Monday, July 30, 2012

Ya Badrotim - Rahmat Ekamatra

Kenal Rahmat Ekamatra?

oh aku pun tak berapa nak kenal, tapi layan je la

zaman dolu-dolu
sekarang dia dah berubah. Alhamdulillah!

siap ada lagu best lagi. Layan jom!


Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Engkau menyinar di Alam Tinggi … di Alam Tinggi
Terangi kegelapan dan kebatilan
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Dengan mu alam bergemerlapan … bergemerlapan
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya …
Siang dan malam jua … siang dan malam jua
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu …
Mereka yang istimewa dan amat sempurna …
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata
يا بدر تم حاز كل كمال
ماذا يعبر عن علاك مقالى
Wahai Purnama … wahai Purnama …
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana … bagaimana …
Nak ku luah dengan kata-kata


belle : Amacam, best tak? Boleh la nyanyi sementara menunggu waktu iftar. 

Sunday, July 29, 2012

Posting Ortho di Taiping

Salam.

Sedar tak sedar dah nak masuk minggu ke-2 kita berpuasa. Korang dah tadarus sampai Juzuk berapa? Agak-agak dapat khatam tak akhir Ramadhan nanti? InsyaAllah boleh, hehe. Untuk entri kali ni, aku takde nak bebel sangat, cuma nak update tentang update terbaru tentang seorang aku.. bleh bleh bleh (berbelit lidah aku nak nyebut nyer)

orite!

Now, tengah belajar pasal tulang. Sebut pasal tulang aku teringat kat MakUda aku; merangkap ibu kedua aku yang menjaga aku sejak aku kecil lagi. Sebabnya, MakUda aku pernah eksiden kat tempat kerja yang menyebabkan kakinya patah dan terpaksa dimasukkan besi. 

Kesian MakUda. Dulu masa aku kecik aku pernah cakap kat dia;

"MakUda, nanti Nabila dah besar Nabila nak jadi Doktor, nak rawat kaki MakUda."

And now, bila teringat balik dialog tu baru lah aku sedar yang antara orang-orang yang menjadi inspirasi aku untuk menjadi seorang Doktor adalah MakUda. Camna lah aku boleh lupa akan hal itu..adeh. Iyelah, boleh lah aku bagi alasan tu masa Dr Jas (specialist Ortho kat Taiping) tanya soalan "why do you want to be a Doctor?" tempoh hari.

"Why a Doctor?"

"erm.. erm.. I want to help people. To save people lifes!"

"great! (with a sarcasm tone)"


Terpanjang plak intro aku tadi. Sorry guys. Untuk posting kali ni, macam biasa ada 6 minggu dan aku perlu ke Taiping selama 2 minggu untuk bersiar-siar jalan-jalan cari makan. Eh silap, untuk menimba ilmu lah der. Lagi 4 minggu tu kat Ipoh la, mana lagi kan? Taiping is awesome (1st time menyambut Ramadhan di situ). Terasa nyaman je duduk situ. Tengok gambar pun dah boleh tahu kan? (iye, aku sedang mempromosikan Perak sempena Tahun melawat Perak 2012) ^_^"

Sepanjang 2 minggu tu kitorang kena gi observe Doktor di Klinik, follow ward round, gi HO Teaching and Pass Over dan do some tutorial. Sebelum pergi Taiping macam-macam rumours aku dengar tentang doktor-doktor kat sana. Ada yang positive and ada juga yang negative. Tapi macam biasa la, dah nama pun rumours. Kena alami sendiri la baru tahu benda tu betul ke tak.

Secara ringkasnya, specialist Ortho memang garang-garang. Tapi diorang garang dgn HO & MO je. Dengan medical student, steady lagi kot..masih dibelai-belai lagi. Time follow diorang punya Pass Over aku rasa macam sedang menonton sesi HO dimarahi Specialist aje. Hilang terus fokus aku kat case yang HO tu present. Tergamam sebab terfikirkan agaknya nasib aku nanti macam tu ke? seram tau tak.

Soalan : kenapa MO & Specialist Ortho kat Taiping semuanya lelaki?

Antara tempat pilihan berbuka Puasa (KamaLodge, Taman Tasek)
Tapi aku kagum dengan seorang HO ni. Baik, santun lagi peramah orangnya. Langsung tak kedekut ilmu, malah dia yang offer dulu untuk ajar kitorang itu ini. Dia pelajar lulusan Obesi. Dia kata, kat sana waktu dia adalah medical student macam kitorang, MO dan HO sangat lah baik. They are willing to teach medical student. Dr HO tu sampai rasa bersalah tak banyak dapat ajar kitorang disebabkan busy dan patient yang tak putus-putus di klinik waktu tu.

- Yup, jarang nak jumpa HO yang tak berlagak dan kedekut ilmu macam doktor tu. 

Nak tahu tak? Ada la sekali tu sorang HO ni kena marah dengan Doktor Pakar sebab tak dapat jawab soalan dengan betul. Standard lah kena marah kan? tapi yang buat aku tertarik ialah, Doktor Pakar tu siap tanya macam ni;

"Where are you graduated from?"


" U** (some Government University) "


"Wow, from Government U huh?"

Okay, fine. Maybe, I should start practice saying this;

''I'm from UniKL-RCMP, a Private University, boss."

Oh sebelum tu, aku kena study hard dulu sebab exam pun tak lama je lagi. Aim untuk buat yang terbaik, Belle!

p/s : Tahniah buat rakan-rakan yang akan memulakan tugas baru esok. Best nyer, dah jadi Doktor dah. Aku sentiasa doakan kejayaan korang semua. Selamat menjalankan tugas dan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab. Good Luck!

Saturday, July 28, 2012

Sedikit Perkongsian daripada seorang Aku

Salam.

Puasa ke tidak hari ni?


mestilah puasa kan?
orite.


Jom dengar cerita ni;

Malam itu, untuk ketiga kalinya pencuri itu tertangkap oleh Abu Hurairah ketika sedang mencuri makanan bilik kaum muslimin.

Kata Abu Hurairah:

"Sesungguhnya akan aku bawa menghadap Rasulullah S.A.W. Ini adalah kali yang ketiga kau datang. Padahal kau telah berjanji untuk tidak akan kembali, tapi ternyata kau balik lagi."

Kata orang itu:

"Lepaskanlah aku, akan aku ajari kau beberapa kalimat yang Allah memberikan manfaat pada kalimat-kalimat itu."

Abu Hurairah bertanya:

"Apa itu?"

Orang itu berkata:

"Jika engkau hendak tidur, bacalah ayat Kursi. Kerana Allah akan menjagamu sampai kau bangun, dan syaitan tak akan berani mendekatimu."

Lalu Abu Hurairah pun membebaskannya. Esoknya, Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Abu Hurairah tentang tawanannya semalam. Kata Abu Hurairah:

"Wahai Rasulullah S.A.W., dia menyangka bahawa dia telah mengajarku beberapa kalimat yang bermanfaat bagiku, maka aku bebaskan dia."

Rasulullah S.A.W. bertanya lagi:

"Apa itu?"

Abu Hurairah berkata:

"Dia berkata padaku agar aku membaca ayat Kursi sebelum tidur. Dan apabila aku membacanya, maka aku akan dijaga oleh Allah sampai subuh dan tidak akan ada syaitan yang mendekatiku."

Rasulullah S.A.W. bersaba:

"Ketahuilah, sesungguhnya dia telah berkata jujur padamu padahal sebenarnya dia itu pendusta. Tahukah kau siapa orang yang kau ajak bicara selama tiga malam ini,wahai Abu Hurairah?"

Abu Hurairah menjawab:

"Tidak."

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Dia itu adalah syaitan."

( Hadis Riwayat Bukhari)

Lihat kisah di atas, bagaimana syaitan mengetahui akan fadilat ayat Kursi, padahal itu sama sekali tidak ada gunanya bagi dirinya. Malah Abu Hurairah yang memanfaatkan apa yang diajarkan syaitan kepadanya.




astaghfirullah~


Renung-renungkan dan mari kita fikir-fikirkan bersama.....
Semoga kita tergolong dalam golongan yang dikehendaki-Nya.....
InsyaALLAH.....

- Dipetik daripada Koleksi Motivasi -
juga dari SINI

gambar ini bersumberkan Facebook & Tumblr

last but not least,

I'm S.


and S is for Syafiqah
erk?? hehe
(^__^)Y

Saturday, July 21, 2012

Dia datang lagi..


Hi awak..
lama kita tidak berjumpa bukan ?
hampir setahun lamanya
Ke mana awak pergi selama ini?
Hurm.. buat saya risau je lah
Iye, saya risau la.. sejak kita 'lost contact' setahun yang lalu 
saya mungkin tak sempat jumpa awak lagi lepas ni


Awak, 
walau kemana pun awak pergi 
walau ke mana pun awak membawa diri
percayalah awak 
yang saya sentiasa menanti awak setiap saat & minit 
Saya menanti dengan penuh harapan
supaya apabila awak kembali di sisi saya nanti
saya bisa menebus kembali kesilapan lalu
kesilapan yang dahagakan pengampunan si-Dia 


Awak, 
saya harap kedatangan awak kali ini lebih bermakna buat diri ini 
Dan kalau boleh, 
Ianya menjadi lebih baik daripada tahun lalu 
saya mahu kita bahagia.. 
mahu sangat sangat!
macam orang lain..


Awak, 
Terima kasih kerana kembali.
Terima kasih.. Terima kasih.. Syukur!


Terima kasih awak, 


yang bernama Ramadhan


p/s : selamat berpuasa semua :) 




Jangan lupa niat
 'sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam bulan ramadhan tahun ini kerana Allah S.W.T'.
Jom rebut ganjaran pahala, tingkatkan amal kurangkan kontroversi..eh?


jap, jangan lupa tonton video MatLutfi ni sekali =P

Tuesday, July 17, 2012

Lirik Lagu Anak Kampung

Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapat ku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku ANAK KAMPUNG tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bah kau itu
Banyak yang tergoda lagi orang kaya

(chorus)
Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
Rumah ku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

Penyanyi Asal : Jimmy Palikat

Sumber : Google









Monday, July 16, 2012

Kawanku isteri orang

"Belle, raya nanti datang la rumah aku.." Ika me'mensi' aku di Twitter.

"Kenapa Ika, ada berita best ke ni? waaa.." balas ku kembali.

"InsyaAllah.. datang lah kalau nak tahu..hehe." wah main surprise2 plak minah ni.

"InsyaAllah. Papepun aku ucap tahniah dulu ye. I'm happy for you!!" 

aku main teka je yang ika akan bertunang. Ye lah, sebab apa lagi kalau dah jemput datang rumah kan.. Tak kan jemput gi rumah terbuka plak. awal betul ni. lagi pula umur2 macam ni.. 

eh aku muda lagi okay..

**********

Seminggu kemudian, aku terbaca jemputan Ika ke Majlis Persandingan beliau dalam 'post' nya di laman sosial paling famous abad ini; apa lagi kalau bukan Facebook. Hampir gugur jantung cute beta sebaik sahaja membaca berita itu. Jemputan yang berupa Status di Group Alumni di FB itu ku tatap berulang-ulang kali... hampir tak berkedip mata ini kau tau tak Ika!

Aku terus memberi komen selaju yang boleh, yang berbunyi;


**********

Hari Ahad yang ditunggu pun tiba. Jom usha gambar-gambar yang sempat ditangkap. Yang ada cuma kamera Handphone je, DSLR tiada.. sedey ='(

Memang sama cantik, sama padan !!


Ini antara rakan-rakan seINTEM yang hadir. Kami ni, ada yang datang dari JB, Muar, Batu Pahat dan Labis. Nasib baik ada syahid yang comel jadi Pilot kitorang. Seronok berjumpa kalian semua, masing-masing dah ada kehidupan sendiri kan? Dah mampu beli kereta sendiri, Alhamdulillah. 

dari kiri : Hanah, Akmal, Syahid, Yazid, Fyza, Fadhilah, Haziyah & Khadijah
p/s : Semua single lagi okayy kecuali pengantin.. eh??
(pengapit lelaki tak sure single lg ke tak, lupa nak tanye..agaga)


Selamat Pengantin Baru Ika
Semoga berjodoh hingga ke Syurga
InsyaAllah~

*************

Jam menunjukkan hampir ke pukul 3.30ptg. Aku pula dah beli tiket balik Ipoh dari Segamat jam 4.00ptg. Menurut Syahid, perjalanan dari Labis ke Bandar Segamat memakan masa setengah jam. so apa lagi, dengan skill memandu yang ada kereta dipecut menuju ke stesen bas. Sampai je sana, bas sudah pun bergerak. Kitorang pun apa lagi, pergi kejar itu bas.

Alhamdulillah, Pak Cik Driver tu kasi aku naik. Fuh selamat! Tapi yang tak bestnya, aku tiba di Ipoh jam 1 pagi. Cuba kira berapa jam? Yup, 9Jam okay. Sebabnya, tersangkut lama di Pudu dan mungkin faktor Bas Konsortium dari KL-Ipoh yang agak 'laju' dan amat menepati waktu. Pasni taubat dah, tak mahu naik Bas tu lagi. Transnasional juga yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik. Punctual, Fast  & Furious.

***************

Ika sudah. Pasni turn siapa pula geng ?
****************

Belle' : Ika ni pun Blogger juga. Kenal Siti Nur Aminah ? (^__^)Y

Tuesday, July 10, 2012

Rumusan Terkini Blog syafiqa-belle

Pejam celik pejam celik. Dah masuk bulan TUJUH rupanya. Cepat betol masa berjalan.

"kenapa jalan cepat sangat ni, merangkak la lain kali wahai masa.." bisik hati kecil ku tanpa didengari oleh sesiapa melainkan korang..muahaha.



Actually, untuk entri kali ni aku cuma nak summarized apa yg berlaku kat syafiqa-belle sepanjang 6 bulan yang lalu. Boleh kan? Kalau tak boleh, aku meroyan nanti.. ok tak lawak Belle.

My Members until Jun 2012. Thanks!!
Alhamdulillah. bertambah ~30orang kawan baru
(^__^)


Apa?? paling banyak pun hanya ada 20 post sebulan...hmph
kena usaha lagi ni

Jom tengok antara senarai post yang mencecah lebih 100views dari Jan-Jun 2012 ;
  1. Kenapa Perempuan sukakan Remy Ishak? (1++ views) -Jan
  2. Dayuskah Lelaki Ini? (4++ views) -Feb
  3. Buang Tahi Lalat? (3++ views) -Feb
  4. Can I speak in English? (1++ views) -March
  5. Part2 l Baca ni, sebagai orang Islam, saya malu mengaku Lelaki ini saudara saya! (1++ views) -March
  6. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ... (1++ views) -Apr
  7. Super Spontan : Zizan Johan, Naib Johan  (1++ views) -June
  8. Malang Tak Berbau (1++ views) -June
p/s : Bulan Mei merupakan bulan yang paling tak produktif!! uh. Tahniah Belle ketika anda di Bulan February. Yeah, kuasa cinta barangkali. *tampar nak?*

okay. Jom tengok pula senarai post yang mencecah viewer kurang daripada 20;

  1. I believe in Allah 
  2. Kenapa Takut Cakap TAK?
  3. Instinct GERAM
[banyak je lagi sebenarnya..kuang3]

Next >> statistik blog


Belle : Alhamdulillah, statistik makin meningkat. Cuma produktiviti tu agak menurun. Nasib baik ada Google, kalau tak memang takde pengunjung la blog ni. Hmmph. Kan best kalau ada orang sudi sumbang entri tuk blog ni. Anda minat? Emailkan kepada disyrubelle@gmail.com (^__^)Y

cantik kan Fasha?

er.. ok bye

salam.

Sunday, July 8, 2012

Sebab diorang lah aku tak update Blog !

Salam

Hari ni dah masuk hari ke Lapan bulan July 
Tapi ini merupakan entri Kedua
Malas betul nak menaip sebarang entri
Dah la idea kering semacam
Walaupun hujan je kat Ipoh ni sebenarnya

hmmph..
Kalau nak ikutkan
Bukannya aku busy sangat pun. 
Instagram..
Twitter..
Facebook..
Semua tu aku update je 
Itu pun kalau ada yang perasan la

so, kenapa ye jadi macam tu?

"kau dah jumpa hobi baru ke, Belle?"

em.. nope!

haa..meh aku bagitahu 

ini semua gara-gara aku busy dengan sesuatu dalam minggu ni
nak tahu ke ape die?
sila scroll sampai jumpa 
jumpa kat mana?
kat bawah ni la


scroll lagi

ala, korang pun busy jugak dengan benda ni dalam minggu ni kan?
jangan tipu la
aku nampak korang share ramai-ramai kat facebook
sebab tu lah aku pun terikut sama
hehe

ok, stop merepek Belle.

yela ye la, nah, tengok ni sebab dia.




wedding irma hasmie


(semua gambar diambil tanpa kebenaran daripada GOOGLE)

Tahniah Irma & suaminya, Redza.

Tak jemu tengok gambar & video wedding diorang
sampaikan aku nak update blog je mesti terganggu
pastu mesti nak senyum sorang-sorang
err..

ok, chow dulu

Wassalam.

p/s : Emosi terasa lain macam sejak dua menjak ni. Sebab tu aku jarang menulis. Ya Allah, kembalikanlah semangat menulisku kembali. Sungguh aku rindu untuk menulis kembali macam dulu-dulu. Amin.


Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...