Monday, December 31, 2012

2012 wrap-up

Salam

Today is the end of year 2012 and since I have time now as tomorrow is a public holiday, I think I want to do a wrap up for this year.

Terasa skema lah cakap English. Jadi, mari teruskan pembacaan anda dalam bahasa melayu. *ting* (bertukar ke BM) cintailah bahasa kebangsaan kita. eh?

Jap.. sebelum tu, INI adalah wrap-up untuk Tahun 2011. 


Kat atas ni, wrap up yang dibuat sendiri oleh Facebook. Klik gambar kalau nak stalk. Terima kasih bebanyak ye Mark Zuckerberg, susahkan U je tolong buatkan review hidup I..hahah! Ops terlebih sudah.

Kalau yang tadi versi auto, jom tengok versi manual pula. 

Archieve


Wah nampak tak, amat ketara berlaku penurunan bukit di situ. Mungkin faktor sibuk menjadi pelajar tahun akhir menjadi penyumbang utama terhadap perkara ini. Korang, doakan kejayaan aku dalam final exam bulan April 2013 nanti k. Thankssss =)

Popular Post
  1. Buang Tahi Lalat 
  2. Ustazah Anom Mengamuk di Blok Kereta Mayat  
  3. Tanda dia suka. Tanda dia tidak suka. 
  4. wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ... 
  5. Dayuskah Lelaki ini? 
  6. jawapan : Tips 'berkawan' dengan budak medik  

Paling best ..

[ gaji pertama kot nih. sayang NUFFNANG ketat ketat! ]

Yang paling tak best bila...


Aku sangat terkejut sebab dapat komen macam ni. Tapi aku berlagak cool je lah. Komen ni korang boleh tengok kat entri aku yang INI.

Dear Anonymous; Apa salah aku ye sampai kau sanggup panggil aku dog? Aku pernah buat salah pape ke kat kau? Papepun terima kasih sebab berjaya buat aku kurang bercakap pasal cinta di blog ni. Tq!

Ok tu je kot antara perkara paling bermakna yang berlaku sepanjang Tahun 2012 kat blog Syafiqa-Belle ni. Terima kasih kepada korang semua, pengunjung blog ni sama ada yang mengenali atau tidak mengenali diri ini, korang yang tak jemu-jemu membaca repekan ku ini, terima kasih aku ucapkan. Harap-harap teruskanlah menyokong aku sepanjang aku berada dalam dunia blogging ni.

Oh ya, tak lupa juga for the most significant picture of 2012, ini pilihan ku;

(Aku kemalangan kereta pada Jun 2012)

As for the future,
aku sebenarnya teringin nak post something yang lebih menjurus kepada bidang yang aku pelajari sekarang which is Medical. Tapi aku risau post tu akan membosankan pembaca aku pula. Lagipun, aku hanyalah seorang pelajar perubatan, belum sah menjadi doktor pun lagi. Bimbang juga, fakta yang aku bawa tu salah.

Aku juga bercadang untuk kurangkan post berkaitan peribadi dan perbanyakkan post yang berbentuk pandangan. Ini betol2 memerlukan azam yang kuat..haha. Aku cuba untuk menjadikan post aku lebih matang, ok? muahaha.

Matang yang macam mana tu? we will wait and see k...

korang pun, bagitahu la selera korang macam mana.
Mungkin aku boleh tolong penuhi selera korang tu.
(^_^)Y 

Happy New Year Everyone!

Salam.

Sunday, December 30, 2012

Shah Rukh Khan kini berumur . . . .

Salam. 
Menurut kata Mr Wiki
Beliau lahir pada 2 November 1965
Kalau tak silap dan mengikut skill mengira aku
yang masih berbisa 
walaupun dah lama tak diasah

********


********

beliau kini berumur

47 tahun !!
[ perlu la kau letak 'large font' siap 'bold' lagi kan? ]

wah, tak sangka kan umur sebegitu masih gantang lagi
macam cikgu Azali..eh?

Ok la, tu je nak bagitahu.
Saje teringat kat Shah Rukh Khan (SRK)
 lepas tengok cerita Korea bertajuk Scent of Women
sedih betol cerita tu
agak-agak kalau mata tu dah lama tak berendam air mata
aku memang suggestkan korang tengok la cite ni
sekarang tengah tayang kat ASTRO
aku tengok kat laptop je


apa kena mengena cerita ni dengan SRK??

hurmm..

Dalam cerita tu, Heroin tu ada buat wishlist sebelum dia meninggal dunia. Dia disahkan menghidap kanser dan hanya boleh hidup 6 bulan sahaja. So sepanjang 6 bulan tu dia sudah tekad nak buat semua yang dia idamkan sebelum ni. Kalau dalam cerita ni dia plan nak jumpa Junsu (penyanyi Korea), aku pula plan nak jumpa.. ehem ehem. Mesti la yang pakai baju merah kat atas ni kan..haha 

ye aku tahu itu mungkin cuma angan-angan, so what? haha
(kalau korang pula, teringin nak jumpa siapa? kongsi la kalau sudi)

[ kalau kita cuba, mungkin kita gagal. Tapi kalau tak cuba langsung, pasti kita gagal! ]

Belle : Kadang-kadang, aku suka jugalah layan cerita Korea. Cerita dia sarat dengan pengajaran. Tapi tak dinafikan juga sebab utama aku boleh layan korea adalah sebab pelakon diorang yang kacak-kacak, cantik dan cecomel belaka. Lagu pun sedap. Scene percintaan pula memang romantik dengan watak hero dia yang sangat cool yang kita sendiri sedia maklum benda tu takkan terjadi kat dunia realiti..haha.

 [ Rafflessia Survey ] << Pandangan aku tentang 'What our film industry really need'. Bacalah.

Itu je kot. Salam. Tq for reading this entry.

Wednesday, December 26, 2012

Sunway Education & keywords Nuffnang

Salam 26/12/12.

Selamat Hari Jadi Abah, Hani dan Pipit (ex-classmate SMKBM) and Najwa (junior SBPIM)


Hari ni sepatutnya ku ada wardwork. Pada mulanya nak ke Hospital menonton pembedahan yang ada tapi rakanku memberitahu yang tiada pembedahan rupanya pada hari ini. Jadi, ku terus berkeputusan untuk melekat sahaja di rumah. Kononnya mahu study untuk kelas Mr Lim petang ni..hehe. Cranial Nerve oh Cranial Nerve...lalala.

Sambil ku study, sambil ku online, akibatnya korang paham-paham je lah kan? 

Then, tetiba tergerak hati nak cek apa yang berlaku kat Mr Nuffnang. Sekali buka, nah tengok sendiri apa yang aku jumpa.... keywords untuk minggu ni;


sejam lepas tu, keywords yg ini pula keluar 

                                       
poto perempuan nakal? ohoi, kat entri mana plak ada terselit poto perempuan nakal ni? fening aku memikirkannya. Papepun terima kasih kat entri tahi lalat dan kereta mayat yang menjadi penyumbang keywords terbesar tuk blog syafiqa-belle ni. Tanpa mereka tiada lah pengunjung ke belog ni walaupun tiada entri baru.

Thanks juga buat Mr Enjin carian Google.


Selain tengok keywords, aku juga rajin tengok earnings. Wah mata duitan gitu hah. Dan sekarang ni tengah berlangsung iklan Sunway Education Application. Alhamdulillah, rezeki bulan Doblas namanya ni..hehe. Kalau korang nampak iklan tu terbang-terbang kat belog aku ni, rerajinkan lah diri klik ea.

Ni ada info tentang Sunway Education, mana tahu ada yang berminat =)


Open Day January 2013

Talks

  Sunway University

Talks on 5 January 2013 (Saturday)
11.00 am1.30 pm
  • Career in Art & Design
     
  • Getting An American Degree:
    A Wholesome Education
     
  • Explore: Neurobiology with Psychology
     
  • Cooking Up A Storm:
    Succeeding in Culinary Arts
  • Scholarships and Financial Aid from Sunway College and Sunway University
     
  • Professional Roles in Applied Psychology
     
  • Actuarial Studies: Towards An Actuarial Career
     
  • Connecting to the World through Communication
12.15pm
  • Social Media: Beyond Education
     
  • The 21st Century Accountant
     
  • Performance + Media: Are There Jobs Out There? Find Out from the People in the Know

Activities

Career Assessment

Discover your ideal career path with our computerised Career and Interest Assessment.
Available every 30 minutes (11am-2.30pm)

Screening of Performance and Short Films produced by
Diploma in Performing Arts students

A production by our talented students
(11am & 1.30pm)

Art & Design Caricature

Get your caricature drawn for free by a trained artist Department of Art & Design
(12pm-2pm)

Showcase of campus facilities and residence facilities

On-going

Sunway Scholarships listing

  • Tan Sri Dato’ Seri Dr Jeffrey Cheah
    1. Entrance Scholarship
    2. Continuing Scholarship
    3. Scholastic Award
  • The Chancellors Scholarship of Sunway University and Lancaster University
  • Sunway Talent Scholarship (Music/Sports)
  • Sunway – CIMB ECA Achievers Awards
  • Community Bursary
  • Sin Chew Daily Education Fund
  • The Star Education Fund
  • SUN-MAPCU Scholarship Scheme
  • Nanyang Tertiary Education Fund
  • Kuok Foundation
  • Bumiputra Scholarship

For more information, log on to sunway.edu.my/scholarships


p/s : idea nak iklankan tentang Sunway Education ni datangnya daripada belog Its Story Time lepas baca entri beliau yang INI (nak sambung belajar) =)

Ok tu je nak story. Salam. Terima kasih sudi baca sampai habis.

Sunday, December 16, 2012

Reply entri 'Benda Kecil Dipandang Besar' oleh Hanis Zalikha

Salam.

Tadi ku berblog-walking dan tersinggah ke Belog Hanis Zalikha. Lama juga ku tak membaca entri-entri di blog beliau, iaitu antara blogger terawal yang pernah aku minati. Ku tertarik dengan entri terbaru beliau bertajuk 'Benda Kecil Dipandang besar'. 

Antara kata-kata beliau yang menyebabkan entri ini terhasil ialah;

'Jadi renungkan, macam mana kita treat anak kecil / adik kita? Ingatlah, benda yang tak penting buat kita, mungkin means the world to them. Don't just hear them, but listen to them (jangan sekadar dengar, cubalah untuk mendengar).' - Hanis Zalikha.

Hopefully you will enjoy reading this entri okay? =)


Nabiha Maisarah nama diberi. Bulan Februari tahun depan genaplah umurnya 9tahun. Tak sangka, dah besar rupanya adik perempuan ku yang seorang ini. Petah bercakap cuma malas mengira..hehe. Suka melawo (berfesyen & bermekap) tapi kasar dia, dua kali lima je dengan kakak dia ni.

Baru tadi aku dapat call dari dia;

Nabiha : Kakak, bila nak balik? Lama kakak tak balik..
Aku : Lama ke? bukan Dua minggu lepas kakak dah balik ke..hehe
Nabiha : mana ada. Cepat lah balik, belikan Maisarah hadiah!
Aku : Nak hadiah lagi? Hadiah untuk apa pula kali ni? 
Nabiha : Sebab Nabiha kena gigit semut api kat tandas. Sakitttt tau..
Aku : hekelehhh. Ingatkan apa la tadi..haha
Nabiha : cepat la belikan hadiah. Taknak hadiah buku, asyik buku je bosan. Nak colouring book ke, pensel warna ke
Aku : hamboi3. haa yelahh... oklah, akak ada kerja ni. bye Maisarah!

Perbualan tamat.

Nabiha Maisarah memang selalu minta aku belikan dia hadiah. Cuma aku je yang malas nak layan. Aku selalu beri alasan tak ada duit lah. Jahat tak aku? Kesian Maisarah. Bila terbaca entri Hanis Zalikha, aku macam terasa giler bebeh. Aku jarang memberi layanan yang baik untuk adik-adik aku..huarghh

Selain suka minta hadiah, baru-baru ni Maisarah selalulah juga SMS aku guna Hp emak. Kadang-kadang tu, time aku tengah study, tiba-tiba hp berbunyi. Kalau rajin aku layan gak, tapi kebanyakannya aku akan ignore atau mesej dia sekejap cuma. Tapi aku terkejut bila balik kampung hari tu, emak cerita lah yang Nabiha sangat 'excited' bila  berSMS dengan aku. Dia sanggup tunggu sampai aku reply SMS dia.

waktu tu aku rasa, Ya ALLAH.. maafkan kakak dik. 

Maisarah suka tanya soalan kat aku. Kadang-kadang tu soalan dia memang di luar jangkaan aku. Aku ingat lagi antara soalan yang dia pernah tanya;

Nabiha : kakak, hidung Nabiha tak mancung macam hidung kakak kan? Hidung abang Ami, abang Apan pun mancung. Nabiha tak.
Aku : erk..

Dia ada tanya lagi ;

Nabiha : Kakak, dulu Nabiha keluar dari perut mak macam mana?
Aku : entah. (jawapan malas nak layan)
Nabiha : Kakak gembira tak lepas Nabiha keluar dari perut mak?
Aku : mesti lah gembira, gembira sangat.

Waktu dia tanya soalan ni, dalam hati aku terdetik. Eh budak ni tahu something ke? eh tak mungkin lah, dia kecik lagi, mana tahu apa-apa. Ya Allah, jauhkanlah dia daripada berfikir yang bukan-bukan.


Nabiha. 
Dialah penyeri hidup kami sekeluarga. 
Aku bersyukur dianugerahkan seorang adik perempuan 
yang kini menjadi peneman abah emak dan mokde 
sewaktu ketiadaan adik-beradik yang lain di rumah. 

So, thanks Hanis sebab berjaya menyedarkan aku bahawa aku juga adalah superhero kepada seseorang iaitu Nabiha Maisarah. 

*Tetiba rasa nak call Mai dan cakap sorry kat dia*

oklah. tu je nak story. Selamat malam & terima kasih sudi baca~

Wednesday, December 12, 2012

A laugh for today, 12.12.12 (I hope so)


p/s : Ini ciplak hasil ciplakan seorang pensyarahku daripada wall kawan beliau diFB

A Woman was out golfing one day when she hit the ball into the woods. She went into the woods to look for it and found a frog in a trap.


The frog said to her, “If you release me from this trap, I will grant you three wishes.”

The woman freed the frog, and the frog said, ”Thank you, but I failed to mention that there was a condition to your wishes.

Whatever you

 wish for, your husband will get ten times of it!” 


The woman said, “That’s okay.”
...



For her first wish, she wanted to be the most beautiful woman in the world. The frog warned her, “You do realize that this wish will also make your husband the most handsome man in the world, an Adonis whom women will folk to”.


The woman replied, “That’s okay, because I will be the most beautiful woman and he will have eyes only for me.”

So, KAZAM- she’s the most beautiful Woman in the world!



For her second wish, she wanted to be the richest woman in the world. The frog said, “That will make your husband the richest man in the world. And he will be ten times richer than you. ”


The woman said, “That’s okay, because what’s mine is his and what’s his is mine.”

So, KAZAM- she’s the richest woman in the world!






The frog then inquired about her third wish, and she answered, “I’d like to have a mild heart attack.”

Moral of the story: Women are clever. Don’t mess with them.

Attention Female readers: This is the end of the joke for you. Stop here and continue feeling good. =D

Male readers: Please scroll down.
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*

*

*

*

*
*
*
*
*
*
The man had a heart attack ten times “milder” than his wife!!!



Moral of the story : Women are really dumb but think they’re really smart .

Let them continue to think that way and just enjoy the show.

PS: If you are a woman and are still reading this; it only goes to show that women never listen!!!

'You can share this to all the guys for a good laugh, and to all the ladies who have a good sense of humors!!' -Dr H.

please focus on the Frog, not the double chin =P

Saturday, December 8, 2012

4 Dec, Bowling & Bella Cullen

Salam & Hi semua.

Dah seminggu kita berada dalam Bulan Disember dan ini merupakan entri pertamaku *betul-betul busy ye kau Belle.. er er, dush!* Papepun, selamat datang ku ucapkan kepada Bulan Disember dan pastinya ianya merupakan bulan yang sentiasa mengingatkan kita tentang peristiwa Tsunami  yang pernah melanda negara kita suatu ketika dahulu

Jom sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa Tsunami~

Bulan Disember juga merupakan bulan teristimewa untuk insan yang paling aku sayangi, tak lain tak bukan ialah Cikgu Azali. Walaupun lambat lagi besday abah tapi nak wish juga; Happy Birthday in advance abah & semoga Allah sentiasa merahmatimu, amin!

Hari ke-4 bulan Disember

 Ucapan Selamat Ulangtahun ingin ku tujukan buat Husna, teman suka & duka ku di RCMP sejak dari Tahun Pertama kami di RCMP lagi. Beliau juga adalah teman serumahku sehingga aku di tahun kedua kerana aku terpaksa berpindah ke rumah sewa yang lain atas beberapa faktor tertentu (oh skema betol ayat mu ni Belle).

Nasib baik Phase 4 menemukan kita kembali kan Husna? yeay. 
Glad to know you Husna! 
Semoga cepat bertemu abang Berahim kau tu..hehe

dari kiri : Husna, Nabilah & me
Hari ke-6 bulan Disember

Ku menerima sebiji SMS daripada seorang teman.

"InsyaAllah ada usrah hari ni, tapi mungkin main Bowling."

aku pun reply kata boleh join. Lagipun agak lama juga ku tak bersukan.

lokasi : Pusat Boling Ipoh Parade, Ipoh

Hey, main boling pun dikira bersukan juga tau. Selain dapat menyihatkan tubuh badan (terutamanya bahagian tangan) kita juga boleh bergelak gumbira tatkala ada sahaja bola yang menjadi mangsa si longkang ataupun tatkala ada someone terbaling bola ke belakang *the best moment captured lah*

Hari ke-8 bulan Disember (hari ni)

Semalam, housemate ku si Radin tiba-tiba mengajak kami (aku dan Kid) pergi ke sebuah Gua.

"Gua? buat pe? nak bertapa ke?" aku cuba berseloroh.

"Saje. jom la jom la *sambil hentak-hentak kaki*."

"Hurm boleh je... kalau bangun la ye." Aku terpaksa bersetuju bagi mengelakkan rumah kami roboh akibat hentakan gergasi si Radin..heheh

"yeay," Radin terus menari style Gangnam style tanda dia gembira. (ok itu aku tipu..hehe)

Pada keesokan harinya... 

cuba teka kami jadi pergi ke Gua tu ke tak?

rasanya tak payah ku cerita kot. Apa kata korang scroll down je page ni sampai habis. Biar gambar-gambar je yang bercerita apa yang berlaku. ok? Lagipun, aku sedar yang sebenarnya gambar lagi pandai bercerita daripada aku (wah ayat nak touching gitu).

Bella Cullen. eh?

sangat sakit memijak batu itu. adakah ia petanda ku ada banyak penyakit?

Iklan Samsung!



spot the differences!!

baru ku sedar, susah juga nak jadi pengarah fotografi =(


dari kiri : Radin , Shakira & me

LOVE !
Tempat : Gua Kek Look Tung, Taman Rapat Indah, Ipoh
Masa : sebelum pukul 12 pm =)
Aktiviti : Bergambar sakan sambil menikmati keindahan alam semulajadi. 

"Kome tak berjogging ke Belle?"
" oh agak-agaknye? lalala...  "

*oh Ipoh, I'm sure gonna miss you soon*



Dear my lovely Housemates ,

Thanks for making my day today. Tak sangka dah 2 tahun setengah kita tinggal sebumbung kan. Sangat bertuah mempunyai teman serumah macam kome. Sangat unik lah (bak kata Radin). Last but not least, next week jangan lupa bayar sewa rumah..heheh =P

Now?

Rasanya, cukuplah setakat tu je untuk post kali ni. Tiba-tiba teringat yang next week ada exam End of Posting O&G dan Paeds. Jadi marilah kita kembali ke dunia realiti, kembali bercinta dengan buku. So, Good Luck untuk diri sendiri =)

Salam & terima kasih sudi baca sampai habis

(^__^)Y


Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...