Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Chicken Grill & Tutti Frutti

Salam.
Ini merupakan cerita tentang Sabtu yang lalu.

Makan malam di D'Polo Cafe
Taman Polo Ipoh.

1st time kitorang datang makan kat situ. Restoran yang berkonsepkan order, dapat makanan kena bayar dulu baru makan. Cara order die adalah self-service di mana pengunjung perlu ke gerai tu sendiri dan order. Yup, gerai jualan dan tempat makan diasingkan. Tak sure apa motif dia buat konsep macam tu. Memudahkan penjual dan membuat kami lebih selesa..mungkin laaa

p/s : Kat Muar pun ada juga buat konsep bayar dulu baru makan. Tapi dia gerai tepi jalan yg biase2 je, betul2 sebelah bus stand Muar. Rindu nak makan situ...

zzzz...

pemanis mulut yang paling mahal pernah aku makan..haha

A kredit to Tutti Frutti Medan Gopeng.
A kredit jugak to Shakira (budak comey tudung biru kat atas tu) sebab kasi pinjam kamera amek gambo ni tuk tampal kat entri kali ni..wee.

p/s : Malam ni nak pi celebrate besday seorang teman. Happy Birthday Nab!

Thursday, December 15, 2011

Obesiti : Kenapa Malaysia maju?

sebab kita suka ;


  1. Pilih lif daripada tangga
  2. Parking kereta paling dekat. kalau boleh nak park dekat pintu masuk pejabat.
  3. Pergi mana-mana naik kereta. Ke kedai sebelah rumah pun nak naik kereta jugak.
  4. Makan maggie. Dah la maggie tu 2minit je masaknye pun, apa salahnya campurkan sekali sayur sawi dalam tu? [saya dan manggi]


dan yang paling terbaru, iPhone 4s [iPhone 4s official launch by Celcom]. Taip mesej guna suara je. Tak ke macam orang malas guna HP? haha.

fikir-fikir lah & jaga kesihatan. Salam.

Wednesday, July 6, 2011

Akhirnya, bihun sup ku berkuah jua

Hari ni aku masak
tak makan kat KFC sebab takut
nanti ada orang marah
betul ni tak tipu
ce try tengok sini
hehe

well sebelum ni aku ada buat post pasal
aku ada tunjuk bihun sup aku yang tak berkuah kat situ

hari ni, bihun tu dah jadi berkuah tau
itupun setelah kajian demi kajian dilakukan
dan akhirnya
terhasil lah

taraaaaaaa......


 see. berkuah bukan?? hee
okey lah. 
perut ku ataupun nama manja Belly 
dah pun berbunyi-bunyik minta di isi
jemput makan kawan-kawan

terima kasih sudi membaca~

Review isu Video Biadap Pekerja KFC

Cerita pasal ni mungkin dah basi, tapi aku tetap nak review jugak

info : kepada siapa yang tak tahu lagi pasal isu Video Biadap tersebut, sila baca di entri INI 


Pada pendapat aku lah kan...

  1. Isu ni kecik je. Ianya jadi besar bila ada yang rajin betol upload video tu kat Youtube. Tambah best lagi, bila semua ramai blogger berebut-rebut nak buat entri pasal Video tu. Ada yang puji kutuk-kutuk la. 
  2. Yang biadap tu, hanya seorang pekerja lelaki yang entah siapa. Kalau kutuk si pekerja KFC tu, ok lagi, tapi ni siap cakap, "sumpah aku tak nak makan kat McD KFC lagi dah pasni.." ape kes???! Geli der.. Nak menipu agak-agak la kan *rolling eyeballs
  3. Kalau benda buruk, cepat betul nak sebar-sebarkan. Tau lah sekarang, mudah gile nak SHARE. Oh lupa, sharing is caring la katakan.
  4. Aku anggap kejadian yang menimpa KFC ni boleh jadi ada orang yang sengaja nak buat naya terhadap KFC ataupun memang betul pekerja KFC tu ter'kurang ajo'. 
  5. Kalau betul ada orang berniat nak buat naya, takziah buat KFC. 
  6. Tapi kalau betul pekerja KFC tu terbiadap, pecat aje lah pekerja tu. Senang, abes cerita. Jangan lah sampai nak boikot KFC. macam nonsence je. Ok fine. Memang salah KFC juga la, kebetulan diorang tersilap pilih pekerja. Well, semua orang buat silap.
  7. Kes ni sebenarnya sama je dengan kes Dr buat silap semasa merawat pesakit disebabkan lalai dan terlepas pandang. Dan akhirnya menyebabkan kematian pesakit. Bezanya cuma, pelanggan KFC yang makan Ayam cap Tapak Kaki tu mungkin hanya mengalami cirit birit dan demam seminggu. Mungkin lah.
  8. SO, dalam kes hospital tadi, takkan hanya seorang doktor buat silap, kita nak salahkan seluruh hospital. Kita bako aje hospital tu..macam tu ke? oh pelis lah =P
  9. SO pendapat korang camne? ah suka hati lah nak salah kan Hospital or KFC.
  10. Mungkin kita kena akur dengan pepatah, hanya disebakan nila setitik, maka rosaklah susu sebelanga =(
my favourite menu
Ok bye. Entri ni khas buat KFC Ipoh Garden yang begitu amatlah dekat dengan rumah ku. Tanpa nya, kelaparan lah perut ini.. [tacing la plak kan] haha




Saturday, July 2, 2011

RCMP India Tesco Myvi Bihun Sup

Biar gambar ini sahaja yang berbicara
[klik pada gambar untuk proses tumBESARan

 Pada hari ini, pelajar baru RCMP akan mula mendaftar di Kolej UniKL RCMP. Hari ni untuk pelajar diploma, esok pula untuk pelajar MBBS.

 Abaikan 2 orang model di atas. Cuba baca banner kat atas diorang tu. Ada tulis, 'dengan kerjasama VINAYAKA MISSIONS University India'. Yes! Bermula tahun ini, separuh daripada pelajar yang mendaftar akan belajar clinical di India [dengar cite macam 150orang untuk intake tahun ni]. Intake pada tahun ni agak ramai berbanding tahun-tahun yang sebelumnya [iaitu 100orang sahaja]. Entah cukup entah tidak kolej aku tu. Dah la 'besar' kemain..haish..

 Malam semalam, tiba-tiba dapat panggilan daripada Ira. ''Belle, jom pergi Tesco." Haa orait jugak, boleh beli belah barang dapur dan lain-lain. Duit pun tengah masyuk sekarang nih..hehe. See, barang yang kitorg beli mengalahkan shopping dengan satu family. Entah apa yang kami beli pun aku tak faham..haha

 Posing jap dengan MyVi baru sebelum pulang. Cantekk!! kereta itu ye Ira..hee

 Kagum dengan design dalam kereta. This is Best Bro!

Alhamdulillah. Berkat kerajinan kuar membeli belah semalam, maka terhasil lah semangkuk mee hoon Sup Ayam. Kenapa tak berkuah? entah, mane aku tahu derr..haha. Yang pasti, itu memang Mee Hoon Sup..kahkah. Sengaja meletakkan gambar family kat situ. Sungguh, aku rindu giler nak balik kampung sekarang ni. Arghhh nak balik!!!! And yang oren tu, air twister, first time beli versi 1.5L. Again, duit tengah masyuk la katakan..hehe

Bye. Thanks for reading ya!

Thursday, June 30, 2011

Thursday's Dinner

ini bukan cerita pasal David's Diner lagi
tapi...

[kuey teow goreng]

kredit to gerai makan
CAHAYA FATEHAH
stadium Ipoh, Perak

Friday, June 10, 2011

Just a Friday Thought

Sebelum kata-kata dan bicara diteruskan


Jemput makan semua!!

Ok nak cakap tu je. Ada kerja perlu disettlekan. Hal2 yang tertangguh pada hari bekerja/berkuliah perlu dilaksanakan segera. Jumpa lagi. Jangan marah ye. Gunakan hari minggu dengan sebaik-baiknya. Have a nice weekend peeps!

This weekend, don't forget to smile 
because you never know 
who's going to fall in love with it ♥ 
-twitter. =))


Monday, February 21, 2011

Udang goreng tepung yang berharga FREE

Sepatutnya entri ini ditulis semalam. Tetapi akibat kekangan masa dan waktu terpaksa lah jadi lewat sehari. Hendak dijadikan cerita, seperti biasa aku dan rakan-rakan serumah ku keluar mencari makanan untuk mencekik pada waktu malam. 

Destinasi yang menjadi pilihan malam itu adalah Restoran DAUD. Ala, terletak betul-betul kat depan stadium IPOH. Aku pun mengorder sepinggan nasi putih, semangkuk TomYam Campur dan telur dadar. Kemudian, abang si tukang order pun bertanya; itu aje ke? Sotong goreng tepung taknak? aku lantas membalas; boleh, belanja ar.

Dia gelak je.

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan pun tiba. Alangkah terkejutnya kami apabila makanan yang tiba adalah seperti gambar di bawah ..

wow nampak tak? ada sesuatu yang terlebih sudah di situ .. hehe

Bestnyee. Dapat Udang Goreng tepung free. Dia tak kasi sotong goreng tepung plak ek. Sotong dah habis kot. Dalam tomyam pun tak dak sotong .. hehe. Abang si tukang order kata, makan kasi habis. kalau tak habis, sila bayar! Hee tiba-tiba cam segan la pulak. Tapi disebabkan perut memang lapar sangat masa tu, licin ar kitorang makan.. hmm lazatt!

Ok tu je nak cerita. Kredit to Restoran Daud, depan Stadium Ipoh, sebelah Petronas, Perak Malaysia. Mai pakat ramai-ramai makan kat situ k? hehe

Belle' : asyik post pasal makanan jek ko ni la. Yes, aku memang suka makan. Do you have any problem with that?? :P

Friday, November 26, 2010

KFC ada nasi goreng?

Pada suatu Tengah Hari ( sila baca semula dengan intonasi budak kecil bercerita )

ada seseseorang ni (tak yah la teruskan dengan intonasi tadi, baca macam biasa)

dia lapar...sangat lapar

dan seseorang itu adalah tuan belog!

tuan belog telah bergegas ke tempat makan terdekat lagi segera

iaitu KFC Ipoh Garden!

Lepas dah bungkus Snack Plate satu, dia pun terus pulang ke rumah untuk mencekik

tapi tapi tapi

tiba-tiba dia rasa nak buat inovasi sikit

kira kelainan la terhadap menu Lunch dia pada hari tersebut

Apa lagi, dapur diceroboh dan sepinggan nasi goreng resepi Belle' pun terhasil!

jeng jeng jeng


ni dia! 

(Karbohidrat)

selepas itu ayam (protein) dicampurkan

eh tuan belog tak de lah nak hancurkan ayam KFC yang lazat tu then campur kat nasi goreng

dia just buat macam ni..

(Karbohidrat + Protein)

selepas itu, sayuran, sos, roti, kentang dan Sebotol Vitagen pun ditambah

maka tertumbuh lah menu di bawah

(karbohidrat + Protein + lemak)

jangan lupa Air, nanti tercekik plak..huhu


Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal...sekian daripada saya..tenkiu


Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...