Friday, October 19, 2012

Kenangan pahit dan manis sepanjang Phase 3B

Salam.

Sebelum tu, jom sebut perkataan ni ramai-ramai dan sama-sama ;

[ gambar curi hasil carian di Google ]

Alhamdulillah sebab aku dah lulus Exam Final PHASE 3B!!
Terima kasih Mak. Terima kasih Abah.
dan semua yang mendoakan.

'Sungguh, setiap yang berlaku itu tentu ada hikmahnya. Aku anggap apa yang telah terjadi itu merupakan satu 'Wake Up Call' sebelum aku move to the next Phase, iaitu Phase 4.'

Sepanjang setahun aku di Phase 3B, bermula daripada akhir bulan Oktober 2011 hingga pertengahan bulan Oktober 2012, bermacam-macam hal yang aku dah alami dan tempuhi.

Ada yang pahit, dan ada juga yang manis. 
Itu barulah dinamakan sebagai sebuah kehidupan, bukan? 
Sekejap kita berada di atas.
Sekejap kita berada di bawah. 
Macam sebuah roda!

Kenangan manis sepanjang 3B
  • Ber-Elektif di Hospital Muar atau dengan kata lain berholiday lepas dah lulus exam Phase 3A. Baca ni Elektif 3B-ep1 & Elektif 3B-ep2. Seronok betul sebab dapat duduk dekat dengan family =)
  • Abah & Mak belikan kereta Viva putih untuk ku.  Ada ku cerita tentang tu di SINI.
Kenangan pahit sepanjang Phase 3B
  • Aku kemalangan selepas terlanggar kereta orang. Melayang RM600 macam tu je > malang tak berbau
  • Seminggu kemudian, aku eksiden lagi. Kali ni, orang pula yang melanggar aku > mungkin jodoh kami memang pendek
  • Kehilangan Handphone Samsung ACE putih. Aku memang cuai betol. But tolong la, siapa yang curi tu, sila la pulangkan balik. (ok, itu memang tak mungkin terjadi la kan) ='( 
  • Kena repeat exam 3B. Ya Allah, tuhan je yang tahu betapa sukarnya aku nak menerima kenyataan tu, apatah lagi nak berdepan dengan semua orang time ni. But Alhamdulillah, aku kuatkan juga semangat ni. Dan akhirnya, selepas 3minggu bertarung, usahaku.. berbaloi-baloi, disusuli berkat doa keluarga dan teman-teman.

congrats kawan!

Bak kata orang tua-tua ; Yang baik itu kita jadikan sempadan, yang buruk itu kita jadikan tauladan.

6 months left!

Aku hanya harapkan yang terbaik untuk 6 bulan yang mendatang ni.
Fokus Belle.
Lupakan yang lain.
Belle boleh buat punyer!

Terasa lama ku tak meng-update status di wall Facebook ku. 
Bila buka Facebook, just scroll down gambar-gambar grad, kahwin or tunang kawan-kawan. 
Yeah, maybe.. my life is not that interesting to share with others. 

Anyway;
Tahniah buat kawan-kawan yang dah grad.
Tahniah awak sebab dah bergelar graduan. Good Luck for you!
Hidup Graduan untuk negara! (tiba-tiba kan)
Tahniah buat kawan-kawan yang dah bergelar suami/isteri. Berumahtangga leklok ea..hehe.
Tahniah juga buat kawan-kawan yang kini menunggu kelahiran bayinya yang pertama. Pasti excited kan?

6 months left!

dan semoga masa tu nanti 
merupakan giliran aku pula yang menerima ucapan Tahniah..hehe
amin!
(er, tahniah sebab dah lulus exam k, bukan sebab yang lain-lain..adeh)


Ok la kawan-kawan. Jumpa lagi.

salam.

Terima kasih sudi baca sampai habis aku membebel hah.

(^_^)Y

bye Phase 3B, hello Phase 4!

Friday, October 12, 2012

Ustazah Anom mengamuk di Blog Kereta Mayat (Hamka) ?

Salam.

Sebelum tu, aku nak nasihat kan supaya korang baca lah artikel ni terlebih dahulu [menghina kekasih].

ok, dah baca? kalau malas nak baca, meh aku ringkaskan je. Artikel tu berkisar tentang seorang ayah yang membiarkan anaknya dipukul dengan penyapu oleh seorang tukang sapu selepas anaknya bermain-main di tepi jalan raya. Ayahnya langsung tidak memarahi tukang sapu tersebut malah berterima kasih dan berkata;

“Lagipun, eloklah kena pukul sebelum kemalangan, jika dia di langgar lori, baru nak ketuk kepala dengan penyapu, dah tak guna dah..”

moral daripada cerita tu;

''jika ada orang marah atau denda anak kita kerana kesalahan anak-anak kita, janganlah jadi seperti ibu bapa yang bangang yang mana akan pertahankan anak mereka dan marah pulak kepada mereka yang cuba selamatkan masa depan anak kita'' -Hamka (penulis)

ok.

Artikel ni ditulis pada bulan March tahun lepas lagi. Dah lama dah, aku je yang baru nak baca. Fair enough la sebab aku pun belum berkahwin lagi kan..haha. Pastu, lepas je menamatkan pembacaan aku terhadap artikel tu, aku pun teringin nak komen.

Dan bila scroll di bahagian komen, terjumpa lah Ustazah Anom. Korang baca sendiri lah 'screen captured' kat bawah ni untuk kenal sape tu Ustazah Anom k.


Banyak lagi dia komen. meleret-leret. Cuba lihat kat komen terakhir, beliau ada cakap pasal 'blog useless korang citer pasal pathetic life korang'. Panas je bila baca kan? huhu. Makan dalam!

Komen aku ;

  1. Tak boleh ke bersangka baik tentang apa yang ingin disampaikan oleh penulis tu?
  2. Perlu ke guna nama Ustazah, tapi....
  3. Kenapa nak bergaduh sesama umat Islam hanya disebabkan perkara remeh? Malu la.
  4. Aku tak sokong sape-sape.
  5. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan iktibar.
  6. Aku pun tak baca habis komen kat entri tu. Nanti lah kalau ada masa aku baca..haha.
Belle' : Tiba-tiba teringat pesan atuk abah. Atuk Abah pernah kata camni, kita ni kalau nak marah anak, jangan cakap nakal, bodoh dan sebagainya. Gantikan dengan perkataan, 'bertuah'. Kata-kata tu kan satu doa. =)

Bacaan tambahan :

Saya masih ingat sehingga kini, semasa saya mengandungkan Muhammad Thoriq Ziyad , saya pernah meminta nasihat dari seorang ukhti (yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak pada masa itu), bagaimana untuk saya mendapat dan mendidik anak menjadi anak yang soleh. Kerana saya amat takut jika saya belum bersedia sepenuhnya untuk mendidik anak yang bakal lahir.


Ukhti tersebut berkata, untuk seorang anak menjadi soleh, kita sebagai ibubapa mesti mewujudkan persekitaran yang soleh (biah solehah) buat anak2. Anak-anak membesar sambil belajar daripada persekitaran, lebih banyak daripada belajar dari apa yang kita perkatakan dan ajarkan. Isi rumah kita, akhlak kita, kawan2 kita, jiran kita, tetamu kita dan suasana sekeliling kita, mempengaruhi siapa anak-anak kita kelak.


Salam.

Friday, October 5, 2012

Hasil Kerja Dakwah & We love Rasulullah

Salam. Hari Jumaat menjelma kembali.

*nafas ditarik sedalam-dalamnya dan ucapan ALHAMDULILLAH dilontarkan*

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di ruangan ini.

Mari muhasabah diri sama-sama. Idea untuk penghasilan entri kali ini bukan datang dari diri ini mahupun hasil perahan otak kiri dan kanan yang hampir nak tepu ni. Diri ini cuma menyalin kembali apa yang telah dibaca dan tertulis di artikel ini >>  Zul Fattah.blogspot .

Menurut artikel tersebut..

Antara hasil yang Sahabat2 akan dapat daripada kerja Dakwah ialah;

  1. Diberikan keKUATan Iman.
  2. Allah beri keLAZATan dalam beribadah.
  3. Mudah memahami Al-Quran.
  4. Allah beri sifat kasih dan sayang kepada sahabat-sahabat.
  5. Diberi niat yang IKHLAS dalam melakukan sesuatu perkara.
  6. Diberi semua sifat sayangkan AGAMA ISLAM.
Beruntungnya Sahabat2 yang menjalankan kerja dakwah ni. Bukan senang nak mendapatkan IMAN yang tetap. Selalunya Iman ni diibaratkan seperti roda. Kejap di atas kejap di bawah.

Apatah lagi kelazatan beribadah; Hari-hari solat awal waktu cukup 5 waktu sehari pun, belum tentu lagi boleh capai nikmat khusyuk dalam solat. Berapa ramai pula antara kita yang setiap hari membaca Al-Quran? Memahami Al-Quran? 

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menjalankan aktiviti dakwah. Ingat, dakwah ini luas ertinya. Bukan 'pendakwah' sahaja yang boleh berdakwah. Kita semua boleh berdakwah. Cuma mahu atau tidak sahaja.

Oh ya. Sebut tentang DAKWAH. Teringat tentang isu Nabi kita telah dihina oleh segolongan manusia yang..uh malas nak cakap la. How could them? Semoga Allah membalas perbuatan mereka.

'If they can make film on Prophet Muhammad SAW, so can we'-youtube-

 So, jom luangkan 3minit jap menonton video yang cute ni. -Video ni ku jumpa kat Tumblr-


It's not easy to fall in love with someone that you have never met. 
He promises that he will loves you. 
He promises that he will guide everyone into paradise. 
If you open your heart like that it is easy to love. 
We love Rasulullah!

salam.

Wednesday, October 3, 2012

Adil ke Photo Contest di Facebook?

Salam.

Hye Mr October!

Apa khabar para pembaca semua? Semoga sihat hendaknya. Hari ini, ku tidak bercadang untuk bercakap panjang. Cuma nak lepas gian je sebab terasa macam lama sangat tidak menaip entri yang berbentuk idea dan pengalaman. Maklumlah entri yang sebelum ni kebanyakannya repekan semata ^_^''

So. Let's go straight to the main topic.

'Photo Contest' di Facebook

Pernah dengar ke tentang Photo Contest di Facebook? Rasanya ramai dah familiar dengan hal ni kan? Aku pun selalu je dapat arahan invitation daripada rakan-rakan terdekat supaya menge-like gambar mereka di Facebook. Hari ni je, dapat 2 jemputan dan aku dengan gigihnya menge-like. Habis tu, tak like nanti kecil hati pula kan si kawan itu? so, better kita layankan aje.

Aku bukan apa. Aku tiada masalah pape pun dengan isu ni. Cuma aku terfikir, adil ke 'Photo Contest' tersebut?

  • Contest yang tiada pengadil
  • Pemenang dikira berdasarkan jumlah 'like' yang diterima
Kalau yang masuk pertandingan tu adalah orang yang berpengaruh dan mempunyai ramai kenalan di Facebook, sekali suruh pasti ramai yang 'like' padahal gambarnya itu biasa-biasa sahaja. And then, terus ditabalkan menjadi Juara, dapat hadiah kereta sebijik. Hurm..adil ke buat contest macam tu?

Hal ni sama la isunya dengan 'Raja SMS' kita iaitu Mawi. Dulu, dia pernah dikritik sebab popularitinya diraih hanya bersandarkan SMS bukannya bakat. (er macam lari tajuk je ni. ok abaikan je)


So pada pendapat aku, peraduan sebegini bukan bermatlamat untuk mencari yang terbaik sebaliknya lebih kepada tujuan mempromosi tak kiralah produk, tempat, blog dan sebagainya. Mana taknya, sebelum kau boleh like photo tu, kau kena like page tu dulu..aigoo.

Selain tu, aku lihat cara memilih pemenang juga lebih mudah, cepat dan menjimatkan (masa dan wang). Ye la, nak upah pengadil segala bagai kan kena guna duit, ye tak?

Apa pula pendapat korang? Suka tak like 'Photo Contest' di Facebook? Rela atau terpaksa? aha.

Belle' : Siapa yang tak suka join 'contest' kan? Mana tahu bertuah..hehe

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...