Saturday, May 29, 2010

k.a.m.i


::.. Every Year is a New Challenge !! Good Luck to All ..::




Ladies's Night



Ipoh Parade, Ipoh Perak

Kisah Hari Itu - tercicir motor

Hari ini, Encik Ilham menerjah ke dalam segenap nadiku. "Nadiku..bagaikan berlagu....lalala..." opss terlebih sudah!!. Encik Ilham meminta ku supaya menceritakan kepada kalian tentang 'Kisah Hari Itu'. (p/s:Rujuk SINI untuk berkenalan dengan Encik Ilham tau. :P)

Tanggal 28 Mei 2010, bersamaan Hari Jumaat. Hari itu, aku mulakan dengan bacaan Bismillah. Hehe. Selepas "bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi..lalala" .. aku bersiap-siap untuk ke Medan Gopeng ( nama hentian bas Express di Ipoh ). Aku bersama seorang teman sekolej ku tiba di Hentian Duta (nama hentian bas Express di KL), kira-kira DUA JAM SETENGAH kemudiannya. Ya kawan2! perjalanan IPOH-KL memakan masa selama 2jam setengah. hehe. Fuh...hampir lama juga ku tak melihat gelagat orang ramai yang bermacam-macam dan beragam-ragam. Mat Saleh hidung mancung, abang jual tiket bas berketumbuhan sesuatu di mulut, mamat yang SANGAT kurus kakinya berseluar jeans kering dan macam-macam lagilah :P . Aku hanya mampu memerhati sambil menunggu seseorang (kakak sepupuku) mengambilku di situ.

Ya, hari itu. Aku tidak dijadualkan untuk pulang ke KAMPUNG, tetapi ke Kuala Lumpur..(T-T). Sepupuku menikah la! Rasanya tidak perlu untuk ku menceritakan kejadian yang berlaku sepanjang perjalanan rombongan kami ke rumah pengantin perempuan. Aku tahu, engkauorang pun tak nak tahu kan kan..:P

Jadi nak dipendekkan kisah. Hari itu, semasa majlis akad NIKAH di masjid. Setelah berjaya melafazkan akad kali kedua, pengantin lelaki juga merangkap sepupuku itu telah mengangkat kedua-dua belah tangan beliau seperti....em camne nak explain ek..ala cam orang bersorak bila tonton sebiji bola berjaya dijaringkan di PIALA DUNIA world cup FIFA. Hooray!!!! Betapa terkejutnya hadirin hadirat dan serta merta disusuli dengan derai gelak ketawa. Mereka geli hati melihat gelagat pengantin barangkali. adoyai macam-macam..hehe. Tau lah dah lega. Papepun.. Alhamdulillah, mereka selamat diijabkabulkan. Tahniah BOBOY!

Alkisah pada hari itu.. juga..semasa nak bertolak ke rumah pengantin la ni, pak cik aku dengan yakin sekali ye kawan2, beliau memandu terus tanpa menoleh ke bahagian kiri beliau (tempat co-pilot). Mak Abah aku dah pandang pelik je tengok diorang dari dalam kereta kami. (p/s: kami konvoi dua kereta, abah ku di belakang, pak cik ku di depan). Kenapa mak cik aku seakan-akan ditinggalkan?? Pak Cik aku blah camtu je ke?? kesian nyerrr (T-T).. Rupa-rupanya, pak cik aku tak perasan daa.. yang isteri dia belum naik kereta lagi. (Moral : sila check penumpang semua dah ada baru masuk Gear D okay??!! hehe) 

Adoi ai..tertinggal kereta boleh diterima lagi. Ada kisah pasal tertinggal lagi ni. kisah ni, diorang suami isteri la, berdua naik motor. Si isteri duduk di belakang dengan gaya penuh sopan la, hadap ke tepi. Sesampai dan setiba di rumah, si suami tu hairan...'mana pergi isteri aku?'. Kesian isteri dia ditinggalkan gara-gara tergelongsor daripada motor. Syok sangat kot bawa motor sampai tak perasan isteri nya dibelakang sudah tercicir...hoho..hehe..huhu (umur suami isteri itu dalam lingkungan 60-an gak la)

Itu aja 'kisah hari itu'. Kisah hari itu diakhiri dengan kunjungan kami ke putrajaya ALAMANDA dan setiba di rumah kami terus tidur untuk menghadapi hari esok yang mungkin lebih menggembirakan daripada hari itu. :P

Friday, May 28, 2010

Summary for my FB's status

Sekali lagi, entry ini berkaitan status aku di FACEBOOOOOK! cek-it-out..

   



What is the real story?? I just wanna let YOU know that its a FACT that women more often seek for doctor compare than man. Agree right?? Is it because women has higher potency to get a severe disease than man? Is it because Man are tougher than women?? NO! Man is also a HUMAN who will and always getting sick and they absolutely need a doctor for recovery and get an available treatment. Same as women. But why man less often see the doctor? Like, my friends idea stated above...their 'EGO', less ignorance, shy and so on.. Thats why laa..Hmm so..Male or Female!! WE ARE THE SAME...Let's care and concern about our health. Thank you~

P/S : ramai ke doktor 'encem' kat hospital tu?? hmmm.....pikiaq sat no

Thursday, May 27, 2010

A word for today !




ALHAMDULILLAH ~

Kisah Nenek dan Doktor Pelatih

ade kisah seorang nenek ni, pergi ke hospital untuk buat CT scan. Semasa menunggu giliran, dia pun bertanya kepada seorang doktor pelatih ni. "kena buat apa ni doktor?". Jawab doktor, " entah lah nek, saya pun tak tahu. Penat ni..saya kena campak kat sini la kat situ la...bla bla (macam meluahkan masalah) ". Ni siapa doktor siapa patient? Moral : Stress bagaimanapun...Jangan sesekali mengadu masalah kepada patient. Doktor yang sepatutnya perlu mendengar masalah pesakit. Aigoo.

Sejam kemudian, Nenek dipanggil untuk melakukan CT scan, nenek bertanya lagi... " Ct scan tu apa doktor? ". Then doktor pelatih (houseman) yang bertugas pun menjawab, " oh senang je nek, nenek duduk diam-diam, lepas tu nenek macam kena masuk dalam keranda la..then bla bla bla....". Nenek tu terkejut dan terus melarikan diri. Hampeh tul doktor tu. Moral : Watch your mouth okay!!


Wednesday, May 26, 2010

Hadiah untuk mereka

hatiku girang gemirang... exam sudah tamat....acara blogwalking bakal dijalankan....tapi adakah kegirangan ini akan berkekalan?? oh no no tidak no.....ianya hanya sementara sahaja...mungkin.....kerana......biarlah hanya diri ini yang tahu.... jadi mari gunakan ia dengan sebaik-baiknya.... chill huh..( sambil berkejar ke bilik air mengambil wudhuk...solat Zuhur jom kawan-kawan....huh, sudah dua jam aku menghadap Lappy rupenye..adoish ) .. memang boleh gilerrr

SO..WHAT ELSE? hah..here, I give credit to them (as the following) for leaving their comment in my past entry....thanks ya..I really really appreciate that (~_^)V








visit them okay??!! enjoy urself~

Opick - Rapuh


Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Lagu bertemakan ketuhanan nyanyian Opick ini berkisarkan tentang perasaan seorang hamba terhadap penciptanya. Dalam kehidupan ni kan, ada suka dan duka pun ada. Kalau suka je, bukan kehidupan namanya!! Semua tu tercoret seperti sebuah lukisan. Cheewah. Macam RODA pun boleh gak, kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah. Then, mengikut lirik di atas, dinyatakan juga bahawa sebagai seorang hamba Allah, tentu sekali kita tak terlepas daripada melanggar perintah-Nya..right? tak kira la dosa itu sebesar zahrah atau sekecil gajah (erk macam terbalik je ni). Walaupun begitu, dihati seorang hamba tetap ada pada pencipta-Nya. Dia juga meminta ampun kepada Allah kerana tidak sepenuhnya mencintai-Nya tapi dalam hati dia tetap berharap Allah adalah cinta yang abadi dan kekal selama-lamanya. Lirik ini diakhiri dengan sepantun dua kerat.."detik waktu terus berlalu, semua berakhir padaMu". Maksud dia kan. Masa tu berlari 100m, amat pantas. No patah-patah balik. Tapi kita tetap akan kembali kepada.....Allah jua. Pendek kata, semua orang akan menemui ajal la tu..kehidupan di dunia kan hanyalah sementara. Paham tak nih??? hehe. okay bagus amat. So jadilah orang yang paling bahagia. INGAT! Kehidupan perlu dinikmati bukan dilalui semata-mata dan..JANGAN TINGGAL SOLAT K!! zass..Layannn

Sunday, May 23, 2010

Syahir AF menang

8.08 am : bangun pagi gosok gigi bancuh nescafe secawan then terus online

semalam tak online, terpaksa abadikan diri untuk BOOK not FACEBOOK k! so, pagi ni, online terus buka blog dan facebook. Aku ditag di FB (28 notifications) + dapat satu komen di blog (aik satu je..hukhuk saya budak baru belajar..hmm). Then blogwalking kejap terjumpa nih;


Ihsan daripada : RashidLin (klik untuk baca entri pasal Syahir)

OK. Syahir menang rupanya. Ingatkan Adira. Papepun tahniah kat Syahir. Nyanyi leklok eh pasni. Lalala~

8.48 am : offline and back to book..doakan aku..takut nih..adioszz!

Friday, May 21, 2010

Jelingan Ayah

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya jika ke kedai. Jika akumengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku. Bermakna aku disuruh meletakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat Maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat Tok Imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingan padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula ke celah punggung tok imam tadi.

Apalagi melatahlah Tok Imam tadi. Habis satu jemaah terbatal solat mereka kerana terkejut dengan latahan Tok Imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah telah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung Tok Imam!!!




*dipetik daripada artikel di sebuah majalah~hehe

Thursday, May 20, 2010

Thomas Cup 2010

Selamat malam sebagai pembuka bicara. Encik Ilham berpesan supaya aku menulis tajuk dulu sebelum mengarang sebarang entri. Info: sila klik di sini pada sesiapa yang masih belum mengenali Encik Ilham okay? Good! Ok. Dah menjadi kebiasaan aku, bila meng'update' post baru,  tajuk adalah perkara paling akhir yang akan aku lakukan. So this time, berbeza sikit. Sebabnya, tajuk tu dah basi. (sila tutup hidung kalau ade bau). So harap-harap, bila aku tulis tajuk dulu, ianya dapat meng'cover' kelewatan aku yang tahap dewa ni. Boleh kan camtu? 

"Dah lama la wei Piala Thomas tamat. Ko baru nak cerita ke??" adoi..haha

Story-mory bermula start...

Selepas Malaysia tewas di tangan China peringkat separuh akhir, (jumaat lepas), aku lantas menaip status Facebook ku seperti ini:

"..::Ni yg terasa nak stat main badminton dgn harapan dpt kalahkan Lin Dan yg sgt psiko (perlu ke dia buat aksi begitu?? wek)::.."

dan inilah antara feedback yang aku dapat, jom baca jap 

dah baca? nampak ke..kalo tak, buat-buat nampak la eh. Ok. Ade 4 orang 'like', 4 komen. tak tahu lah diorang like sebab ayat aku menggelikan ulu hati diorang ataupun diorang setuju dengan ayat akhir aku..'LIN DAN SANGAT PSIKO'. Whatever pun sebabnya..thanks ye korang (rase popular kejap..hehe). Mesti ramai yang tengok detik-detik ketewasan Datuk Lee Chong Wei di tangan Lin Dan. sedih kot. Si Lin Dan ni, boleh buat aksi terlampau dan menyakitkan hati plak lepas dah habis lawan tu. Ni yang hangin satu badan ni. Perlu ke buka baju?? Hmm gembira sangat kot. So perlakuan menjadi di luar jangkaan. Kesian Chong Wei. Kalau aku jadi Chong Wei, dah lame aku amek pisau tikam-tikam si Lin Dan tu (erk melampau sangat kot aku ni). 



Nampak tak betapa gembiranya Lin Dan?? ye, nampak dengan sangat jelas~

Then, dua hari kemudian, masa Final. Lin Dan lawan Taufik. Mula-mula memang harap Taufik menang. Tapi ternyata Tembok besar China sangat lah 'BESAR'. Aku kena akui, Lin Dan sangat power maa!! Memang layak dia digelar seorang juara.  




Tengok cara jalan ar beb. Melangkah dengan sangat yakin!




Tapi Lin Dan jadik artis pun ok gak kan..heheh

Kalah dan menang adat bertanding. Terimalah kekalahan itu dengan hati yang terbuka. Boleh cuba lagi lain kali. Sebaik sahaja, China ditabalkan menjadi juara Kejohanan Piala Thomas 2010, sekali lagi aku sempat meng'update' status ku di Facebook..hehe

entah siapalah Simon Santoso tu sehinggalah aku tengok dia kalahkan Chen Jin di game pertama. (google sendiri ye jika tak kenal) hmm. Not bad. hebat gak. Good Luck to Simon Santoso..yeah!!

Sunday, May 16, 2010

17 tahun yang lalu

entri kali ni agak sedikit mencabar. Kerana ianya bakal mencabar sekuat mana ingatan aku. Jeng jeng jeng.

Jom cekidaud (check it out) 


1
....

2
....

3
....

Action!!


Pada zaman dahulu, ada seorang kanak-kanak perempuan ni, (aishh perlukah aku teruskan) kira-kira 17 tahun dahulu (terasa mahu skip setahun..boleh?). Tak boleh. Baik cikgu!. Ah biar gambar yang memberitahu siapa kanak-kanak itu~



Ya. Kanak-kanak itu adalah aku. Jangan gelak, please. Aku tak sengaja tau mempamerkan muka sedih dan berpakaian pokedot oren. Huh. Sesungguhnya gambar ini telah diupload oleh seorang rakan di profile FB beliau. Ya, benar. Facebook telah banyak berjasa dengan me'reveal'kan gambar2 lama milikku. Hampir terbongkar semuanya..cet. Thanks FB! Tapi bukan itu cerita sebenar entri ini. 16 tahun dulu, aku memulakan persekolahan di Tabika ABIM. Dekat je dengan rumah. Guru ku yang paling aku ingat adalah Cikgu Ani dan Cikgu Rumaizah juga merupakan jiranku. Mereka lah yang bersusah payah memperkenalkan 'alif ba ta' kepada ku. Terima kasih cikgu.

Next one year, bertempat di SK Parit Jawa, jiran Tadika ABIM. Kenderaan milikku ketika itu hanyalah sebuah basikal tua (sudah lama tidak berbasikal..rindu). Info: basikal itu telah dijual di kedai besi buruk. sadis sungguh..T-T

Johan nasyid daerah tau ni..hehe (juga diupload di FB)

Cikgu SKPJ yang paling aku tak boleh lupa..mestilah cikgu Zailan. Dia ajar Matematik, juga guru kelas masa aku darjah 6. hah, beliau garang dan agak pedas mulut beliau. Pernah la, time kitorang balik daripada berlatih koir. Info: Para pengawas perlu menyanyikan koir setiap pagi di perhimpunan. Ya aku seorang pengawas bukan Mawas!). Cikgu tu perli, "dah habis melalak?". heheh. Bukan apa, aku paham, cikgu tu memang tak suka kitorang skip kelas dia. UPSR nak dekat kot time tu. Cikgu mana yang tak risaukan pelajaran student diorang kan. Then, cikgu Hasnah (sains). Jangan lah main-main masa kelas dia. Aku suka cikgu Mazidah. Tips dia memang boleh pakai kalau adik-adik ye, nak cemerlang subjek BM penulisan. Hari-hari salin karangan. Sape paling banyak salin, dapat hadiah. Cikgu Arifin (BI)-tulisan dia cantik!. Cikgu Saadiah (BM)-amat garang. Ustaz Sazali (Agama)-kelakar dan ayat paling aku tak boleh lupa 'dah habis, mak..dah habis'. Cikgu Shuhaimi (muzik)-rindu nak belajar muzik!! Cikgu Azali (Jawi)-ni memang tak boleh blah. Mula-mula tulis karangan jawi kat papan hitam, cantik sungguh, mantap ah, kagum..tapi bila dah hujung-hujung..heheh cam bentuk cacing pun ada...kahkahkah..sori dad. ya Azali itu merupakan ayah gua. segan gak la satu sekolah dengan abah sendiri tapi best. Hehe.

    
(sekali lagi ditag dengan bangganya di Facebook!! aisshh)

Kat Johor, kena pergi sekolah agama waktu petang. So gambar di atas cukup menjelaskan aku sedang membuat persembahan nasyid masa Majlis Khatam Quran. Kalau perasan, dah dua, gambar aku masuk nasyid. mungkin cita-cita aku nak masuk AF kot dulu...heee. so, pengalaman paling tak boleh lupa, pengawas kena bertugas basuh tandas. Seyes, tak tipu! Ada ke patut kan..haissh. Then, masa exam Bahasa Arab plak (info: B ARAB adalah subjek yang paling tough!!)..cikgu kitorang, sengaja buat-buat keluar..so that kitorang boleh tiru budak yang pandai Arab. Haha macam paham2 je cikgu tu. kisah benar ni. Syukran cikgu.

Zaman sekolah rendah, event yang paling ditunggu-tunggu mestilah hari Kanak-Kanak. Seronok sangat..hehe. Then, lain tak bukan, mestilah hari guru. Berebut-rebut beli hadiah. Teringat, kesian mak ngan abah dipaksa olehku membeli dan membalutkan hadiah untuk cikgu. Then esoknya, usha cikgu sape paling banyak dapat hadiah. Cikgu Nora. Ya aku ingat. Dialah paling banyak dapat hadiah. Siap kena mintak tolong anak murid masukkan hadiah dalam kereta. Then, hadiah paling common..jeng jeng jeng...SABUN BUKU!! yeah..haha. Mane aku tahu? Sebab aku orang yang dipertanggungjawabkan membuka balutan hadiah milik Encik Azali Khan (~_^")

cukup lah tuk kali ni. ( sekolah Menengah? em..Next time eh..nak rehat dulu ). Kenangan sekolah rendah memang best. Kalau lah boleh diputar kembali waktu tu. eh betul ke boleh? err takpe lah, saya gurau je tadi tu..hee. 

kesimpulannya, dapatlah saya simpulkan bahawa..sempena 16 Mei iaitu bersamaan tarikh entri ini dikarang,

***************************************
TERIMA KASIH CIKGU DAN SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU DI MALAYSIA TERUTAMANYA BEKAS GURU-GURU SAYA (Tadika ABIM, skpj, sapj, smkbm, smssi & Pak Ali) YANG SANGAT SAYA SANJUNGI. JASAMU TAK TERBALAS. Tanpamu siapalah saya DAN TERIMA KASIH TERIMA KASIH CIKGU.

***************************************

p/s: sorry if my summary cam lari sikit dari content (^_^'') *pak ali merujuk kepada guru di sekolah memandu. Cikgu juga kan?? Tanpa beliau, tak mungkin aku boleh memandu dengan laju..heee..cet. 



  

Friday, May 14, 2010

Kisah sedih

Aku sedih..uwaaa

"La, kenapa Pika? Ko putus cinta ke?"
Tidak. Itu cerita lama. Jangan disebut-sebut ok. (sambil di hati ini, rama-rama itu terbang lagi....)

" Ko baru lepas kena reject ea? "
Oi Oi. Aku still waras untuk tidak akan memulakan sebarang perhubungan k!

" Ko baru lepas tengok cerita Hindustan..kan kan? "
Bestnya..I like. Tapi, sori bukan jugak.

"Abes tu kenapa? Ade orang meninggal ke?"
Bukan. Family aku sihat walafiat. Alhamdulillah. Cuma ade la beberapa yang tidak. Ala biasa la sakit tua. Uwaa.

"Ala, biasa la. Datang bulan. Emosi tak stabil la tu."
Ok. Menangis tiada dalam senarai symptom-symptom wanita datang bulan.

"Ko punya duit habis eh? takpe, aku leh pinjamkan." 
Nak. Nak. Tapi bukan itu !

"Homesick!!"
Aku baru balik la aritu.

Mereka fed up berlalu pergi meninggalkan aku. Eh korang jangan chow plak. Ye la aku bagitahu. 

Aku sedih la, Malaysia lawan kul 7 hari ni. Aku berkobar-kobar siapkan semua kerja semata-mata nak tengok kul 6. Hampeh and bulbus. Takpe. Malaysia Boleh! ok tu je.

p/s: mereka = watak ciptaan encik Ilham aku ok. Tiada kena mengena dengan makhluk lain. Sekian.

Thursday, May 13, 2010

Tengok TV sambil study

Terasa ingin menaip sebuah entri dikala 'petang-petang Thomas' sebegini.. 

Info: Piala Thomas sedang berlangsung ye, dengan Malaysia berjaya ke semi final bertemu China. Boleh menang tak?? cuaknyerr.. (eh aku plak yang cuak dah nape?). 

Selalunya.. waktu-waktu camni, perlawanan sedang berlangsung tapi Malaysia lawan esok~

"Tipu!!"

"Kau sedang menaip sebuah entri!"

Ya..aku tipu tadi..takpe tipu sunat. Tapi Encik Ilham belum sampai lagi la.

Info:
  1. Encik Ilham digunakan kerana Ilham lah yang menjayakan aku menulis sebuah entry selama ini.
  2. Perkataan Encik digunakan bagi menghormati sesuatu yang menjadi sumber aku ber'blog'. Macam Encik Tunang, Encik Boyfie..bla bla bla. Dan, tanpa Ilham, siapalah seorang blogger itu.
  3. Encik digunakan kerana berlainan jantina mampu menimbulkan feel yang lebih masyuk. Keseimbangan juga berlaku di situ <-- ayat="ayat" b="b" bertajuk="bertajuk" novel="novel" tiru="tiru">'Aku kan Novelis'
  • ok cukup!
  • Sambil menunggu Encik Ilham tiba, aku menyelak lecture notes Microbiology di sebelah kiriku.

    "kau tipu lagi!"

    yela, yela..aku tipu lagi. Mane 'logic' study sambil buat kerja lain. (walaupun aku tahu Amalina menyatakan bahawa beliau belajar sambil tengok TV. Ah mengarut itu semua. Aku sungguh tidak percaya. 

    psst : eh ape cerita Amalina sekarang? sudah lama tidak ku dengar berita beliau. Adakah kini beliau se'success' beliau sewaktu beliau SPM dahulu? Hurm, mungkin =) 

    ok. 

    Study perlu fokus! Sesungguhnya belajar 2jam itu lebih baik daripada belajar 8jam tanpa henti sambil kita meng-online, mendengar muzik or menonton TV. Percayalah kata-kataku ini!! (aik..TV lagi) Nampaknya, obsessss sungguh aku dengan TV. Opss terbocor lagi tembelang ku. cam mana ni. 

    Eh tapi betul, (cuba menyelamatkan tembelangku daripada cedera dengan lebih parah lagi) aku dah try study depan TV, memang tak jalan. Lagi-lagi, sambil tengok Piala Thomas. Tak senang duduk dibuatnya. Sape-sape yang boleh sila angkat tangan cepatt! boleh la bagi tips sikit kan?

    sambil itu, Encik Ilham menuju ke arah ku dan die terus berlalu pergi meninggalkanku. 
    Owh, dia lalu je...tak singgah pun. 
    hampeh tul.
    *nanges*

    ok, chow dulu ade kerja nak buat.

    "tipu lagi."

    ye la ye la.

    SALAM

    (sambil menuju ke tingkat bawah menonton AdaMaya episod akhir)

    kesimpulan, janganlah suka menipu. dosa!

    Wednesday, May 12, 2010

    My real Hero - Happy Father's Day

    Jom berkenal-kenal dengan hero Hindustan

    Semua hero ni ada persamaan 

    sebab nama diorang ada Khan kat hujung

    Hero pertama, sudah semestinya 

    SHAH RUKH  KHAN

    seterusnya ialah...

    SALMAN KHAN

    next..



    AAMIR KHAN

    dan yang sedang hangat bercinta dengan Kareena Kapoor, siapa lagi kalau bukan

    SAIF ALI KHAN

    dan akhir sekali, hero ni mesti ramai tak kenal

    hero, baru la jugak



    FARDEEN KHAN

    eh ade lagi sorang tertinggal,

    sangat kacak dan macho

    siapa lagi kalau bukan

    HRITIK ROSHAN

    erk..kire keluarga khan jugaklah kan, 'Ros Han'..hehe

    walaupun diorang ade nama akhir yang sama, diorang tiada langsung pertalian darah ye..harap  maklum..kebetulan je tue

    walau ape pun

    walau sekacak mane hero-hero bollywood di atas

     mane boleh lawan hero pujaan hati aku seorang ini

    memperkenalkan

    hehe



    AZALI KHAN

    my dad


    Happy Father's Day to YOU
    I Love You dad!!
    Thanks for being my dad and I always love you...forgive me if I'm done anything wrong with you..Please Pray for my success Di dUnia & Akhirat..peace dad

    (~_^)V

    Monday, May 10, 2010

    saya suka Black

    Lirik Lagu

    Sofea Jane - Nyanyian Black Mentor 3



    Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
    Yang tak bisa disentuh
    Namun hanya boleh dipandang
    Ingin sekali ku sentuh
    Ingin jua ku memiliki

    Kau selalu membuat hatiku merasa berat
    Dan kau yang selalu ada
    Saat semua pergi
    Bagaimana mungkin
    Untuk kau mengerti

    Kini telah ku sedari
    Mimpiku tak bererti sendiri

    Chorus
    Andai kau tahu
    Apa yang ku mahu
    Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
    Dan aku tak bisa memaksa dirimu
    Walau dalam tidur
    Ku kan menantimu hingga akhir nanti

    Kau selalu membuat hatiku merasa berat
    Dan kau yang selalu ada
    Saat semua pergi
    Bagaimana mungkin
    Untuk kau mengerti

    Kini telah ku sedari
    Mimpiku tak bererti sendiri

    Ulang chorus

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Percaya lah kawan-kawan, lagu baru Black ni bertajuk 'Sofea Jane'. Mulanya, aku sendiri tak percaya. Tapi lepas dengar pengakuan Black kat Hotfm, barulah aku percaya. Rupanya Black ni peminat Sofea Jane. Lawak ar Black. Papepun I like! You memang best ah..hoho

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Aku selamat tiba di Ipoh semalam. Kali ni naik bas. Hentian Pudu ditutup sementara ye kawan-kawan. Dah tukar ke Bukit Jalil. Harap maklum. Cuak jugak, ye ar tempat baru bagi aku. Kalau Pudu tu dah biasa. Tapi ok je. Tak susah pun nak dapat tiket dan cari bas. Try lah k..heheh. Agak sesak sebab Piala Thomas & Uber pun buat kat situ gak. Aissh ikut kan hati, nak je singgah bagi sokongan kat Lee Chong Wei. Tapi takpe lah..heheh. Lagipun Malaysia tak lawan pun. Menang free ngan Nigeria. So, pendek cerita, pagi tadi aku mula meneruskan misi yang masih belum settle. Harap misi berjaya dilaksanakan. GooD LucK to rakan-rakan seperjuangan. Ok..Belle minta diri dulu eh..buku dah memanggil-manggil minta dibelek...chow~

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    p/s: dulu-dolu kan, bila ade kejohanan piala Thomas je, semua orang semangat main badminton. Beli raket baru. Net baru. Selalu main depan rumah walaupun tak de bakat sangat. Seyes sebab aku pun camtu. tapi sekarang semangat tu cam dah luntur. Nape ek...ish papepun Gud Luck Malaysia!!! Malaysia Boleh punyerrrr...Belle' Boleh..(aikk??)..heee

    Monday, May 3, 2010

    Perkahwinan Membe



    Salam aaya. Namaste. Ni Hao Ma ?? Sihat kah ??

    petang tadi aku menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan lama, panggil je Amir (cet, cam korang kenal je..heheh). Info: Amir adalah lelaki pertama yang pernah kene hempuk ngan aku kerana beliau telah mengganggu rakan aku, mase zaman kanak-kanak dulu..ye, aku memang seorang yang agak kasar dan ganaz, sebab tu membe2 panggil aku 'Capiq'..oppss hehe, terbocor rahsia pula..eh ke aku tipu ek? ah abaikan..sekian. em...Teruja la juga sebab first time, dalam sejarah hidup aku, aku menghadiri perkahwinan rakan sebaya. selalu aku asyik pergi ke perkahwinan saudara, rakan mak abah dan sebagainya.  Owh, sudah hampir ke usia alam perkahwinan rupanya aku ni...rasa macam baru 17 tahun..eh tak..diorang yang kahwin awal (ayat denial).

    Hmm, Walaupun tak rapat dengan Amir, tapi kenalan lama..lagipun sekampung kan..memang patut pun aku luangkan masa ke sana.  Ye tak? Best sebab dapat tengok mereka bersanding dan dapat jumpa rakan-rakan sekolah yang lain. kire cam small reunion jugalah kan. Wow 2 in 1. So, hendak dipendekkan cerita, sekalung tahniah untuk pengantin baru, semoga berbahagia ke anak cucu cicit dan seterusnya..hehe. Cun isteri Amir. Pandai ko cari. Bagi tips sikit boleh? hehe



     

    **********************************************************
    Phir Milenge Chalte Chalte = Next time we meet again

    Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

     Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...