Wednesday, January 23, 2013

Update terbaru seorang Aku Ep2

Salam dan hi.

Untuk entri kali ini, ku hanya ingin mengimbas kembali apa yang telah berlaku kepada ku beberapa hari yang lalu. Ku takdelah nak cerita semua, cuma beberapa insiden yang ku rasakan penting dan menarik sahaja. Semoga ia boleh dijadikan tauladan buat semua.

Kenapa post ni ber-episode 2? Jawapan dia mudah, sebab ku tiada idea untuk meletakkan tajuk apa. Selain itu, mungkin juga sebab ku pernah mengarang entri ini >>> Update terbaru seorang Aku pada June yang lalu. So, you all just bare with it, ok? *senyum*

Update tentang STUDY.

Kini ku sedang dalam 'surgical posting' di mana ia merupakan posting kedua terakhir sebelum aku menamatkan pengajian dalam bidang yang aku ceburi kini. Dah masuk minggu ke 6/7 dah pun. Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah, exam OLC haritu aku lulus dan dapat kes yang simple, appendiks. Terima kasih Allah kerana telah mempermudahkan segala urusanku.

Nak cerita serba sedikit pengalamanku semasa exam OLC with Dr Michael Cheong (beliau merupakan antara Pensyarah yang agak tegas sewaktu exam); Untuk part History (sejarah pesakit) aku tak mengalami banyak masalah sebab pesakit sangat memberikan kerjasama yang baik. Tapi bila tiba part examination (pemeriksaan badan) aku terkantoi bila perlu mengambil tekanan darah dan suhu badan pesakit. 

Entah macam mana, aku boleh nak ambil 'blood pressure-BP' pesakit di bahagian tangan yang ada set line. Thermometer pula, aku cuma masukkan ia ke dalam mulut pesakit seusai aku mengambil BP. Kat situ je dah buang masa seminit, sepatutnya aku kena cek suhu sambil aku cek BP tadi, kata DR M. Mungkin ianya merupakan hukum Karma dimana aku sememangnya jarang membuat ward work di Hospital. Haa padan lah dengan muka ku *dush*

Untuk part ketiga,  iaitu discussion. Alhamdulillah, ku berjaya menjawab soalan yang ditanya, walaupun takde lah perfect mana. Aku ni dikira bernasib baik sebab tidak melakukan kesalahan besar bila ditanya tentang rawatan penyakit appendiks. Antara kesalahan besar yang mungkin dilakukan; Beri ubat tahan sakit. Untuk penyakit ni, hanya satu je treatment dia, iaitu pembedahan!! never give pain killer. 

Whatever it is, I believe and have faith in Allah that everything happens for reason. Mungkin Allah nak luluskan aku untuk OLC Surgery supaya aku boleh study untuk OLC O&G. Yup, I need to sit for 3rd attempt O&G OLC time revision week nanti. Doakan supaya urusan ku dipermudahkan k.

Info : OLC (Observe Long Case), kami diberi masa sejam  for history, examination and discussion. OLC penting untuk lulus sebab ia adalah tiket menduduki peperiksaan akhir bulan April nanti.


Lain-lain Update


  • Di Facebook semakin hari semakin bertambah jemputan kahwin ku terima daripada kawan sekolah rendah, sekolah menengah dan senior sekolah. Sorry sangat-sangat andai ku tak dapat nak attend. Papepun percayalah yang doaku sentiasa ada untuk kalian..hehe. Semoga berbahagia sampai akhir hayat.
  • Rindunya nak bersukan. Tapi sifat M semakin menusuk ke sanubari.
  • Teringin nak ke konsert Anuar Zain, tapi.. tak mungkin punya lah, mana ada duit! Bye Anuar.
  • Macam mana aku boleh tertonton Running Man? dan baruku tahu gameshow tu best sangat-sangat
  • Akhirnya, impian ku nak menonton Jab Tak Hai Jaan tercapai. Aku bagi 3/5. Moral of the story: Jangan pernah korbankan diri sendiri untuk tonton kebahagiaan orang lain secara live di astro .
  • Percaya atau tak, lakonan Beto Kusyairy sangat mengancam (tiba-tiba).
Isu Semasa

* bukan Miss Sharifah tapi Madam Sharifah.

Tak lain tak bukan pasti lah tentang Fenomena Listen. Kecoh satu Malaysia dibuatnya. Dan disebabkan hal ni, maka ramailah rakyat Malaysia yang terlebih kreatif buat lagu, parody dan yang sewaktu dengannya, dengan motif? aku pun tak pasti. Status kat atas tu ku update sebaik sahaja aku tamat menonton video menayangkan Forum yang berlangsung di UUM. 

Memang aku geram dengan Madam Sharifah yang tidak memberi langsung peluang Miss Bawani untuk menghabiskan kata-katanya. Tambah pula bila dia membalas hujah Miss Bawani dengan hujah berkaitan haiwan. Oh tidak. wadefe (kata Shah Rukh Khan dalam filem Jab Tak Hai Jaan).

Tapi selepas seminggu, aku ada juga terbaca pandangan daripada beberapa orang sama ada yang dikongsikan di Blog, Facebook mahupun di Twitter (banyak tak masa ku sebagai pelajar perubatan tahun akhir? Sebab Posting Surgery kot). Selepas tu aku dapati dua-dua pun ada salah masing-masing. 

First, kita tolak tepi pasal politik tu semua. Mari kita buka minda sama-sama. Next, menurut Miss Bawani, video yang kita semua tengok tu ditayang sebulan selepas forum tu berlangsung dan itu cuma 1/4 (betulkan aku kalau aku tersilap). Tajuk forum tersebut ialah 'Seiringkah Politik & Mahasiswa?', manakala isu yang timbul ialah pendidikan percuma (selain daripada masalah ikan jerung la). 

Kenapa persoalan pendidikan percuma tiba-tiba boleh timbul dalam forum yang terang-terangan diadakan oleh SW1M (suara wanita 1 Malaysia). 1 Malaysia, sure la akan berat sebelah terhadap parti tertentu sahaja. Miss Bawani ada kata, yang pihak SW1M ni ada tayangkan video tentang himpunan Bersih (tapi dalam video tu ditulis himpunan kotor). 

Kalau aku jadi Pro pembangkang pun aku tak puas hati. Miss Bawani ada juga mengaku yang dia bangun bukan dalam Q&A session sebab katanya hanya 2soalan sahaja yang dibenarkan. Lepas tu, dengan suara yang agak lantang dan beremosi, dia suarakan pandangan dan menerima tepukan yang gampang daripada para penonton.

Cuba fikir, kalau kita di tempat Madam Sharifah, sedikit sebanyak pasti tercabar dengan apa yang berlaku kan. Dia ibarat kau buat majlis tiba-tiba ada orang datang buat onar, kau marah tak agak-agak? Dan mungkin disebabkan kegagalan madam Sharifah mengawal emosi dia waktu tu, perkataan Listen 'terkeluar' dari mulutnya lalu menarik mikrofon bagi mengelakkan Miss Bawani terus bersuara. Seterusnya, aku gagal menganalysis kenapa masalah ikan jerung turut terlibat dalam isu ini..argh spoil betul.

Point aku kat sini, dua-dua bersalah. Seorang tu hanyalah seorang mahasiswa yang baru nak kenal dunia dan seorang lagi perlu lebih tenang dalam mengawal emosi dan lebih bijak dalam menjawab soalan. SW1M? kenapa aku baru dengar pertubuhan ni wujud di Malaysia, kenapa? huhu. Yang aku tahu, sorry to say yang isu ni berjaya membawa malapetaka kepada Barisan Nasional. Hari mengundi semakin hampir, sudah bersediakah kita untuk memilih yang mana satu? Tepuk dada tanya minda dan akal.

Last but not least..

Allah berfirman, ertinya;
"Dan janganlah engkau ikuti apa yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang-nya, sesungguhnya pendengaran, pengelihatan dan hati semuanya itu akan di tanya"
(Surah al-Isra' ayat 36)
Ayat di atas menerangkan sekiranya kita tidak mempunyai ilmu tentang apa yang dibincangkan usah la berbicara kecuali ada pandangan. Pandangan di sini bermaksud, kita mendapat persefahaman tentang apa yang dibicarakan. Namun pandangan tersebut mestilah betul dan mengikut fakta. -ILUVISLAM

( my love )

Tuesday, January 22, 2013

Bermula semula (begin again)


Cermin itu ku pandang
nafas ku tarik dalam-dalam
Dia tak suka aku bertumit tinggi
tapi aku suka.
MP3 ku pasang dan headphone ku sangkut di telingaku
Dia selalu merungut
katanya, tak sedap lah lagu ni
tapi aku suka.. lagu tu. suka sangat

Ku berjalan masuk ke dalam sebuah Cafe
Ku ingat kau terlewat
tapi jangkaan ku silap
Kau datang awal
berdiri dan melambai tanganmu ke arahku
Kerusi ku kau tarik dan membantu ku duduk dengan selesanya
dan kau tak tahu yang kau sangat 'sweet' masa tu
Tapi aku tahu.

Dan kau terbahak-bahak ketawa macam budak kecil
ku rasa aneh sebab kau kata aku ni kelakar
sebab dia tak pernah pun cakap macam tu
Ku dah habiskan masa selama 8 bulan lamanya
ku anggap yang CINTA hanya akan berakhir dengan kesengsaraan
tapi pada hari RABU, di sebuah Cafe
Ku lihat ia bermula semula.

Ia bermula semula..


p/s : 'sajak' di atas merupakan translation lagu 'Begin Again' nyanyian Taylor Swift. Tiada kaitan sama ada dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian. =)

Friday, January 4, 2013

Ajari Aku - Anuar Zain



Lirik lagu AJARI AKU ;

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki..
Rasa.. Yang luar biasa 
untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu

Reaksi Peminat Apabila Nora Danish Kirim Gambar Bersama Anuar Zain
Semoga mereka berjodoh.. eh?

mirip seseorang


Tapi siapa?

sumber gambar : Tumblr.com

Thursday, January 3, 2013

Wahai remaja . . . . ini pesanku

Wahai remaja,

Siapa kata bercinta itu seronok?
Siapa setuju yang bercinta itu mudah?
Siapa bilang bercinta itu indah?

Hakikatnya, bercinta itu sama seperti .... 

Ah susah untuk aku terangkan, tetapi aku cuba ye..
Dalam bercinta ni, banyak benda yang perlu kita fikirkan
Banyak benda yang perlu kita jaga terutamanya hati
Jika sebelum ni, kita hanya perlu menjaga hati sendiri, 

selepas bercinta ada satu lagi hati yang perlu kita jaga 
sama macam kita menjaga hati sendiri
Dalam bercinta, kita sentiasa didatangi perasaan cemburu
Cemburu apabila si dia rapat dengan orang lain
Hendak dimarah, bimbang dikatakan mengongkong
Hendak dimarah, siapa lah kita yang belum tentu lagi menjadi teman sehidup semati si dia
Pokoknya, dia bebas !
Bebas berkawan.. bebas bergaul dengan sesiapa sahaja.
Dan mungkin dia masih inginkan pilihan yang lebih banyak 

supaya pilihan terakhir nanti
Pilihan yang betul-betul sepadan dan sesuai dengannya dapat dibuat
Kekadang kan, hati ini penat
Penat memikirkan, membayangkan sesuatu yang tidak pasti
Hati ini juga selalu bimbang akan kehilangan si dia yang amat disayangi
Tetapi itulah laluan sukar yang perlu dihadapi oleh insan yang sedang bercinta
Perlu diingat, tak semuanya akan sentiasa manis semasa bercinta
Pasti akan tiba juga saat pahit yang perlu dilalui bersama

Langit tak sentiasa cerah bak kata orang.
Bila saat itu tiba, persefahaman amat-amat diperlukan
Jangan bertindak terburu-buru
Jangan biarkan marah menyelubungi diri
Singkirkan api cemburu yang kian menguasai hatimu
Pasti, kemanisan bercinta kau akan kecap semula

Ingatlah remaja,
Di saat manis itu kau rasa
Jangan engkau lupa akan agamamu

Jangan sesekali lupa wahai remaja ku!
Agamamu yang sangat-sangat membenci kau melakukan kejahatan
Bertahanlah, dan sekiranya masih tidak boleh
Segerakanlah sesuatu yang halal untuk kamu.



Sekian.
Nukilan ikhlas daripada syafiqa-belle.

I am Sorry ..

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...