Memaparkan catatan dengan label Aku dan En Ilham. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku dan En Ilham. Papar semua catatan

Ahad, 16 Januari 2011

Lagi-lagi cerita pasal ENCIK ILHAM !

Hampir seratus helai entri juga lah yang aku hasilkan, sepi tanpa ditemani Encik Ilham. Mana dia pergi? Aku pun tak tahu. Kali terakhir kami jumpa adalah pada bulan 9 yang lalu. Hampir 4 bulan gak tu. So, berminat nak tahu ke mana beliau menghilang? jom cekidaud cerita di bawah ni.. hehe

~~~~~~~

"Opocot mak kau! Tak boleh ke lain kali kan, kalau jalan tu tengok depan???!"

"Maaf, saya betul-betul tak sengaja. Eh awak? Lama tak jumpa. Apa khabar?"

"Maaf diberi. Er khabar baik. Awak ni sape? Boleh saya tahu?"

"Em tak kenal ke? err takpelah. Mungkin saya silap orang agaknya. By the way. Maafkan saya ok.. Silap saya. Awak tak apa-apa?"

Encemnyeee... "er awak cakap apa tadi??" si gadis terpesona..

"saya tanya, nak ikut saya minum petang?"

"em ok," jawab si gadis

mereka pun berbual, berborak, berkenalan dan yang pasti .. biasalah. Bila dah berjumpa kali pertama, pasti akan menyusul pertemuan yang seterusnya lalu terbinalah sesuatu (perasaan)..ngee.. Tapi malangnya, si wanita sudah pun berpunya. Hancur lebur lah harapan si jejaka. Namun, mereka tetap berkawan macam biasa.

"Awak, saya tak pernah tengok pakwe awak. Dia macam saya tak?"

"Em, ada lah sikit-sikit. Awak, saya nak cakap sesuatu boleh?"

"Apakah?" Jejaka bertanya. 

"Kita jangan jumpa lagi lepas ni, boleh?" si gadis berkata dalam keterpaksaan

"Tapi kenapa?"

"Pakwe saya dah balik dan saya takut masalah akan timbul nanti."

"Takpe lah awak, saya faham. Ok. Jom kita raikan pertemuan terakhir kita ni.."


"Aku sayangkan kau...tapi.." si gadis berkata dalam hatinya

"I love You.." luah si Jejaka namun sekadar mampu tersekat di halkum.


.......

2 hari kemudian; wanita dan jejaka sudah tidak berhubung lagi. Walaupun hanya 2 hari, rindu antara mereka tuhan sahaja yang tahu. Ah kejamnya takdir. namun sesuatu yang menarik berlaku.. 


jeng jeng jeng

Tatkala, si gadis bakal diijabkabulkan dengan kekasihnya. Alangkah terkejutnya si gadis apabila mendapati bakal suaminya sebenarnya adalah si Jejaka yang sama yang memang sudah lama dirinduinya. Bahagianya si gadis saat itu..aahhh

TamaT

Belle' : mesti korang pelik, kenapa la tiba-tiba Jejaka tu pulak yang kahwin dengan si Gadis. Haa sebabnya adalah, Jejaka tu terpaksa buat pembedahan plastik di luar negara. Sebab tu si Gadis tak dapat cam. Jejaka saja je nak buat surprise buat si Gadis. 


Ada ala-ala cerita The Tourist tak??? Jangan marah~

****************************

Ok sekian sahaja repekan Belle' sebentar tadi. Berbalik pada kisah aku dan ENCIK ILHAM, beliau kini telah kembali. yeah! Tapi kejap je kitorang dapat jumpa. Sekarang, dia dah balik dah pun. Tapi dia sempat berpesan;



"WHAT EACH KISS MEANS"

- Kiss on the Forehead: We're cute together .
- Kiss on the Cheek: We're friends.
- Kiss on the Hand: I adore you.
- Kiss on the Neck: I want you, now.
- Kiss on the Shoulder: Your perfect.
- Kiss on the Lips: I LOVE YOU...
____________________________________________________
WHAT EACH GESTURE MEANS:
- Holding Hands: We definitely like each other.
- Holding you tight pressed against each other: I want you.
- Looking into each other's Eyes: I like you, for who you are.
- Playing with Hair: Let's fool around.
- Arms around the Waist: I like you too much to let go.
- Laughing while Kissing: I am completely comfortable with you.
____________________________________________________
ADVICE:
- If you were thinking about someone while reading this, you're definitely in Love.
____________________________________________________
REQUIREMENTS:
- Add this to ur favorites after reading!! Or you will have a bad year of Relationships.
____________________________________________________
IF YOU (LIKE), (LOVE), OR (MISS) SOMEONE RIGHT NOW:
- and can't get them out of your head.
- then add this to ur favorites within One Minute and Whoever you are missing
will surprise you. 


so Good Night guys.. see yaa!

Jumaat, 24 September 2010

Kerana ukhwah Encik Ilham menjelma lagi

Di sebuah restoran yang mahal lagi menawan dan elegan, cerita ku ini bermula 
.. jeng jeng jeng ..
'Encik ILHAM, di mana lah anda ni?'. Aku bermonolog sendirian di malam yang sejuk dan dingin. (sila rujuk ending post ini untuk mengetahui siapa sebenarnya encik ILHAM~)

Erk, dia dah datang la. Sambil mengemaskan bulu mata yang tak berapa nak lentik dan bulu hidung yang hampir terkeluaq .. (alamak, tak senonoh tul ini pompuan), Encik Ilham berjalan segak menuju ke arah ku. **sila cair sekarang! 

"Hye awak, dah lama tunggu? Maaf la, saya terlewat sikit.. traffic jammed.. hehe" dia berkata sambil tersengih zirafah.

Aku buat-buat ketawa la depan dia tanda aku tak marah, padahal dalam hati tuhan je yang tahu. Dekat sejam gak aku tunggu dia, gile tak marah?? Eh silap kira plak, dekat lima hari aku tunggu dia!! ARGHHHHH..

"Takpe awak, lagipun saya ada gak la main facebook ngan twitter .. jadi tak de hal lah awak~" Balas ku dengan nada poyo.

"Oh, bagus lah camtu." senyumannya yang menawan berupaya mencairkan aiskrim di dalam jiwa setiap wanita kecuali aku.. haha. seyes tak tipu punyer! ("^_^)Y

Pelayan pun tiba dan 2ekor merpati tak sejoli tu pun memesan makanan sambil bergelak ketawa dan bergurau senda. Di saat dan ketika itu, seakan-akan.. hanya wujud mereka berdua sahaja di dunia ini.. indahnya dunia.. cheewahhh

***************************************
Hye blog. Amacam, ok tak intro post aku tuk kali ni. Kalau korang rasa over, maaf ye.. kalau suka tenkiu..hehe. Lama tak menulis kot, rasa macam kekok... hehe. 
Kali ni, aku cuma ingin berkongsi sesuatu. Masa aku sedang membelek blog rakan-rakan tadi, aku terjumpa IA. Jadi! Terus terdetik nak update belog. Ianya cukup INDAH dan PERLU untuk difikir-fikirkan oleh kita semua.
 Here is the sentence :

UKHWAH itu .. bukan pada indahnya pertemuan tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya
 - Imam al-Ghazali -

Tak perlu ku terangkan maksud di sebalik kata-kata ini. Ayuh renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s : Ingat daku dalam doa kalian ye .. hehe

*********************************

"Awak, saya dah konyang. Restoran pun cam nak tutup je. Jom la kita balik. " Mane tak nye restoran tu nak tutup, yang ko gi lewat malam sangat sape suruh.. hadoyai

"Okay, jom!" Adeh, die sengih lagi pada ku.. kacak nyerr (~_^)V . Ok kali ni aku tak nak tipu. Aku cair..haha

Kami pun berjalan keluar daripada restoran dan Encik Ilham terus menuju ke kereta beliau sementara aku ditinggalkan keseorangan...sampai hati.. huhu. Die ade gak ajak naik 'Wak Segan' die tu, tapi aku control macho la konon.

"Eh takpe awak, saya memang suka jalan kaki. Em bole exercise sekali. Baik tuk kesihatan. Lagipun, banyak kot saye mencekik tadi. Maaf. Terima kasih ye awak. Hati-hati memandu tu". 

Padan la ngan muka aku. Sampai-sampai rumah je, terus tidur la .. ape lagi kann.. ZzzzZzz.. sambil diri ini menitipkan doa agar dapat ku berjumpa dengan Encik ILHAM lagi..huhu. OK la, good nite ALL !

Y a A l l a h .. T a b a h k a n  h a t i k u  d a l a m  m e n e m p u h  s e t i a p  d u g a a n m u ! !


RUJUK SINI untuk berkenalan dengan ENCIK ILHAM  

Ahad, 22 Ogos 2010

Bila badan dah rasa lain macam..huh

Hye abang blog! 

"Abang? gediknye kau ni.."

"Ala, sekali sekala, bukan selalu pun..boley la..hikhik (memang gedik!)."

Hari ni aku dijadualkan menghadiri seminar Fiqh Perubatan anjuran Kolej RCMP ku. Tapi aku terpaksa cancel di saat-saat terakhir. Mula-mula memang semangat nak pergi tapi biasalah bila ada aje halangan, apa boleh kita buat kan. Argh bukan halangan ape pun, aku cume rase belum pulih sepenuhnya la. Erm dah seminggu kot terlantar di katil. Eh bukan terlantar cam orang yang kat hospital tu.. maksud aku, aku asyik membuta je. Tak larat la nak buat pape. 

Start hari Isnin la, selesema je kot, bersin ada gak, yang tu biasalah kan. Semua orang pun biasa selesema. Mungkin sebab cuaca je tu. Esoknya badan cam 'dedor' (nak demam) plak. Esoknye lagi, muntah ngan sakit perut. Senang kata cam dah jatuh ditimpa tangga gitu..huhu (T-T)..time tu lah rase cam nak jerit..makkkk!!!. Tapi sabo Belle, please behave like an adult k.. hee okay. Esoknye lagi.. aku sakit perut lagi, memulas-mulas. Selera makan memang out la. Mula lah aku menjadi teman tapi mesra 'abang toilet'..huh..(eh korang ade kira ke dah berapa banyak esok? sebab aku stat diarrhea tu semalam :P)

Ok, cukup la seminggu aku merana dan melayan segala yang abnormal berlaku dalam badan aku tu. Ya Allah, tak larat dah. Seriously, aku ni jarang sakit. Sekali dapat, sori lah..emosi konfem terganggu. Dari macho boleh jadi ayu..hakhak. Study jangan cakap lah. emm..silap aku gak tak gi jumpe Doktor awal-awal. Bukan tak nak, cuma aku rase takde lah teruk sangat, tunggu lah teruk dulu baru gi. (macam alasan biasa dengar tak kawan-kawan? please jangan jadi macam saya yee :)) Lagi satu, demam ngan selesema je kot. Makan je la panadol kan..hee. Cuma bab muntah tu je la, den tak tau nak wat lagu mana (T-T)

Hah, ni yang nak hangin satu badan ni. Muntah ngan sakit perut tu konfem-konfem la sebab salah makan kan. ni bukan nak nuduh, tapi aku rase lah, ni gara-gara beli makanan kat bazaar la. Seyes serik nak beli kat situ lagi. Semalam pegi bazaar kejap je pun dah leh wat aku rase nak muntah bila ingat balik makanan yang telah menyebabkan aku muntah tu..argghhhh. Tolong lah wahai penjual-penjual bazaar, masaklah makanan elok-elok ye. huuu. Ah aku mungkin perlukan masa untuk kembali membeli belah di bazaar itu lagi...:P

Kembali kepada Fiqh Perubatan yang aku ceritakan di awal-awal cerita tadi..ala yang patutnya aku kini sedang dalam dewan mendengar majlis ilmu seperti tentang cara-cara menunaikan solat ketika sakit tu. Hah dah ingat? ok, sebenarnya dah pernah pergi seminar camtu. Cuma bagus lah kan kalau dapat pergi lagi. Mungkin kali ni cara penyampaian dan ilmu yang diberi berbeza. Opkos tak sama ok. sebenarnya even kita dah jadi doktor pun, kita perlu pergi seminar macam tu untuk kuatkan lagi ingatan kita. Mungkin kita dah tahu, tapi secara praktikal nye kita belum cukup mahir sehinggalah kita ada pesakit sendiri. Yang best nye, ianya tak terhad la untuk pelajar medic yang kerjayanya bakal berjumpa orang yang sakit atau kurang upaya je. Semua pun boleh join pe. Sebab ilmu fiqh perubatan ni amatlah perlu untuk kita semua. Kita kan manusia biasa yang takkan terlepas daripada menghadapi kesakitan. Oh lupa plak, pada sesiapa yang tak tahu ape itu Fiqh Perubatan. Ianya ilmu yang mengajar tentang segala hukum-hakam Islam dalam perubatan. Nak tahu lebih, google ajelah..menarik..try lah ye.

"bye abang Blog..study leklok ye..jangan nakal-nakal..gud luck for your test!"

Rabu, 2 Jun 2010

Shrek mesti tonton

Sebelum aku bersama Encik Ilham memulakan bicara, kami ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka ini yang sudi berkunjung ke blog yang tidak enak ini baru-baru ini..hoho


Setelah beberapa hari menyepi, kini aku kembali ke sini. Bertemu para blogger, menziarahi mereka, mengelik Nuff mereka, menambah following dan tidak lupa meninggalkan jejak. "Hye apa khabar??? Harap sihat okay!" Bukan tiada masa, bukan malas, bukan-bukan-bukan, cuma mengalami ke-terminate-tan talian Celcom Broadband. Itulah akibat ekoran membiarkan bil tertunggak berbulan-bulan. Amaran, jangan tiru sikap ini k! Info: bayaran bil bulanan Celcom Broadband = RM50.00 sahaja. Broadband juga kecil dan mudah dibawa ke mana-mana kecuali di dalam TANDAS!! (tak masal aku nih). 

Ok.

Walaupun sudah lima hari berturut-turut tiada entri baru daripada blog ni, takkan lah aku nak bercerita segala-galanya yang aku lakukan sepanjang lima hari lepas. Betul tak? Penat lah macam tu. lagipun kalau nak cerita pun, di diari la, bukan di sini..haha. Ok so aku nak story just benda-benda besar je boleh? Yes GOOD!

Pertama!

Aku officially enter PHASE 2 (tahun tiga) pada hari Isnin yang lalu bersamaan 31 Mei 2010. RCMP (kolejku) menggunakan sistem Phase, bukan sistem tahun. So tiada istilah student 2nd Year or 3rd year di sini. Faham tak nih? Takpe, boleh tanya kalau tak faham okay. Hari ni masuk hari ketiga di Phase 2, dan bagi aku cabaran tentu lah lebih hebat dan seronok pun ye. Yelah siapa tak excited dapat keluar masuk hospital tambah lak dapat bergaya dengan Doktor's coat. Heh! Tapi kalau excited je lebih tak guna juga kalau ilmu di dada kosong. Jadi, cabaran pertama yang perlu aku lalui ialah misi memenuhkan ilmu di dada sebanyak mungkin. So takde la nanti melopong kalau kena soal dengan Doktor. ish malu kot. So Good Luck to you ye Belle'!

Kedua!

banyak gak hutang yang perlu aku langsaikan dalam bulan ni. Beli buku-buku baru, barang-barang, sewa rumah, barang rumah dan macam-macam lagi. Pokai jugak lah. Angan-angan nak beli kereta plus HP baru, tapi macam kena tangguh dulu je angan-angan tu..uwaaa. Blackberryku...(fuh tinggi sungguh impian mat jenin aku ni). Takpe-takpe. Still got time nak kumpul duit. Jadi amaran keras to belle! sila menjimatkan diri anda. MENABUNG!!!

Ketiga!



SHREK!! yeah...tadi aku layan cerita ni. Best amat! Walaupun aku tak pernah menonton Shrek 1 dan Shrek 2, tidak menjadi masalah untuk aku memahami plot cerita Shrek 3. Apa yang aku buat..aku menyuruh membeku menceritakan kepadaku sinopsis ringkas Shrek 1 dan 2 sebelum wayang bermula. Tetapi bila tengok Shrek 3, dia imbas balik cerita Shrek 1 dan 2 daa. So kira no problemlah bagi mereka yang semacam aku yang tidak pernah mengikuti sequel cerita ni sebelum ni. Mari tonton ramai-ramai!! hee. Konfem gelak punyerr.

Ni senarai LAGU top Five @ HOTFM

1Selamat MalamFaizal TahirKlik sini
2Nokhtah CintaHafizKlik sini
3Drama KingMUH/BlackKlik sini
4Inilah CintaAkimKlik sini
5Sofea JaneBlackKlik sini


Yes..black black..heh tak memasallll!!

Sabtu, 29 Mei 2010

Kisah Hari Itu - tercicir motor

Hari ini, Encik Ilham menerjah ke dalam segenap nadiku. "Nadiku..bagaikan berlagu....lalala..." opss terlebih sudah!!. Encik Ilham meminta ku supaya menceritakan kepada kalian tentang 'Kisah Hari Itu'. (p/s:Rujuk SINI untuk berkenalan dengan Encik Ilham tau. :P)

Tanggal 28 Mei 2010, bersamaan Hari Jumaat. Hari itu, aku mulakan dengan bacaan Bismillah. Hehe. Selepas "bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi..lalala" .. aku bersiap-siap untuk ke Medan Gopeng ( nama hentian bas Express di Ipoh ). Aku bersama seorang teman sekolej ku tiba di Hentian Duta (nama hentian bas Express di KL), kira-kira DUA JAM SETENGAH kemudiannya. Ya kawan2! perjalanan IPOH-KL memakan masa selama 2jam setengah. hehe. Fuh...hampir lama juga ku tak melihat gelagat orang ramai yang bermacam-macam dan beragam-ragam. Mat Saleh hidung mancung, abang jual tiket bas berketumbuhan sesuatu di mulut, mamat yang SANGAT kurus kakinya berseluar jeans kering dan macam-macam lagilah :P . Aku hanya mampu memerhati sambil menunggu seseorang (kakak sepupuku) mengambilku di situ.

Ya, hari itu. Aku tidak dijadualkan untuk pulang ke KAMPUNG, tetapi ke Kuala Lumpur..(T-T). Sepupuku menikah la! Rasanya tidak perlu untuk ku menceritakan kejadian yang berlaku sepanjang perjalanan rombongan kami ke rumah pengantin perempuan. Aku tahu, engkauorang pun tak nak tahu kan kan..:P

Jadi nak dipendekkan kisah. Hari itu, semasa majlis akad NIKAH di masjid. Setelah berjaya melafazkan akad kali kedua, pengantin lelaki juga merangkap sepupuku itu telah mengangkat kedua-dua belah tangan beliau seperti....em camne nak explain ek..ala cam orang bersorak bila tonton sebiji bola berjaya dijaringkan di PIALA DUNIA world cup FIFA. Hooray!!!! Betapa terkejutnya hadirin hadirat dan serta merta disusuli dengan derai gelak ketawa. Mereka geli hati melihat gelagat pengantin barangkali. adoyai macam-macam..hehe. Tau lah dah lega. Papepun.. Alhamdulillah, mereka selamat diijabkabulkan. Tahniah BOBOY!

Alkisah pada hari itu.. juga..semasa nak bertolak ke rumah pengantin la ni, pak cik aku dengan yakin sekali ye kawan2, beliau memandu terus tanpa menoleh ke bahagian kiri beliau (tempat co-pilot). Mak Abah aku dah pandang pelik je tengok diorang dari dalam kereta kami. (p/s: kami konvoi dua kereta, abah ku di belakang, pak cik ku di depan). Kenapa mak cik aku seakan-akan ditinggalkan?? Pak Cik aku blah camtu je ke?? kesian nyerrr (T-T).. Rupa-rupanya, pak cik aku tak perasan daa.. yang isteri dia belum naik kereta lagi. (Moral : sila check penumpang semua dah ada baru masuk Gear D okay??!! hehe) 

Adoi ai..tertinggal kereta boleh diterima lagi. Ada kisah pasal tertinggal lagi ni. kisah ni, diorang suami isteri la, berdua naik motor. Si isteri duduk di belakang dengan gaya penuh sopan la, hadap ke tepi. Sesampai dan setiba di rumah, si suami tu hairan...'mana pergi isteri aku?'. Kesian isteri dia ditinggalkan gara-gara tergelongsor daripada motor. Syok sangat kot bawa motor sampai tak perasan isteri nya dibelakang sudah tercicir...hoho..hehe..huhu (umur suami isteri itu dalam lingkungan 60-an gak la)

Itu aja 'kisah hari itu'. Kisah hari itu diakhiri dengan kunjungan kami ke putrajaya ALAMANDA dan setiba di rumah kami terus tidur untuk menghadapi hari esok yang mungkin lebih menggembirakan daripada hari itu. :P

Khamis, 20 Mei 2010

Thomas Cup 2010

Selamat malam sebagai pembuka bicara. Encik Ilham berpesan supaya aku menulis tajuk dulu sebelum mengarang sebarang entri. Info: sila klik di sini pada sesiapa yang masih belum mengenali Encik Ilham okay? Good! Ok. Dah menjadi kebiasaan aku, bila meng'update' post baru,  tajuk adalah perkara paling akhir yang akan aku lakukan. So this time, berbeza sikit. Sebabnya, tajuk tu dah basi. (sila tutup hidung kalau ade bau). So harap-harap, bila aku tulis tajuk dulu, ianya dapat meng'cover' kelewatan aku yang tahap dewa ni. Boleh kan camtu? 

"Dah lama la wei Piala Thomas tamat. Ko baru nak cerita ke??" adoi..haha

Story-mory bermula start...

Selepas Malaysia tewas di tangan China peringkat separuh akhir, (jumaat lepas), aku lantas menaip status Facebook ku seperti ini:

"..::Ni yg terasa nak stat main badminton dgn harapan dpt kalahkan Lin Dan yg sgt psiko (perlu ke dia buat aksi begitu?? wek)::.."

dan inilah antara feedback yang aku dapat, jom baca jap 

dah baca? nampak ke..kalo tak, buat-buat nampak la eh. Ok. Ade 4 orang 'like', 4 komen. tak tahu lah diorang like sebab ayat aku menggelikan ulu hati diorang ataupun diorang setuju dengan ayat akhir aku..'LIN DAN SANGAT PSIKO'. Whatever pun sebabnya..thanks ye korang (rase popular kejap..hehe). Mesti ramai yang tengok detik-detik ketewasan Datuk Lee Chong Wei di tangan Lin Dan. sedih kot. Si Lin Dan ni, boleh buat aksi terlampau dan menyakitkan hati plak lepas dah habis lawan tu. Ni yang hangin satu badan ni. Perlu ke buka baju?? Hmm gembira sangat kot. So perlakuan menjadi di luar jangkaan. Kesian Chong Wei. Kalau aku jadi Chong Wei, dah lame aku amek pisau tikam-tikam si Lin Dan tu (erk melampau sangat kot aku ni). 



Nampak tak betapa gembiranya Lin Dan?? ye, nampak dengan sangat jelas~

Then, dua hari kemudian, masa Final. Lin Dan lawan Taufik. Mula-mula memang harap Taufik menang. Tapi ternyata Tembok besar China sangat lah 'BESAR'. Aku kena akui, Lin Dan sangat power maa!! Memang layak dia digelar seorang juara.  




Tengok cara jalan ar beb. Melangkah dengan sangat yakin!




Tapi Lin Dan jadik artis pun ok gak kan..heheh

Kalah dan menang adat bertanding. Terimalah kekalahan itu dengan hati yang terbuka. Boleh cuba lagi lain kali. Sebaik sahaja, China ditabalkan menjadi juara Kejohanan Piala Thomas 2010, sekali lagi aku sempat meng'update' status ku di Facebook..hehe

entah siapalah Simon Santoso tu sehinggalah aku tengok dia kalahkan Chen Jin di game pertama. (google sendiri ye jika tak kenal) hmm. Not bad. hebat gak. Good Luck to Simon Santoso..yeah!!

Khamis, 13 Mei 2010

Tengok TV sambil study

Terasa ingin menaip sebuah entri dikala 'petang-petang Thomas' sebegini.. 

Info: Piala Thomas sedang berlangsung ye, dengan Malaysia berjaya ke semi final bertemu China. Boleh menang tak?? cuaknyerr.. (eh aku plak yang cuak dah nape?). 

Selalunya.. waktu-waktu camni, perlawanan sedang berlangsung tapi Malaysia lawan esok~

"Tipu!!"

"Kau sedang menaip sebuah entri!"

Ya..aku tipu tadi..takpe tipu sunat. Tapi Encik Ilham belum sampai lagi la.

Info:
  1. Encik Ilham digunakan kerana Ilham lah yang menjayakan aku menulis sebuah entry selama ini.
  2. Perkataan Encik digunakan bagi menghormati sesuatu yang menjadi sumber aku ber'blog'. Macam Encik Tunang, Encik Boyfie..bla bla bla. Dan, tanpa Ilham, siapalah seorang blogger itu.
  3. Encik digunakan kerana berlainan jantina mampu menimbulkan feel yang lebih masyuk. Keseimbangan juga berlaku di situ <-- ayat="ayat" b="b" bertajuk="bertajuk" novel="novel" tiru="tiru">'Aku kan Novelis'
  • ok cukup!
  • Sambil menunggu Encik Ilham tiba, aku menyelak lecture notes Microbiology di sebelah kiriku.

    "kau tipu lagi!"

    yela, yela..aku tipu lagi. Mane 'logic' study sambil buat kerja lain. (walaupun aku tahu Amalina menyatakan bahawa beliau belajar sambil tengok TV. Ah mengarut itu semua. Aku sungguh tidak percaya. 

    psst : eh ape cerita Amalina sekarang? sudah lama tidak ku dengar berita beliau. Adakah kini beliau se'success' beliau sewaktu beliau SPM dahulu? Hurm, mungkin =) 

    ok. 

    Study perlu fokus! Sesungguhnya belajar 2jam itu lebih baik daripada belajar 8jam tanpa henti sambil kita meng-online, mendengar muzik or menonton TV. Percayalah kata-kataku ini!! (aik..TV lagi) Nampaknya, obsessss sungguh aku dengan TV. Opss terbocor lagi tembelang ku. cam mana ni. 

    Eh tapi betul, (cuba menyelamatkan tembelangku daripada cedera dengan lebih parah lagi) aku dah try study depan TV, memang tak jalan. Lagi-lagi, sambil tengok Piala Thomas. Tak senang duduk dibuatnya. Sape-sape yang boleh sila angkat tangan cepatt! boleh la bagi tips sikit kan?

    sambil itu, Encik Ilham menuju ke arah ku dan die terus berlalu pergi meninggalkanku. 
    Owh, dia lalu je...tak singgah pun. 
    hampeh tul.
    *nanges*

    ok, chow dulu ade kerja nak buat.

    "tipu lagi."

    ye la ye la.

    SALAM

    (sambil menuju ke tingkat bawah menonton AdaMaya episod akhir)

    kesimpulan, janganlah suka menipu. dosa!

    HLP (Hadiah Latihan Persekutuan)

    Result tawaran HLP dah keluar semalam. Dan adik aku, Rusyaidi berjaya! Alhamdulillah. Semoga berjaya menjadi seorang Pakar Pembedahan yang d...