Monday, February 28, 2011

3 sebab kenapa perlu letak Gambar BF diblog

Salam.

Entri kali ini terhasil selepas aku terbaca sebuah entri yang bercakap tentang; kebanyakan blogger suka letak gambar boyfriend/girlfriend di blog mereka dan perbuatan mereka itu dianggap sangat, euww, annoying, gedik & etc.

******

"honestly, gua paling menyampah tengok orang dok tayang gambar pakwe/makwe kat blog lebey2 sangat, agak2 la nak menayang pon, belom tentu lu orang kawen dengan mamat or minah tu pon.sikit2 sudah"

Belle : Begitu lah kenyatan berani CEO Suratan Kebetulan. Klik [sini] untuk baca entri penuh beliau.

*******

Korang setuju tak? Kalau sekali fikir, mesti korang setuju kan..kan? Tapi cuba korang fikir dua, tiga ataupun sepuluh kali. Mesti ada sebab-sebab tertentu kenapa diorang (blogger perempuan) buat begitu. Jom semak antara sebab-sebab kenapa mereka meletakkan Gambar BF di blog ;


1. Tak mau beri harapan menggunung terhadap kaum ADAM. 
  • Sekurang-kurangnya jika ada Hamba Allah yang terjatuh hati pandang pertama pada keayuan, kegeniusan dan ke-kelakar-an sang gadis (blogger) itu menulis entri, selepas tertancap akan gambar   si BF yang ditampal di sudut tepi blog itu, mereka terus, "oh sudah berpunya, cis!" maka terhapuslah dengan serta merta niat Hamba Allah tersebut untuk mengorat si gadis. 
  • Bukan bagus ke begitu? Ish korang ni, suka tau fikir yang negatif aja, cuba sekali-sekala fikir yang baik-baik..

2. Dipaksa oleh si BF
  • Boleh jadi juga ni. Nak nak kalau si BF jenis yang kuat cemburu. [Ada dua jenis cemburu] Mana lah tahu siap kena ugut. "You pilih, sama ada nak letak gambar I atau berhenti jadi blogger!!!" Yang si gadis tu pula memang minat berblog ataupun jenis blogger tegar punya. 
  • Blog sayang, BF pun sayang. Tersepit antara dua dan nak tak nak, terpaksalah 'tepek' muka si BF yang 'tough' kat tepi blog.. dalam keterpaksaan.

3. Cara untuk mengEKSPRESIkan cinta mereka.

  • Tak cukup letak 'in a relationship' kat FB, di blog pun kena bagitahu juga. Maklumlah, FB cuma ada kenalan rapat, di blog ada kenalan alam maya. So, haruslah letak!! 
  • Kalau la kat profile blog tu dah siap-siap ada status macam di FB, aku rasa mungkin mereka takkan pernah susah-susah nak letak gambar BF diorang tu. Betul! buat memberatkan blog aja. 'Ish kenapa lah blogspot tak macam facebook?? menci!'

Cukup la 3 alasan yang aku rasa agak kukuh untuk menyokong kenapa kita (blogger wanita) perlu letak gambar BF di blog masing-masing. 

"Belle, ada nada sinis ar! Makan dalam seyh kata-kata kau ni .." 

"Eh, mana ada. ini pendapat ikhlas dari jantung aku tau. tak tipu punya," aku cuba berbohong.

Hurm, memang benar yang aku cuma perli je. Kenapa yeperlu letak gambar BF di blog? Dah confirm ke si dia adalah suami kita? Belum bukan? Kalau sudah, lain la.

Pada pendapat aku, tak perlu letak ye adik-adik ( eh sejak bila aku jadi kakak korang?). Memang akan ada yang berniat baik, seperti nak bagitahu kat orang lain, diri ini sudah diambil or orang putih cakap "I'm taken!" but niat tidak menghalalkan cara. 

"So, ko nak cakap  yang haram letak gambar BF kita kat blog?"

Tidak haram! Cuma menyakitkan mata *jeles sebenarnya*. Rileks la, jangan nak terasa sangat sebab aku mengaku yang aku sendiri pernah buat macam tu dulu. Tapi aku dah delete sebab aku sendiri yang nak delete. Lagipun bila difikir-fikirkan balik, segan la.. Kalau nak tahu siapa boyfriend aku, nanti kenduri kahwin aku datang la then tengok sendiri siapa pengantin lelaki tu ea, deal?

"Blog aku, lantak lah nak letak apa pun. Ada aku ganggu hidup kau?"

Okay, fine! no komen la kalau dah cakap macam tu kan. Orang macam ni, aku risau sikit nak layan. So, baik aku blah cepat-cepat dari sini sebelum aku kena baling batu, parang or yang sewaktu dengannya ..

lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


wassalam.

A summary of my Feb : Nuffnang

Assalammualaikum W.B.T

bulan lalu punya 'katakunci'
[ klik gambar untuk tumbesaran ]

ni pula minggu lepas punya 'kata kunci'
[ klik gambar untuk tumbesaran ]

"kata kunci apa ni???"

oh, kata kunci or orang putih kata keywords dalam pencarian GOOGLE atau nama lain dia SEO (Search Engine Optimization). SEO ni penting sebab kita (blogger) dapat menarik lebih ramai pengunjung. Pengunjung belog yang datang pula bukan lah terdiri daripada follower ataupun kenalan rapat si empunya blog. Tetapi terdiri daripada entah siapa-siapa la kan, yang telah meng-google-kan perkataan yang terdapat dalam belog (isi entri) tu.

Contoh? Cuba try korang google lensa rosak, ada keluar tak nama belog Azali's Daughter? ok lepas tu korang akan nampak macam ni..


Menarik bukan?? Tanpa perlu 'ping' entri kat mana-mana pun, Encik Google yang baik hati dah tolong ping kan. Tapi, kena pasti kan lah keywords yang digunakan bersesuaian dengan tajuk entri dan isi. Kalau tak, pengunjung yang datang dari Enjin Carian Google tadi tu, masuk sekali je, lepas tu diorang dah tak mau masuk lagi.

Sebab? "I rasa tertipu tau!". Ingat tau korang. Tak baik tipu-tipu. Sekali orang tak percaya dengan kita, selama-lamanya orang tak kan percaya dah. Pernah dengar kan cerita si pengembala kambing ?? 

Ok! 

Thanks again to entri Lensa Rosak. Walaupun dah lama isu tu berlalu, tapi still kan ada yang masih berminat nak tahu pasal isu tu [Menjengkelkan, gadis tudung, shawls melaram]. Masih ramai yang berminat nak menyokong dan membangkang..huh. Aku no komen la sebab sekarang ni aku macam dah suka pula tengok orang pakai shawl... Even aku sendiri dah start pakai .. auww  terlebih sudah~ Entah la.. again! no komen!

Next.


Kalau dulu, sehari sepuluh orang je yang lepak kat belog ni. Alhamdulillah, minggu lepas .. dah naik 3 kali ganda. Berkat usaha rajin update..haha. Thanks again kepada followers terhormat dan pembaca-pembaca lelap..hehe. Tanpa korang, agaknya berkubur lah belog ni. InsyaAllah aku akan terus menulis selagi idea kat pale ni tak kering .. hehe. 

Belle : Sebelum aku undur diri, aku nak promote dua buah blog yang best!

selamat menerjah ke blog diorang. Gerenti korang suka punya! (^__^)Y


Sunday, February 27, 2011

Cinta yang HEBAT !

Sebuah kisah Cinta Sejati, Kisah benar dan realiti yg pernah terjadi di Bumi ini…

Sekian ratus tahun yang lalu… Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya… seorang isteri tengah menunggu kepulangan suaminya. Biasanya sang suami tak pulang larut malam seperti malam ini. Sang isteri kebimbangan…. hari sudah larut dan ia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tak terlintas sedikitpun dalam hatinya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu… namun, rasa ngantuk semakin menjadi-jadi dan Sang suami tercinta belum juga datang.

Tak berapa lama kemudian…. seorang lelaki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana. Lelaki ini adalah suami kepada sang isteri tersebut. Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasanya, kelelahan dan penat sangat terasa. Namun, ketika mahu mengetuk pintu… terfikir olehnya Sang istri yang tengah terlelap tidur…. ah, sungguh ia tak ingin membangunkannya. 

Tanpa pikir panjang, ia tak jadi mengetuk pintu dan seketika itu juga menghampar serbannya di depan pintu dan berbaring diatasnya. Dengan kelembutan hati yang tak ingin membangunkan isteri tercintanya, Sang suami lebih memilih tidur di luar rumah.. di depan pintu… dengan udara malam yang dingin melilit… hanya beralaskan selembar serban nipis. Penat dan lelah beraktivasi seharian, dingin malam yang menggigit tulang ia hadapi.. kerana tak ingin membangunkan istri tercinta. Subhanallah…

Dan ternyata, di dalam rumah.. persis dibalik pintu tempat sang suami berbaring.. Sang isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar sang istri di sebalik pintu. Tak terlintas sedikitpun dalam fikirinnya untuk berbaring di tempat tidur, sementara suaminya belum juga pulang. Namun, kerana khuatir, rasa ngantuknya tak tertahan dan tidak mendengar ketukan pintu Sang suami ketika pulang, ia memutuskan untuk menunggu Sang suami di depan pintu dari dalam rumahnya.

Malam itu… tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana… kerana kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.. Sang Isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada Sang suami dan Sang suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada Sang isteri.

dan Nun jauh di langit…. ratusan ribu malaikat pun bertasbih…. menyaksikan hebatnya cinta kedua sejoli tersebut…Allahu Allah..Malam yang penuh ketenangan melakarkan sejarah luarbiasa cinta pasangan tersebut.Allahu Allah.. Angin sepoi menambah irama betapa murnianya cinta pasagan tersebut.Allahu Allah..

SUBHANALLAH WABIHAMDIH
betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona… saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati…

Tahukah Anda… siapa mereka..?

Sang suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW dan Sang istri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq. Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri dambaan, dan merekalah pemimpin para manusia, lelaki dan perempuan di dunia dan akhirat.

sumber di {sini} & terima kasih kepada macam2 je kerana mengesyorkan artikel ini :))

Saturday, February 26, 2011

review filem hindustan : Will you be my friend?

Berjumpa lagi kita di hari minggu nampak nya
Alhamdulillah umur kita masih Allah panjang kan 
Segunung kesyukuran ku panjat kan kepada-Nya

Hari ini, jam 1.30 pagi aku tiba di bumi Muar setelah enam jam berada di atas bas. Penat juga lah walaupun tidur je dalam bas tu (kurang tidur penat, terlebih tidur pun penat) Bangun-bangun je perlu bersiap untuk ke kenduri kahwin bapa saudara. Yes dah lama tak makan nasi minyak. Bestnyaa..hehe. Dan belah petang nya pula, sepatutnya bertemu membe lama tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu

oh! tahniah buat Noor Afifah. Rakan se-integrasi Mersing dengan ku dulu. Dah jadi isteri orang dah.. hehe. semoga perkahwinan mu kekal hingga ke anak cucu cicit dan selama-lamanya lah. Kalau cakap sampai cicit je, takut lepas dapat cicit nanti ..  hmm .. susah plak..hehe. gurau ye pip!

Dan seperti rutin hari-hari minggu, aku mesti ada date dengan TV3 jam 2petang.. Memang sesuai lah, aku pun dah lama tak review filem hindustan kat belog aku.. so apa lagi. Jom ler ikut aku.. kita review filem romatik ni sama-sama ye..

Tajuk : Mujhse Dosti Karoge (will you be my friend)
Pelakon : Hritik Roshan, Rani Mukherjee & Kareena Kapoor
Genre : romantik cinta dan persahabatan

 
Cerita bermula dengan watak mereka Rohan, Pooja & Tina sewaktu kanak-kanak. Rohan (Hritik) terpaksa berhijrah ke London mengikut keluarganya. Pooja (Rani Mukherjee) suka akan Rohan dan selalu menghantar email kepada Rohan menggunakan nama Tina(Kareena) sehinggalah mereka dewasa. Akibat perbuatan Pooja, Rohan menyangkakan Tina lah gadis yang selalu berutus email dengannya. Bila Rohan pulang ke India, Tina lah yang dapat Rohan. Padan muka kat Pooja :P


Haa time ni lah Rohan sedar, Tina yang dia kenal lain dengan Tina yang berutus email dengannya. Ala, sebelum ni pun Rohan dah perasan, Tina tu lain dengan Tina yang dalam email. Tina yang dalam email (Pooja) suka baca novel LOVE STORY, suka lagu india lama-lama, tahu yang Rohan suka makan Roti Prata, ada gambar kriket kat dalam bilik (Rohan suka main Kriket masa kat kolej) dan masa di kuil, Pooja tak sengaja terlagukan tiun yang Rohan suka. 

Apa lagi, mengamuk lah Rohan.. terkejut, kenapa Pooja sanggup buat dia macam tu (tiou dia). Pooja balas balik, yang Rohan terpikat dengan Tina sebaik saja tengok muka dia. Tapi dalam email cakap, dia akan dapat cam wajah Pooja ( Tina palsu) tanpa tengok gambar. Kira cam Pooja majuk ar ni..ish3


Tapi diorang okay pastu. DIorang decide nak balik India bagitahu kat family masing-masing termasuk Tina. EH lupa nak bagitahu, Pooja pergi London sebab ada temuduga kat sana. Yeay happy ending!! Suka tak?

EH jap!

Belum habis lagi la..

Lepas tu, diorang pun balik. Tapi terus masuk bab sedih. Daripada mania kini bertukar jadi depression. Bapa Tina mati dan Pooja terus buat keputusan, dia nak kasi Rohan jaga Tina. Kira korbankan diri untuk kebahagiaan kawan. Adoi Pooja. Kau ingat ko hero ar buat camtu.

Rohan tak setuju, mula-mula tapi akhirnya tepaksa setuju kahwin dengan Tina dengan syarat Pooja pun kena kahwin jugak. Dan hero baru pun muncul (Udit Chopra)..jap2 aku tunjuk gambar die..


eh silap.. ni hah..


Okay sambung balik. Udit ni (aku lupa nama dia dalam filem ni) nak kahwin dengan Pooja. Mula-mula Pooja tak nak tapi lepas kena ugut dengan Rohan, dia pun terpaksa lah setuju juga. Klimaknya bila Tina dapat tahu hubungan Rohan dan Pooja. emm teka sendiri lah. rasanya korang semua bijak. Filem Hindustan, tak lari ke mana endingnya. 

Rohan cakap "will you be my friend?" kat Tina
Pooja cakap "will you be my friend?'' kat Udit

The END~
moral of the story : Jangan korbankan cinta demi persahabatan. 
Boleh nak pilih persahabatan, cuma tengok keadaan juga lah .. hehe


overall cerita ni memang best. Sesuai ditonton ketika bosan. Lagu pun best. Tapi tak tahu nape tak dapat sambutan sangat masa baru-baru keluar dulu. Padahal Hritik masa ni tengah hot gak. Oh bercakap pasal Hritik ni. DIa ni memang hensem, tough, pandai menari.. tapi tak tahu kenapa aku tak minat dia sangat if nak dibandingkan dengan Shah Rukh Khan. Mungkin sebab dia terlalu perfect untuk diminati..heheh.

sekian review daripada saya. aku bagi 4/5 bintang. Selamat menonton pada yang belum tonton!

Friday, February 25, 2011

Happy Birthday to Mr Ir H

Mata yang kuyu sejak dari dalam kelas lagi hampir ku tutup. Bukan untuk-untuk selama-lamanya, tetapi untuk beberapa minit sahaja supaya tenaga dapat dicas dan digunakan semula. Namun, lappy yang terbuka lebih menarik perhatian sang mata.

Facebook dan blog terus sahaja dibuka. Beberapa minit kemudian, seseorang mengebuzz ku di YM.

"Salam, pe kabo. Busy ke. Lama tak dengar berita. Tahu la dah lupa kat aku."

ayat biasa pabila dua orang sudah lama tidak berjumpa atau berbual. Jap aku kira. Hmm ada la dalam setengah tahun kami tak bertukar-tukar cerita dan update tentang diri masing-masing. Nama je sahabat tapi tak berhubung. Apa kes?

Biasala, masa dan jarak memisahkan dua insan namun hati tetap ingat antara satu sama lain. Sambung balik yang tadi k. Aku pun membalas,

"Wsalam. Lama gak tak dengar berita kau. Eh aku wish besday kau kan malam semalam. Tepat 12mlm okay. So siapa yang lupa siapa sebenarnya. Cakap sikit!! haha. Kerja camna ok?"


Dia jawab, "oh lupa nak update. aku dah berhenti kerja. Sebab tu tak busy skang. Aku dapat tawaran keje kat tempat lain.. bla bla bla"

Haa tengok tu. Tukar kerja pun tak nak gitau. Gitu ar kawan kan. hampagas betul lah. Takpe lah, aku maafkan dia sebab dia Buzz YM aku dulu. So tak jadi nak marah. Kami pun berbual kejap dan aku terus kan dengan melayari FACEBOOK, Twitter, blogwalking, cek email dan sebagainya.

Di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan Happy Birthday kepada teman baik ku, MR Ir H yang aku dah pun anggap dia cam abang aku sendiri. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang kau ceburi. Paling penting sekali semoga bahagia dan ceria selalu. Cepat-cepat kawen ye. Umur dah lanjut tu..hehe. Hati-hati nanti bekerja kat negeri orang. Jangan terpikat kat awek Sarawak pula, marah si kekasih hati nanti..hehe

Info : aku dan MR Ir H dan kenal sejak dari aku umur 15 tahun (form 3). Tu la first time & the last kami jumpa. kami tak pernah jumpa sampai lah sekarang.. :)

Mata yang kuyu semakin kuyu. Tidur sekejap then perlu ke kelas Jam 3 petang. tak sabarnya nak balik Muar. Jumpa mak abah abang adik dan membe-membe lama. Have a good weekend EVERYONE!!

Thursday, February 24, 2011

Jenis-jenis keganasan terhadap perempuan

TYPES OF VIOLENCE

Violence against women can be classified as physical abuse, emotional abuse, sexual abuse, isolation, and threats:

Physical Abuse

  • pushing or shoving a woman
  • holding or keeping her from leaving
  • slapping or biting her
  • kicking, choking, hitting, or punching her
  • refusing to help a woman when she is sick, injured, or pregnant
  • threatening or hurting her with a weapon

Sexual Abuse

  • forcing a woman to strip when she does not want to
  • having affairs with others after agreeing to a monogamous relationship
  • forcing a woman to have unwanted sex with others or forcing her to watch others having sex
  • forcing sex after a beating
  • forcing sex when she is sick or when it endangers her health
  • forcing sex for the purpose of hurting her with objects or weapons

Emotional Abuse

  • ignoring a woman’s feelings
  • continually criticising her, calling her names, shouting at her
  • humiliating her in public or privately
  • refusing to socialise with her
  • keeping her from working, controlling her money, making all decisions
  • manipulating her with lies and contradictions
  • threatening to kidnap the child(ren) if she leaves
  • harassing her about affairs the abuser imagines she is having

Isolation

  • stopping a woman from going to visit her relatives and friends
  • confining her to the house
  • stopping her from socialising with others

Threat

  • threatening to kill a woman
  • threatening to take her child(ren) away
  • threatening her that he will commit suicide

Wednesday, February 23, 2011

car wash 8 hengget

Jam 2petang waktu Malaysia, semasa aku sedang menunggu kereta ku selesai di basuh oleh kedai Car Wash Greentown, aku ditegur oleh seorang pak cik. Berumur lebih kurang ayah ku, 50-an.

" Belajar lagi ke? "

Aku mengangguk.

" Kat mana? "

Pantas jari ku menunjuk ke arah kolej ku UniKL RCMP terletak di sebelah UO. UO pula betul-betul terletak di depan kedai basuh kereta. 

"oh, asal mana?"

"JOHOR. Muar."

"Oh saya ada saudara kat situ. Dia mak angkat saya. tapi dah meninggal ... bla bla bla dan bla.."

Tiba-tiba ..

"Datuk .... bla bla bla .." seorang lelaki yang nama  beliau terpaksa dirahsiakan (sebab aku tak kenal pun sape) memanggil beliau dan berborak sekejap lepas tu berlalu meninggalkan pak cik tadi.

Laa, aku berbual dengan dato' ker? Adeh, nak panggil apa ni... Tiba-tiba, si tukang cuci kereta datang meminta kunci kereta daripada dato yang aku sangkakan seorang pak cik biasa tu. Lepas tu, aku pun usha kereta dia. Aah la .. fuhhh .. cantik nya kereta dia

Kami pun sambung balik perbualan yang tergendala sebentar tadi.

"Saya ada kawan. Dia berkawan dengan doktor kat hospital Ipoh."

Dalam hati ku, apa motif Uncle dato ni cakap camtu?

"Oh ye?" ku pun pura-pura berminat nak tahu

"Saya ada tanya kat dia. Datin tak marah ke kan .. bla bla bla."

Ku makin konfem la yang pakcik ni seorang dato .. haha. Dia ada juga cerita pasal anak dia yang tengah study medik kat IPTA. Then, cerita la pasal kerja dia dulu sebab dia dah pencen pun. Dia pernah jumpa Perdana Menteri. Dia kata, dulu dia pernah jadik anak angkat kepada Ayah PM. Walaupun nampak macam non Bizzare Delusion tapi aku percaya je. Semangat gak dia bercerita. Aku layankan je.

Kami berbual sampailah kereta aku siap dibasuh.. dan dia pun meminta diri untuk ke UO membeli barang ..

"Ni nama siapa?"

"Syafiqah. err, Dato?"

"Takpe, panggil mamat je (bukan nama sebenar)"

Erk?? okay.. ramah juga orang IPOH kan.. hehe

Heliza Helmi - Cuma Aku


comel .. itu aje yang mampu ku katakan buat masa ini .. hehe

Ada dua jenis cemburu

bestnyeeee .. tak sangka dah dua ratus sebelas .. kebetulan tahun ni tahun dua ribu sebelas .. hehe. Apa yang 211? oh, try tengok kat tepi, bahagian follower..hehe. Terima kasih kepada yang sudi mengikut@follow blog yang tak seberapa ni. terima kasih sekali lagi.

Okay, malam ni mahu bincang pasal apa? Oh sebelum tu, perasan tak header belog ku dah berubah. Entah macam mana tiba-tiba terkeluaq idea nak letak gambar my dad yang ku rindui kat atas tu. Sesuai la dengan tajuk belog guna nama dia. So, sebagai penghargaan .. abah, Nabila pinjam muka abah jap eh kat sini..hehe. 

>> agak-agak puan Hawa (ibuku) jeles tak aku tak letak nama dia. Hawa's Daughter! haa mungkin aku boleh tukar tajuk belog untuk tahun depan pula .. (^__^)

harga : Terjunam-tujuhnam (RM 7.60)
back to our main topic! 

Jealous! (atau cemburu)

Kenapa kita dikurniakan sifat cemburu? Baik ke tak sebenarnya sifat jeles ni? Mengikut kitab Belle', cemburu boleh dikategorikan kepada dua. Iaitu ;
  1. Cemburu Baik
    • Eg : "Geramnya nya, dia dapat banyak A daripada aku.!"
    • Sebab bila rasa cemburu tu ada, kita automatik akan lebih berusaha untuk dapat lebih banyak A daripada kawan kita. Betul?
  2. Cemburu Tak Baik
    • Eg : Cemburu buta. Suka tuduh yang bukan-bukan terhadap pasangan.
    • Sebab automatik gak konfem hubungan korang tak lama jodohnya.
So korang pilih lah. Nak cemburu yang mana satu. Betul! pepatah ada mengatakan. "Cemburu tu tanda sayang". Tapi biaq bertempat lah. Dan siasat dulu, jangan main dengar cakap orang, lepas tu buat kesimpulan sendiri. Lagi baik, berdepan dengan pasangan, tanya betul-betul. Mungkin besar kemungkinan, dia akan berbohong dan tak mengaku, tapi sekurang-kurangnya kita dah luah kan apa yang kita rasa.

"Yes, I cemburu". Takde lah nanti kita pendam perasaan marah tu sorang-sorang dan mula lah nanti berperang dengan emosi, syak wasangka yang bukan-bukan dan akhirnya memakan diri sendiri. Sape susah?? Bomoh, Ustaz ngan doktor gak .. (^__^)Y

Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri juga pengalaman aku mendengar masalah pesakit mental. Again! aku bercerita tentang pesakit mental. (nasib ar korang terpaksa layan aku nak story pasal psikiatrik..hehe). 

Baru-baru ni, ada sorang pesakit ni mengalami kecelaruan fikiran (delusional disorder) dan bila siasat-siasat, berpunca daripada sikap cemburu yang teramat sangat. Masa aku pertama kali jumpa dia, memang nampak normal, tapi lepas berbual, kesian, dia masih dalam keadaan denial. Tak boleh terima diri telah bercerai.


Benda yang aku nak tekankan kat sini ialah, korang nampak tak bahaya bila perasaan cemburu yang teramat sangat menguasai diri. Kita akan mula la pikir yang bukan-bukan. Siapa je yang tahan bila kena tuduh itu dan ini. Yang si suami tu pun satu gak, dah tahu bini tu tak sihat, tak normal, bawak la pergi jumpa doktor. Ni tak, cerai gitu je eh. Adeh. 

Delusi (delusion) adalah kepercayaan yang salah. Dalam kes cemburu kat atas, dia dikategorikan sebagai Delusion of perception (sebab dia rasa yang suami dia ada bagi duit nafkah, padahal takde pun). Wrong perception sungguh. Dan juga orang itu ada delusional disorder jealous type (sentiasa menganggap pasangan berlaku curang, padahal benda tu tak berlaku pun). wrong belief huh. Haa, jaga-jaga korang. Siapa yang kuat jeles or suka pikir yang bukan-bukan .. baik gi cek doktor cepat..hehe

Kepercayaan salah ni beza tau dengan kepercayan karut marut macam bomoh, tahyul. Itu normal. Itu adalah kepercayaan tradisi (cultural belief) not delusi.

Belle : aku pun jeles jugak. Jeles bila Iqram Dinzly peluk perempuan lain .. uwaaa

jelesnyee .. huhu

Tuesday, February 22, 2011

I dah follow twitter Najib Razak !

Terasa ingin membuat kerepek pada ini malam. 

Kerepek pisang ke kerepek durian?

Bukan kerepek yang tu lah!

Abes tu?

Meperek .. eh silap .. Merepek .. hehe .. boleh ke?

Apa pula tak boleh .. Ini belog ko .. suka hati lah ko nak buat ape .. haha .. Sesungguhnya Aiman teramatlah tak kisah .. uh :P

Ok! cayang kat Aiman (tiba-tiba)

Harian Metro berharga RM1.50 yang di beli kira-kira jam 2petang semalam baru sempat dibuka. 

"Derita Jaguh Basikal' menjadi tajuk separa utama di muka akhbar tersebut. Adoi, sakitnya kaki kena cucuk ngan kayu!! Haa tu lah, main basikal lagi. Orang dah kata beli kereta, degil. Tengok, sekarang siapa yang susah? (aku sudah mula membuat kerepek cendawan nampaknya)

Helaian utama diselak sambil jari menari-nari di atas papan kekunci lappy kesayangan. Begitu juga helaian-helaian seterusnya sehinggalah pada muka surat yang mempunyai tajuk berbunyi "PM buka twitter setiap hari". wah! biaq betoi. PM ada twitter?? Kenapa aku baru tahu?

Aku apa lagi. dan dan tu jugak terus buka twitter & search nama PM Malaysia. Najib! And yes, he has Twitter account. Malunya. Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa jiwang patriotik, kita sepatutnya dah follow twitter beliau. Ini tak, lebih teruja nak follow artis yang entah pape .. ops terlebih sudah (gaya Stacy).. jangan marah ye Iqram Dinzly (motif mention nama Iqram??)

Klik untuk ke twitter Perdana Menteri Malaysia --> YAB Najib Tun Razak

Hensem gak PM kita ni kan. Tapi senget sikit lah cermin mata tu .. hehe .. takpe comelll

Ok I dah follow you Najib. Update la twitter selalu okay (^___^)Y

Pergh panggil dia cam dia tu kawan baik ko je ek. Cam dah kenal lama.

La. dah tu nak panggil cam ne lagi. Takkan Uncle Najib. Dulu Pak Lah aku panggil Dollah, rileks je. Tun Mahathir aku panggil Mathir .. haa.

Suka hati kau la Belle' ... lalala

Aku pun menyambung kembali tumpuan ku pada surat khabar. 

Tapi

Tapi

Tapi

Jam dah kul 3pagi. Mengantuk kot. Nak tido. esok ada kelas. Bye.

Assalammualaikum semua!

Belle' : No Pain No Gain! Tadi Mak pesan suh belajar rajin-rajin. Baik lah mak! Rindu Mak!

Kerepek dah pun siap! Jemput lah makan ye kawan-kawan. Free je tak payah bayar. Tapi sori kalau tak sedap . hehe.

Monday, February 21, 2011

Udang goreng tepung yang berharga FREE

Sepatutnya entri ini ditulis semalam. Tetapi akibat kekangan masa dan waktu terpaksa lah jadi lewat sehari. Hendak dijadikan cerita, seperti biasa aku dan rakan-rakan serumah ku keluar mencari makanan untuk mencekik pada waktu malam. 

Destinasi yang menjadi pilihan malam itu adalah Restoran DAUD. Ala, terletak betul-betul kat depan stadium IPOH. Aku pun mengorder sepinggan nasi putih, semangkuk TomYam Campur dan telur dadar. Kemudian, abang si tukang order pun bertanya; itu aje ke? Sotong goreng tepung taknak? aku lantas membalas; boleh, belanja ar.

Dia gelak je.

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan pun tiba. Alangkah terkejutnya kami apabila makanan yang tiba adalah seperti gambar di bawah ..

wow nampak tak? ada sesuatu yang terlebih sudah di situ .. hehe

Bestnyee. Dapat Udang Goreng tepung free. Dia tak kasi sotong goreng tepung plak ek. Sotong dah habis kot. Dalam tomyam pun tak dak sotong .. hehe. Abang si tukang order kata, makan kasi habis. kalau tak habis, sila bayar! Hee tiba-tiba cam segan la pulak. Tapi disebabkan perut memang lapar sangat masa tu, licin ar kitorang makan.. hmm lazatt!

Ok tu je nak cerita. Kredit to Restoran Daud, depan Stadium Ipoh, sebelah Petronas, Perak Malaysia. Mai pakat ramai-ramai makan kat situ k? hehe

Belle' : asyik post pasal makanan jek ko ni la. Yes, aku memang suka makan. Do you have any problem with that?? :P

Sunday, February 20, 2011

Jom join faceblog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA.

MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. 

SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

TERIMA KASIH ! (^___^)Y


Edit

aku suka faceblog sebab dia warna pink

Saturday, February 19, 2011

Sesungguhnya Nasi Lemak itu ..

Nasi Lemak !
Siapa je yang tak suka 
 betul tak?

Tapi lain orang lain cara nya
nak makan Nasi Lemak
Begitu juga aku

taraaa ....

ini dia nasi lemak telur berlauk kerang masak rempah
 (RM 3.00 sahaja)

dan ini pula

nasi lemak ayam
-kredit tuk gerai makan kat stadium Ipoh-

pilih la mana satu korang suka
aku suka yang takde merah tu
kalau la ada kicap 
dah lama aku curah kat nasi lemak 1st
(klik gambar 1st untuk ketahui kenapa aku tak suka makan sambal)
(^_^)Y

Belle' : makan untuk hidup bukan hidup untuk makan !

SRK kisses Hrithik's wife

berita hangat !!
Artis kesayangan ramai .. Shah Rukh Khan
telah mencium isteri orang ??
nak tahu dengan lebih lanjut
Jom .. cepat tonton Video di bawah


##

##

##

uikks rileks la. Gimik je. Mane ada Shah Rukh Khan cium isteri Hritik. Setakat peluk sikit je. Normal lah tu.

Hurm, sebenarnya dah lama aku tercari-cari video ni, hari ni baru terjumpa. Aku sungguh terharu dan enjoy sangat tengok gelagat Hero pujaan ku di atas pentas. (Sori takde subtitle tapi still leh paham sikit2 kan? Ok lah tu) Anda tak enjoy? Mungkin anda bukan peminat Hindustan macam saya .. hehe .. (^_^)Y

Ringkasan video;

Merupakan video show 'Zee Cine Awards'. Bila sebut sahaja Zee, pasti korang dah tahu kan yang ianya merupakan channel 108 di ASTRO. So, Rancangan tersebut merupakan Show Penganugerahan untuk filem-filem Hindustan 2010. Dabang telah memenangi filem terbaik. Antara filem lain yang tercalon adalah My name is Khan. Part yang best sekali dalam video di atas adalah semasa Shah Rukh Khan mengajak Hritik Roshan dan isterinya naik ke atas pentas.

Shah Rukh Khan mengajar Hritik cara yang terbaik untuk melayani isteri tersayang.Isteri Hritik sangat terharu dan turut melafazkan I Love You kepada suami tercinta di hadapan para penonton pada majlis tersebut. Selain tarian dan celoteh pengacara majlis (Akshay Kumar), sebagai selingan untuk setiap anugerah, Priyanka Chopra bertugas untuk melakonkan watak-watak utama yang ada dalam senarai pencalonan filem terbaik. Menarik kan?

Belle' : Shah Rukh Khan sangat funny dan berkarisma. He deserved to be dia yang sekarang. Terbaekk lah! Love You SRK (>.<)

Friday, February 18, 2011

aku dulu dan aku kini .. Friday's thought

Pagi ini, pagi yang cukup indah. Aku bangun tanpa perlu memikirkan keperluan bergegas ke kolej seperti biasa. Aku terus menuju ke bilik air mencuci muka, memberus gigi dan mengambil wudu'. Solat terus sahaja didirikan beberapa minit kemudian.

seusai solat, sebuah buku kecil berjudul La Tahzan (Jangan Bersedih) dicapai ku. Lalu mata ku mencari bab-bab yang menarik untuk di baca. Aku akui, kebelakangan ini hati ku runsing akibat beberapa perkara. Masalah itu masalah ini datang tanpa ku duga. Namun aku pasrah. Itu lah nama nya kehidupan. Ada kala nya kita gembira ada kala nya kita berduka.

Bab49 bertajuk 'Jangan bersedih, banyak cara yang dapat mengusir kesedihan' menjadi tarikan ku untuk terus membacanya. 

"Istirehat bagi seorang mukmin itu adalah kelalaian, waktu yang luang adalah pembunuh dan pengangguran adalah kebatilan. Dan kebanyakan manusia yang bersusah hati, berduka cita dan bersedih dalam hidup adalah penganggur yang tiada pekerjaan. 

Adapun manfaat yang mereka perolehi itu hanyalah khabar angin dan angan-angan yang tidak berguna. Itulah keuntungan yang juga diraih oleh mereka yang tidak pernah mengerjakan amalan yang bermakna dan berbuahkan pahala.

Oleh itu, bergeraklah dan bekerjalah, berlatihlah dan kajilah sesuatu, bacalah Al-Quran dan bertasbihlah, tulislah sesuatu dan kunjungilah sahabat anda! manfaatkanlah waktu anda dengan sebaik-baiknya, dan jangan biarkan sedetik pun waktu anda terbuang sia-sia!

Ingat, sehari sahaja waktu anda dibiarkan kosong tanpa sebarang kegiatan, nescaya kesedihan, kedukaan, kecemasan dan keraguan akan mudah menyelinap di dalam tubuh anda. Dan apabila berlaku sedemikian, maka anda akan menjadi lapangan permainan para syaitan.

Ingatan ku terus tertancap akan sesuatu. Kesihatan mental! (nasib lah korang, kebelakangan ni entri aku asyik berkait tentang orang sakit jiwa je, jangan korang sakit jiwa baca entri-entri aku sudah la ye). Ok, aku teruskan boleh? Ya Allah. kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke hospital sakit jiwa mengalami gangguan perasaan. mereka mengadu bahawa mereka sedih memikirkan masalah yang mereka hadapi. Emosi mereka juga tidak stabil sama sekali. Paham lah aku mengapa spiritual termasuk sekali dalam salah satu management pesakit.

Benar lah kata-kata dalam buku La Tahzan, jika kita bersedih, kita mudah diganggu para syaitan. (aku tidak sama sekali maksudkan hantu ye. SYAITAN .. bukan Hantu Mak Limah balik Rumah) Apa yang aku nak ajak korang sama-sama fikirkan ialah cuba korang kaitkan Islam dan Sains. Jika dikaji, kedua-dua ini memang tak dapat dipisahkan. Ilmu Sains diciptakan dan pasti ada sebab dan akibatnya pula dari sudut pandangan Islam.

Kita ambil contoh yang paling mudah. Kenapa umat Islam perlu mengambil wudu' sebelum solat? Supaya kita sentiasa berada dalam keadaan bersih. Dan kebersihan perlu bagi menjaga kesihatan diri. Apa pula kebaikan solat? Secara logik akal, kita dah pun bersenam sekurang-kurangnya lima kali sehari. Bukan kah bersenam itu asas kesihatan diri? 

Semua itu termasuk dalam Ilmu Fiqh atau lebih spesifik lagi Ilmu Perubatan Fiqh. Sebenarnya banyak lagi, tapi aku tak berapa handal untuk bercakap dalam hal sebegini. kalau korang ada masa, join lah seminar-seminar Fiqh Perubatan yang dianjurkan kat mana-mana. Pasti korang teruja kerana ilmu Fiqh amatlah berguna terutamanya bagi kita manjalani kehidupan seharian. Eh pergi seminar mencari cinta pun syok juga

Wah panjang pula aku berceloteh kali ni. Padahal aku nak bagitahu satu ni je. Jangan dilayan perasaan itu. Hidup ini kena kuat semangat. Buat sesuatu kena ada target! Eh ni bukan satu tapi tiga. Lantak lah, biar lebih jangan terkurang .. hehe. Aku terus menaip sebuah entri untuk tatapan pembaca belog ku dan diri sendiri. Semoga apa yang aku rasa hari ni, apa yang aku dapat hari ni memberi manfaat walaupun cuma sedikit. Macam dah lulus jadi ustazah Syafiqah pun ye jgak aku nih. 

Eh jangan tak tahu, waktu aku di sekolah menengah aku berperwatakan begini hah..
Well, time changes everything. (Kekadang malu nak ngaku dulu aku sekolah Agama) SO, tak mustahil aku pernah juga berperwatakan begini hah..
Sekarang .. aku .. selesa begini ..
takpun lagi simple
tapi jangan pula terkejut bila aku transform jadi ..
kot la tetiba dapat hidayah ke. Amin .. sejuk perut mak aku mengandungkan aku 9 bulan..hehe

Dah menyimpang jauh aku ni. Ok cukup enough. Sebagai penutup, aku ucapkan selamat menunaikan solat Jumaat dan have a nice FRIDAY! Jangan ponteng solat Jumaat ye. Rotan nanti. Haa kan Ustazah Syafiqah dah marah .. hehe

Belle' : pakaian tak melambangkan apa-apa. 
Yang penting hati mesti mau baik maa (^_^)


Liow: Housemen not up to mark will be booted out

Maaf jika entri ni bersifat kenegaraan sekejap .. muahaha ..

Korang ada baca berita pasal Doktor tak cekap ? Isk, aku bukan boleh dengar pasal benda ni. Telinga ni panas jek. Tak habis-habis lagi ke isu ni? Dah lapuk kot tapi orang still nak bangkit kan. Dan terbaru, isu ni dikaitkan dengan doktor pelatih lulusan luar negara yang pulang ke Malaysia tapi kerja macam .. uh baca sendiri lah ..

Bagi aku, tak payah nak salah kan Universiti Luar Negara tu. Mereka tak bersalah. Yang patut disalahkan adalah pelajar kita sendiri. Bak kata orang, 'benih yang baik kalau campak kat mana-mana pun, tumbuh gak'. Serupa cam kita gak. Belajar lah kat mana-mana pun, sama aja lah. Beza nya, diri kita. Again! Diri kita. Fuh marah betul aku ni. Tarik nafas jap ~

Cukuplah, jangan sebab nila setitik .. rosak susu sebelanga. Pagi tadi, aku dapat berita .. 

KUALA LUMPUR: Housemen have two years to prove their capabilities as doctors or they will be booted out of the healthcare system, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.“The Medical Qualifying Board will assess the housemen and if they do not show adequate clinical abilities and skills during the two years, their service will be terminated as provided under the Medical Act 1971,” he said. > source

Huh, scary biskut marry kot!

Kesimpulannya .. sila belajar Belle!

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...