Sunday, September 30, 2012

Filem terbaru Shah Rukh Khan : Jab Tak Hai Jaan







  • Menurut sumber, Filem Jab Tak Hai Jaan ni merupakan filem terakhir arahan Yash Chopra (80tahun)
  • Filem ni bakal ditayang kan sempena Diwali pada 13 November 2012. Tak tahu la kat Malaysia ditayangkan atau tak.
  • Kalau takde tayangan di Malaysia, ada sape-sape nak sponsor aku gi India tak? lalala~
  • Muka kedua-dua heroin ni nampak seiras, susah untuk aku bezakan.
  • Macam biasa, Shah Rukh Khan nampak muda sentiasa walaupun umur dah pun > 40tahun.
  • Last sekali, apa maksud Jab Tak Hai Jaan?? Sangat curious nak tahu ni.
  • Looking forward on this film. Hope it will be the greatest film at least for this Year 2012.

Kedai Runcit Cina VS Kedai Runcit Melayu

Salam.

Kedai Runcit Cina.

Dua hari yang lepas, aku ke kedai runcit yang terletak berdekatan dengan rumah sewa ku untuk membeli roti dan kaya. Biasalah di Ipoh ni, sangat susah kot nak jumpa kedai runcit Melayu, makanya kedai runcit Cina la yang menjadi pilihan hati. Hendak membeli di 7Eleven, mahal lah pula..kan?

Nak dipendekkan cerita, setibanya aku ke kedai runcit tersebut aku tertawan dengan layanan yang diberikan kepada ku.

"Ya Miss, mahu beli apa?"

Dengan senyuman dan panggilan Miss, terasa diri ini dihormati, walaupun berlainan bangsa. Tiba masa untuk membayar, harga yang perlu ku bayar adalah berjumlah RM 5.10. Sengaja ku keluarkan sekeping wang kertas 50 hengget sebab mahu kan duit pecah. Nakal amat ya diri ini..lalala.

Ye la, jarang sekali kita dengar peniaga kedai runcit Cina bertanya, "Miss, tiada duit kecil kah?"

Malah, Uncle tu tak tanya pun, "Miss ada duit syiling seposen?"

Dan Uncle tu mengembalikan duit baki sebanyak RM45 hengget. Yeay, dah ada duit pecah; 4keping duit merah, sekeping duit hijau.

Memang respect lah! Aku je yang jahat. Padahal ada je wangkertas warna merah dalam dompet tu..uh. Perasaan bersalah tiba-tiba menyelubungi diri ini lalu aku mengeluarkan wang syiling seposen.

"Uncle, ni saya ada seposen."

"Takpe." Uncle tu menolak rejeki..alolo, cutenyee.

Tapi disebabkan aku insist gak nak bagi, Uncle tu pun ambil seposen tu akhirnya.

Kedai Runcit Melayu.

Lain pula cerita yang aku dengar daripada seorang rakan tentang kisah dia membeli di Kedai Runcit Melayu sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Dia menceritakan kisah ini kepadaku selepas kagum dengan cerita Uncle Kedai runcit di atas..haha.

"ko nak tahu?"

"em, boleh gak. Aku memang suka nak tahu..lol"

"Pernah dulu masa aku kecik-kecik pergi beli jajan kat kedai runcit Melayu. Time tu aku tak cukup duit nak bayar. Dah kat kaunter ni, pakcik tu suruh aku balik rumah ambil duit. Seposen je kot!! Grr geram aku kau tau."

Haa, see? Nampak dah ke perbezaan antara kedai runcit Melayu dan kedai runcit Cina?

Tapi tak semua kedai Melayu macam tu, dan tak semua kedai Cina bagus macam tu.

Papepun, I Love Malaysia.

*jajan = makanan ringan.

Belle' : Atuk pernah berpesan, Nabila, kalau boleh beli la di kedai Melayu. Kalau dah tiada kedai Melayu sangat-sangat baru lah beli di kedai Cina.


Saturday, September 29, 2012

Friday, September 28, 2012

1 Malaysia : Bajet 2013


Assalammualaikum.

Sepertimana yang kita semua sudah ataupun baru tahu, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak telah pun membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2013 dan berikut adalah antara intipati menarik yang terkandung dalam Bajet 2013.

Bajet 2013 - Bajet Rakyat Tersenyum

Let's cekidaud sama-sama!

  • Seramai 170,000 individu tidak perlu membayar cukai pendapatan. Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.
  • Pencen minimum dinaikkan kepada RM820. Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820.

  • Pegawai dan anggota ATM akan menerima insentif khas bernilai RM200 setiap bulan bermula Bulan Januari tahun hadapan.
  • Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000
  • Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

  • BR1M 2.0 akan diteruskan dan kriteria meliputi  golongan bujang berumur 21 tahun ke atas, yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, akan menerima bantuan RM250.
  • Rebat RM200 pembelian telefon bimbit 3G untuk golongan belia berumur antara 21 – 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
  • Bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam. Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500. Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

  • Elaun kepada nelayan- sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  • Skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

  • Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  • Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan
  • Diskaun untuk bayaran PTPTN. Beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kerajaan turut mencadangkan pelepasan cukai sedia ada kepada ibu bapa yang mempunyai anak di institusi pengajian tinggi daripada RM4,000 seorang kepada RM6,000 seorang mulai tahun taksiran 2013.
  • Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
  • Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  • Diskaun separuh harga bayaran membuat pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  • Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah
  • Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
  • Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan. =D
  • Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
Sekian laporan dari bilik berita.
sumber : Nurizspace.com

Belle' : Agak-agaknya, sempatkah aku nak gunakan RM250 tu? Papepun, aku sayang Malaysia. Keranamu Malaysia! (tiba-tiba patriotik ni pehal?) Peace yo ^__^Y

salam.

Monday, September 24, 2012

Kisah Pak Cik Air Penawar

"Aku sedih la Meen.."

"Hey, kenapa ni Lynn? Tadi kan dah ok." 

"Aku memang macam ni, bila petang-petang macam ni, tambah pula hari hujan tadi mula la hati aku ni sayu semacam. Uwaa.. aku sedih."

"Dah la, jangan sedih-sedih. Tak elok la beb. Aku kan ada. Nanti kita study sama-sama, jangan ingat benda yang dah lepas. Janji dengan aku?"

"ok, aku janji."

Mereka tersenyum. Semangat yang hampir hilang itu kembali. InsyaAllah.

Teringat pula peristiwa siang tadi, sewaktu mereka berdua 'lunch' bersama-sama. Datang seorang pakcik, tauke restoran yang memang mengenali Lynn. Dia tahu yang Lynn terpaksa mengulang semula exam selepas gagal dalam exam baru-baru ni. 

Dia sempat berpesan kepada Lynn dan Meen ;

"Jangan risau, masih ada peluang kedua untuk kamu. Nanti Pak Cik minta air penawar daripada Ustaz untuk kamu berdua. Mudah-mudahan, urusan kamu berdua dipermudahkan ALLAH nanti."

"Baiklah Pak Cik, terima kasih." jawab mereka berdua.

"Jangan lupa solat Hajat, doa banyak-banyak. Minta restu daripada mak ayah. Penting tu. Jangan lupa masa nak jawab soalan tu, baca doa penenang hati. Tahu kan? Dan..bla bla bla..dan bla.."

"Ei, ko ingat tak pakcik tadi. Dia ada sebut pasal Air Penawar.. ish lama betul aku tak dengar pasal Air Penawar. Dulu masa duduk Asrama selalu kot buat Air Penawar, nak2 time nak PMR & SPM..hehe." 

Meen cuba berseloroh. Niat di hati ingin menghiburkan hati Lynn.

"hahaha, aah aku pun. Baik sungguh pakcik tu kan.. aku terharu.. hehe."

"Agak-agak, dia ada anak lelaki tak?"

"entah, mana aku tahu. Dah kenapa?" Lynn kehairanan.

"Boleh la..  Pakcik Air Penawar tu... emm... jadi calon bapa mertua kau.."

"Meeeeeeeeeeeeeeennnnnn...!!"

"lariiiii."

Semoga tiga minggu yang ada dapat ditempuh oleh mereka berdua dan kawan-kawan seperjuangan mereka yang lain dengan jayanya. Pergilah sedih, pergilah kecewa dan pergilah sepi. Don't ever think about giving up yet. 

Life is like a film, it's always has a happy ending and if there is no happy ending it means that the film is not done yet. -Om Shanti Om-


p/s : Nama di atas hanyalah rekaan semata-mata tetapi kisah yang berlaku merupakan kisah benar yang diedit sedikit oleh penulis =)

Sunday, September 16, 2012

Teruja sangat dengan dua pasangan ni !!

Kate Middleton and Prince William - Kate and William Take Their Shoes Off

( Prince William & Kate Middleton )
The Duke and Duchess of Cambridge, Prince William and Kate Middleton, arrived at KL International Airport on Friday, 14th September to begin their three-day official visit.
  • Malaysia is their second destination after Singapore, enroute a nine-day tour of the Far East, as representatives of William's grandmother Queen Elizabeth II, in conjunction with the Diamond Jubilee celebration to mark her 60th year as the reigning majesty -continue reading here-



( Ally Iskandar & Farah Lee )

untuk yang ni, speechless.. sebab melting abes dah. Sepadan sangat mereka ni tau. 
Semoga berbahagia and jodoh berpanjangan buat Ally & Farah. Amin!

Alia Maisarah : Episod 2

Genap 2 minggu berlalu.. Maisarah mencapai telefon bimbitnya dan menyentuh icon Whatsapp. 

Sarah : Yela yela.. tido la ='(

"hurm, no new message lorh.." bisik hati kecilnya.

Maisarah menyambung kembali membaca novel yang baru dibelinya petang tadi. Dia agak marah dengan dirinya yang sering memikirkan si sengal yang sombong lagi menyakitkan hati tu. Sebelum tu, dia sempat mengupdate akaun Twitternya...

" merindui seseorang =( ".

Sending tweet...

seminit kemudian...

@Sarah kau okay ke ni? (mention Anissa, rakan baik Maisarah)

@Anissa aku okay je.. kot

@Sarah kalau ada pape problem, PM je aku okay? =)

@Anissa thanks nisa for your concern. Aku betul-betul ok, jgn risau..hehe

@Sarah orait, take care my dear!

"Maafkan aku Nisa. Bukan aku tak mahu cerita, cuma aku tak tahu sama ada aku perlu cerita atau tak. Aku sendiri tak tahu nak terangkan apa yang aku rasa. Dan yang paling aku risau, kau akan marah aku nanti." 

Maisarah bermonolog sendirian.

Anissa merupakan sahabat baik Maisarah sejak dari kecil. Selalunya, setiap kali Maisarah pulang ke kampung, dia pasti bertemu Anissa dan menghabiskan masa bersama. Segala rahsia Maisarah juga diketahui Anissa. Selalunya Maisarah akan menceritakan semuanya kepada Anissa, tapi kali ini tidak. Dia juga hairan.

Tumpuan Maisarah kembali beralih kepada novel yang dibacanya, bertajuk Adam & Hawa.



Monday, September 10, 2012

"Curi-curi Suka" Giveaway! by Eqbal Zack

"Oh, bosannya study. Blogwalking kejap lah."

Senarai post di ruangan Google Reader ditatapnya satu-satu.. Dia scroll ke bawah, scroll lagi dan lagi.. sehinggalah..

"eh ada give away la..aha"

lalu, entri bertajuk "Curi-curi Suka" ini tercipta..wahaha

Actually, dapat tahu GiveAway (GA) ini daripada Blogger NoverGurl. Thanks to her =)


Reviews:
For me this book sounds lovely, "Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai." 

PRIZE DETAILS:

PRIZE x 2:   
Winners will receive book "Curi-Curi Suka" by Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

PRIZE x 10:  
Winners will receive EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

Haa, berminat ker? cekidaud about this GA as Blogger Eqbal Zack said; "You have until 11:59 p.m. Sunday, 16 September 2012 to enter. No entries will be accepted after 11:59 p.m. on 16 September 2012. Winners will be chosen randomly and will be announced on 18 September 2012. So spread the word out!"

belle' : Curi-curi suka?? Best la kalau tidak bertepuk sebelah tangan sahaja sebab sesungguhnya kecewa bercinta pun tak sesakit menyintai seseorang dalam diam =(

Wednesday, September 5, 2012

Wordless Wednesday #34 [Hobi mengumpul Alat Tulis]

Duit raya dari Nuffnang?

Salam.

Kira-kira empat bulan yang lepas, aku pernah menulis entri yang bertajuk;


Dalam entri tu, aku ada sebut tentang nak remove nuffnang daripada blog ni. 

Waktu tu, earning aku berjumlah..

hasil selepas hampir 4 tahun berblog ..
Tapi tak lama pastu, dalam sebulan juga la.. aku letak balik iklan Nuffnang kat blog ni di atas beberapa faktor yang tertentu. Dan dalam masa 3 bulan sahaja, earning aku terus bertambah & berjumlah;


Agak terkejut juga lah mula-mula. Nuffnang ni, bagi aku duit raya ke? hehe. 

Papepun, tq pada readers yang rajin klik kat iklan Nuffnang yang berlegar-legar & merayau-rayau disekeliling 'teratak kecil' ku ini. Pada mereka yang belum klik, haa tak reti-reti lagi ke nak buat pe?? hehe =P

p/s : Actually, sepanjang 4 tahun dengan nuffnang, banyak kali dah aku duk remove and letak balik. Remove and letak balik. Well, biasa lah, tension tau tak sebab earning lambat naik. Hurm, kalau lah aku terus bersabar dan terus setia dengan nuffnang, maybe dah boleh cash out dah sekarang.. aigooo. This is a moral of the story for today =)

good night and salam.

motif gambar?? =P

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...