Showing posts with label Cinta dan Persahabatan. Show all posts
Showing posts with label Cinta dan Persahabatan. Show all posts
Tuesday, July 2, 2013
Monday, February 25, 2013
Ukhwah
Sewaktu dalam kelas, aku terjumpa sekeping kertas kecil berlaminate. Aku pungut dan baca. Kertas tersebut bertulis;
"Di antara tanda-tanda benar dalam ukhwah ialah menerima kritikan teman, menutup aib teman dan mengampuni kesalahannya." -Imam Asy-Syafi'i-
Ukhwah itu.. sangat manis jika kita pandai menjaga & benar-benar menghargainya...
Belle : This is especially to whom it may concern. Thanks for being a part of my life either in the past, present or future. May god bless & Sarang hae yo, Buddies!

( bukan Ana Raffali )
Thursday, January 3, 2013
Wahai remaja . . . . ini pesanku
Wahai remaja,
Siapa kata bercinta itu seronok?
Siapa setuju yang bercinta itu mudah?
Siapa bilang bercinta itu indah?
Hakikatnya, bercinta itu sama seperti ....
Ah susah untuk aku terangkan, tetapi aku cuba ye..
Dalam bercinta ni, banyak benda yang perlu kita fikirkan
Banyak benda yang perlu kita jaga terutamanya hati
Jika sebelum ni, kita hanya perlu menjaga hati sendiri,
selepas bercinta ada satu lagi hati yang perlu kita jaga
sama macam kita menjaga hati sendiri
Dalam bercinta, kita sentiasa didatangi perasaan cemburu
Cemburu apabila si dia rapat dengan orang lain
Hendak dimarah, bimbang dikatakan mengongkong
Hendak dimarah, siapa lah kita yang belum tentu lagi menjadi teman sehidup semati si dia
Pokoknya, dia bebas !
Bebas berkawan.. bebas bergaul dengan sesiapa sahaja.
Dan mungkin dia masih inginkan pilihan yang lebih banyak
supaya pilihan terakhir nanti
Pilihan yang betul-betul sepadan dan sesuai dengannya dapat dibuat
Kekadang kan, hati ini penat
Penat memikirkan, membayangkan sesuatu yang tidak pasti
Hati ini juga selalu bimbang akan kehilangan si dia yang amat disayangi
Tetapi itulah laluan sukar yang perlu dihadapi oleh insan yang sedang bercinta
Perlu diingat, tak semuanya akan sentiasa manis semasa bercinta
Pasti akan tiba juga saat pahit yang perlu dilalui bersama
Langit tak sentiasa cerah bak kata orang.
Bila saat itu tiba, persefahaman amat-amat diperlukan
Jangan bertindak terburu-buru
Jangan biarkan marah menyelubungi diri
Singkirkan api cemburu yang kian menguasai hatimu
Pasti, kemanisan bercinta kau akan kecap semula
Ingatlah remaja,
Di saat manis itu kau rasa
Jangan engkau lupa akan agamamu
Jangan sesekali lupa wahai remaja ku!
Agamamu yang sangat-sangat membenci kau melakukan kejahatan
Bertahanlah, dan sekiranya masih tidak boleh
Segerakanlah sesuatu yang halal untuk kamu.
Sekian.
Nukilan ikhlas daripada syafiqa-belle.
Siapa kata bercinta itu seronok?
Siapa setuju yang bercinta itu mudah?
Siapa bilang bercinta itu indah?
Hakikatnya, bercinta itu sama seperti ....
Ah susah untuk aku terangkan, tetapi aku cuba ye..
Dalam bercinta ni, banyak benda yang perlu kita fikirkan
Banyak benda yang perlu kita jaga terutamanya hati
Jika sebelum ni, kita hanya perlu menjaga hati sendiri,
selepas bercinta ada satu lagi hati yang perlu kita jaga
sama macam kita menjaga hati sendiri
Dalam bercinta, kita sentiasa didatangi perasaan cemburu
Cemburu apabila si dia rapat dengan orang lain
Hendak dimarah, bimbang dikatakan mengongkong
Hendak dimarah, siapa lah kita yang belum tentu lagi menjadi teman sehidup semati si dia
Pokoknya, dia bebas !
Bebas berkawan.. bebas bergaul dengan sesiapa sahaja.
Dan mungkin dia masih inginkan pilihan yang lebih banyak
supaya pilihan terakhir nanti
Pilihan yang betul-betul sepadan dan sesuai dengannya dapat dibuat
Kekadang kan, hati ini penat
Penat memikirkan, membayangkan sesuatu yang tidak pasti
Hati ini juga selalu bimbang akan kehilangan si dia yang amat disayangi
Tetapi itulah laluan sukar yang perlu dihadapi oleh insan yang sedang bercinta
Perlu diingat, tak semuanya akan sentiasa manis semasa bercinta
Pasti akan tiba juga saat pahit yang perlu dilalui bersama
Langit tak sentiasa cerah bak kata orang.
Bila saat itu tiba, persefahaman amat-amat diperlukan
Jangan bertindak terburu-buru
Jangan biarkan marah menyelubungi diri
Singkirkan api cemburu yang kian menguasai hatimu
Pasti, kemanisan bercinta kau akan kecap semula
Ingatlah remaja,
Di saat manis itu kau rasa
Jangan engkau lupa akan agamamu
Jangan sesekali lupa wahai remaja ku!
Agamamu yang sangat-sangat membenci kau melakukan kejahatan
Bertahanlah, dan sekiranya masih tidak boleh
Segerakanlah sesuatu yang halal untuk kamu.
Sekian.
Nukilan ikhlas daripada syafiqa-belle.
Monday, December 31, 2012
2012 wrap-up
Salam
Today is the end of year 2012 and since I have time now as tomorrow is a public holiday, I think I want to do a wrap up for this year.
Terasa skema lah cakap English. Jadi, mari teruskan pembacaan anda dalam bahasa melayu. *ting* (bertukar ke BM) cintailah bahasa kebangsaan kita. eh?
Jap.. sebelum tu, INI adalah wrap-up untuk Tahun 2011.
Kat atas ni, wrap up yang dibuat sendiri oleh Facebook. Klik gambar kalau nak stalk. Terima kasih bebanyak ye Mark Zuckerberg, susahkan U je tolong buatkan review hidup I..hahah! Ops terlebih sudah.
Kalau yang tadi versi auto, jom tengok versi manual pula.
Archieve

Wah nampak tak, amat ketara berlaku penurunan bukit di situ. Mungkin faktor sibuk menjadi pelajar tahun akhir menjadi penyumbang utama terhadap perkara ini. Korang, doakan kejayaan aku dalam final exam bulan April 2013 nanti k. Thankssss =)
Popular Post
- Buang Tahi Lalat
- Ustazah Anom Mengamuk di Blok Kereta Mayat
- Tanda dia suka. Tanda dia tidak suka.
- wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ...
- Dayuskah Lelaki ini?
- jawapan : Tips 'berkawan' dengan budak medik
Paling best ..
[ gaji pertama kot nih. sayang NUFFNANG ketat ketat! ]
Yang paling tak best bila...
Aku sangat terkejut sebab dapat komen macam ni. Tapi aku berlagak cool je lah. Komen ni korang boleh tengok kat entri aku yang INI.
Dear Anonymous; Apa salah aku ye sampai kau sanggup panggil aku dog? Aku pernah buat salah pape ke kat kau? Papepun terima kasih sebab berjaya buat aku kurang bercakap pasal cinta di blog ni. Tq!
Ok tu je kot antara perkara paling bermakna yang berlaku sepanjang Tahun 2012 kat blog Syafiqa-Belle ni. Terima kasih kepada korang semua, pengunjung blog ni sama ada yang mengenali atau tidak mengenali diri ini, korang yang tak jemu-jemu membaca repekan ku ini, terima kasih aku ucapkan. Harap-harap teruskanlah menyokong aku sepanjang aku berada dalam dunia blogging ni.
Oh ya, tak lupa juga for the most significant picture of 2012, ini pilihan ku;
(Aku kemalangan kereta pada Jun 2012)
As for the future,
aku sebenarnya teringin nak post something yang lebih menjurus kepada bidang yang aku pelajari sekarang which is Medical. Tapi aku risau post tu akan membosankan pembaca aku pula. Lagipun, aku hanyalah seorang pelajar perubatan, belum sah menjadi doktor pun lagi. Bimbang juga, fakta yang aku bawa tu salah.
Aku juga bercadang untuk kurangkan post berkaitan peribadi dan perbanyakkan post yang berbentuk pandangan. Ini betol2 memerlukan azam yang kuat..haha. Aku cuba untuk menjadikan post aku lebih matang, ok? muahaha.
Matang yang macam mana tu? we will wait and see k...
korang pun, bagitahu la selera korang macam mana.
Mungkin aku boleh tolong penuhi selera korang tu.
(^_^)Y
Happy New Year Everyone!
Salam.
Sunday, September 16, 2012
Teruja sangat dengan dua pasangan ni !!

( Prince William & Kate Middleton )
The Duke and Duchess of Cambridge, Prince William and Kate Middleton, arrived at KL International Airport on Friday, 14th September to begin their three-day official visit.
- Malaysia is their second destination after Singapore, enroute a nine-day tour of the Far East, as representatives of William's grandmother Queen Elizabeth II, in conjunction with the Diamond Jubilee celebration to mark her 60th year as the reigning majesty -continue reading here-

( Ally Iskandar & Farah Lee )
untuk yang ni, speechless.. sebab melting abes dah. Sepadan sangat mereka ni tau.
Semoga berbahagia and jodoh berpanjangan buat Ally & Farah. Amin!
Wednesday, August 29, 2012
Jauh atau Dekat?
aku ada satu soalan.
antara dekat tapi jauh dengan jauh tapi dekat, mana lagi better?
Jauh tapi dekat.

kadang-kadang kita rasa mustahil untuk sesuatu perhubungan itu bertahan lama jika berjauhan. Ye lah, bila dah jauh masing-masing sure busy dengan hal masing2 bukan? Bila dah busy mana ada masa untuk orang yang jauh tu
Tapi, tak mustahil la duduk berjauhan boleh menyebabkan kita lebih akrab. Setahu aku ada kebaikan juga walaupun berjauhan ni. Bila dapat jumpa aje mesti happening giler. Banyak betul cerita yang nak diborakkan. Seronok tau tak!
Dan yang aku pasti, bila berjauhan, pasti akan rindu..hehe.
Dekat tapi jauh.
"Kalau dekat, tak boleh rindu ke?"
Hurm, bukan macam tu. Cuma, kalau berjauhan rindu tu lebih bermakna berbanding duduk berdekatan.
Dan setahu aku, tak pernah pula aku ucap perkataan rindu kat Housemate aku yang biliknya bersebelahan dengan bilikku. Dah la setiap hari aku tatap wajahnya..hehe. Dan kalau aku cakap pun, paling kurang mesti dapat ayat camni; "ko demam ke hari ni Belle?"
Tapi lain pula bila time cuti. After masing-masing dah balik kampung, haa mula la terbit rasa rindu tu. Tak banyak, sikit pun jadi la..hehe.
Kadang-kadang, nama je belajar di tempat yang sama tapi hendak berjumpa tu punya lah susah. hurm, entah lah, aku pun tak tahu mengapa. Aku pasti, korang pun mesti pernah alami benda yang sama kan?
Mungkin betul lah kata orang; kadang-kadang bila orang tu dekat dengan kita, kita langsung tak pedulikan dia. Bila dah jauh atau pun dah tiada, baru lah kita sedar yang kita amat memerlukan orang tu.

Mesti korang pelik. Apa benda laa yang aku cuba sampaikan ni kan? Actually moral of the story ialah, sayangi lah orang di sekeliling anda sementara dia masih ada. Jangan tunggu dah berjauhan, baru la terhegeh-hegeh nak cakap, I miss you~ Dan, jangan jadikan alasan jauh untuk kita putuskan tali silaturrahim kita dengan orang lain. Sekarang kan dah moden, facebook aje..hehe.
p/s : kadang-kadang, aku rasa yang lebih elok kita tinggal berjauhan dengan rakan karib kita, korang rasa camne???
Monday, July 16, 2012
Kawanku isteri orang
"Belle, raya nanti datang la rumah aku.." Ika me'mensi' aku di Twitter.
"Kenapa Ika, ada berita best ke ni? waaa.." balas ku kembali.
"InsyaAllah.. datang lah kalau nak tahu..hehe." wah main surprise2 plak minah ni.
"InsyaAllah. Papepun aku ucap tahniah dulu ye. I'm happy for you!!"
aku main teka je yang ika akan bertunang. Ye lah, sebab apa lagi kalau dah jemput datang rumah kan.. Tak kan jemput gi rumah terbuka plak. awal betul ni. lagi pula umur2 macam ni..
eh aku muda lagi okay..
**********
Seminggu kemudian, aku terbaca jemputan Ika ke Majlis Persandingan beliau dalam 'post' nya di laman sosial paling famous abad ini; apa lagi kalau bukan Facebook. Hampir gugur jantung cute beta sebaik sahaja membaca berita itu. Jemputan yang berupa Status di Group Alumni di FB itu ku tatap berulang-ulang kali... hampir tak berkedip mata ini kau tau tak Ika!
Aku terus memberi komen selaju yang boleh, yang berbunyi;
**********
Hari Ahad yang ditunggu pun tiba. Jom usha gambar-gambar yang sempat ditangkap. Yang ada cuma kamera Handphone je, DSLR tiada.. sedey ='(
Memang sama cantik, sama padan !!
Ini antara rakan-rakan seINTEM yang hadir. Kami ni, ada yang datang dari JB, Muar, Batu Pahat dan Labis. Nasib baik ada syahid yang comel jadi Pilot kitorang. Seronok berjumpa kalian semua, masing-masing dah ada kehidupan sendiri kan? Dah mampu beli kereta sendiri, Alhamdulillah.
dari kiri : Hanah, Akmal, Syahid, Yazid, Fyza, Fadhilah, Haziyah & Khadijah
p/s : Semua single lagi okayy kecuali pengantin.. eh??
(pengapit lelaki tak sure single lg ke tak, lupa nak tanye..agaga)
Selamat Pengantin Baru Ika
Semoga berjodoh hingga ke Syurga
InsyaAllah~
*************
Jam menunjukkan hampir ke pukul 3.30ptg. Aku pula dah beli tiket balik Ipoh dari Segamat jam 4.00ptg. Menurut Syahid, perjalanan dari Labis ke Bandar Segamat memakan masa setengah jam. so apa lagi, dengan skill memandu yang ada kereta dipecut menuju ke stesen bas. Sampai je sana, bas sudah pun bergerak. Kitorang pun apa lagi, pergi kejar itu bas.
Alhamdulillah, Pak Cik Driver tu kasi aku naik. Fuh selamat! Tapi yang tak bestnya, aku tiba di Ipoh jam 1 pagi. Cuba kira berapa jam? Yup, 9Jam okay. Sebabnya, tersangkut lama di Pudu dan mungkin faktor Bas Konsortium dari KL-Ipoh yang agak 'laju' dan amat menepati waktu. Pasni taubat dah, tak mahu naik Bas tu lagi. Transnasional juga yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik. Punctual, Fast & Furious.
***************
Ika sudah. Pasni turn siapa pula geng ?
****************
Belle' : Ika ni pun Blogger juga. Kenal Siti Nur Aminah ? (^__^)Y
Sunday, July 8, 2012
Sebab diorang lah aku tak update Blog !
Salam
Hari ni dah masuk hari ke Lapan bulan July
Tapi ini merupakan entri Kedua
Malas betul nak menaip sebarang entri
Dah la idea kering semacam
Walaupun hujan je kat Ipoh ni sebenarnya
hmmph..
Kalau nak ikutkan
Bukannya aku busy sangat pun.
Instagram..
Twitter..
Facebook..
Semua tu aku update je
Itu pun kalau ada yang perasan la
so, kenapa ye jadi macam tu?
"kau dah jumpa hobi baru ke, Belle?"
em.. nope!
haa..meh aku bagitahu
ini semua gara-gara aku busy dengan sesuatu dalam minggu ni
nak tahu ke ape die?
sila scroll sampai jumpa
jumpa kat mana?
kat bawah ni la
scroll lagi
ala, korang pun busy jugak dengan benda ni dalam minggu ni kan?
jangan tipu la
aku nampak korang share ramai-ramai kat facebook
sebab tu lah aku pun terikut sama
hehe
ok, stop merepek Belle.
yela ye la, nah, tengok ni sebab dia.





(semua gambar diambil tanpa kebenaran daripada GOOGLE)
Tahniah Irma & suaminya, Redza.
Tak jemu tengok gambar & video wedding diorang
sampaikan aku nak update blog je mesti terganggu
pastu mesti nak senyum sorang-sorang
err..
ok, chow dulu
Wassalam.
p/s : Emosi terasa lain macam sejak dua menjak ni. Sebab tu aku jarang menulis. Ya Allah, kembalikanlah semangat menulisku kembali. Sungguh aku rindu untuk menulis kembali macam dulu-dulu. Amin.
Friday, June 22, 2012
Tanda dia suka. Tanda dia tidak suka.
"Dia suka aku ke tak nih?"
______________________
______________________
Hye aweks cun semuanya. Sihat ke? Alhamdulillah, gembira beta mendengarnya. Untuk entri kali ni, segmen cinta datang lagi. Maaf sebab lama ku tak post pasal cinta kat blog ni. Saja nak try test skill aku menulis topik ini buat kali kedua selepas topik ini [cara nak tahu perempuan sukakan lelaki] berjaya mendapat hits tertinggi untuk minggu ini.
______________________
Aku yakin, ramai wanita di luar sana yang selalu tertanya-tanyakan soalan seperti di atas kat diri sendiri mahupun di hadapan cermin solek milik masing-masing, kan? Ataupun jika ikut zaman sekarang [zaman FB dan Twitter] soalan tu pasti kerap ditanya sewaktu kita memandang screen laptop or handphone, time tengah online FB & Twitter. Ala jangan segan lah nak ngaku..hehe
Iye, aku tahu. Soalan tu sangat-sangat susah nak jawab. Kadang-kadang tu, boleh jadi soalan SPM pun lagi senang nak jawab. Boleh jadi juga, ianya tidak ada jawapan yang spesifik langsung. Biasalah, bab hati dan perasaan ni memang payah untuk difahami.
Sebab tu lecturer aku pernah cakap; majoriti pesakit yg datang ke hospital mengadu sakit kecuali sakit hati [eh ada kaitan ka?]
Tapi jangan risau. Meh sini aku nak kongsi sikit jawapan yang aku dapat selepas baca article ni ;

Jawapan yang diberikan ialah;
1. 'if a guy likes you, then he is going to be around you. It doesn't matter if he is not talking directly to you or even blatantly ignoring you. Even if he is making fun of you, picking fights or punching you in the arm and then running away. If he is interested in you, he will find reasons to be close to you.'
Belle: hmph, betul lah tu rasanya. Malah, benda ni pernah berlaku kat kawan aku masa zaman sekolah dulu. Hari-hari kena ejek dengan dak laki tu tapi last-last diorang kapel. Memang tak sangka lah kan. Mungkin itu lah yang dikatakan jangan benci sangat, takut lama-lama nanti tukar jadi sayang =)
So aku rasa, point ni just nak bagitahu kat korang supaya alert sikit kat lelaki-lelaki yang suka usik korang or ejek korang. Mana lah tahu itu jodoh korang ke.. lalala.
2. 'if he is not around you more times than not, he probably doesn't have any feelings for you. Just as we have trouble telling someone we do like them, we have the same trouble telling someone we don't. So, instead, we avoid you. I think that we just have trouble saying what we truly feel, or that we are hoping that if we are around you long enough you will start to understand our language, tell us you like us, and then invite us out to dinner (and if you paid too that would be absolutely super).'
Belle: Yeah, lelaki ni memang pelik. Macam suka tapi sebenarnya tak pun. Kan senang cakap je terus terang. Ni tak, suka biarkan perempuan fikir perkara yang bukan-bukan. Dan satu perkara lagi, aku terpaksa setuju yang kalau lelaki memang tak suka, dia memang akan cuba avoid perempuan tu. Kita ni je yang degil, denial dan still nak letak harapan setinggi Bukit Larut..padahal..huhu. [perempuan suka berfikir?]
Lelaki memang pengecut. Maaf cakap, tapi aku rasa diorang ni memang tak berani cakap dia tak suka kita depan-depan. Diorang lebih rela sepi tiba-tiba dan biarkan je hubungan tu berlalu macam tu je. So, kita yang perempuan ni, lebih baik berhenti je lah berharap. Cari je lah yang lain =)

'Whatever the case may be, the best sign to look for to see if he is interested in you, is if, no matter what foolishness he is doing, he is doing it around you.'
Good Luck!
Friday, June 8, 2012
Mungkin jodoh kami memang pendek...
Bismillah...
Cepat betul.
Cepat betul.
Cepat betul.
Ungkapan ini sangat utama, dan pertama perlu diucapkan berbanding ucapan lain, kerana ia adalah Firman Allah, di dalam AlQuran, dan Allah mengajar kita mengucapkannya bila berhadapan dengan keadaan yang tidak diingini, bagi mengembalikan kewarasan dan fikiran kita, bahawa segalanya milik Allah SWT, Dia berhak mengambil atau membuat sesuatu terhadapnya pada bila-bila masa sahaja, dan bahawa kita semua akan mati dan kembali menghadap Allah SWT. Allahuakbar!
-Innalillahi wainna ilaihiroojiuuun-
Alhamdulillah
Alhamdulillah, kini aku sudah boleh tersenyum kembali =)
Cepat betul.
Cepat betul.
Cepat betul.
Rasanya seperti baru semalam kita berjumpa, berkenalan dan akhirnya jatuh cinta, kan? Tapi cepat betul awak meninggalkan saya. Huh kejam sungguh awak ni. Kurang sopan perangai awak. Saya bencikan awak!
Rasanya seperti baru semalam kita keluar bersiar bersama-sama tapi kini mana awak? kenapa cepat betul awak.. awak..
Awak, saya redha dengan apa yang telah pun berlaku dan apa yang telah Allah tentukan. Saya yakin setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Setiap yang berlaku itu merupakan yang terbaik buat kita berdua kan? saya harap awak tak bersedih dan saya juga akan begitu juga.
Cepat betul kan awak meninggalkan saya keseorangan wahai ..
En. VIVA PUTIH 'JNG'
[ Disember 2011 ]
&
[ Jun 2012 ]
Rilek-rilek. Baca dulu sampai habis. Untuk pengetahuan korang, pembaca setia yang dihormati sekalian, aku telah mengalami kemalangan buat kali kedua selepas YANG INI pada Hari Selasa yang lalu ( 3hari dah ). Ala kemalangan kecil sahaja sebabnya aku selamat. Alhamdulillah masih diberi peluang kedua untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Cuma kereta je tu yang nampak macam rosak teruk. =(
Aku mengalami luka di bahagian dahi dan berjahit sedikit. yeah, I will become a 'Parut' girl soon!
Berat sungguh dugaan ni Ya Allah, tapi aku akan cuba tabahkan diri dan kuatkan semangat. Ala, ini baru sikit dugaan Allah beri kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lagi teruk seperti patah kaki, koma dan sebagainya. So think positive Belle!
Memetik status seorang teman di FB yang berbunyi;
Bila kita atau sesiapa ditimpa musibah, Islam mengajar kita mengucapkan kalimah 'Innalillahi wainnna ilaihoroojiuuun' yang bermaksud Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepadaNya jua kita akan kembali...
______________________________ ___________________
______________________________
Ungkapan ini sangat utama, dan pertama perlu diucapkan berbanding ucapan lain, kerana ia adalah Firman Allah, di dalam AlQuran, dan Allah mengajar kita mengucapkannya bila berhadapan dengan keadaan yang tidak diingini, bagi mengembalikan kewarasan dan fikiran kita, bahawa segalanya milik Allah SWT, Dia berhak mengambil atau membuat sesuatu terhadapnya pada bila-bila masa sahaja, dan bahawa kita semua akan mati dan kembali menghadap Allah SWT. Allahuakbar!
-Innalillahi wainna ilaihiroojiuuun-
Alhamdulillah
- Terima kasih Mak Abah yang sanggup datang dari Muar semata-mata nak jenguk keadaan Nabila
- Terima kasih Mak Uda dan Pak Syahril yang banyak membantu
- Terima kasih Ainaa, Cain, Kak Niza, Farahin dan Kak Ira. Korang memang baik sangat-sangat.
- Terima kasih kawan-kawan yang susah-susah datang melawat dan banyak memberi semangat
- Terima kasih rakan-rakan di Facebook yang sudi mendoakan kesejahteraan diri ini
- Terima kasih terima kasih dan terima kasih
Alhamdulillah, kini aku sudah boleh tersenyum kembali =)
Moral of the Story : Jangan lupa untuk membaca doa naik kenderaan sebelum memandu =)
Monday, May 14, 2012
Ego in Love
GIRL's DIARY :
I broke up with him today.
I told him I wasn’t happy.
He didn’t even ask why.
I thought he would ask me to stay.
But he didn’t. He just let me go.
And just like that,
I lost the guy I waited for so long. :'(
GUY's DIARY:
She broke up with me today.
She said she wasn’t happy.
I was too hurt to ask why.
I wanted to stop her from leaving.
But if she’s not happy with me, there’s no way I can make her stay.
So I just let her go.
Just like that,
I lost the girl I’ve been dreaming of for so long.. :(
___________________________
Thats the problem of ego..
Its always come in the middle of love...
and separate two lovers always like this way....
Have you ever showed ego to your loved ones?
-Facebook-___________________________
Belle : “Kesekian kalinya aku jatuh cinta, dan kesekian kali pula Tuhan bilang ‘belum’
I broke up with him today.
I told him I wasn’t happy.
He didn’t even ask why.
I thought he would ask me to stay.
But he didn’t. He just let me go.
And just like that,
I lost the guy I waited for so long. :'(
GUY's DIARY:
She broke up with me today.
She said she wasn’t happy.
I was too hurt to ask why.
I wanted to stop her from leaving.
But if she’s not happy with me, there’s no way I can make her stay.
So I just let her go.
Just like that,
I lost the girl I’ve been dreaming of for so long.. :(
___________________________
Thats the problem of ego..
Its always come in the middle of love...
and separate two lovers always like this way....
Have you ever showed ego to your loved ones?
-Facebook-___________________________
Belle : “Kesekian kalinya aku jatuh cinta, dan kesekian kali pula Tuhan bilang ‘belum’
Tuesday, April 17, 2012
Happy Birthday Che Nab !!
Entri ini khas ditujukan buat someone yang bernama,
Nabilah anak pakcik Roslan..hehe
Beliau lahir pada 17 April 19**
status : bukan single =P
belajar sama tempat dengan penulis blog ni
~UniKL-RCMP~
kami sebaya, cuma aku lagi muda ye Nab Nab
muda 4bulan
(erk perlu ke mention here?)
(^__^)Y
us!!
dari kanan : Dayah, Husna, Naemah, Syafiqah, Che Nab.
Ikhlas dari kami untuk Che Nab =)
thanks korang!! nice gathering~
Dear Husna, Dayah & Na'emah, thank you so much. Its a memorable Monday night anyway. Good luck ye exam Public Health Jumaat ni..ececeh..hehe.
Monday, April 16, 2012
Chicken Grill & Tutti Frutti
Salam.
Ini merupakan cerita tentang Sabtu yang lalu.
Makan malam di D'Polo Cafe
Taman Polo Ipoh.
1st time kitorang datang makan kat situ. Restoran yang berkonsepkan order, dapat makanan kena bayar dulu baru makan. Cara order die adalah self-service di mana pengunjung perlu ke gerai tu sendiri dan order. Yup, gerai jualan dan tempat makan diasingkan. Tak sure apa motif dia buat konsep macam tu. Memudahkan penjual dan membuat kami lebih selesa..mungkin laaa
p/s : Kat Muar pun ada juga buat konsep bayar dulu baru makan. Tapi dia gerai tepi jalan yg biase2 je, betul2 sebelah bus stand Muar. Rindu nak makan situ...
zzzz...
pemanis mulut yang paling mahal pernah aku makan..haha
A kredit to Tutti Frutti Medan Gopeng.
A kredit jugak to Shakira (budak comey tudung biru kat atas tu) sebab kasi pinjam kamera amek gambo ni tuk tampal kat entri kali ni..wee.
p/s : Malam ni nak pi celebrate besday seorang teman. Happy Birthday Nab!
Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ....
Hello hello hello everyone..
Assalammualaikum w. b.t.
em, korang sihat? mesti lah sihat kan, sebab dapat baca entri ni..hehe. SIla baca dalam keadaan yang tenang ea. Mari tarik nafas dahulu..kemudian hembuskan ke screen..lalala.
ok!
Nak tahu satu rahsia tak? meh sini aku nak bagitahu.
Sebagai seorang aku, yang bergelar seorang wanita, sudah pasti kami mempunyai citarasa yang sama dalam memilih jejaka pilihan hati untuk dijatuhkan hati kami kepada mereka. Walaupun mungkin ramai yang akan kata.. lain orang lain citarasa. Namun, bagi aku.. wanita adalah sama dalam hal ini! lets cekidaud guys..
Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang .... (3 ciri) ;
Yang pertama : Kelakar
Pesanan khas untuk kaum HAWA ;
Kita selalu inginkan lelaki yang sempurna untuk diri kita, macam ciri-ciri kat atas tu kan? tapi pernah tak kita sedar yang, betul ke diri kita sudah benar2 sempurna untuk mereka? JIka belum, mari cuba untuk sempurnakan diri dulu, sebelum mencari yang sempurna. Jom tepuk dada tanya iman dan akal sama-sama! Good Luck semua. Semoga mendapat sesuatu daripada apa yang aku kongsikan hari ini.
wassalam.
Assalammualaikum w. b.t.
em, korang sihat? mesti lah sihat kan, sebab dapat baca entri ni..hehe. SIla baca dalam keadaan yang tenang ea. Mari tarik nafas dahulu..kemudian hembuskan ke screen..lalala.
ok!
Nak tahu satu rahsia tak? meh sini aku nak bagitahu.
Sebagai seorang aku, yang bergelar seorang wanita, sudah pasti kami mempunyai citarasa yang sama dalam memilih jejaka pilihan hati untuk dijatuhkan hati kami kepada mereka. Walaupun mungkin ramai yang akan kata.. lain orang lain citarasa. Namun, bagi aku.. wanita adalah sama dalam hal ini! lets cekidaud guys..
Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang .... (3 ciri) ;
Yang pertama : Kelakar
- Bagi kami, sifat ini sangat penting supaya hubungan yang terjalin tidak akan bosan. Maklumlah, setiap hari jumpa, sms, chat & sebagainya. Jumpa orang yang sama pula tu. Tambah pula, bukankah jika kita kerap ketawa, risiko untuk kita untuk mendapat penyakit kronik berkurangan? So yeah, boleh lah kita hidup lama sampai ketua kan sayang? *ok, over tu Belle*
- Tapi awas, orang yang kelakar, tidak semestinya hidup dia sentiasa gembira dan membahagiakan. Dalam hati, tuhan je yang tahu beb.
- Bijak ni luas maknanya. Bagi aku sendiri, aku mudah tertarik dengan orang yang pandai dalam pelajaran. Jika dia pandai melambangkan yang dia rajin belajar & fokus terhadap apa yang dia cita-citakan. Tapi, biasalah.. minat aje. Dia pandai, tapi aku tak.. so lupakan je lah Belle, bisik hati ini..uwaa.
- Tapi awas, tak semua orang yang bijak belajar bijak juga menguruskan hubungan cinta dan lain2. Fikir-fikirkanlah ye =)
- Sifat ini antara sifat yang paling utama didambakan oleh setiap wanita. Bagi mereka, lelaki yang alim sangat sesuai dibuat suami berbanding lelaki yang hanya tahu menghabiskan masa di jalanan merempit segala bagai tu. ah, itu common sense kot.
- Namun tak semua orang suka pada lelaki yang alim. Antara alasan popular yang diberi apabila ditawarkan lelaki itu kepadanya, "tak mau la..skema!". Bagi aku, mereka pasti ada alasan tersendiri untuk berkata macam tu. Mungkin.. merasakan diri belum cukup layak untuk lelaki seperti itu.
- Tetapi percayalah wahai lelaki, setiap wanita pasti menginginkan lelaki yang betul-betul arif tentang agama. Tak perlu jadi warak pun tak mengapalah, asalkan berakhlak mulia & pandai tentang basic ilmu agama. Agar bila nak bawak gi jumpa mak ayah, sejuk sikit hati diorang.
Pesanan khas untuk kaum HAWA ;
Kita selalu inginkan lelaki yang sempurna untuk diri kita, macam ciri-ciri kat atas tu kan? tapi pernah tak kita sedar yang, betul ke diri kita sudah benar2 sempurna untuk mereka? JIka belum, mari cuba untuk sempurnakan diri dulu, sebelum mencari yang sempurna. Jom tepuk dada tanya iman dan akal sama-sama! Good Luck semua. Semoga mendapat sesuatu daripada apa yang aku kongsikan hari ini.
wassalam.
Saturday, March 24, 2012
Dear Awak,
Kehadapanmu..
yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.
Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah. Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak bunda khadijah, karenanya ku ingin kau tahu, aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah,
karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti. –insya’Allah-.
Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.
Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja. maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana…
Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan karena ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu. Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
tegurlah aku dengan hikmah,
karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Karena satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku karena aku bukan putri..
Aku hanya wanita biasa….
terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA…..
semoga kita bisa sama-sama bahagia…
sumber : Facebook.
sumber gambar : here
Saturday, March 10, 2012
jawapan : Tips ber'kawan' dengan budak medik
Salam & happy weekend Belle ucapkan pada semua pembaca.
Hari ini, Belle nak tulis jawapan untuk entri ini
[Betul ke merana bercinta dengan budak medik?]
Belle ambil 2hari jugalah untuk hasilkan entri ini. Sebabnya ialah..belle tunggu jawapan dari korang lah. Tak ramai pun yang komen ..huhu sedeynye. Tapi takpe, maybe korang segan nak beri komen. ataupun korang ni, takde pengalaman yang macam tu kot. hehe. (bagus jika kita bersangka baik ni)
As for me, a 24-year-old 'Girl'.. Belle rasalah kan, itu semua bergantung pada diri kita sendiri. Ok, maybe korang tak senang dengan jawapan tu. Sebab macam umum sangat. Pada Belle, ok je bercinta dengan budak medik, cuma..
*amaran awal, budak medik yang Belle maksudkan ialah budak medik yang alim, baik, sopan, 'skema' & bukan playboy punye orang la..ok? cuma dia kureng sikit la dalam bab kasih & sayang ni. he..
cuma korang (this is especially for Girls) kena berkorban sedikit.
"maksud berkorban?"
ok. berkorban yang Belle maksudkan adalah;
1. firstly, kena faham betul2 situasi si Dia.
2. Amalkan gaya hidup, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian
Hari ini, Belle nak tulis jawapan untuk entri ini
[Betul ke merana bercinta dengan budak medik?]
Belle ambil 2hari jugalah untuk hasilkan entri ini. Sebabnya ialah..belle tunggu jawapan dari korang lah. Tak ramai pun yang komen ..huhu sedeynye. Tapi takpe, maybe korang segan nak beri komen. ataupun korang ni, takde pengalaman yang macam tu kot. hehe. (bagus jika kita bersangka baik ni)
As for me, a 24-year-old 'Girl'.. Belle rasalah kan, itu semua bergantung pada diri kita sendiri. Ok, maybe korang tak senang dengan jawapan tu. Sebab macam umum sangat. Pada Belle, ok je bercinta dengan budak medik, cuma..
*amaran awal, budak medik yang Belle maksudkan ialah budak medik yang alim, baik, sopan, 'skema' & bukan playboy punye orang la..ok? cuma dia kureng sikit la dalam bab kasih & sayang ni. he..
cuma korang (this is especially for Girls) kena berkorban sedikit.

"maksud berkorban?"
ok. berkorban yang Belle maksudkan adalah;
- Si Dia tu pelajar perubatan. Diulangi, medik ye. Paling kurang pun ambil masa 5tahun untuk menamatkan pengajian. Tempoh yang sangat lama kot. Kalau dekat kolej Belle sekarang ni [UniKL-RCMP], tak tahu lah Belle nak kata either kami ni terlebih tua or diorang (student kos lain) yang awet muda T__T.
- kalau betul korang menyayangi si Dia seikhlas hati, korang akan cuba menjadi pembakar semangat si Dia untuk completekan study yang 5tahun lamanya itu, bukannye mengeluh setiap kali dia gagal balas sms sebab tension nak exam. Ingatlah, jika kita buat baik dengan orang, kebaikan jualah yang akan kita dapat kembali.
2. Amalkan gaya hidup, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian
- kebanyakan complain yang Belle dapat daripada orang yang mengelak untuk bercinta dengan budak medik adalah, "ah, budak medik ni busy. Susah sangat nak bagi komitmen."
- hmph. kalau nak cakap pasal komitmen ni kan, rasanya jarang nak jumpa orang yang betul2 berkomitmen dalam bercinta melainkan tujuan sebenar dia adalah untuk berkahwin. Maksud berkahwin di sini ialah berkahwin dalam masa yang terdekat, tidak ambil terlalu lama untuk bercinta.
- ya, maybe Belle boleh setuju jika ramai yang cakap budak medik ni belajar lama, kene fokus pada study yang susah tahap dewa punyer, tak mungkin la ada masa nak berkomitmen dalam cintan-cintun ni. Tapi, Belle rasa lah kan, tak payah tengok jauh-jauh, tengok orang di sekeliling Belle je la. Kebanyakan rakan sebaya Belle yang sudah pun berkahwin merupakan budak medik. ya, diorang masih bergelar pelajar.
- Jadi, tak timbul isu semua budak medik susah bagi komitmen sebab study. I'm sure that korang tahu komitmen lepas kahwin lagi susah daripada komitmen masa bercinta. Harap pandangan yang boleh la dikatakan agak lapuk tu, di delete segera ya? hehe.
'jadi apa kena-mengena komitmen dengan bersusah-susah dahulu tu Belle?'
- ok, pada pendapat belle sendiri, si dia (budak medik) tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya mungkin atas sebab dia belum memikirkan lagi tentang perkahwinan. cara yang terbaik adalah, beri dia sedikit masa, jangan terlalu mendesak mahupun mengongkong.
- Ya, Belle faham, sebagai perempuan, kita akan lebih cenderung untuk fikir tentang kahwin. Nak2 umur kita yang macam ni kan..aha. Tapi ketahuilah wahai kaum Hawa, lelaki ni kan, kebanyakannya tidak fikir macam yang kita fikir. Pada mereka, kerjaya lebih utama. Perempuan hanyalah sebagai pengiring untuk dia capai kejayaan dia tu. Dan takde lah segan nanti bila bakal mentua tanya, "keje ape, gaji berapa?"
- So, bersabarlah. Amalkan prinsip, ala susah2 dulu, senang2 kemudian. maksud dia kan.. macam, sekarang si dia kurang masa untuk aku, mungkin lepas dia dah berjaya..dia akan punya masa yang lebih untuk aku. doa la hari2 agar termakbul!
sebagai kesimpulannya. bersabar & terus bersabar. Kalau dah yakin dia jodoh kita, doa hari2 semoga bertemu jodoh dengan si Dia. jangan terburu-buru bertindak dalam membuat keputusan. Dan satu je ni pesanan terakhir,
"Biar si dia busy sebab study/kerja. Jangan busy sebab ada perempuan lain."
![]() |
gambar selingan |
hmph. kalau 2tips kat atas tu pun payah untuk korang buat..nampaknya terpaksa la cari jalan lain. clash. bawa haluan masing-masing. Tapi jangan menyesal pula lepas tu ye, sebab bukan senang nak dapat suami Doktor =P (ok, ada bunyi bias di situ)
ok. sekian. Jumpa lagi InsyaAllah.
Thursday, March 8, 2012
Betul ke 'merana' bercinta dengan budak medik?
salam.
Aku ada 2 orang kawan yang sedang bercinta dengan budak medik. Dua-dua mengadu benda yang sama iaitu;
"aku nak tanya kau ni, betul ke budak medik ni busy. sampai tak ada masa langsung untuk Girlfriend?"
aku pun jawab mengikut sudut pandangan aku sendiri. tapi sebelum aku cerita lebih lanjut pandangan aku itu, aku nak dengar pandangan korang dulu, terutamanya entorang follower2 blog Syafiqa-belle, pembaca setia/silent reader mahupun rakan-rakan yang mengenali diri ini.
sila komen ok?
jumpa lagi. Nanti aku cerita pandangan aku pula.
Aku ada 2 orang kawan yang sedang bercinta dengan budak medik. Dua-dua mengadu benda yang sama iaitu;
"aku nak tanya kau ni, betul ke budak medik ni busy. sampai tak ada masa langsung untuk Girlfriend?"
aku pun jawab mengikut sudut pandangan aku sendiri. tapi sebelum aku cerita lebih lanjut pandangan aku itu, aku nak dengar pandangan korang dulu, terutamanya entorang follower2 blog Syafiqa-belle, pembaca setia/silent reader mahupun rakan-rakan yang mengenali diri ini.
sila komen ok?
jumpa lagi. Nanti aku cerita pandangan aku pula.
Thursday, March 1, 2012
Tips dapat suami/isteri soleh & solehah
Tajuk : Sebelum Aku Terima Nikahnya.
M : Aku dah hidup 2 dekad 1 tahun. Dah banyak yang aku lalui, pahit getir kehidupan tetapi macam ada sahaja yang hilang.
F : Orang selalu kata hidup aku dah sempurna tapi, aku tetap rasa kosong.
Both : Mungkin aku perlu buat sesuatu.
Checklist!
M : yang paling utama, Solat!
F : bangun2. (kejutkan kawan bangun solat Subuh)
F : Seterusnya, Cintai Ilmu!
M : Ilmu takkan datang kalau kita tak cari.
F : Ilmu juga perlu dikongsi.. Dengan Murabbi, dengan Sahabat, dan kalau yang tertinggal tu, kita kenalah ingatkan.
ok, pastu.. (Manfaat Orang Lain)
M : (Manfaat orang lain) Aku cuba untuk masak, tapi tak tahulah jadi ke tak?
F : kalau tak cuba hari ni, bila lagi?
M : Aku harap diorang suka, first try kot.
F : Aku punya? hmph.. (cekodok tu hangus..hehe) Takpelahh belum berjaya, Allah kan nilai usaha
Yang ke-empat.. (Akhlak)
F : Aku cuba kawan dengan semua orang.
M : Bak kata orang, berkawan biar seribu. Bermusuh, aku rasa tak perlu.
F : Yang penting tahu batasan.
M : Haha dan satu lagi tak lupa untuk jaga pandangan.
Last but not least,
M : yang menjadi tunjang untuk segala-galanya
F : Relationship dengan Allah
M : Tiap malam aku cuba beribadat kepada-Nya
F : menjadi hamba yang Esa.
M : Doa.
F : Terus & terus meminta, semoga aku dikurniakan yang terbaik buat diriku.
Both : Amin~
F : Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan yang terbaik buat diriku
M : Dan aku juga.
p/s : dialog di atas merupakan skrip video ini yang telah ditaip semula oleh Syafiqah =)
"your life doesn't get better by chance, it gets better by change!".
M : Aku dah hidup 2 dekad 1 tahun. Dah banyak yang aku lalui, pahit getir kehidupan tetapi macam ada sahaja yang hilang.
F : Orang selalu kata hidup aku dah sempurna tapi, aku tetap rasa kosong.
Both : Mungkin aku perlu buat sesuatu.
Checklist!
M : yang paling utama, Solat!
F : bangun2. (kejutkan kawan bangun solat Subuh)
F : Seterusnya, Cintai Ilmu!
M : Ilmu takkan datang kalau kita tak cari.
F : Ilmu juga perlu dikongsi.. Dengan Murabbi, dengan Sahabat, dan kalau yang tertinggal tu, kita kenalah ingatkan.
ok, pastu.. (Manfaat Orang Lain)
M : (Manfaat orang lain) Aku cuba untuk masak, tapi tak tahulah jadi ke tak?
F : kalau tak cuba hari ni, bila lagi?
M : Aku harap diorang suka, first try kot.
F : Aku punya? hmph.. (cekodok tu hangus..hehe) Takpelahh belum berjaya, Allah kan nilai usaha
Yang ke-empat.. (Akhlak)
F : Aku cuba kawan dengan semua orang.
M : Bak kata orang, berkawan biar seribu. Bermusuh, aku rasa tak perlu.
F : Yang penting tahu batasan.
M : Haha dan satu lagi tak lupa untuk jaga pandangan.
Last but not least,
M : yang menjadi tunjang untuk segala-galanya
F : Relationship dengan Allah
M : Tiap malam aku cuba beribadat kepada-Nya
F : menjadi hamba yang Esa.
M : Doa.
F : Terus & terus meminta, semoga aku dikurniakan yang terbaik buat diriku.
Both : Amin~
F : Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan yang terbaik buat diriku
M : Dan aku juga.
p/s : dialog di atas merupakan skrip video ini yang telah ditaip semula oleh Syafiqah =)
Wednesday, February 29, 2012
Awak, tolong maafkan saya boleh?
maafkan saya jika saya;
This is an expression used by a Muslim when he wants to ask Allah forgiveness. The meaning of it is: "I ask Allah forgiveness." A Muslim says this phrase many times, even when he is talking to another person. When a Muslim abstains from doing wrong, or even when he wants to prove that he is innocent of an incident he uses this expression. After every Salah (payer), a Muslim says this statement three times.
- selalu ajak awak keluar berdua-duaan
- suka ajak awak pergi tengok wayang
- pernah terganggu/sms awak waktu awak sedang solat
- suka merungut sebab tertekan dengan ujian Allah
- pernah memakai minyak wangi semata-mata ingin memikat awak
- selalu melewat-lewatkan solat sebab leka SMS dengan awak
- suka memandang lelaki lain dan seringkali merasakan yang saya perlukan seseorang yang lebih baik daripada awak
- pernah terfikir awak bukan yang terbaik untuk saya
- selalu terkenangkan cinta lama
- menyebabkan awak sayang saya lebih daripada awak sayang Allah
dan yang paling penting sekali,
tolong lah
maafkan lah saya
Jika saya pernah terkacau Iman awak. Saya insaf~
ASTAGHFIRULLAH

Subscribe to:
Posts (Atom)
Bebelan bebas
Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...
-
University Kuala Lumpur Royal College Medicine of Perak started out as Perak College of Medicine. It was wholly owned by Perak State Governm...
-
Assalammualaikum. Fuh, dah dua tahun tak menaip kan? kekoknyaaaaaa Apa khabar korang semua? Harap sihat sentiasa Nur Aulia? Dia sihat...
-
Masa zaman kanak-kanak, aku suka main teka-teki, walaupun tahu jawapan dia sangat lah tak masuk akal, tapi still nak juga try jawab...jom tr...