Wednesday, July 23, 2014

Tak tahu nak letak tajuk apa... tapi korang baca je lah

Salam.

Dah lama aku meninggalkan kau wahai blog. Berkulat dah rasanya. Papepun terima kasih pada 'kamu' yang tak jemu2 berkunjung ke mari walaupun tiada update terbaru dariku. 

Sungguh. Aku rindu untuk kembali aktif menulis. Tak dinafikan, kesibukan bekerja menjadi punca utama untuk aku tidak/malas untuk menulis di blog, selain disebabkan oleh kewujudan laman sosial seperti Facebook dan Instagram yang lebih mudah dan simple untukku update tentang diri ini. Eh, simple itu kan mudah? kenapa aku repeat benda yang sama??

ehem.

Aku terdetik untuk menulis hari ni selepas terbaca status seorang rakan yang bunyinya lebih kurang macam ni;

'day 3 MH17: Kenapa MALAYSIAN sangat senyap kali ini? Semua sudah kembali kepada aktiviti harian seperti sedia kala. selfie, gambar buat kuih raya, kemeriahan aktiviti Iftar, check in shopping raya dan bla bla bla...'

aku terdiam jap lepas baca status tersebut..

ada masalah ke kalau kita masih dalam suasana Ramadhan dan bakal menyambut syawal tak lama lagi? Salah ke untuk kita teruskan hidup kita macam biasa walaupun kita sedar dunia kini sedang dilanda musibah? ish aku tak faham..

mungkin dia ada maksud lain yang cuba nak disampaikan. aku tak pasti. atau aku je yang terlalu negatif. Ye la, mungkin aku je yang mudah terasa dan sedang mengalami gangguan emosi. Yup, aku baru je upload gambar selfie beberapa hari yang lepas. orang kemain duk post pasal Gaza, tetiba terselit muka aku besar gedabak kat celah2 tu kan. memang over kau Belle.

Aku mengaku yang aku tak mengikuti sangat perkembangan Gaza dan MH17. Sebabnya, balik kerja aku terus tidur. Tapi aku doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga dunia kembali aman hendaknya. Bagi aku anggaplah itu semua tanda2 kiamat. Semoga ia membuatkan kita lebih menginsafi diri dan mengingati mati. 

InsyaAllah.

Alfatihah.

Salam.

belle: gaya macam nak tulis panjang kan? nanti lah ada masa aku bebel lagi. Mengantuk lah. Tulis sikit dah terlelap haha. bye. Jumpa lagi. Tq sudi singgah sini =)


Tuesday, July 1, 2014

Next Chapter : O&G!

Hi. Salam ramadhan to all.

Im done with my one week holiday.


And tomorrow im going to start my third posting.

Medical : done!
Surgical : done!
O&G : downloading....
Paeds & ortho : coming soon :)

Wish me the best okay?

Bye. Good night!

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...