Tuesday, November 30, 2010

pantang larang orang dulu-dulu, apa rasionalnya?

Jom semak ni jap~
  1. Jangan makan nasi dingin, nanti keras kepala. 
    • rasional = mungkin takut termakan nasi basi. kang sakit perut pulak
  2. Jangan buang sampah malam2 nanti buang rezeki.
    • rasional = mungkinnye sebab tak ade lori sampah lalu angkut malam2 kot.
  3. Anak dara tak leh nyanyi kat dapur nanti dapat suami tua.
    • rasional = menyanyi memang tak elok pun kat dapur ketika masak. Nanti air liur masuk dlm masakan. Saja bagi takut jer tu.
  4. Kalo nak tidur kena basuh kaki nnt ngigau
    • rasional = Zaman dulu2 mana la diorang pakai selipar dan seangkatan dengannya. so kalo tak basuh kaki, kan kotor tempat tido tu nanti.
  5. Jangan dok atas bantal, nanti bisul 
    • rasional = bantal tu kan tempat nak letak kepala masa tido. takkan nak diduduk2 kan. Tapi zaman nabi, nabi kalo ader tetamu, baginda bagi dok atas bantal utk keselesaan tetamu.
  6. Jgn makan tukar2 tempat, nanti kawin banyak 
    • rasional = nanti bersepah2 la.. tambah2 dak2 kecik makan.. kalo byk tempat, mau satu umah kena sapu tiap kali mkn.
  7. jangan meniarap dgn kaki terangkat, nanti mak mati.
    • rasionalnya = Tak manis/mcm tak sopan kalau meniarap kaki terangkat. lagi2 kalau orang pompuan 
  8. Budak-budak takleh makan kepala ikan, nanti jadi pelupa
    • rasionalnya : ahaha orang tua yg nak makan kepala ikan tu, sedap wooo 
  9. Kalau bercinta jgn hadiahkan baju
    • rasional = kalau clash kalau dia pulangkan balik, nak ke pakai baju tu balik? 
  10. Lepas makan kena tuang air sikit kat pinggan,kata org tua2 utk tambah rezeki,
    • rasional = untuk x mendera org yg membasuh pinggan sebab kalau sisa makanan tu lambat sikit basuh,payah nak cuci, nak kena sental.
  11. Jgn makan sambil pegang pinggan,nanti awek lari
    • rasional = kalau makan sambil pegang pinggan(makan pakai tangan) kalau terlepas pecah pinggan tu,otomatik awek tu terus malu makan dgn kau
  12. lauk terakhir dalam pinggan jgn diambil nanti kawin lambat
    • makanan atau lauk last biarlah org tua yang makan, jangan biar dorg kempunan
  13. kalo makan ikan jangan diterbalik kan untuk amik isi di sebelah,nanti nelayan kat laut terbalik perahu 
    • sebenarnya nak nampak sopan terutama untuk anak anak gadis kalo makan kat umah bakal mertua.
  14. kalau nak tambah nasik, nasik lam pinggan jgn kasi licin dolu, tinggal sejemput dua lam pinggan, pastu tambah.
    • alasan nyer supaya rezeki tak putus....(i dunno. tp dah terbiasa buat, there's no harm at all anyway)
  15. jangan dok kat tangga, nanti lambat dapat jodoh
    • tangga zaman dulu x sama ngan zaman sekarang, so kalau jatuh patah riuk kan naya. lagi satu, tak elok sebab orang nak keluar masuk pon susah 
  16. jgn buang nasik, nanti nasik nangis 
    • jgn membazir @ jgn tamak masa amik nasik kang tak abis
  17. jgn makan dari dalam periuk, letak kat pinggan/mangkuk dolu, baru makan..... kalau tidak mewaris kepapaan 
    • tp basically cam tak sopan kalau makan dari lam periuk.... buruk lantak
  18. amik nasi, senduk jgn dihentak rezeki lari
    • takut senduk patah
bersambung.......

Monday, November 29, 2010

Kalau aku diberi pilihan, aku nak..

.. buka kedai SPA! 

Maaf sekiranya Tuan Blog agak tiba-tiba di situ. Salam petang Isnin. Kelas baru je tamat. Hari ini hari baru untuk tahun pengajian yang baru (Phase 3A). Letih dan sedikit bosan tapi enjoy.

Berbalik pada tajuk! Kenapa la tiba-tiba nak buka kedai SPA ni? Camni. Semalam tiba-tiba aku teringat yang ada seseorang, beliau pernah bertanya soalan camni kat aku :

Si tukang tanya : Selain jadi Doktor, apa cita-cita awak yang lain?

Si tukang jawab : Em buka kedai SPA kot

Si tukang tanya : Kenapa?

Si tukang jawab : InsyaAllah. Saya nak jadi pakar kulit. Dan minat gak la dengan bisnes. Lagi best kalau dapat jual produk kecantikan nih. :)

Si tukang tanya tu, bertanya juga pada rakan-rakan ku yang lain. Dan majoriti memberikan jawapan yang memang lain gila daripada bidang yang diorang tengah belajar sekarang. Seperti, bakal Peguam memilih untuk menjadi tukang masak. Dan bakal Jurutera memilih untuk menjadi juruterbang. Yang pasti semua tu atas sebab yang sama iaitu MINAT!

So korang pula camne? Ada cita-cita nak ceburi bidang selain daripada bidang korang? kongsi jom


Belle' : Pernah la ada membe aku nih. Sekarang pelajar medik. Bila aku tanya apa cita-cita kau masa kecik-kecik dulu ek? dia pun jawab, "Nak jadi BOMBA". aku senyum aje hehe(~_^)V


Sunday, November 28, 2010

sinopsis Wake Up Sid !

Aku peminat Bollywood! Tapi aku jarang buat review Filem Hindustan kan. Aku baru perasan. Mesti korang akan pikir, ah ade lagi ke orang yang tengok cerita Bollywood. Dulu best la, sekarang..ala :P. Ei bagi aku Bollywood dulu kini selamanya best tau..hehe. Macam peminat Korea gak. Korang mesti akan cakap benda yang sama gak kan. Okeh tak mau bebel panjang. terus pada tajuk utama!

Kenal Ranbir Kapoor?? Yang korang kenal Kajol, Shah Rukh Khan, Amir Khan dan Salman Khan je kan. Bagi yang mengikuti perkembangan Bollywood, Hero yang tengah Panas sekarang adalah Ranbir Kapoor.

Ni dia wajah Hero kacak tu (^__^)V

A little info about Ranbir Kapoor: 

Birth Date : 28 September 1982 (28 years old)
Years Active : 2007 - present
Awards : 
Filmfare Best Male Debut Award (Saawariya-2007)
Filmfare Critics Award for Best Performance (Wake Up Sid & Ajab Prem Ki Ghazab Kahani-2009)

His Girlfriend Deepika Padukone but broke up last year! 



So, the latest filem lakonan beliau yang ku tonton adalah Wake Up Sid! Jom baca sinopsis dia~

Wake Up Sid menceritakan tentang SID, remaja yang suka berseronok dan kaya. Bapanya menyuruhnya mengambil alih syarikat dan menjanjikan sebuah kereta Ferrari. Sid bersetuju dan pada masa yang sama dia bertemu dengan Aisha (seorang penulis). Mereka berkawan dan Sid banyak membantu Aisha dari segi rumah sewa, mencari kerja dan lain-lain. Akhirnya SID jatuh cinta tetapi pada malam dia ingin meluahkan cintanya, Aisha  memberitahu yang dia tak mungkin jatuh cinta dengan orang yang kebudak-budakkan seperti Sid menyebabkan niatnya terpadam. Selepas itu, Sid dapat tahu dia gagal dalam exam dan ayahnya menghalau dia dari rumah. Sid terpaksa tinggal bersama Aisha. Sepanjang tinggal bersama Aisha, banyak konflik berlaku antara maereka. Aisha tertekan dengan kerja dan tiada idea untuk artikel yang akan datang, Sid lah yang membantu. Sid selalu menyepahkan rumah. Menambahkan lagi tekanan Aisha, dan mereka hampir bergaduh. Tapi dari situ jugalah Sid belajar berdikari dan Aisha pula mula sedar bahawa dia sebenarnya cinta kan Sid. Aisha meluahkan perasaan melalui artikel yang ditulis dalam majalahnya. Sid terbaca dan mereka pun bersatu. Happy ending!

emm lagu-lagu dalam cerita ni pun oklah, best..hehe


Belle' : Shah Rukh Khan tetap di hati ku ~

Along segan nak mintak hutang?

Yeay Selamat Hari Ahad. Harap ceria semuanya. Manfaatkan hari ni sebaik-baiknya sebab esok hari ISNIN! Aku pun dah start kelas, walhal exam baru je abes 4 hari yang lepas. Kejam sungguh RCMP tak kasi kitorang cuti panjang tau. Tapi takpelah, aku dah biasa redha dalam keterpaksaan. (T-T) 

Selepas terbaca entri seorang Blogger tentang apa yang kita buat time kesesakan lalu lintas, eh silap! kesesakan RM @ $$$ @ duit @ Money, aku pun terfikir tentang hutang. Bila bercakap tentang hutang, siapa aje yang suka betul tak? Kadang-kadang dalam keadaan waras tapi separuh sedar kita sebenarnya telah berhutang.  

Contoh, bila mana kita terlupa bawa dompet (beg duit) akibat sifat cuai, nak cepat dan sering lupa. Nak tak nak kita terpaksa pinjam duit rakan kita. Kita berhutang la tu kan. Betul tak? Untuk kes yang sengaja buat-buat lupa bawak dompet, itu lain!

Selain tu, bila mana bulan tu kita terkena saman, terpecahkan peti Ais (macam kes aku je ni), tershopping lebih bulan tu dan ter yang seangkatan denganya lah. Ditambah plak duit (Gaji/Biasiswa/Pinjaman/FAMA) lambat masuk, ape boleh kita buat untuk teruskan hidup pada bula tersebut? tak lain tak bukan, terpaksa berhutang la kan.

Berhutang itu tak salah. Kalau tak silap dulu aku pernah belajar, dalam Islam sendiri, dari aspek Muamalat, meminjam/berhutang itu digalakkan. Tapi yang jadi problem bila mana lewat bayar. Lagi parah kalau buat-buat lupa. Kesian kat si peminjam. Dan banyak berlaku, di mana si peminjam segan nak minta duit yang telah dipinjamkan. Kawan kamcing lah katakan. (ALONG is out of topic!).

Kalau kes camtu jadi kat korang, camne korang nak settlekan? Kalau aku, aku buat-buat la nak pinjam duit dia balik, konfem ingatan dia pulih segera. Kalau tak pulih2 gak, aku pula yang akan buat-buat lupa ingatan protes tak nak bayar hutang..kuang3.



Tips elak menjadi tidak beruang (ber-wang);
  1. Masak kat rumah, tapi jangan lah masak menu yang makan duit..aigoo
  2. Order air kosong kalau makan kat luar
  3. Buat budjet kira-kira di awal-awal bulan. Duit sewa rumah, bila air, duit minyak, belanja makan tu ketepikan dulu. If ade baki baru boleh guna untuk benda lain. Itulah yang dinamakan 'utamakan keperluan daripada kehendak' !
  4. Jangan boros. Pandai kawal Nafsu~
Hurm aku memang tak suka sangat berhutang. Rasa cam hidup tak tenang. Tapi kalau dah terpaksa apakan daya. Ayuh bebaskan diri dari HUTANG!

Belle' : belum kerja dan pegang duit sendiri dah pandai berhutang, kalau dah kerja nanti entah camne lah (^_^")V

Saturday, November 27, 2010

I've BELAJAR this so JAUH

Assalammualaikum

Sepanjang hampir 2 tahun aku berblog, walaupun kejap AKTIF kejap TAK (akibat kekangan masa dan komitmen lain ditambah menulis mengikut cuaca EMOSI), banyak benda yang aku dah belajar.

Salah satunya adalah Tips berblog! Meh aku kongsikan ILMU tersebut dengan korang especially to those who are new in this world of Belle, eh silap, BLOG~

Tips dari segi Wajah BLOG;

  1. Daftarlah dengan Syarikat Pengiklanan eg: Nuffnang. Tak salah kan kalau Hobi menulis di blog boleh juga dijadikan pendapatan tambahan.
  2. Widget Nuffnang, kalau boleh letak tiga-tiga sekali. Kebarangkalian orang nak klik lagi tinggi.
  3. Pilih URL Blog yang mudah dan ringkas untuk orang ingat
  4. Untuk tajuk blog, letak nama sendiri lagi baik. Tambah lagi dot blogspot. Persepsi automatik menjurus kepada blog tentang diri beliau. Lumrah manusia, lebih suka membaca Diari orang daripada Info berguna (^_^) 
  5. Pilih template yang ringkas tapi menarik dan letak widget yang penting sahaja.
  6. Header kena mantap! Senang nak grab attention readers!
  7. Jangan letak lagu, annoying kot. Tapi depends kat jenis lagu dan selera pembaca..terserah anda
  8. Sila timbang berat blog. Blog yang berat akan menyebabkan pembaca menunggu lama dan akhirnya mereka mungkin terus keluar dari blog anda tanpa sempat membaca entri yang cuba disampaikan. Klik sini nak timbang
  9. Setting untuk bahagian komen, jangan letak 'verification Words'. Menyusahkan pembaca memberi komen.
Tips dari segi penulisan;
  1. Tajuk biar menterbeliakkan mata yang melihat. Biar power, tapi jangan tipu. diulang, jangan menipu. INGAT! lies killing trust. Dan tentu sekali isi mesti la best dan sepadan dengan tajuk.
  2. Guna tatabahasa yang betul dan mudah. Jangan guna banyak titik. orang bukan nak baca titik kan. Lagi satu jangan kejap kecik kejap besar. Sakit mata wooo
  3. Letak lah gambar biar menarik.
  4. Jangan guna short form. Sebab pencarian di Google adalah SITI NURHALIZA bukan CT Nurhaliza. Ini untuk tackle pembaca melalui SEO (search engine optimization)
  5. Pelbagaikan Genre Entri. Tak semua orang suka kan Entri berbentuk Hiburan. Tak semua orang suka kan Entri berbentuk Ilmiah. tak Semua orang suka Entri berbentuk Aktiviti seharian. Pelbagai kan lebih baik.
  6. Pandai pilih waktu nak publish. Cek waktu yang ramai orang view untuk post yang lepas-lepas.
  7. Tulis dari hati. Niat kena baik.
  8. Be Yourself! Jadi diri sendiri. 
Tips terakhir tapi tak lah akhir sangat. Sila rajin Update, rajin melawat Blogger lain, rajin meninggalkan komen, rajin Ping Blog & rajin publish kat YM, FB, Twitter, Geng Blogger dan sebagainya. Ok tu aje kot. Dialu-alukan kalau nak tambah ke nak tanya. Aku takdelah hebat sangat. Sekadar ingin berkongsi. Moga berguna! Tips yang aku belajar ni pun tak semua aku praktis. So. Good Luck and enjoy blogging~

Belle' : Usaha tangga kejayaan


sila jangan tanya aku mengapa gambar tangga ini diletak ^_^"

Finalist Anugerah Juara Lagu 25 (09.01.11)

1. Faizal Tahir - Hanyut
Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen.

2. Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan
Juara Akademi Fantasia 8


3. Hafiz - Noktah Cinta
Mohd Hafiz bin Mohd Suip (lahir 27 Februari 1990) ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula popular semenjak menjuarai musim ketujuh Akademi Fantasia.


4. Black & Meet Uncle Hussin - Drama King
Kumpulan Meet Uncle Hussain (juga dieja MeetUncleHussain atau meetunclehussain, singkatan MUH) ialah sebuah kumpulan muzik bebas Malaysia yang pada asalnya dianggotai oleh empat orang iaitu Lan (vokal utama/gitar kedua), Taja (gitar utama/vokal latar), Kudux (dram) dan Afat (bass/vokal latar). Mereka juga pernah menggunakan khidmat bekas pemain dram Flop Poppy dan Gerhana Skacinta, Bakri ketika persembahan mereka. Konsep lagu yang didendangkan oleh Meet Uncle Hussein berbentuk rock progresif.


5. Adira - Ku Ada Kamu
Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira ialah seorang bintang Akademi Fantasia yang berasal dari Ranau, Sabah. Gadis ini merupakan anak bongsu daripada 8 adik beradik. Adira beraksi di pentas akhir Akademi Fantasia Musim 8 bersama 4 lagi rakannya iaitu Shahir, Maulana, Iwan dan Daus seterusnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara pada musim tersebut.


6. A.P.I - Pelita


7. Yuna - Cinta Sempurna
Yunalis Zarai, atau lebih dikenali sebagai Yuna oleh para peminatnya, merupakan seorang penyanyi Malaysia yang memperjuangkan muzik rock indie. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian di Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam. Mula meningkat naik menerusi lagu Dan Sebenarnya, beliau setakat ini sudah menghasilkan sendiri sebuah album demo dan sebuah album EP dengan menggunakan nama sendiri, Yuna EP, yang boleh dibeli melalui pesanan e-mel.


8. Tomok - Berlari
Shah Indrawan Ismail atau juga dikenali sebagai Tomok (lahir 17 Mei 1984) adalah seorang penyanyi di Malaysia. Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz. Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009.


9. Black - Sofea Jane
Hanifah bin Md Hanafiah, lebih dikenali sebagai Black, ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengecapi kenamaan semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor dengan bimbingan Mas Idayu.

10. Hujan - Mencari Konklusi
Hujan ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.


11. Faizal Tahir - Selamat Malam

12. Bunkface - Ekstravaganza
Bunkface ialah sebuah kugiran empat ahli yang diasaskan di Klang, Selangor, pada tahun 2005, kini terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar keduanya Sam Baharom, pemain gitar bes dan penyanyi tambahan Youk, pemain gitar utama Paan, dan pemain dram Ejam Coda. Antara lagu-lagu popular nyanyian Bunkface termasuk "Bunk Anthem", "Situasi", "Silly Lily", "High School Rocker", "Prom Queen", dan "Through My Window."


13. Stacy - Jahat
Stracie Angie Anam atau lebih dikenali sebagai Stacy (lahir 18 Ogos 1990 di Kota Kinabalu, Sabah) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6. Beliau sekarang menetap di kampung Tuavon, daerah Penampang di Sabah. Stacy makin dikenali melalui beberapa lagu hitsnya seperti Aku Stacy, Pakai Buang dan Gagap.


14. Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali ialah seorang pemuzik Malaysia yang berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan pemainan gitar. Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009. Album pertamanya, Ketika Aku Kecil keluar pada April 2010. Gadis yang berdarah Melayu sepenuhnya ini berkelulusan TESL dari UiTM. Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.




Belle' : Credits to this BLOGGER  & WIKIPEDIA

Huh betapa gagah nya aku mengopy paste gambar dan info artis-artis Malaysia kita yang telah pun berjaya Ke Final JuaRa Lagu ke 25. (best tak dapat tahu nama penuh sebenar diorang..hehe). Hmm, aku tak tengok pun semi final. Tiba-tiba dapat tahu dah nak final rupanya. Takpe, dapat tengok final pun jadi lah. Wah, mane Mawi, mane Siti..mane-mane?? Aizat takde eh :-( . Yang aku perasan, banyak kumpulan Indie dan ex-student AF dan artis2 rancangan realiti. Whatever it is, all the best to all Finalist. Buat yang terbaek!

Friday, November 26, 2010

Jom gelak sat

I hope today
I can make all of you laugh
enjoy them okay!








KFC ada nasi goreng?

Pada suatu Tengah Hari ( sila baca semula dengan intonasi budak kecil bercerita )

ada seseseorang ni (tak yah la teruskan dengan intonasi tadi, baca macam biasa)

dia lapar...sangat lapar

dan seseorang itu adalah tuan belog!

tuan belog telah bergegas ke tempat makan terdekat lagi segera

iaitu KFC Ipoh Garden!

Lepas dah bungkus Snack Plate satu, dia pun terus pulang ke rumah untuk mencekik

tapi tapi tapi

tiba-tiba dia rasa nak buat inovasi sikit

kira kelainan la terhadap menu Lunch dia pada hari tersebut

Apa lagi, dapur diceroboh dan sepinggan nasi goreng resepi Belle' pun terhasil!

jeng jeng jeng


ni dia! 

(Karbohidrat)

selepas itu ayam (protein) dicampurkan

eh tuan belog tak de lah nak hancurkan ayam KFC yang lazat tu then campur kat nasi goreng

dia just buat macam ni..

(Karbohidrat + Protein)

selepas itu, sayuran, sos, roti, kentang dan Sebotol Vitagen pun ditambah

maka tertumbuh lah menu di bawah

(karbohidrat + Protein + lemak)

jangan lupa Air, nanti tercekik plak..huhu


Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal...sekian daripada saya..tenkiu


Phase 2 in memories


Thursday, November 25, 2010

bila belle' ditag, inilah yang berlaku

Hye you Olz..eh bukan, Assalammualaikum W.B.T..

entri ini ditulis kerana...emm kerana... ah pendek kata, macam ni lah. Aku di tag! oleh FATIN HUSNA maka entri ini dibuat..hehe

Let's scroll down your tikus..eh silap tetikus! (^_^)V

1. Benda yang paling penting dalam hidup?

  • Family + study + kesihatan mental dan fizikal + kawan-kawan !

2. Benda terakhir di beli dengan duit sendiri?

  • Handphone Nokia Classic 5120 (500 je) - tu pun guna duit MARA (^_^)v

3. Tempat perkahwinan yang nak di buat nanti dan temanya?

  • Kampung bernama Parit Jawa! Tema? kena bincang ngan family and bakal husband dulu la..huhua

4. adakah anda sedang bercinta sekarang?

  • emm entah (aku sendiri tak suka jawapan ni)

5. berapa lama anda akan mencintai kekasih?

  • satu saat!

6. dimana anda selalu jumpa kekasih?

  • Selain bilik hotel dan tandas..haha

7. novel / buku / majalah yang terakhir di beli.

  • novel : Aku kan Novelis. Buku : Jangan bersedih (La-Tahzan). Majalah : Rapi

8. name penuh?

  • Syafiqah Nabilah Bte Azali. Nak IC sekali ker?

9. antara mak & ayah, mana lagi mesra?

  • Mak. Abah pun ok je..hehe

10. namakan orang yang betul2 nak jumpa dalam hidup.

  • kawan-kawan SKPJ, SMKBM, SMSSI, KMJ, UiTM ! Aku selalu rindu kat korang~

11. adakah aku basuh baju sendiri?

  • kat Ipoh ya. Kat kampung jarang la...hehe

12. di manakah tempat yang aku nak gi..

  • Selain Malaysia. Teringin gak nak tengok Negara orang camne. Tunggu lah dah cukup berduit nanti..huhu

13. pilih salah satu : peluk or cium ?

  • Peluk! bila dah peluk leh dapat cium sekali. Tapi kalau cium, tak tentu lagi dapat peluk...betul tak? hehe (sila jangan pikir kuning!)

14. bagitau 3 perkara pasal orang yang tag aku nih..

  • Suara best dan pandai main gitar
  • Suka simpan roti bawah meja (jangan mara ye Fatin..hehe)
  • Suka kucing dan nama kucing dia KUNYET..hehe

15. 5 benda yang aku sangat sayang dalam hidup..
  • Family 
  • UniKL RCMP
  • Laptop
  • Facebook's friends
  • Blog

16. 5 lagu yang aku selalu dengar.

  • The only exception (paramore)
  • InsyaAllah (Maher Zain)
  • lagu hindustan
  •  lagu korea
  •  bagaikan bidadari (tomok)

17. Tarikh lahir dan sambut kat mana tahun lepas?

  • 28 OGOS 1988. Kat rumah. Then balik Ipoh celebrates ngan member kat KFC Giant..hehe

18. 5 orang blogger yang nak di tag.
19. cerita sikit pasal blogger pertama yang ditag..

  • Die punye nama glamour Siti Nur Aminah..hehe. Aku kenal dia 6 tahun lepas masa kitorang form 4. Kami best friend! Then now kitorang study di tempat yang sama cuma bezanya dia adalah senior atas aku..hehe. Ika, Good Luck for your becoming Exam!
Belle' : ZZZZzzZZZ

A word for today!

~Alhamdulillah~


Bestnya hari ini. Seronok! Aku dapat tahu (selepas ber-YM dengan seorang rakan), student batch aku SEMUA lulus Final exam. Yes we did it! Maksudnya, aku pass dan boleh meneruskan pengajian ku di tahun 4 (Phase 3A). Aku terus bergegas ke kolej. Tapi result tak de lah gempak sangat. Jadi gembira itu terus berkurang sedikit sebaik sahaja aku tiba di kolej. Ah janji LULUS! Tiba-tiba rasa cuak lah pula nak masuk tahun 4. Iya lah, semestinya cabarannya akan lagi besar. Aku pun tak boleh main-main dah. Kena serious. Ini berkaitan nyawa orang. (maaf jika saya terlebih serius). Tak sabar nak tau aku group dengan siapa tahun 4 nanti. Tapi aku tak kisah pun itu semua. Yang aku kisah, macam mana lah aku nak cantikkan lagi Restaurant City aku..pening nak fikir. (tiba-tiba je aku nih). For your information, Restaurant City adalah sejenis game kelahiran MukaBuku selain FarmVille. Sape tak tahu, takpe still got time nak ambil tahu..hehe. Till we meet again~

copy pic kau ye Naqib..cantik kot..huhu

Belle' : kalo baca buku, boleh pass punyer. Good Luck to Phase 3A!

Wednesday, November 24, 2010

tamat sudah

Alhamdulillah..tuhan je la yang tahu betapa leganya hati ni. 
Tapi lega pun tak boleh nak kata lega sangat la. 
Esok keputusan sama ada aku lulus atau gagal bakal aku ketahui.
Harap-harap lah..InsyaAllah..
Lepas je exam, aku terus memburu makanan
 (mana tak gemuk!!) 
dan mula merancang plan tuk malam ni
(bukan ke plan itu adalah rancangan?)
Maaf atas kesilapan tatabahasa
yeah, plan itu biarlah rahsia..kuang3
yang penting House season 7 dah start
ah tak sabar nak tengok
House loves Cuddy!

RM15.80 + RM0.50 (T-T)V
kredit to secret recipe

Belle' : aku rasa, minat aku terhadap blog dah semakin pulih la..hmm

Tuesday, November 23, 2010

Baca Alam Nashrah kalau blank masa exam

Tadi, lepas je habis exam aku dan Housemate ku terus gi makan ke tempat yang kitorang selalu makan. Sambil makan, Pak Cik kedai makan tu tegur.

"Ok exam tadi?" (sebab kitorang punyer muka ada muka orang baru lepas jawab exam kot)

erk..aku pun main angguk-angguk je lah dari jauh. Dia pun cakap lagi dari jauh tapi mungkin ada benda yang nak disampaikan, Pak Cik tadi tu pun menghampiri meja makan kitorang. Kitorang dah cuak. Pastu Pak Cik tu pun sambung la apa benda yang dia cuba nak sampaikan dari jauh tadi.

" Pak Cik nak pesan, kalau 'blank' dalam exam, try baca 'Alam Nashrah'. Tutup dulu kertas soalan, pastu baca. InsyaAllah. Pak Cik bukan lah pandai sangat, tapi Pak Cik ada Ilmu, Pak Cik sampai-sampaikanlah. Mana boleh bawak sampai mati ilmu tu. Anak pak cik ambil SPM hari ni..bla bla bla dan bla"

Panjang lagi pak cik tu membebel, tapi aku cut je lah ye. Then kitorang pun dengar je lah sambil mencekik..yummy sedapnyerr huhu. Dia siap cite pasal anak dia lagi. Housemate aku plak siap baru tahu, oh hari ni start SPM rupanya. (Haha ni sure busy belajo sampai tak ikut perkembangan semasa.)

SO! nak dijadikan cerita. Pak Cik tu kan pesan kat aku, jadi aku pun teringin nak pesan kat pembaca blog aku..hehe. InsyaAllah, lepas ni aku akan ingat pesan Pak Cik tadi. Terima kasih Pak Cik! Bawah ni ada aku copy paste kan Surah dan Makna dia. Memang bagus diamalkan bila mana kita berada dalam kesulitan.. Ya Allah, maafkan hamba mu yang sentiasa lupa, alpha dan leka ni Ya ALLAH.


  In the name of Allah, the Most Gracious, the Ever Merciful.   
    Have We not opened up your heart for you? and relieved you of the burden which weighed your back? and for your sake exalted your fame?   
    Therefore, with this difficulty [which you are now facing O Prophet!] there is a great ease [which awaits you]. With this difficulty, there is a great ease [which awaits you].   
    So, when you are free [from this task], labour hard [in worship] and seek your Lord with all fervour.   
  
  (Adapted from Ghamidi's "Al-Bayaan")

Belle': Good Luck to all SPM' candidates 2010 especially for my juniors in Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar and SMK Bandar Maharani! Fighting~

--> after exam nak balik kampung ke tak ek..ah tak tahu lerrrrrrr

Monday, November 22, 2010

Tahniah Lin Dan. Cuba Lagi Datuk!

Aku baru balik dari kolej dan sebaik sahaja menge-check Feedjit Live Blog aku, aku terjumpa keyword 'Isteri Lin Dan'..jom cek-it-out!




Ayoyo..Lin Dan ade isteri ker? Tak pernah dengar plak dia ni dah kahwin


Kredit to Dr Wiki (Wikipedia)

Papepun Lin Dan tahniah sebab menang tadi dalam perlawanan menentang Datuk Lee Chong Wei di Sukan Asia 2010! To Datuk, try again and we believed you dah buat sehabis baik dah (padahal aku tak menonton pun diorang lawan tadi).

    Okeh! Ni serba sedikit Biodata beliau!
Nickname(s)Super Dan
Birth name林丹
Date of birthOctober 14, 1983(age 27)
Place of birthPeople's Republic of China LongyanFujian,China
Height1.78 m (5 ft 10 in)
Weight70 kg (150 lb; 11 st)
Country China
HandednessLeft
Men Singles
Highest Ranking1(February 26, 2004[1])
Current Ranking4(November, 2010)

Lihat! umur baru 27..belum kahwin kot..hehe


Belle' : esok exam (T-T)

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...