Thursday, February 28, 2013

Inventori Gaya Bercinta ?!

Salam. 

Siang tadi (semalam) kat Foyer Kolej ku, kelihatan sebuah Booth yang dibuka oleh Unit Kaunseling & Bimbingan Kerjaya. Pada mulanya memang tak berminat. Aku lalu lalang banyak kali gak la tapi buat bodoh aje. Biasa la tu. Kadang-kadang aku kesian kat kolej sendiri. Kalau ada buat pape pameran or aktiviti kat foyer ke, mesti sambutan yang diterima agak hambar.

Ok back to cerita utama. Then, lepas dah 20-30 kali ulang alik kat foyer tu (sila jangan percaya kata-kata saya) tiba-tiba kelihatan budak batch aku khusyuk mengisi borang kat Booth tersebut. 

''Eh tak boleh jadi ni. Kena pi tengok gak ni!"

"Kau buat apa ni?" Aku menegur kawan yang tengah khusyuk isi borang tadi tu.

"Pika, isilah borang ni." dia balas. Walaupun secara tidak menjawab soalan, aku terima jek..lol

Aku pun apa lagi, join lah sekaki. Apa salahnya luangkan masa jap untuk mengenal diri sendiri. Lagipun sejak dua menjak ni macam jiwa kacau lorh. Oh lupa nak cerita, apa yang ada kat booth tu. Ala, biasala. Booth tersebut menawarkan perkhidmatan kaunseling. Tapi sebelum tu, kena isi borang kaji selidik dahulu la.

Haa, part nak isi borang yang aku paling tak suka. Nak kena baca, faham pastu jawab. Ah, leceh. Tapi aku gagahkan diri juga sebab ada dua borang yang menarik iaitu Inventori Gaya Bercinta & Cara Belajar. Mula-mula buat2 macam tak berminat je nak jawab Inventori Gaya bercinta tapi last2 ambik gak..ahak.

Tapi alangkah frust nyerrr dengan result yang aku dapat. Haha! Tapi tak kisah la. At least aku belajar mengenal diri sendiri. Hey you guys should try it also k..hehe. Ala, google je! And here aku kongsikan kata-kata daripada pamplet yang aku dapat daripada Booth Unit Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya UniKL-RCMP itu k;

The Five W's of Life

WHO you are is what makes you special. Do not change for anyone

WHAT lies ahead will always be a mystery. Do not be afraid to explore.

WHEN life pushes you over, you push back harder.

WHERE there are choices to make, make the one you won't regret.

WHY things happen we can never be certain. Take it in your stride and move forward.

Motif gambar??? Anyway.. both of them are my Housemates..wee
Belle:

  1. I will try my best to stay the same.
  2. Memang suka explore benda baru. Cuma tak isi borang join Explore Race Malaysia je lagi (ok lawak hambar)
  3. Memang diakui, bila kita jatuh bukan senang nak bangun balik.
  4. I hope, my choice to become a Doctor is the one that I won't regret.
  5. Yeah, let's move forward together. We can do it!

Monday, February 25, 2013

Ukhwah

Sewaktu dalam kelas, aku terjumpa sekeping kertas kecil berlaminate. Aku pungut dan baca. Kertas tersebut bertulis;

"Di antara tanda-tanda benar dalam ukhwah ialah menerima kritikan teman, menutup aib teman dan mengampuni kesalahannya." -Imam Asy-Syafi'i-

Ukhwah itu.. sangat manis jika kita pandai menjaga & benar-benar menghargainya...

Belle : This is especially to whom it may concern. Thanks for being a part of my life either in the past, present or future. May god bless & Sarang hae yo, Buddies!

( bukan Ana Raffali )

Saturday, February 23, 2013

New Heart

Salam. Haritu aku terjumpa satu Drama Korea bertajuk 'New Heart'. Layan sebab drama tu bercerita tentang Doktor. Saje nak ambil mood study. 

Dalam cerita tu, ada dua watak Doktor, Eunsung & Heseok, yang berbeza. Keseluruhan cerita berkisarkan pengalaman mereka yang sedang menyambung pelajaran untuk menjadi seorang Pakar Bedah Jantung. 


Eunsung merupakan below average student dan datang daripada Medical School yang agak tak famous di Korea. Namun dia sangat berminat untuk menjadi seorang Pakar Bedah Jantung dan sanggup buat apa sahaja asalkan dia dapat masuk ke Hospital University terbaik di Korea yang menawarkan kos pengajian dalam bidang tersebut. Lain pula dengan Heseok, dia merupakan top Student dan pasti tiada masalah baginya untuk mendapatkan tempat menyambung pelajaran di Hospital Terbaik Korea tersebut.

Bezanya antara Dr Eunsung dan Dr Heseok, selain tahap kecerdikan diorang ialah Eunsung lebih berjiwa Doktor berbanding Heseok. Kata ketua Pakar;


''He'll become a real Doctor.''

dari kiri; dr heseok, dr eunsung, dr choi
Eunsung ni seorang Doktor yang sangat mengambil berat akan pesakit dia. Dia selalu cakap yang, 'We become a Doctor to save people's life.' Dia rela dimarahi bosnya demi menyelamatkan nyawa pesakit. Dia juga lebih rela melanggar undang-undang Hospital daripada membiarkan pesakitnya mati depan mata. Dia sangat berhati mulia. Pasti menangis kalau pesakit meninggal dunia di tangannya.

Pernah terjadi satu insiden di mana seorang pesakit VIP daripada department lain, cardiology, yang asalnya datang daripada department mereka (cardiothoracic surgical department) mengalami masalah kecemasan dimana pesakit mengalami pendarahan yang tidak henti-henti akibat daripada kesilapan doktor yang tidak berhati-hati semasa manjalankan procedure. Doktor kemudiannya bertindak menunggu sehingga darah berhenti.

Namun darah tidak juga berhenti setelah beberapa minit dan hal itu disedari secara tidak sengaja oleh Eunsung yang kebetulan datang ke department Cardiology dan dia cuba menyelamatkan keadaan dengan memberitahu hal tersebut kepada ketuanya, Dr Choi. Dr Choi bertindak membawa pesakit terus ke bilik pembedahan walaupun dihalang oleh Dr yang pada awalnya merawat pesakit tersebut. Akhirnya pesakit berjaya diselamatkan.

Walaupun pesakit berjaya diselamatkan, Eunsung & ketuanya dikenakan denda oleh pihak Hospital kerana dianggap telah melanggar etika perubatan. Kata pengarah Hospital, kita kena percaya dengan kebolehan rakan sekerja kita.

Tentang Dr Heseok pula, beliau ni seorang Ulat Buku. Dia ni tak reti buat benda lain selain study. Asyik study je 24 jam. Artis korea yang paling famous nak ngorat dia pun dia tak nak, sebab dia hanya interested dengan study sahaja. Dahsyat! Dan dia juga pernah ditolak sebelum diterima masuk ke Hospital University tersebut. Alasannya adalah, Dr Choi pernah nampak dia ni abaikan pesakit yang meminta pertolongan dia di Emergency Department. Dia kata kat pesakit tu, kena daftar dulu baru boleh terima rawatan. 

Dr Heseok juga merupakan anak kepada pengarah Hospital tersebut. Dia ambil bidang Cardiothoracic Surgeon pun sebab nak buktikan pada ayah dia yang dia boleh buat sebab sebelum ni ayah dia pernah paksa dia ambil bidang lain. Ego betul. Selain tu, Heseok pernah cakap yang 'I become a Doctor to fulfill my dreams.' So, agak kontra betul si Heseok dengan Eunsung ni kan?

Dr Choi pun pernah cakap; 'You can't be a Doctor by being smart only.' Haa, betul la tu. Pensyarah aku pun selalu ingatkan kami, we don't want an intelligent Doctor but a safe doctor. Lagi best apabila seorang Dr Pakar ni kata, If you have a brilliant son, don't send him to medical school. Memang makan dalam. Terharu bila pensyarah aku beritahu, ada bekas student dia sms dia berbunyi, 'I may not be the best student, but I promise to be a good & safe Doctor.'

Tapi aku suka sikap Heseok yang tegas. Cara dia handle pesakit untuk setuju menerima rawatan tu memang cool ah. Dia juga pernah cakap kat Eunsung yang tengah bersedih sebab pesakit pertama dia cuba bunuh diri. Dia kata, ''You will get hurt if you start caring. So just do your work." Walaupun nampak kejam, tapi ada kebenaran disebalik kata-kata Heseok tu. Susah gak jadi Doktor kalau asyik nak nangis je bila pesakit meninggal. Kita sebagai doktor dah cuba sedaya upaya. Dan yang penting sekali, kena pandai kawal emosi dalam apa-apa situasi sekalipun. 

p/s : Bayangkanlah, apa perasaan Dr Pakar Oncology, hari-hari hadap pesakit cancer..

Berbalik kepada drama tadi, aku suka jalan cerita dia. Banyak belajar pasal jantung, secara tidak langsung. Juga, sangat memberi inspirasi kepada sesiapa yang mempunyai hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang medik. Tapi hendaklah diingatkan bahawa, sesungguhnya apa yang digambarkan dalam drama amatlah tak sama dengan realiti. Sangat lain. Pada aku, apa yang ditayangkan dalam drama lebih menjurus kepada apa yang masyarakat biasa bayangkan bagaimana kerja sebagai seorang Doktor. 

Kenapa Malaysia jarang hasilkan drama bergenre medik ek? Mungkin sebab susah nak buat sebab kena buat kajian dulu. Hey, nak buat dialog dia bukannya sembarangan orang yang boleh buat. Eh jap, pernah ada la, Cinta medik. Ah itu semua poyo. Ampang Medikal..lagi geli ketiakku menontonnya. Poyo poyo. Eksyen & bergaya je lebih. Papepun, harapan aku semoga Malaysia dapat hasilkan drama bergenre medik satu hari nanti. Aku yakin, Malaysia Boleh!

Belle : 
  1. Jom jadi macam Eunsung.
  2. Sangat Happy sebab dapat menulis kembali..
  3. Jagalah jantung anda baik-baik. Lagi bagus kalau dapat menjaganya melalui amalan rohani dan jasmani..wee
  4. New Heart (with English subtitles) can be viewed for free online. Just Google it =)

Wednesday, February 20, 2013

Kosong

Percubaan mengarang entri acap kali gagal
Entah kenapa
Maaf..
Final exam makin hampir
Kecuakan kian melanda 
Palpitasi sungguh
Teman, doakan aku 
Dua bulan lagi
Mungkin
Sampai di sini sahaja
Semoga berjumpa lagi
Bye

Wordless Wednesday #38 [Terima Kasih Najib!]


Thursday, February 14, 2013

Dapat parcel Sya De Beaute Skin Care!

Ehem ehem..

Salam & selamat sejahtera kawan-kawan pembaca setia ku semua.

Rasanya tak terlewat lagi untuk ku mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambut perayaan tersebut. Semoga tahun baru lebih ber-ong buat anda..aha.

Post kali ini ada kelainan sedikit di mana aku ingin mempromosikan sebuah produk kecantikan dan kesihatan daripada Sya De Beaute Skin Care. Camne ye aku boleh tiba-tiba terjebak dengan produk ni? haa nak tahu kisahnya, jom baca post ni sampai habis.

*********
cerita bermula...

Seorang teman menghantar sepucuk sms di FB berbunyi;

"Free tak? nak minta tolong review produk."

"Produk apakah?" balasku

"Vitamin C, Vitamin E & Collagen."

"kalau nak review, kena la bagi guna dulu."

Dan.. (aku skip je la cerita ea, malas den nak taip panjang-panjang..hehe)

2 hari selepas tu..

taraaaaa...


Yeay!! Parcel dah sampai !


[ Vitamin C, Vitamin E dan Collagen Plus ]

Cerita bersambung~

**********


-klik gambar untuk maklumat lanjut tentang produk ni-

Belle : Haa.. nak tahu produk ni ok ke tak, jangan lupa ikuti sambungan post ni sebulan daripada sekarang. See you =)

-live a healthy lifestyle-

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...