Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Kenapa takut cakap TAK ??!!

Situasi 1;

"eh jom teman aku gi shopping petang ni?"

"em.. bole la. Jam berapa nak pergi?"

Tapi sebenarnya dalam hati meraung-raung cakap tak nak sebab ada hal lain .
Komen : Kenapa takut sangat nak cakap TAK, TIDAK, Tak Boleh or sebagainya? Susah sangat ke? Tak ke menyusahkan diri namanya tu..aigoo

Situasi 2;

"eh, kau pergi tak reunion esok? jom kita pergi sama-sama?"

"Tak, aku tak pergi."

"Tapi kenapa? alaaaa.."

"Sorry sebab aku kena duduk rumah jaga kucing aku nak beranak. Lagipun aku kena ambil adik aku balik dari sekolah petang ni. Maaflah aku memang tak boleh nak keluar. Mungkin lain kali ok?."

"Alaaa, alasan.. kita putus kawan!"

"erk..hello, hello ?? Camne nih?"

Alrite. Memang molek dah alasan yang diberi dan tahniah kerana anda telah berbohong sunat. Yela sebab, yang  sebenarnya anda segan nak ke reunion; nak elak jumpa Mr X, cuma malu je nak cakap kat kawan tu =)

Komen : Just cakap TAK sahaja sudah memadai. Tak perlu tambah penerangan, eg: 'Sorry sebab aku kena ... bla bla bla. Ada banyak sebab kenapa aku berkata begitu. Cuba cek satu-satu,


  1. Kalau betul kawan kita itu memahami kita dan dia seorang yang optimistik, mesti dia tak akan tanya banyak punya. Tidak is Tidak. That's it!
  2. Alasan yang diberi itu jelas menunjukkan kita dihurungi perasaan bersalah. Buat rileks sudah. Tidak perlu hendak rasa bersalah sangat di atas perkara yang simple, buat serabut otak kanan & kiri je nanti.
  3. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Sama lah seperti jika kita memberi alasan selepas perkataan TIDAK itu dilontarkan, pasti sahaja rakan kita itu akan sedaya upaya menghapuskan alasan itu dengan memberikan idea yang cukup bernas.
  • sebagai contoh : Eh awak, kita tak boleh lah keluar makan dengan awak malam ni, sebab mak kita tak kasi keluar malam-malam. Kita perempuan dan kecik lagi ^.^
  • idea bernas : Ok kalau macam tu kita keluar sarapan roti canai sama-sama pagi esok, boleh kan?
Tapi cuba kalau korang tak kasi alasan pape, cuma cakap macam ni;
  • Eh awak, maaflah kita tak boleh keluar makan dengan awak malam ni.
Haa, rasa-rasanya akan timbul tak idea yg cukup 'bernas la sangat' seperti ajak sapan roti canai pagi2 tu? tak kan? Ya, mungkin lah orang tu akan fikir macam-macam pasal kita tapi sekurang-kurangnya kita dah selamat daripada satu situasi sukar di mana terpaksa keluar berdua dengan orang yang kita tak pernah suka..aha. bijak kan I? tq..hehe

Moral of the story : NO is NO, Say No when appropriated & Never be afraid to say NO to others! 
Belle : Tips ini sangat-sangat tak sesuai untuk diaplikasikan kepada Ibubapa, Sultan, Perdana Menteri, BFF, Suami and last sekali adalah bos anda. kalau berani, cuba lah tapi jangan link kan kat blog ni k? tq =P

Friday, December 9, 2011

Reply Entri Kenwooi : Tweets can be Deceiving

salam.

Apa khabar pembaca yang dimuliakan sekalian? diharap semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan sihat je. Apa yang aku nak coretkan kejap lagi ni? aha, ianya berkaitan isu semasa yang tak berapa nak isu sangat lah.

ok serius!

baru-baru ni kan, aku macam dah ada semangat balik untuk kembali aktif berblog. Tapi tipulah kalau aku kata yang aku terus aktif tanpa melakukan blogwalking dan sedikit perubahan kat laman web aku yang hampir bersawang ni kan? kalau ada yang perasan la.. kan T__T


dipendekkan cerita, semasa ku ber-blogwalking di top blog lelaki SEKSI aku terjumpa entri bertajuk Tweets Can be Deceiving written by Kenwooi. (He is a smart blogger. I like almost all his posts!) Yep, nowadays.. siapa je yang tak tahu Twitter tu mainan ape bukan? Cuma tak semua orang ada akaun Twitter. So entri kali ni khas untuk para pemilik akaun Twitter sahaja.

sebelum apa2, let me explain about what is the meaning of Deceiving.
  • Deceiving (deceive) is to cause people to believe what is not true or in short is mislead. Dalam bahasa Melayu bermaksud perbuatan yang boleh menyebabkan orang salah anggap.
Jadi, adakah anda setuju, wahai para pengguna twitter sekalian bahawasanya tweet-tweet anda itu adalah tipu semata?

"Ya, Yang Arif. Saya, Syafiqah bernombor IC 88X-XX-XX (dah layak sangat mengundi) membangkang sekeras-kerasnya pernyataan tersebut."

"hmm, sila berikan hujah2 anda. Now!"

Tweet melambangkan isi hati kita
  • Berbanding Facebook, Twitter adalah tempat yang lebih, saya ulang, lebih sesuai untuk meluahkan isi hati. Ye la, manusia ni kan penuh dengan emosi. Kalau emosi je mesti nakkan perhatian lebih sikit. Tak kira lah perhatian untuk melepaskan geram atau berkongsi perasaan. Sekarang ni, dah ada Twitter, tweet je lah! Dengan harapan ada yang sudi menjadi pembaca setia di timeline =)
  • One more thing, dah nama pun isi hati, its not a thing yang mudah di baca. ekspresi muka yang tersurat pun bukan 100% melambangkan isi hati yang tersirat. Makanya, tweet menjadi medan untuk men-surat kan isi hati (apa pelik benor BM aku ni?) .
Pembela : tulis isi hati kat kertas tak boleh? baru la betul2 men-surat.

Tweet melaporkan segala aktiviti seharian kita
  • Bangun pagi celik je mata, benda first yang dicapai, SMART handphone. sebab apa? nak tweet 'Good Morning!'. Dah siap-siap nak ke kuliah ni, tweet jap -- 'off to kolej.'
  • Hal ni seolah-olah dah jadi rutin harian. Walaupun nampak macam annoying bagi sesetengah pihak, tapi kadang-kadang ianya berguna untuk sesetengah orang. Sebab ada orang kata la, Isteri Solehah bangun awal pagi. Eh yeke?
Pembela : Boleh je bangun jap, tweet pastu tidur balik *uprolling eyes*

Tweet is live streaming
  • Twitter has timeline. Its a live update. semua orang akan update apa yang dia nampak, lihat dan rasa. Tweet je ape saje. Its like a real life. (ok hyperbola!)
  • aku sendiri tak pasti kenapa perlu update, tapi yang aku tahu, setiap perbuatan pasti ada tujuannya. Kira macam Tweet bersebab la. Kita takkan tweet sesuatu yang kita tak rasa. Kan? kan??
Pembela : Tak, ada je! Maybe, dia bosan. Dia kurang kasih sayang. Ataupun jiwa celaru.

whatever lah pembela. Takpe ea, ada ubi ada batas, ada hari aku balas. ea (sila buat intonasi macam Melly). Ada je yang ko tak puas hati ea. aku dah sehabis boleh try berfikiran positif tau. T___T. (eventhough I just put crying sign, but I'm smiling right now. Itu cuma sebagai penambah rencah dalam ayat tadi. So, am I deceiving?).

**************
sama ada tweet kita real ataupun tidak, nasihat seorang aku;

- tweet lah secara bijaksana -
You! just take it easy, jangan serious sangat bro!
'twitter hanyalah hiburan semata-mata'
- tweet bila perlu -
dan 
-stop bertwitter jika anda seorang yang mudah terasa-
terasa dengan tweet orang lain

dan twitter sangat best untuk masa-masa tertentu sahaja, contohnya;
  1. sewaktu perlawanan bola Sepak, nak-nak time gol dijaringkan
  2. bulan puasa. Ah seronok dapat berkongsi juadah sahur dan berbuka bersama rakan2 twitter.
  3. tayangan Drama-drama menarik TV3, currently I'm watching Tentang Dhia. Best bila mana ramai betul yang tweet dengan begitu emosi sekali..hehe

itu je kot.

thanks for reading 

(^__^)

wassalam.

- Feel free to follow me @syanabel -

Sunday, May 29, 2011

Cara-cara menambah follower

Ilham menulis entri ini lahir selepas ku membaca entri Blog Mis Twit .
  • Jawab 'Tagged'
    • Aku dulu susah nak menjawab tag ni. Aku akan tengok menarik or tak dulu dan of course kalau ada masa mengizinkan baru jawab tag tu. Ni contoh tagged yang aku pernah jawab : 20 random things about me
  • Join Kempen
    • Cara ni cara yang paling aku suka. Di samping kita dapat tambah kenalan blogger, kita juga boleh dapat pahala sebab berkempen. Ala, nama pun kempen kan, mesti lah sesuatu yang berinfo dan mengajak orang ke arah kebaikan..hehe. Antara Kempen yang pernah ku join : Kempen kongsi Idea l Permainan dulu-dulu & Cover your AURAT campaign

Belle : InsyaAllah, blog ni akan mula mempromosikan iklan shopping secara online. Harap-harap nya korang tak kisah. Aku saja nak bantu kawan-kawan berbisnes..hehe. Em kalau korang teringin nak mintak aku promosikan korang punye bisnes, jemput la tinggalkan link. Free of charge. Nanti aku letak link korang kat [sini] ataupun aku akan buat macam post [ini].


Wednesday, January 26, 2011

Tips melupakan seseorang!

  1. Jauhkan diri. Jangan jumpa dia!
  2. Jangan contact dia.
  3. Delete nick dia from YM korang.
  4. Hindarkan diri dari "lepak" dengan dia.
  5. Tak yah laa dok cerita pasal dia 24 jam. Hal ini mungkin akan menggembirakan anda di saat anda bercerita tu tapi kesan jangka panjang ialah, dengan mengingati dia, hati anda yg terluka tu akan bertambah dalam lagi lukanya.
  6. Kalau boleh delete Friendster/Facebook dia skali agar profile dia tak muncul kat FS/FB korang everytime dia update status.
  7. Fikirkan semua sifat buruk dia yang korang rasa tak worth pun untuk diminati
  8. Stop thinking that he/she is sweet. Tak de sweet nye derrr orang yang tak nampak keistimewaan kita kan?
  9. Ingat. Hanya sayang orang yang sayang kita sahaja.
  10. Berusaha. Berusaha. Berusaha. Berusaha untuk buang terus dia dari ingatan.
  11. Tak yah laa nak "berkawan" dengan dia dengan harapan dia akan merubah fikiran. Kalau boleh lupakan dia terus dan anggap je dia dah mati.
  12. Tumpukan perhatian pada LIFE anda.
  13. Anggap sahaja bukan anda yg bermasalah tapi dia.
  14. Tok sah laa letak org yg tinggalkan kita or treat kita cam sampah sebagai ratu/putera hati kita. 
    • Pertama,orang yg lukakan kita tak layak pun mendapat tmpt yg istimewa dalam hati kita.
    • Kedua,kalau anda tak buang org tu dari hati korang, korang akan terlepas cinta lain yang mungkin lebih hebat daripada ex korang yang sah2 tak sayangkan korang tu.
  15. Akhir sekali tabahkan hati dan sentiasa ingat ni. 
" mana2 lelaki/perempuan pun bertuah memilih anda sebagai teman hidup kerana anda adalah seorang yang tabah menempuh dugaan hidup dan tidak gentar dan tidak bosan hidup secara solo. Malah anda sentiasa happy sama ada solo ataupun berpasangan"

"Anda seorang yang kreatif. Anda mampu mencipta kegembiraan seorang. Tambahan pula, sikap anda yang matang dan optimistic itu mampu menarik perhatian pasangan yg lebih menghormati dan menyayangi anda."

"Siapa yang tidak kagum dengan orang yang pernah jatuh berkali-kali, tetapi mampu bangun semula dari setiap kegagalan yang dihadapi dan hidup seperti biasa secara normal"

GOOD LUCK !

Saturday, November 27, 2010

I've BELAJAR this so JAUH

Assalammualaikum

Sepanjang hampir 2 tahun aku berblog, walaupun kejap AKTIF kejap TAK (akibat kekangan masa dan komitmen lain ditambah menulis mengikut cuaca EMOSI), banyak benda yang aku dah belajar.

Salah satunya adalah Tips berblog! Meh aku kongsikan ILMU tersebut dengan korang especially to those who are new in this world of Belle, eh silap, BLOG~

Tips dari segi Wajah BLOG;

  1. Daftarlah dengan Syarikat Pengiklanan eg: Nuffnang. Tak salah kan kalau Hobi menulis di blog boleh juga dijadikan pendapatan tambahan.
  2. Widget Nuffnang, kalau boleh letak tiga-tiga sekali. Kebarangkalian orang nak klik lagi tinggi.
  3. Pilih URL Blog yang mudah dan ringkas untuk orang ingat
  4. Untuk tajuk blog, letak nama sendiri lagi baik. Tambah lagi dot blogspot. Persepsi automatik menjurus kepada blog tentang diri beliau. Lumrah manusia, lebih suka membaca Diari orang daripada Info berguna (^_^) 
  5. Pilih template yang ringkas tapi menarik dan letak widget yang penting sahaja.
  6. Header kena mantap! Senang nak grab attention readers!
  7. Jangan letak lagu, annoying kot. Tapi depends kat jenis lagu dan selera pembaca..terserah anda
  8. Sila timbang berat blog. Blog yang berat akan menyebabkan pembaca menunggu lama dan akhirnya mereka mungkin terus keluar dari blog anda tanpa sempat membaca entri yang cuba disampaikan. Klik sini nak timbang
  9. Setting untuk bahagian komen, jangan letak 'verification Words'. Menyusahkan pembaca memberi komen.
Tips dari segi penulisan;
  1. Tajuk biar menterbeliakkan mata yang melihat. Biar power, tapi jangan tipu. diulang, jangan menipu. INGAT! lies killing trust. Dan tentu sekali isi mesti la best dan sepadan dengan tajuk.
  2. Guna tatabahasa yang betul dan mudah. Jangan guna banyak titik. orang bukan nak baca titik kan. Lagi satu jangan kejap kecik kejap besar. Sakit mata wooo
  3. Letak lah gambar biar menarik.
  4. Jangan guna short form. Sebab pencarian di Google adalah SITI NURHALIZA bukan CT Nurhaliza. Ini untuk tackle pembaca melalui SEO (search engine optimization)
  5. Pelbagaikan Genre Entri. Tak semua orang suka kan Entri berbentuk Hiburan. Tak semua orang suka kan Entri berbentuk Ilmiah. tak Semua orang suka Entri berbentuk Aktiviti seharian. Pelbagai kan lebih baik.
  6. Pandai pilih waktu nak publish. Cek waktu yang ramai orang view untuk post yang lepas-lepas.
  7. Tulis dari hati. Niat kena baik.
  8. Be Yourself! Jadi diri sendiri. 
Tips terakhir tapi tak lah akhir sangat. Sila rajin Update, rajin melawat Blogger lain, rajin meninggalkan komen, rajin Ping Blog & rajin publish kat YM, FB, Twitter, Geng Blogger dan sebagainya. Ok tu aje kot. Dialu-alukan kalau nak tambah ke nak tanya. Aku takdelah hebat sangat. Sekadar ingin berkongsi. Moga berguna! Tips yang aku belajar ni pun tak semua aku praktis. So. Good Luck and enjoy blogging~

Belle' : Usaha tangga kejayaan


sila jangan tanya aku mengapa gambar tangga ini diletak ^_^"

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...