Saturday, September 28, 2013

Memori Hari Jubah

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah dan semua yang menyokong diri ini.









Semoga aku terus menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan negara.. Cheewah~

Sunday, September 1, 2013

Genap sebulan bekerja. Alhamdulillah!

Salam.

Rindu blog dan juga korang semua. Apa khabar? Rasanya tak terlewat nak ucap selamat hari raya dan salam merdeka kan? Maaf kan salah silap jika ada k..hee

Hari ni balik kerja awal. Masa rehat pun ada lebih. So sementara ada masa ni ku nak ambil kesempatan update blog ni lah.

Nak cerita pasal apa? Aku takde cerita menarik buat masa sekarang melainkan cerita tentang pengalaman sepanjang sebulan aku bergelar doktor pelatih di salah sebuah hospital kerajaan di Johor. Alhamdulillah, dah genap sebulan. Rasa cam baru semalam masuk kerja.

Camne dengan kerja sekarang?

Exhausted! Mula2 kerja memang penat sangat. Ye lah, baru nak adapt dengan suasana dan tempat baru. Tambah plak masa tu bulan pose. Aku dapat posting medical as my 1st one. Pergi kerja kul 5.30 pagi, balik kul 10 malam. Berterusan camtu dalam 3 minggu gak la. lepas tu dah off tag, rileks la sikit sebab dah boleh balik kul 5ptg hari2. Tapi hari ni balik awal sbb habis kerja cepat.

(Sebab tu ada masa menaip skrg ni)

Ada cerita best nak kongsi?

Ada! Dah kerja, macam2 ragam manusia aku jumpa. Dan aku gak baru faham suasana hospital kerajaan ni camne sebenarnya. Paling tak tahan bila deal dengan pesakit yang baru masuk ward terus nak mintak 1st class. Kurang suka sebenarnya nak layan orang2 yang macam ni. Sikit2 nak cepat dan tak tau nak bersabar. Tapi apa boleh buat, org kata customer is always right! Zas layan~

Satu benda yang aku perasan kat ward, dari segi penjaga melayu dan cina. Ni bukan nak racist ke apa tau. Tapi serius cakap, mmg obvious beza sgt. Kalau tengok anak org cina jaga emak dia, rasa terharu sgt. Prihatinnya. Cuma kdg2 ada je yg ter-over. Contoh, pernah sekali pesakit disahkan menghembuskan nafasnya yg terakhir, kemudian kuat gila anak2 dia meraung. Gegar ward aku weyh. Ada jugak yang every hour mesti pergi kaunter mengadu mak dia ada masalah sekian3.

Oh ya, lupa nak cakap. 1st day aku jejak ward, aku ada tegur sorang pesakit ni. Sempat la salam2 tanya2 sikit dia sakit apa. Lepas tu, tak lama kemudian aku diberitahu makcik tu collapsed hokay. Adakah itu satu petanda tak baik untuk kerjaya aku yg baru nak membangun ni? Wohoo, mintak dijauhkan. Then attended CPR, dan innalillah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Masih ku ingat lagi muka arwah sampai sekarang....

MO garang tak?

Kat mana2 mesti ada MO yang garang. Dah banyak kali kena marah. Tapi terima je lah. Semoga aku kuat setiap hari. Doakan k.

Rasanya setakat ni je lah. Nanti ada masa aku sambung citer lagi. Besday aku baru lepas. Mesti korang tak tahu kan. Takpe tak sedih pon... Aku harap yang terbaik je lah untuk umur Christmas kali ni. Akhir kata, tq sudi baca blog ni.

Salam dan jumpa lagi~

P/s: Gaji? Belum dapat lagi. Sabo!

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...