..Mesti pernah punyer.

Pada aku! Takde masalah nak wish kat Wall Facebook. Lantak masing-masing la walaupun pada hakikatnya ramai orang akan lebih prefer terima hadiah, kezutan, sms dan lagi best dapat call.. hehe.

Tapi Tapi Tapi.. agak-agak la weyh kalau nak wish pun.. ikhlas la sikit. Busy sangat ke sampai terpaksa tulis macam ni..

grrrrrrrrrrrr..

hb?? Ape tu? Kalau budak medic, Hb is stands for hemoglobin. Ke hepatitis B? Adeh.. maaf! sorry gua memang tak leh terima dei. sesungguhnya itu sangat tak cool ok. sekian terima kasih. sila hantuk kepala anda kat dinding jika pernah buat benda nih..haha.

sebab tu kadang-kadang aku rasa malas nak show up tarikh lahir aku kat profile. Bukan apa, cuma kesian kat golongan-golongan yang cam kat atas tu lah. Risau aku. Diorang ni mcm terpaksa wish pun ade gak. "nanti tak wish, tak ngaku kawan plak." ei. Seyes cakap ni, aku tak pernah paksa korang wish. Aku faham korang busy dengan hal masing-masing. 

Papepun, tenkiu kat kawan-kawan kita sebab tak lupa nak wish. kata orang, lagi baik ada daripada tak ada langsung walaupung HB sahaja. Ei, effort gak tuh nak gi klik profile kita, pastu nak taip H & B , psatu klik share lagi. Ingat senang ker? Appreciate la sikit dei..adoiyai (^__^")Y. Ikhlas tak ikhlas tu belakang citer..hoho

Khas untuk peminat Filem Hindustan

Hari-hari makan Kismis, Selamat Hari Khamis !

Apa khabar semua? diharap sihat selalu. Padamalam Khamis yang mulia ini, beta ingin mengistiharkan bahawasanya beta telah secara sengaja berjumpa dengan satu laman web yang sangat berguna untuk peminat-peminat Filem Hindustan macam beta.

Ayuh! Jangan buang masa .. sekarang juga beta akan kongsikan link tersebut kepada kalian semua yang satu spesies dengan beta. Peminat filem korea ataupun filem Hong Kong, dipersilakan keluar daripada sini ... haha (gurau-gurau)


info : laman web tersebut membolehkan anda menonton filem Hindustan kegemaran anda secara online. Yang paling best, tak perlu daftar dan ianya FREE ! so anda tunggu apa lagi tu..zass jom layann~

Thank You - Hindi Movie

Starring:
Akshay Kumar
Sonam Kapoor
Bobby Deol
Irrfan Khan
Sunil Shetty
Celina Jaitley
Rimi Sen
Vidya Balan
episode :

  1. http://www.filmshowonline.net/videos/67096/
  2. http://www.filmshowonline.net/videos/67097/
  3. http://www.filmshowonline.net/videos/67098/
  4. http://www.filmshowonline.net/videos/67099/
  5. http://www.filmshowonline.net/videos/67100/
  6. http://www.filmshowonline.net/videos/67101/
  7. http://www.filmshowonline.net/videos/67102/

'Thank You', filem pertama yang menjadi pilihan dan aku telah menontonnya secara online menerusi laman web di atas tu hah. *tersenyum bangga* . Filem genre komedi dan romantik itu memang tidak mengecewakan. Banyak pengajaran dan lagu pun best. Cuma ada la part-part yang tak sesuai untuk tontonan umum. Biasa lah cerita Hindi sekarang. Macam tak cukup kain. Bukan cam zaman Shah Rukh Khan dulu..hehe. Untuk cerita ni aku bagi 4/5 bintang.

Menceritakan tentang Kishen, agen penyiasatan yang telah membantu semua isteri yang menjadi mangsa suami yang kaki perempuan. Kishen berjaya mendedahkan kecurangan suami mereka dan menyelamatkan mereka daripada terus ditipu oleh suami diorang yang macam hampeh tu. Tapi pada masa yang sama, Kishen berjaya merubah suami mereka dan menyatukan kembali hubungan diorang. Rupa-rupanya, Kishen ni dulu pun seorang kaki perempuan sehingga menyebabkan isterinya membunuh diri. Akibat rasa bersalah, dia berasa bertanggungjawab untuk membantu isteri-isteri yang senasib dengan isterinya.

hansomnyerr Akshay Kumar!

selamat menonton~

Tuesday, May 17, 2011

A quote for today!


don't worry about a thing..because every little thing is gonna be alright !

MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"

Assalammualaikum W.B.T.

[ klik gambar untuk join ye ]


"Aku ingin berubah..."

Itu antara kata-kata yang aku selalu ungkapkan dalam hidupku. Namun, kata-kata tu sangat bermakna, malah paling bermakna sekali adalah pada 3 tahun yang lepas, bersamaan dengan awal tahun 2008. Peristiwa yang dah lama berlalu, malah aku hampir lupakan, tetapi masih tetap segar dalam ingatan.

Ya! Pada 3tahun yang lalu aku pernah ungkapkan yang aku ingin berubah. Semuanya berpunca gara-gara sikap aku yang lalai dan terlalu leka dengan keduniaan. Waktu tu aku masih di tahun pertama di salah sebuah universiti tempatan. Alhamdulillah, berbekalkan keputusan yang sedikit cemerlang di matrikulasi, aku ditawarkan kos yang memang menjadi pilihan ku sejak dari kecil. Doktor tu, siapa yang tak nak jadi doktor?

ah, perlu ke aku teruskan bercerita? rasa macam segan pun ada. Aku belum bersedia nak ceritakan rahsia ni

Aku harap, korang dengar cerita ni betul-betul dan jangan salah anggap, bukan ingin menyalahkan mana-mana pihak cuma sekadar memberi pesanan supaya jangan jadi macam aku. Dan tujuan aku menceritakan semua ni hanyalah untuk  berkongsi pengalaman dan aku harap ianya dapat menjadi iktibar untuk pembaca [kenapa bunyi macam penutup cerita je ni?]

Ternyata kehidupan di Universiti bukan lah seperti apa yang aku bayangkan. Ditambah pula aku mengambil kos yang dikatakan paling kritikal dan susah. Penatnya perlu menghadiri kuliah setiap hari, ditambah pula assignment bertimbun dan cuti pula tak banyak. Tak sebanyak kos lain. Ah hebatnya aku mengeluh. Apa yang pasti, bergelar pelajar Universiti bukan se-best yang disangka.

Alhamdulillah, aku ditemani 'teman tapi mesra' yang juga mengambil bidang yang sama dengan ku cuma kami berbeza tempat belajar. Happy! Aku juga dikelilingi rakan-rakan yang happy go lucky. Hari bekerja kami study, hari minggu kami enjoy. Motto kami, study biar lepak, result biar gempaq! Namun, pada peperiksaan pertengahan tahun, aku gagal.

"Gagal? biar betik.. Ya Allah!" aku tetap tersenyum namun di hati tuhan je yang tahu. Even family pun tak tahu berita kegagalan ku itu. Aku malu. Biarlah ia menjadi rahsia diriku.

Tak dinafikan, berita kegagalanku itu merupakan satu tamparan hebat bagi ku. Selama ni aku tak pernah gagal. Subjek di sekolah, paling teruk pun aku dapat D. Argh bodohnya aku time tu, menyamakan Universiti dan sekolah. ape kes? ah tapi aku still tak boleh terima kenapa aku gagal..bantu aku Ya Allah

Selepas tu, aku bertekad, aku tak nak gagal lagi. Aku kena fikir positif. Bukan aku sorang kot yang gagal, ramai lagi yang senasib denganku. Aku perlu lulus untuk peperiksaan akan datang. Sikap ku mula berubah, dari malas menjadi rajin. Alhamdulillah, prestasi pelajaran ku meningkat.

Pada masa yang sama .... *klimaks bermula

"Couple itu Haram. Couple mendekatkan kita ke arah zina. Malah, berkata rindu digelar sebagai zina hati." satu emel berbentuk tazkirah ku terima daripada seorang sahabat. 

Astaghfirullahalazim. Betul ke apa yang aku baca ni? walaupun berkata rindu sesama kekasih pun digelar zina hati. Ya Allah, apa aku dah buat. ampuni aku Ya Allah. Aku perlu buat sesuatu.

emel yang sama ku forward kepada 'teman tapi mesra' ku. Tujuan ku hanya satu, ingin berkongsi sesuatu. dan kami terus terputus hubungan. Aku gembira tapi dalam masa yang sama aku juga sedih. Sejak dari itu aku bertekad;

"Aku ingin berubah! aku nak jadi Syafiqah Nabilah yang baru!"

Rakan-rakan happy-go-lucky ku mula pelik dengan perubahan drastik ku. Aku kerap menangis, malah aku selalu cakap yang aku hendak berdakwah. Aku fikir dengan dakwah, maka dosa-dosa yang aku lakukan; aku lalai dengan pelajaran, leka dengan cinta dan perasaan, melakukan zina hati, akan terhapus. aku nasihatkan rakan-rakanku supaya jangan bercouple. Aku juga menegur rakanku yang free hair supaya menutup aurat. Wah, persis seorang ustazah gaya ku. 

Namun, rupa-rupanya ramai yang tidak boleh terima dengan tindakan ku. Orang kata, dakwah yang tak kena pada cara nya. Aku ingin berdakwah dan berubah menjadi seorang yang baik, tetapi lihat sahaja keadaan aku sendiri. Aku tidak menumpukan perhatian dalam kelas, study satu apa tak masuk dalam kepala, pelajaranku merosot, fikiranku entah ke mana dan apa yang pasti sikap ku berubah secara drastik. Aku sendiri tak pasti kenapa. Aku mula down.

peperiksaan akhir semester dua hampir tiba. Semua orang busy dengan study, tapi aku? Aku busy dengan benda lain ada la. akibat tekanan yang terlalu berat untuk aku tanggung, masalah datang bertalu-talu, aku pun bertekad untuk tidak menduduki peperiksaan semester dua. Ah senangnya aku menyerah kalah. Ya Allah, betul ke keputusan aku ni? Dan, akhirnya.. tahun satu ku di universiti tu, sia-sia begitu sahaja. 

Tambah sedih bila, lecturer ku mencadangkan supaya aku tukar kos, bukan mengulang tahun. Kesian mak dan abah, mesti diorang fikir aku dipaksa mengambil bidang yang aku tak suka. Bukan mak bukan abah. Maafkan Nabila~

Pelik! Aku ingin berubah, tapi kenapa begini jadinya? mana pergi semangat aku yang dulu. Arghh bodohnya aku menjadi orang yang gagal. Saat tu, aku betul-betul dalam kekecewaan. Lama juga la aku ambil masa untuk pulihkan semangat ku.  

Aku betul-betul tak tahu sama ada nak continue ambil medik di U lain ataupun tukar kos lain di U yang sama. Keputusan yang begitu sukar untuk dibuat. Sokongan keluarga dan rakan-rakan menyebabkan akhirnya aku memilih untuk menyambung medik di RCMP. Aku perlu mulakan hidup baru.. dan alhamdulillah, kini aku di sini. 

Dan agak-agaknya sekarang aku dah berubah tak menjadi rajin dan alim? hmm..lu fikir lah sendiri [bak kata Nabil]..

*cerita tamat.

Antara yang aku cuba sampaikan melalui cerita di atas, 
  1. Bukan senang nak berubah. Kadang-kadang kita memang tak boleh berubah, tetapi tak salah kalau kita ingin menjadi yang lebih baik.
  2. Sebenarnya, lagi susah nak merubah orang. Sebelum kita nak merubah seseorang, baiklah kita ubah diri kita dulu. Dakwah lah secara berhikmah.
  3. Jangan melakukan perubahan itu secara drastik yang keterlaluan. malah lakukan secara perlahan-lahan dan istiqamah.
  4. Jangan cakap je, buat sekali la kalau betul-betul anda ingin berubah.
  5. Berfikiran positif, jangan selalu sangat buruk sangka
  6. Blame yourself first before others
  7. kita hanya gagal bila kita jatuh tapi tak nak bangun balik dah pastu
  8. Everything happens for reason. Jangan biar perkara yang sama berulang lagi udah ler.
  9. Hidup ni kena selalu beringat, macam roda! kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah
  10. bukan senang menjadi Syafiqa Belle ( erk tiba-tiba ) . sampai sekarang aku masih pelik, macam mana lah aku boleh terlintas nak bercakap pasal dakwah dan segala bagai. Aku sendiri keliru. Mungkin waktu tu aku sedih, dan aku terasa dekat dengan tuhan. Tapi aku memang betul-betul ingin berubah waktu tu, meninggalkan segala amalan jahiliyyah ku..huhu
  11. udah ler. usah dikenang barang yang lama.. life must go on~ it's too short to be unhappy..keep smiling =)
  12. Em u olz tambah sendiri lah.. banyak sangat kalau nak letak semua.. hehe
and last but not least;
Jati diri kena kuat dan motivasi diri itu perlu kalau nak jadi Doktor ! Jangan takut dengan kegagalan once you enter Medical School (^_^)Y. Anggap je benda tu normal dan just follow the flow. Good Luck.

Terima kasih sudi mendengar. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Have a nice day!

wassalam.


Life is too short to be unhappy~

bertempat di Jusco Ipoh, kami telah ...

 bermain boling la apa lagi.. sudah terang lagi bersuluh kot ade gambar pin boling kat atas tu..adeh

ni baru separuh je yang masuk dalam gambar..hehe

Dan 5 hari kemudiannya..pada hari wesak bersamaan dengan hari ini..
kami telah pun..

 berkelah di taman Jepun. hah Malaysia ada Taman Jepun?? ajaib!

 antara menu yang ada, bihun goreng masakan Cain, keropok goreng gorengan Farahin & Asma, Sandwich hasil buatan Belle & Rd .. dan air teh susu bancuhan Ainaa..

comelnyer kau wahai ikan.. tapi kenapa dikau lebih memilih serpihan roti daripada makanan ikan yang bulat kecik2 dan warna warni tu? musykil.

antara adegan yang terdapat di tepi tasik..

 A kredit to Taman DR.

belle' : begitu lah antara skrip yang telah tertulis dalam kehidupan ku seminggu yang lalu. Terima kasih kawan kerana sudi mengindahkan lagi hidup ku. Kehadiran korang amat bermakna dan semoga persahabatan ini akan terjalin sampai bila-bila. 

lots of love from Belle'

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...