Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

A laugh for today, 12.12.12 (I hope so)


p/s : Ini ciplak hasil ciplakan seorang pensyarahku daripada wall kawan beliau diFB

A Woman was out golfing one day when she hit the ball into the woods. She went into the woods to look for it and found a frog in a trap.


The frog said to her, “If you release me from this trap, I will grant you three wishes.”

The woman freed the frog, and the frog said, ”Thank you, but I failed to mention that there was a condition to your wishes.

Whatever you

 wish for, your husband will get ten times of it!” 


The woman said, “That’s okay.”
...



For her first wish, she wanted to be the most beautiful woman in the world. The frog warned her, “You do realize that this wish will also make your husband the most handsome man in the world, an Adonis whom women will folk to”.


The woman replied, “That’s okay, because I will be the most beautiful woman and he will have eyes only for me.”

So, KAZAM- she’s the most beautiful Woman in the world!



For her second wish, she wanted to be the richest woman in the world. The frog said, “That will make your husband the richest man in the world. And he will be ten times richer than you. ”


The woman said, “That’s okay, because what’s mine is his and what’s his is mine.”

So, KAZAM- she’s the richest woman in the world!






The frog then inquired about her third wish, and she answered, “I’d like to have a mild heart attack.”

Moral of the story: Women are clever. Don’t mess with them.

Attention Female readers: This is the end of the joke for you. Stop here and continue feeling good. =D

Male readers: Please scroll down.
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*

*

*

*

*
*
*
*
*
*
The man had a heart attack ten times “milder” than his wife!!!



Moral of the story : Women are really dumb but think they’re really smart .

Let them continue to think that way and just enjoy the show.

PS: If you are a woman and are still reading this; it only goes to show that women never listen!!!

'You can share this to all the guys for a good laugh, and to all the ladies who have a good sense of humors!!' -Dr H.

please focus on the Frog, not the double chin =P

Monday, May 7, 2012

Dialog Lembu & Ayam



Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
 
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

By: Yaya

Sunday, May 6, 2012

Mai Kahwin Katak Taugeh Kerang

Ini bukan cerita karut tapi cerita bergambar..

Baca dulu sampai habis ye..hehe

Kisah ni berlaku pada 2minggu yang lepas. -Biasa ler, orang busy mengalahkan PM memang camni, cerita dah basi baru nak publish (euw mata nek atas tangan letak kat bahu). Anyway, watak utama dalam kisah ni adalah aku sendiri, Syafiqah. Manakala watak sampingan ku beri kepada Maisarah (adik perempuan aku yang tak berapa nak perempuan), Fadilah Arifi & Nora (rakan sekolah lama), Kak Asma (senior sekolah menengah) & katak hijau.

Nak dijadikan cerita, Syafiqah telah pulang ke Kg beliau yang diberi nama Pekan Parit Jawa, Kg yg dirinduinya selama 2 bulan. Beliau pulang setelah berjaya menamatkan Posting Public Health yang amat menyeronokkan lagi menghiburkan. Nak dijadikan cerita lagi, Syafiqah hanya cuti 4hari sahaja. memang sedih, tapi nak buat macam mana. Perjuangan di Ipoh masih perlu diteruskan! Dan better ada daripada tiada kan?

Hari pertama di Parit Jawa, Syafiqah telah ditugaskan menjadi 'Driver tanpa gaji' kepada watak sampingan pertama dalam cerita ni. Siapa lagi kalau bukan Mai atau nama penuhnya iaitu Nabiha Maisarah. Kalau nak ikutkan, Syafiqah telah tiba di Muar pada hari Jumaat, makanya Hari Pertama cuti Syafiqah ialah Hari Sabtu kan? Kenapa Mai sekolah pula ek? Oh ya, dah ingat. Waktu tu ada kelas ganti apa entah. Tapi takpe, Syafiqah menganggap hal itu sebagai peluang terbaik dia untuk menjejakkan kaki semula ke sekolah lama beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Jawa. Sesungguhnya, SKPJ banyak menyimpan kenangan beliau bersama rakan-rakan sekolah rendah terutamanya buat 6sahabat, TaibHajarWanaZunurDayahCapiq. I miss you all, peace~


Berbalik kepada cerita si budak ketot ni; Sebelum ni, Syafiqah memang tak pernah-pernah nak pergi ambil Mai kat sekolah ataupun pergi ambilkan report kad dia dsbgnya. Tapi entah kenapa kali ni, tiba-tiba tergerak hatinya untuk berbuat demikian. Syafiqah bukannya apa, cuma rasa segan dan mungkin faktor malas tu ada la sikit-sikit. Tapi disebabkan sayang & risau juga nak suh Mai jalan sorang-sorang balik rumah..makanya, kereta Viva putih dipecut menuju ke SKPJ. 


Lepas je ambil Mai, watak kedua & ketiga pun muncul. Arifi & Nora dengan machonye bersama kenderaan MyVi Kuning Air Jagung milik Nora telah tiba dirumah Syafiqah sejurus selepas adiknya selamat tiba di perkarangan rumah mereka. Mereka telah berjanji untuk ke Kenduri Kahwin Kak Asma, senior mereka waktu sama-sama sekolah di SMK Bandar Maharani dulu. 


Syafiqa, Arifi & Nora ni sebaya & batch mereka sewaktu di SMKBM digelar sebagai 2ndG (secondGeneration). Dari kanan; Nora sudah pun bekerja, Arifi baru je tamat balajar & Syafiqah pula masih belajar. Itulah mereka, masih single dan tahap ke-availabiliti-an tu, hurm biarlah rahsia..hehe. Nora ni dulu satu geng lari berganti-ganti 4x400 dengan Syafiqah. Sama je ganas dua-dua ekor tu, tapi lihatlah, mereka telah berubah menjadi ayu dalam sekelip mata..aha. ( ok jangan muntah kat sini =P ). Arifi pula, suara dia yang sangat merdu sewaktu mendedangkan lagu nasyid & ayat-ayat al-Quran masih bergema di gegendang telinga Syafiqa hingga kini~


Eh, jom cerita pasal pengantin pula, Kak Asma. Wow, hampir 9 tahun tak jumpa dan hampir juga tak cam wajah beliau. Sangat cantik, sungguh menawan. Sorila, gambar diambil dari sisi belakang. Itu namanya kreatif. Sebelum ni takde lagi kan orang ambil gambar dari belakang kan? tak pernah kan? haa, ni la first time orang buat.. lalala.

 "Tahniah Kak Asma, semoga berbahagia bersama suami tercinta hingga akhir hayat," 
doa Syafiqah dalam hatinya.
  
ok, memang cun!
Hari Kedua di Parit Jawa .........

Hari Ketiga di Parit Jawa ........

kenapa ........?
sebab takde gambar, boleh tak? Tapi rasanya takde apa yang menarik untuk diceritakan pun. Untuk dua hari tu, Syafiqah banyak meluangkan masanya di kaca TV mahupun internet. Jadi, mari kita skip ke Hari Keempat bersamaan Hari Terakhir Cuti Syafiqah.

Pada hari tu, Syafiqah bertolak pulang ke Ipoh dalam kul 11pagi. Dalam perjalanan beliau terjumpa dua ekor binatang yang sangat comel dan binatang itu merupakan binatang yang telah lama dicarinya selama ini. Nak tahu apakah binatang tersebut.. sila scroll ke bawah ...

************

********

****


haa, comel tak? Entah mengapa Syafiqah teramat sukakan KATAK ni.. Sebab kaler Hijau mungkin?
Katak ini berharga RM2.00 seekor. Boleh didapati di pasaran dikedai-kedai menjual pin tudung.
terima kasih (^_^)

Selepas 5jam perjalanan, Syafiqah tiba di Ipoh dengan selamatnya. Pada keesokan harinya, beliau ke pasar menemani ibu teman serumah beliau & beliau telah terjumpa benda yang menarik seperti di bawah;

Taugeh 

&

Kerang

[eh nanti dulu, jangan salah sangka pula ye bakal mak mentua sekalian. 
Yang masak semua ni ibu housemate Syafiqah.
 Syafiqah cuma rebus kerang tu & sayur je..hehe =P ]

Al-kisah tentang Mai Kahwin Katak Taugeh Kerang pun tamat. 
Sekian terima kasih.
Semoga anda semua terhibur.

p/s : fuh tergeliat lidah teman nak taip entri kali ni haa (eh taip guna lidah ke..err). Sebenarnya entri ini terhasil daripada turutan gambar yang ada di Handphone Cokia ku yang lama. Semua gambar tak di edit sebab kurang rajin..muahaha. Tapi ok la ek? Sekarang ku dah guna Hp Samsung Galaxy ACE. InsyaAllah, mesti lagi baik punyer gambar yang bakal diupload pasni.

Sunday, February 26, 2012

Peristiwa di sekolah Abah

waktu ni aku menemani Abah ke majlis jamuan Makan Malam yang diadakan di sekolahnya.

Sesampai di sana,  kami duduk di meja yang memang telah pun disediakan untuk kami.

Ada satu lagi family yang duduk semeja dengan kami. Aku pun apa lagi, dengan ramahnya (konon la kan) bertanya kat Cikgu yang duduk di sebelah ayahku. Em waktu tu, abah bangun pergi mane ntah.

Aku bertanya;
"Cikgu mengajar subjek apa kat sini?"

Dia menjawab;
"saya ajar biase2 je."

ok. tak menjawab soalan. aku pun angguk je la, tanda faham. padahal geram..susah sangat ke nak jawab soalan aku tadi? uh

Selang beberapa minit kemudian, abah pun duduk.

Aku bertanya;
"abah, yang mane satu guru besar ek?"

Abah pun, jawab;
"ni, sebelah abah ni."

huh? er, okay..malunye. mane aku nak sorok muka ni. tolong aku. Malu yang aku rasa waktu tu, tuhan je lah yang tahu. Aku rasa Cikgu tu dengar kot. Bila dia pandang aku, aku cuma senyum je pastu terus pandang tempat lain..nak cover malu punya pasal.

Aku masih ingat peristiwa tu sampai sekarang. Bila ingat je, mesti aku tergelak. Belle Belle, ape la kau ni..

So, moral of the story : Nak ramah boleh, tapi biarlah bertempat..haha.


Friday, December 16, 2011

3 video yang best

Curi masa korang jap boleh?
ala setengah jam je.
Ok Jom !



Video Lawak; Bawa Girlfriend Pergi Kuliah Ustaz (UIA Gombak) - Ustaz Azhar Idrus
Dalam video di atas, Ustaz menjawab soalan, Hukum bawa GF pergi kuliah Ustaz??
*wajib tengok!

   

Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat.
Ada Bob Lokman & MattLuthfi.
*harus tengok!

   

Original Sound Track: Cupid's Fall
by the Band: Once Upon A Time There Was A Sausage Named Bob
Check them out at: http://www.BobTheSausage.com
sedih video ni...
*suka hati nak tengok ke tak*

Sunday, September 11, 2011

Mungkin ini sebabnya kenapa ramai gadis Malaysia lari ke Lombok

AMARAN : Ini merupakan cerita benar daripada seorang rakan.

laparnya perut ni.. nak makan kat mana ek? -Siti bermonolog dalaman.

Kereta dipecut menuju ke sebuah restoran Cina Muslim baru yang dipromote oleh seorang rakan kuliah semalam. Eh, Siti tak pergi sorang-sorang, haruslah ditemani oleh 2 orang rakan serumahnya.

Setiba di kedai makan, seorang pelayan berdarah Indonesia menghampiri mereka seraya berkata;

"Jangan duduk dekat bunga ya. Nanti bunga tu tertunduk malu."

Dalam hati mereka >> dah kenapa mamat ni?

Selesai je makan, mamat tadi datang lagi dan berkata;

"Jatuh tadi tak sakit ke? Jatuh dari kayangan..."

....SPEECHLESS Betolll !

eh nanti! cerita belum tamat lagi.

Waktu nak bayar, mereka mendapat 3 tangkai bunga dari kakak penjaga kaunter. Siti mendapat bunga warna merah. Kata si penjaga kaunter, bunga tu dari mamat tadi.

That's all.

Belle :Bahaya betul la pemuda dari Lombok ni..aigoo

Wednesday, August 10, 2011

Jom gelak sebentar & kongsi jawapan anda

Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta

Februari - Aku gigit

Mac - Aku belasah

April - Aku peluk

Mei - Aku terhantuk

Jun - Aku terkentut depan

Julai - Aku menari dengan

Ogos - Aku pergi dating dengan

September - Aku lambai dekat

Oktober - Aku muntah depan

November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku

2 - Komputer aku

3 - Liverpool

4 - Garfield

5 - Musuh dalam selimut aku

6 - Gangster

7 - Handphone aku

8 - Gerrard

9 - Driver Bas

10 - Semut

11- Kawan baik aku

12 - Polis

13 - Taik kucing

14 - Patung barbie

15 - Lee Chong Wei

16 - Mak Mertua aku

17 - Mak tiri aku

18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku

19 - Makcik kantin

20 - Sharifah Amani

21 - Upin dan Ipin

22 - Siti Nurhaliza

23 - Spongebob

24 - Cristiano Ronaldo

25 - Bapuk/Maknyah

26 - Kawan aku

27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia

28 - Jiran aku

29 - Orang gila

30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem

Hitam - Sebab aku gila

Pink - Sebab aku suka single

Merah - Sebab mak aku suruh

Biru - Sebab aku tak tahan

Hijau - Sebab aku baik hati

Ungu - Sebab aku cemburu

Kelabu - Sebab bomoh suruh

Kuning - Sebab suka hati aku la

Oren - Sebab aku baru putus cinta

Coklat - Sebab aku tak tentu arah



Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


KONGSI JAWAPAN ANDA~ :D

Monday, July 4, 2011

Liza sayang, "kenapa akak perlu couple?"

Cerita ni dah lama aku ingin kongsikan dengan korang, cuma baru sekarang teringat nak cerita..hehe


Aku main bola tampar, dan kami ada sorang jurulatih. Dia lelaki, berumur jugak lah. Biar kita panggil dia cikgu lah eh. Satu hari tu, waktu kami bertukar-tukar no phone [aku jadi wakil team], aku terpandang kat handphone Cikgu. aku terperasan ada list bernama Liza Sayang kat Hp Cikgu. Liza? Sayang??


Aku assume mungkin bini dia kot. Tapi biaselah, otak nakal ni tetap jugak nak fikir cikgu ade skandal nih. Aku pun bagitahu kat dak2 team aku..hehe [jahat kau Belle]. Sejak hari tu, kitorg gelarkan team ktrg Naruto, sebab Naruto pun ade jurulatih gatal..hehe


Then, masa tiba hari perlawanan kat MIAT, kitorang keluar makan sama-sama. Membe aku dengan beraninya, tanya kat cikgu. "siapa nama isteri pak cik ek?" Cikgu pun jawab, "LIZA". Nasib baik dia tak tanya banyak. Kitorang dah gelak-gelak jahat eh pastu..hehe. Tak baik betul lah pikir yang bukan-bukan..=P


*************************************


Ada satu hari tu, aku tergamam dengan soalan seorang Junior. Bukan ditujukan pada aku, tapi kepada seorang teman ku. Soalan junior tu macam ni, "Kenapa akak perlu couple ek?" Erk, terus terdiam aku mendengarnya. Alhamdulillah, bukan senang nak jumpa adik junior yang baik macam tu. Tapi yang kesian, membe aku tu lah. Tak pasal-pasal dapat ceramah free eh hari tu. hehe


Aku juga terbaca wall post adik junior tu buat sahabat karibnya di Facebook; 

"muge ALLAH permudahkan urusan saya tuk terus menjaga awak sampailah muncul si dia yang sebenar yang layak menjaga awak..dunia dan akhirat..**eceh,cam wali la pulak kan..^^"


sweet kan? sila komen kalau korang setuju..hee

Salam.

Saturday, June 11, 2011

Review Sepah l Maharaja Lawak Minggu ke - 11 [bunuh diri]

Baru hari ni nak buat post pasal Maharaja Lawak ???
dah minggu ke - 11 dah kot Belle ..uh
Zass .. (^_^) layan~



Shuib : ok..ok..kau tipu aku eh, kau hina aku.. takkanlah disebabkan aku makan cicak kau clash dengan aku. [sambil kamera tunjuk kat Sarah]. *penonton bersorak. "sayang menyayang, cinta dikenang" Aku nak bunuh diri aku hari ni. .. ya Allah tingginya, OMG ! *penonton bersorak. aku tak peduli..

Jep : Eb, Eb sabar Eb. Pikir masak-masak dulu. Jangan buat benda yang bukan-bukan

Mamat : Entah Eb, takkan sebab putus cinta nak bunuh diri. Mana akidah kau Eb?

Shuib : Engkau berdua diam boleh tak, aku tak boleh nak terima kenyataan..

Jep :Ala kau kena terima kenyataan, memang rupa kau takde rupa Dafi

*penonton bersorak !

Mamat : Eb, Eb..

Shuib : Kau diam, kau diam, kau tak tahu apa yang ada pada Dafi tu

Jep : Ei ei aku heran la apa yang ada pada Dafi tu?

Shuib : Dafi ada baik punye!

*penonton bersorak

Jep : Shuib, sabo Eb, ko sebelum buat pape, ko fikir masak-masak dulu Eb. Ko tak dapat pikir masak-masak, setengah masak pun jadi Eb. 

Shuib : Kau ingat aku telur? Aku lompat kang.

Jep : Ei jangan jangan jangan. Ala Eb..

Shuib : Aku tak kira !!!!!!!

Jep : eh memang kita tak suruh kau kira. Takyah. Takde. mana ade kira, takde. Takyah.

*penonton bersorak!

Shuib : Ko jangan nak maen-maenkan aku, aku lompat kang

Jep : Tak tak. Balik rumah aku belikan Tora ke Dendang main nak? *penonton bersorak. ei ei pikirla masak-masak, kita ada agama. ko ingat kau ada mak bapak lagi tau. ko ingat lagi satu tu..

Shuib : ingat ape?

Jep : ingat yang kau ade hutang aku, belum bayar lagi tu

*penonton bersorak

Shuib : itu pun nak ungkit..uwaa

Mamat : lagi satu Eb, ko jangan lupa. jangan lupa kau tu nak jadi pengapit aku. Kalau aku kahwin siapa nak jadi pengapit aku?

Shuib : sebab tu aku menyampah tengok muka kau, kau rampas awek aku

Jep : kau yang amek Sarah? eh? tak tak

*Penonton bersorak

Mamat : er er er. Rezeki. Aku amek je.

Jep : Dah dah dah la. Alamak, macam mane ni?

Shuib : Ei ko nak berbual ke ape kat sini? Aku terjun kang

Jep : Eh tak tak, tinggi tu. Ingat kita ada agama tu. Gayatnye. Tinggi tu.

Shuib : Aku terjun, aku terjun, don't touch me, don't touch me

Jep : Sabo Eb. Sabo. Kita ada agama. Betul ke ko nak terjun ni?

Shuib : ye la!

Mamat : Eb, masuk neraka Eb

Jep : Kalau betul ko nak terjun, haa terjun je la [Jep menendang Shuib jatuh ke bawah pentas]

*penonton bersorak & memberikan tepukan gemuruh

___________________________________________________

Aku sokong Sepah! Lawak yang bermoral, asli dan kemelayuan. Suka Sepah berbanding yang lain-lain. Tapi aku rasa dah tahu dah siapa yang akan menang Maharaja Lawak kali ni. Tentu lahh Jozan. Dan tak dinafikan, minggu ni lawak diorang memang the best, sangat kreatif! Dah la best, lawak, popular, dan juga paling 'senior'. Senang cakap, cukup lah semua kriteria untuk jadi juara..hehe

So, untuk minggu ni, kedudukan carta dari aku ;

1st - Jozan
2nd - Sepah
3rd - Nabil
4th - Jambu
5th - R2

belle' : aku tak pernah sms undi untuk AF, mentor or raja lawak. Tiba-tiba terasa nak undi untuk Sepah. berbaloi tak agak2? hmm

Monday, June 6, 2011

Panas panas panas! 3 karipap singgit!

Salam. {waktu sekarang adalah jam 10.30mlm}

Panas!. Perkataan panas sangat sinonim dengan kita kan sejak kebelakangan ni. Tapi alhamdulillah, semalam Ipoh dituruni hujan renyai-renyai sepanjang malam semalam tanpa henti kalau beta tak silap. Sedap betol tido, lepas tu nak bangun pagi pergi ke kelas punyalah payah. haa siapa lagi kalau bukan si Belle ni hah. haha. Ala, geng-geng sekuliah dan sekolej aku pun sama gak kan? korang jgn tipu ea.


Kenapa panas yang aku jadikan sebagai isu sekarang ni? 

sebab pertama! em aku bukan apa, aku kesian kat kulit muka ni, burn gak ar kena panas petang-petang hari-hari. Panas tu, panas terik plak tu, panas yang macam matahari sejengkal je kat kepala tu, tau tak? {erk kenapa mcm hyperbola je ayat ko ni Belle}

sebab kedua! mengganggu ketenteraman malam akibat bahang yang teramat sangat. Tak selesa sangat bila berpeluh-peluh time nak tido. Time tu, terpaksa lah 2-3 kipas meja dihidupkan demi mendapatkan tidur yang tenteram. Makanya, bil elektrik pun melambung, haishh.

cukuplah dua sebab tu je aku kasi. Yang penting, sekarang ni memang panas panas dan panas. Nak puasa pun boleh terbatal niat. Hmm, walauapapun, kita redha je lah dengan cuaca yang Allah dah beri ni. Anggap yang ianya ada hikmah di sebalik semua ini. Contoh! best kalau basuh baju ni, cepat betol kering..hehe. Nak basuh toto, karpet pun sangat sesuai, kan kan?

Ok, cukup ar dah bebel pasal panas. Sebelum hati-hati korang panas sebab baca bebelan aku tadi, jom kita dengar lawak yang ku petik dari majalah Remaja ni {ye, aku still membaca Remaja walaupun aku sedar aku bukan lagi remaja..haha}

Tajuk : 3 Karipap Singgit!


Seorang murid darjah 2 ditanya oleh guru matematiknya..

Cikgu : Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga bagi tiga biji karipap?
Murid : Singgit (RM1), cikgu! (jawabnya dengan penuh confident)
Cikgu : salah! cuba faham soalan cikgu betul-betul. Mari cikgu terangkan semula ya. Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga bagi tiga biji karipap?
Murid : singgit (RM1), cikgu!!

CIkgu yang mula hilang sabar berkata, "salah tu!" sambil membuatkan carta matematik  di papan hitam.

Jawab murid berkenaan, " Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata, 'kuih karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!' "


{waktu sekarang adalah jam 11malam} >>>> bermakna aku ambil masa setengah jam untuk siapkan satu entri? lama gak tu. pasni akan cuba kurangkan jadi 15minit je =)

Saturday, May 28, 2011

jangan membazir walaupun 1sen je

ini rentetan daripada cerita [ ini ] dan juga [ ini ] ..

"Dr, I would like to remind you that tomorrow we had class at 10am." a message sent!

a few minutes later.. a message received!

"I don't think that you need to remind me. We as a lecturer should know our timetable. Your message is just Maxis-Maxis Business."

Keesokan harinya, jam 10 pagi..

"siapa mesej saya semalam?''

"er saya."

"Next time tak perlu mesej. membazir kredit je."

"ala. Satu sen je Dr."

"amboi berlagak. Cuba cari sekarang satu sen. Tengok dapat ke tak?"

"erk..hehe."

Belle : Malam ni AF. Tengok sebab nak tengok Sham Kamikaze..hehe.

Buku Biodata

info : ini adalah siaran langsung dari Kampung Parit Jawa, Muar Johor.

Tadi, aku punggah almari kat rumah ni. Punggah punya punggah, aku terjumpa buku biodata aku dulu-dulu warne kuning. Hehe seronok lak layan baca buku tu. Terhibur betol! Kalah Maharaja Lawak..lol.

"Awak, nak awak punya biodata boleh? tulis kat dalam buku ni tau? Jangan lupa tulis ucapan sekali..hehe" tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu. Aku dulu tulis biodata sebab orang request. Aku buat buku biodata pun sebab orang lain buat..haha. Kalau tak, takde maknanyer aku nak buat benda alah biodata segala bagai.


Mesti korang pun pernah buat kan? takpe, rahsia korang selamat dengan aku, jangan risau. Selalunya buku biodata ni akan muncul di hujung-hujung tahun. Yelah, masa tu kan dah saat-saat terakhir bersama, kira biodata ni macam satu cara nak keep in touch dengan kawan la lepas berpisah nanti. Selain tu, masa raya boleh kasi kad raya, kan ada alamat..hehe.

Ada sesetengah tu, cari alamat atau no telefon rumah budak yang dia minat melalui buku biodata. Pastu gi pos surat takpun call rumah dia guna public phone warne kuning tu eh. Dalam phone siap boleh dengar bunyi kereta atas jalan raya. Pastu siap ada background music, "Oi cepat la weyh, dah macam masuk duit dalam tabung haji dah ni kau tau."


Paling tak boleh blah, sebab nak cantik tulis biodata sendiri kat buku kengkawan, siap sanggup ni beli pen warne warni. Aku? sorry la nak beli kejadah sume tu. Buat muka seposen pinjam pen warna-warni kawan sudah. (aik, aku pun buat corak2 jugak ke tulis biadata..haish) ei aku ni nampak je macam ni, tapi setakat lukis bunga kat tepi buku tu takde hal punye..heheh. 


Dalam biodata, macam biasa. wajib ada nick name, tarikh lahir, no telefon, makanan dan minuman kegemaran, motto, cita-cita. Dan kadang-kadang ada yang tulis kawan baik, kawan rapat. Aku pun tak sure ape beza kawan baik dengan kawan rapat. Tak sama ke? haha yang penting aku pernah je tulis benda tu. nasib baik tak jadi pape. tapi, tak dinafikan, benda tu sensitif sebenarnya untuk sesetengah orang..hehe. so better jangan tulis ye adik-adik yang baru nak start belajar buat buku biodata..

part paling aku suka baca, mesti lah ucapan yang diorang tulis untuk aku. Seakan-akan macam feedback  sepanjang aku menjadi kenalan dan kawan diorang. Terasa dihargai dan terharu dengan ucapan diorang. Ada yang rajin, siap sertakan gambar..hehe. Tak lupa juga pesanan dan doa.

antara ayat yang biasa;
  • May our friendship remains forever!
  • Jangan lupa jemput kahwin nanti =)
  • keep in touch
ah rindunya zaman dulu-dulu. zaman sekarang ada lagi tak orang buat buku biodata ek? em takde kot. zaman pun dah maju. Facebook kan ada.  ye tak?

belle' : korang ada buku biodata? kongsi-kongsi la apa yang menarik pasal buku biodata korang tu =)


Sunday, May 22, 2011

adegan kelakar di kedai buku

Jom flashback pada dua hari yang lepas..

Setelah tamat menonton Filem Nur Kasih kira-kira jam 10 malam, aku dan tiga orang teman singgah di kedai buku Popular. Tujuan kami nak beli buku la, takkan nak beli bawang pula kan? Tapi tak beli buku pun, beli alat tulis dan fail.

Selepas membuat pembayaran di kaunter, aku pun bergegas keluar dari kedai. Eh tapi teman-teman ku masih di dalam kedai. "apa la yang diorang buat lama sangat kat dalam tu?"

Rupa-rupanya ada sesuatu yang menarik yang membuatkan mereka lama di dalam. Sebuah buku yang berwajahkan muka hadapan yang cute menyebabkan mereka tergelak jahat..hahaha. Aku menghampiri mereka.

"eh apa korang buat tu?"

"Belle, cuba ko tengok ni..lawak kan??"

Aku cuba gelak seikhlas yang mungkin sebaik terpandang kulit muka buku tersebut. Panas di hati sebab kena menunggu lama di luar masih belum reda barangkali. huh.

"hahaha..waka waka..gile ah, memang lawak. Eh dah la, korang buat apa lagi ni. Jom balik."

"eh kejap la Belle. Jom ambek gambar kat sebelah buku ni."

Eh kurang waras ke kawan aku ni lepas tengok Nur Kasih. Besar betul penangan Nur Kasih ye..hmm zas layann.. Aku mengeluh sambil membelek-belek buku itu.

"Ok. Cepat aku tangkapkan. Laa, jangan la gelak.. cepat 1.. 2.. 3.. eh ape ni syida." Rakan ku bersuara persis seorang jurufoto terkenal. Buku itu masih lagi berada di genggamanku.

"Tak boleh la. Tak jadi. Apa kata ko pulak try buat gaya macam gambar ni Belle. Ce cuba ce cuba." 

 Aik, aku pulak yang kena. Takpe, layankan je lah kanak-kanak riang dua ekor ni..hehe

"ok Belle, one two three.. ok dah.. hehe serupa laa.."

"meh sini aku tengok sat."

dan.. inilah hasilnya.. Belle menjadi modelnya, Nadira pula menjadi si jurufoto..tadaa..


ok jangan cakap pape. Aku tahu buruk bebenor ghupenyer.. adeh

kami pun terus keluar setelah sesi bergambar tadi tu selesai. Di luar kedai, setelah berjalan agak jauh jugalah dari kedai buku tu, aku terperasan sesuatu berada di genggaman ku. Kalau korang pandai cuba teka apa dia? Dan apa jadi dengan aku lepas tu agak-agak?

Selamat menjawab..hehe

Monday, May 9, 2011

lirik lagu ni sedikit kelakar la


Lirik Lagu Dude Herlino & Asmirandah 
Bunga-Bunga Cinta (OST Dalam Mihrab Cinta) 

tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

membuncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta

elle : Apa maksud membuncah tu ek?? siapa boleh bagi jawapan? Tapi aku rasa itu boleh accept lagi la kalau nak dibandingkan dengan lirik KCB, kembang kempis..adoi mmg tak boleh belah betul lah. korang ce ingat ce ingat balik lirik dia macam bawah ni...

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

# Walaupun ada membuncah dan kembang kempis, lagu-lagu indonesia tetap menjadi santapan sang telinga. lagu diorang memang best kot..hehe

hey hey, siapa belum tengok Movie Dalam Mihrab Cinta, baik pergi tengok cepat. rugi tak tengok, best dan juga menginsafkan. Cerita diadaptasi daripada novel. Sedap juga kan suara Dude & Asmirandah? (^__^)Y

Thursday, May 5, 2011

Nak berdiri ke duduk ?

Pada suatu hari, dengan muka begini
sebab kami tak tahan sangat nih, kena berdiri lama waktu kelas bed-side
[bukan sebab kena denda macam zaman sekolah dulu2 okay],
hmm.. ada la dalam 2-3 Jam camtu kene diri ,
kami pun dengan selamba berani tapi cuak juga lah 
menyuarakan pandangan berbunyi;

"Dr, apa kata kita duduk. Nampak macam ada kerusi kosong kat sana."

Dr pun reply la dengan lebih selamba + sedikit sinis..

"Hah, tu la...nak sangat jadi doktor, berdiri la korang. Nak duduk.. pergi jadi kerani sane." 

kami : erk.. haha

Sunday, April 24, 2011

ambil pampers lepas tu perah

Tiba-tiba teringat cerita Dr Hadhrami [entri lepas cerita Dr Tharam..haha]. 

Waktu bedside teaching, masa tu aku present case baby tu datang sebab muntah 2 kali. Mula-mula ingatkan ada Pyloric Stenosis, tapi disebabkan ultrasound and lain-lain sume normal, currently he was diagnosed with prolonged jaundice. Bak kata Dr Hadhrami, "macam pergi KFC tapi order nasi goreng." erk..muahaha. 

Dan discuss punya discuss, Dr kata mungkin baby tu dapat Urinary Tract Infection. Maka Dr pun bertanya ;  

Dr : How to get Urine Sample from a Baby? 

Kami : ........ [semua diam tanpa kata]

Dr : Hey, ni soalan past year tau. Jangan jadi macam senior korang. Bagi jawapan..

"ambil pampers baby tu, lepas tu perah.."

Kami : erk.. hahaha [boleh pulak bagi jawapan macam tu]


belle' : sebenarnya ada 4 cara nak dapatkan sample urine bayi =)

There is nothing interesting to talk!

Tiba-tiba teringat cerita Dr Tharam. Dia kata, dia pernah jumpa seorang pesakit Autism ni. 

[Google lah Autism kalau tak tahu Autism tu apa k? Pendek kata, pesakit autism adalah mereka yang berada dalam dunia diorang sendiri dan tidak bersosial dgn orang lain]

Semasa nak akses perkembangan budak tu, dia didapati lewat / tidak boleh bercakap. Tapi bila dia dah besar, dia boleh bercakap. Dr pelik dan bertanya kenapa baru sekarang dia bercakap. 

and guess .. what he answered ;

" Because there is nothing interesting to talk! "

us : erk .. hahaha

Tuesday, April 12, 2011

baru first day dah kena

Semalam (Isnin) merupakan hari pertama posting di Hospital Ipoh. Group aku ditugaskan menjaga bahagian PICU, NICU & 6C. Dan hari pertama juga, aku perlu present case dengan Dr H. Ingat lagi ke dengan Dr H?? hehe bagus2. Kalau tak tau, refer sini.. or balik baco

Malas mahu cakap pasal presentation aku because, as always la.. not very good cuma baik sedikit dari sebelumnya. Nak dipendekkan cerita, kelas yang macam tegang je bertukar jadi lawak dengan telatah2 Dr H yang boleh aku katakan annoying but funny.

Can you imagine, tengah aku syok2 pi cerita kat dia, eh guna beliau lah, hormat sikit kan.. haa tengah syok2 tu cerita pasal sejarah pesakit , tiba-tiba beliau boleh henjut2 badan ngan kaki ea. Boleh bayang tak nih? Aku tak sure kenapa, tapi dia cam nak bagi isyarat suh rush la.. lunch hour dah sampai, "nanti ada orang kelaparan menunggu saya.." katanya lah.. Aku tak tahan, aku pi gelak je ar depan die..ops sori doc because you are so funny..haha

And then, abes je kelas, aku saje je pi cite kat kawan aku (group lagi satu) yg aku dpt no 4 men bowling malam semalam. Tiba-tiba diorang cakap yang, 

" ko tahu Belle, Dr H cakap kat group kitorang..tahu lah pi maen bowling tuk karnival sukan RCMP. Dah la main tak ajak saya."
aku pun balas " hah yeke?? aik mane die tahu ni?? aiyakkk. setahu aku, aku tak update status or upload gambar pun kot!!!!!"
" ade la..ko update status..ni sume ko punyer pasal la ktrg kena tau"
"iye memang ade, tapi kat twitter je. bukan facebook. takkan dia ada twitter gak kot..ish ko nih"
"entah la..haha"

so, sape boleh jawab. macam mana Dr boleh tahu ktrg main boling malam semalam. Misteri nih. Or mungkin kebetulan kot dia teka tu betul..hmmm

geng My Team !
p/s : fikir masak-masak sebelum menge-add lecturer anda as friend di Facebook =)

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...