Showing posts with label buletin. Show all posts
Showing posts with label buletin. Show all posts

Friday, September 28, 2012

1 Malaysia : Bajet 2013


Assalammualaikum.

Sepertimana yang kita semua sudah ataupun baru tahu, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak telah pun membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2013 dan berikut adalah antara intipati menarik yang terkandung dalam Bajet 2013.

Bajet 2013 - Bajet Rakyat Tersenyum

Let's cekidaud sama-sama!

  • Seramai 170,000 individu tidak perlu membayar cukai pendapatan. Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.
  • Pencen minimum dinaikkan kepada RM820. Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820.

  • Pegawai dan anggota ATM akan menerima insentif khas bernilai RM200 setiap bulan bermula Bulan Januari tahun hadapan.
  • Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000
  • Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

  • BR1M 2.0 akan diteruskan dan kriteria meliputi  golongan bujang berumur 21 tahun ke atas, yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, akan menerima bantuan RM250.
  • Rebat RM200 pembelian telefon bimbit 3G untuk golongan belia berumur antara 21 – 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
  • Bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam. Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500. Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

  • Elaun kepada nelayan- sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  • Skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

  • Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  • Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan
  • Diskaun untuk bayaran PTPTN. Beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kerajaan turut mencadangkan pelepasan cukai sedia ada kepada ibu bapa yang mempunyai anak di institusi pengajian tinggi daripada RM4,000 seorang kepada RM6,000 seorang mulai tahun taksiran 2013.
  • Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
  • Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  • Diskaun separuh harga bayaran membuat pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  • Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah
  • Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
  • Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan. =D
  • Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
Sekian laporan dari bilik berita.
sumber : Nurizspace.com

Belle' : Agak-agaknya, sempatkah aku nak gunakan RM250 tu? Papepun, aku sayang Malaysia. Keranamu Malaysia! (tiba-tiba patriotik ni pehal?) Peace yo ^__^Y

salam.

Thursday, December 15, 2011

Obesiti : Kenapa Malaysia maju?

sebab kita suka ;


  1. Pilih lif daripada tangga
  2. Parking kereta paling dekat. kalau boleh nak park dekat pintu masuk pejabat.
  3. Pergi mana-mana naik kereta. Ke kedai sebelah rumah pun nak naik kereta jugak.
  4. Makan maggie. Dah la maggie tu 2minit je masaknye pun, apa salahnya campurkan sekali sayur sawi dalam tu? [saya dan manggi]


dan yang paling terbaru, iPhone 4s [iPhone 4s official launch by Celcom]. Taip mesej guna suara je. Tak ke macam orang malas guna HP? haha.

fikir-fikir lah & jaga kesihatan. Salam.

Friday, June 24, 2011

KSSU UniKL MIAT I part 1

[siaran ini langsung dari kolej UniKL MIAT]

"Fuhhh." aku meniup lembut dashboard yang agak lama telah ku tinggalkan. Rindunya nak menulis kat sini. Terasa lama betol aku tak menhupdate belog nih. Ini semua gara-gara Karnival Sukan Siswa UniKL yang berlangsung di MIAT.

Yes! tepat sekali. aku telah berkampung di daerah Sepang ini untuk seminggu lamanya bermula ahad yang lalu. Perkampungan yang hanya dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa sawit, kapal terbang, para atlit dan juga warga MIAT sendiri.

Betol! Aku sendiri tak sedar, dah hari Jumaat rupanya hari ni. Tabah betol hidupku selama 5hari di sini tanpa bekalan laptop dan internet yang membawa maksud aku juga keputusan hubungan dengan FACEBOOK dan BLOG. Oh ya, ku juga keputusan hubungan dengan buku-buku (T__T).

Nak disingkatkan cerita, team aku (RCMP) gagal ke peringkat separuh akhir untuk perlawanan bola tampar wanita. Dalam peringkat kumpulan, kami cuma berjaya menewaskan Mestech dan Mitec sahaja [ok la, takde la jadi lauk sangat tahun ni =)] & ditewaskan oleh BMI dan City Campus. Takpe lah, mungkin kami memang takde rezeki tahun ni. InsyaAllah tahun depan boleh cuba lagi RCMP! ..hehe.

Untuk perlawanan-perlawanan lain pula, hanya Netball sahaja yang berjaya dapat pingat gangsa. Selebihnya, senasib dengan team kami, hampir-hampir sahaja berjaya masuk ke separuh akhir. Sadis kan?? uwaa. Dan hari sabtu ni bertempat di Alamanda Putrajaya, ada sukan Bowling dipertandingkan di sana. Harap-harap RCMP menang la. Kitorang tak sabar nak pergi menyokong sebab sambil pergi sokong boleh merayau-rayau sekali kat Alamanda..yeehaaa =)

Oh tidak. Cukup lah bercakap pasal sukan. Next week aku start dah posting baru, Specialty. Mesti rasa janggal kan sebab dah seminggu aku tinggal kuliah dan bedside nih. Buku pun dah lama tak bukak ni. Adeh mak ai. Belle belle.

Ok dah ngantuk. Esok plan nak tonton semua final match especially perlawanan bola tampar. mesti sengit dan best! Oh kenapa semua?? hmm biasa la, gile bosan duk sini, sampai tak tahu nak buat apa. So better la kau pergi tengok game-game yang ada walaupun bukan kolej kita yang lawan, daripada kau duduk bilik dan tidur, kan kan? hehe

Good Night. Salam.

bersambung...

Sunday, January 9, 2011

FB ditutup ? baik atau tidak ?

Korang dah baca belum
berita pasal Facebook bakal ditutup ??
CLOSE !!
kalau belum . klik gambar di bawah ..

from my point of view...

Kebaikan !
  • Zuckerberg akan dapat balik hidup dia yang dulu setelah tertekan busy menguruskan facebook. Good Luck for him!
  • Bagi individu yang terlalu suka online facebook atau lagi parah 24 jam kerja dia dok menghadap Facebook je : mungkin dia dah boleh keluar dari bilik, hirup udara segar dan bykkan membaca Al-Quran.. :)
  • Produktiviti syarikat dan universiti akan bertambah baik kerana kajian yang dilakukan, prestasi pekerja dan pelajar merosot akibat leka dgn FB
Keburukan !
  • Susah la nak buat reunion..uwaaa
  • Ramai kot 'friend' kat FB, takkan nak hilang diorang macam tu je. Ada bekas guru lagi..uwaa..kalau rindu caner?
  • hilang satu tempat nak ping blog (T_T)Y
Walau apapun yang akan berlaku, aku langsung tak menyokong mahupun membangkang. Siapa tahu ada hikmah bila FB ditutup. Teringin gak nak tahu impak dia kat semua, termasuk diri sendiri juga. Fikir gini je lah, Facebook ni famous, tapi sampai bila dia akan famous? lama-lama akan outdated jugak dan 'Social Network' yang lain pun akan munculll. 

SO dun worry be happy!

Be prepared from now on
to say good bye to FB
Mula lah berblogging daripada sekarang 
(tiba-tiba)
Join twitter, friendster or Myspace
(dengar cite dah makin meriah di sana)

&

pesanan terakhir daripada penulis

Money tidak sekali-kali menjanjikan kebahagiaan!

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg.
 “I just want my old life back.”
(hormati lah keputusan beliau)

thanks for reading (^_~)Y

Saturday, January 1, 2011

Cara terbaru buang BAYI !!



INILAH bayi yang ditinggalkan oleh seorang wanita kepada Qurattnaini di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur semalam.




SEREMBAN - Seorang gadis berusia 20 tahun panik apabila seorang bayi lelaki ditinggalkan kepadanya oleh seorang wanita yang terus hilang selepas memberi alasan untuk ke tandas.
Qurratnaini Amni Jamaludin berkata, dia ketika itu sedang menunggu rakannya di Stesen KL Sentral pada pukul 10 pagi bila tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.
Beliau lantas menoleh dan terlihat seorang wanita Melayu dalam lingkungan 20-an mendukung bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu.
Wanita bertudung serta berseluar jean dan berbaju warna hijau lumut itu memintanya menjaga bayinya seketika kerana katanya dia hendak ke tandas tanpa mengesyaki apa-apa.
"Kemudian, saya tunggu, dan tunggu...hingga kira-kira dua jam, namun wanita itu tidak juga muncul.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.  -Bernama
  • Apa nak jadi lah zaman sekarang ni ?? Semalam ramai orang sambut detik 2011 kan. Harap-harap next 9 bulan, kita tak dengar la kes-kes buang bayi berleluasa kat Malaysia. Ya Ampun.. jangan laa (walaupun  tahu ianya mustahil) .. ameen ~


Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...