Friday, September 30, 2011

Thursday, September 29, 2011

Tamat Sudah

Alhamdulillah.

Akhirnya tamat lah kelas terakhir untuk Phase 3A MBBS 08/13 UniKL RCMP, selepas dirasmikan oleh posting O&G. Selepas ni, ada 3minggu lagi sebelum fasa berikutnya bermula. Fasa yang agak menggerunkan setiap pelajar, apa lagi kalau bukan, minggu peperiksaan lah. Semoga aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dapat menempuhi fasa tersebut dengan jayanya.

InsyaAllah.

No Pain No Gain!

Eh sebelum tu, tahniah buat junior Phase 2 yang telah lulus dengan jayanya! 
Jelesnyeee dengar cite yang korang dapat cuti seminggu
 dulu kitorang takde pun..uwaa =(
takpe-takpe..huhu
Welcome to Phase 3A
(^__^)

p/s : oh MARA, please be nice to us. Kering dah ni T__T

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday ! #17 [ yeke ni? ]

Betul ke Lelaki tak nak isteri Doktor?

Salam sebagai pembuka bicara petang ini.

Sebelum debat bermula, jom baca entri dari Blogger Joe bertajuk;


Apa dia? Kome malas nak baca? Ish takpe! biar ku tolong rumuskan seperti berikut;

Antara sebab-sebab tak nak bakal isteri seorang doktor ialah..
  1. Pandai sangat susah jugak
  2. Doktor perempuan kebanyakannya failed bergaya
  3. Lebih lama di hospital berbanding di rumah
  4. Malam-malam tak nak peluk bantal peluk, nak peluk isteri!
Aku rasa, Blogger Joe ni belum tengok cerita 3Idiots ni..kan kan?


Jadi, sebagai wakil seorang doktor, seorang bakal doktor perempuan (insyaAllah), saya ingin membangkang sekeras-kerasnya point Blogger Joe di atas..lalala. Sebab apa? suka hati la kan.. lalala lagi :P
  1. Betul ke? pandai sangat ke seorang Doktor tu? Abes tu peguam, engineer camne plak? diorang pun dapat 4 flat jugak pe dulu :P 
  2. Tengok Blogger Fatin Liyana dah la.. lalala
  3. Sekarang dah guna system shift, mane ade on call lagi dah.
  4. No komen.
Jadi, sekali lagi saya Syafiqah, ingin menegaskan bahawa,
 never say no to DOCTOR!!
(^__^)Y

Berbalik kepada tajuk asal, betul ke Lelaki tak nak isteri Doktor? dari sudut pandangan seorang aku dan juga berdasarkan pengalaman seorang aku, aku boleh katakan yang.. Sesetengah tu ada yang betul dan ada juga tidak.

Tidak sebab..

Pernah je, seorang teman meminta aku mengesyorkan seorang rakan untuk dijadikan calon isteri. Nak cari Doktor katanya. Dan rakan itu bakal engineer waktu tu. Tapi aku tak pernah la buat macam tu kan, susah tugas mengkenen2 kan orang ni. Nanti berpisah, aku juga yang dipersalahkan..hmm

Betul sebab..

Aku pernah tersuka seorang jejaka ni. Dia bakal engineer waktu tu dan tua setahun dariku. Tapi aku agak terlewat sebab dia dah pun berpunya. Sampai sekarang, dia tak pernah tahu perasaan aku yang sebenar (eh macam dah lari tajuk je ni)

Nak dijadikan cerita, aku dan dia berkawan baik sampai sekarang. Bila aku ada masalah mesti cari dia. Satu hari ni, aku tertanya dia satu soalan. Boleh jadi ke ek kalau Doktor bercinta dengan Engineer? Dia pun dengan panjang lebarnya menjawab soalan itu. Siap cerita kisah lalu dia lagi. Semangat hah! Cerita pasal dia clash dulu sebab berlainan pendapat.

Tapi, punya lah panjang lebar dia terang, last2 jawapan dia adalah TIDAK! dengan alasan;

"aku rasa Sains Fizik & Sains Hayat takkan pernah bersatu!!!"

Tuhan je yang tahu betapa kecewanya hati ini waktu tu.. T___T 
*ok sila nanges sekarang!*

Bila dengar kenyataan dia, aku jadi takut. Betul ke?? alamak! InsyaAllah kot, takde pape :)

Dan pernah gak seorang teman wanita bertanya kepada ku, "budak medic ni memang busy ke?" Aku terus terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Apa yang aku boleh nasihat sebagai kawan, dia kena banyak bersabar. Kena tahan sikit la...hehe. Biar si dia busy dengan study, asalkan bukan busy benda lain, dah la :)


Lagi satu kan, apa yang aku perasan lah. Antara alasan popular Lelaki bila ditawarkan bakal isteri seorang doktor ialah;

"aku mane layak dengan Doktor..aku keje kat kilang je."

ah, sangat geram bila dengar kenyataan macam tu. Wahai jejaka sekalian, dah tahu macam tu, tak boleh ke tanam azam usaha lebih sikit? mane tau kan, dari pekerja biasa, boleh jadi pengurus kilang, pastu buka kilang sendiri pulak. Wahh.. Hendak seribu daya, tak nak..kome sambung la sendiri...lalala

so, it depends actually. Lain orang, lain pandangan.


Senang kata, ajal maut jodoh semua ditangan tuhan. Siapa la kita untuk menidakkannya. As for me, memang la, kalau boleh nak sangat dapat jodoh yang kerjanya sama bidang dengan kita, tapi kalau dah takdir nya bukan begitu..apa boleh buat? kan?


Kepada Blogger Joe, entri reply ni direka suka suka je tau. I know, you pun cuma nak melawak gak kan?? So, no hard feelings ok~ Good entry by the way!

Terima kasih sudi baca sampai habis.

Salam.


Monday, September 26, 2011

Berdua Bersatu Forteen

Lirik Lagu Berdua Bersatu (Forteen)

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu SALAH
Ku tak mahu yang BENAR
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu KABUR
Ku tak mahu yang JELAS
Jika denganmu HANYUT
Biarlah aku LEMAS
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
[Sumber]

Belle : lirik dia sedikit geli. Kelakar pun ade gak. Tapi best! Congratz KRU~ but who's Forteen???
-I would like to dedicate this lovely song special for En. A :)

Sunday, September 25, 2011

Bosan dengan Facebook.

Salam.

Aku sebenarnya agak letih. Letih sebab apa? Sebab hari-hari aku membaca. Yes. membaca macam-macam. Kadang-kadang sampai satu tahap tu kan, aku rasa aku lebih banyak membaca "muka buku" dan 'timeline Twitter' daripada aku membaca buku Medic. Dahsyat kan? Tapi aku rasa itu lah hakikat.

Adakah faktor usia? 
Baru 20+++ kot..hehe. 
Tapi betul. 
Aku letih membaca Facebook!

Kalau nak ikutkan, beza aku yang dulu dan sekarang, aku rasa aku lagi suka aku yang dulu. Syafiqah yang setiap hari membeli surat khabar dan setiap bulan pasti akan mendapatkan majalah Remaja kegemarannya semata-mata untuk dijadikan hiburan. Tapi sekarang, aku boleh rasa, aku bukan lagi Syafiqah yang dulu sebab aku lebih banyak menghabiskan masa mengonline. 

Dengan online, aku banyak membaca sampai aku rasa;
"ah tak payah baca Paper, info kat Twitter kan dah cukup."

Jahil ke aku? Adakah aku kini hanyut ditelan teknologi? Aku sendiri tak pasti. Apa yang pasti, aku keliru. Kadang-kadang timbul rasa bersalah tapi pada masa yang sama aku bahagia hidup begini. Macam mana tu ek?

Aku bosan! Aku sangat sukakan hiburan. Itu satu hal yang aku harus akui. Aku pernah suka Majalah Mangga, mengikuti perkembangan Artis dan penonton setia Melodi. Tapi kini, aku tak lagi begitu. Aku tiada masa nak menyelak majalah Buah tu apatah lagi duduk sejam dari jam 12.30pm-1.30pm di hadapan TV pada setiap hari Ahad. Bukan sebab sibuk study, tapi sebab aku rasa, 

"ah tak payah tengok, tak payah beli. Internet kan ada. "

#(T__________T).


Bercakap tentang Facebook pula, aku juga letih. Letih dengan status kawan-kawan yang kadang-kadang merimaskan. Betul, tak semua merimaskan, ada yang menginsafkan, kelakar dan tak lupa juga ada yang berguna. Ada yang kurang matang, ada yang terlebih matang dan ada juga yang terlalu obses dengan politik padahal diri masih bergelar seorang pelajar Universiti Tempatan! 

"Berada di Facebook membuatkan aku tersepit, berada di dalam keadaan terpaksa 'membaca'."

Satu benda yang aku harus akui, bersosial di alam maya tidak sama rasanya dengan bersosial di dunia realiti. Di dunia realiti, kita bebas bersosial tapi kita boleh pilih untuk bersosial dengan orang yang kita suka dan senangi. Tapi di alam maya, boleh ke kita jadi cerewet macam tu? Kalau boleh, mesti best kan..


Satu lagi yang aku perasan ialah, berkawan di Facebook membuatkan kita lebih mengenali kawan kita secara yang kita tidak boleh tahu melalui dunia realiti. Masa tu, baru lah kita sedar, ah aku tak suka orang macam ni. Bila dah jadi macam tu, takkan nak 'unfriends' pula kan. Jadi, persahabatan tetap diteruskan dengan perasaan menyampah. 

Adil ke begitu? Kecuali, kita berani berterus-terang la .. ah tak ramai seberani itu! Dan itu hak diorang. Siapa lah kita untuk berkata, jangan update! betol tak??

#Entah lah. Aku tak pasti kenapa perasaan ini timbul tiba-tiba. 

"Ala, Facebook kan cuma HIBURAN semata." -kata seorang teman baik.

Sekarang ni, apa yang aku buat. Aku akan open Facebook, tapi aku off chat. Aku paling tak suka chat di FB melainkan ada orang tegur dahulu dan ianya adalah sangat penting. Then, aku cuma view notification, group dan buat sekali imbas je kat bahagian HOME. Sebab bahaya, kalau pandang, nanti masa aku akan terbakar, macam beras terbakar *tiba-tiba*. Tambah pula, sejak ada Ticker ni. 

#Tapi Facebook Timeline memey SMART. You should try also!

Sebut pasal penggunaan masa. Sebagai pengguna Facebook, hampir mencecah 4tahun lamanya, kadang-kala aku terasa masa aku banyak dibazirkan di situ. Alangkah jelesnya melihat seorang teman, yang tidak pernah membuka akaun Facebook langsung. Dan hidup dia ok je, gembira je. Jeles jeles! Alangkah bestnya andai boleh ku undur masa..lalala [jangan klik]

I believe, Facebook is safe as long as FRIEND is a 'friend' -Belle

Harapan aku, terutama buat para Remaja yang baru nak kenal kehidupan (macam aku), gunakanlah teknologi yang kian canggih ini sebaik-baiknya. Kurangkanlah perasaan terlalu obses dengan hiburan. Jangan jadi macam nasi. Dah jadi bubur baru nak menyesal. Kita muda lagi kan, gunakan ia semaksima yang mungkin. Nak enjoy boleh, tapi bertempat. OK? 



Last but not least, berikut adalah pesanan ikhlas dari seorang aku;

  1. Berhati-hati upload gambar & approve friends di Facebook
  2. Kalau rasa tak penting, simpan aje status itu di dalam hati. InsyaAllah, masih ada yang sudi dengar. Ingat Allah banyak-banyak.
  3. Jangan lepak terlalu lama di FB, risau ketagih nanti.

p/s : Jom beralih ke Twitter :-) [antara FB, Twitter & Blogger]

wassalam.

Reply entri syafiqa-belle : Ayunya perempuan bila ___ ?

Jom baca reply ENTRI ku INI dari En. Qutil (kaum Adam).
[Beliau merupakan ex-junior sekolah menengah ku dulu]


"Itu bila perempuan yang nilai perempuan, nih biar lelaki miang pula cuba menonjolkan ciri-ciri wanita syurga pilihannya. errr, certain je boleh pakai yaa!

Saya gemar si ayu yang menggelar dirinya dengan nama mereka contoh Alia, Syahirah, Sya, Mia, dan sebagainya nampak ayu dan sangat sweet. Eh, point sama lah. [kebetulan]

Saya suka si ayu yang menjaga adab di meja makan, makan tidak gelojoh dan makan dengan tertib. Sebab saya gemar makan dan mencari kedai makan yang best-best untuk makan bersama. maka selalu lah mengadap si ayu untuk makan, kalau makan tak senonh buat hilang mood aje...

saya gemar si ayu yang beradab sopan semasa bertutur sama ada di dalam telefon atau di jalanan, sebab saya malas nak TXT nie maka bertutur sopan adalah pilihan saya. suara bersahaja dan bersederhana dan suka tersenyum, itu paling penting!

saya gemar si ayu nampak elegance tapi di dalamnya,  sangat romantic, saya pernah jumpa, namun x sempat nak mengorat pula.. huh menci!!!

saya gemar si ayu yang berilmu dan mudah diajak bersembang, maklumlah mulut macam mak nenek ni mana ngam dengan si pendiam dan kurang respond masa berbual.. lagi banyak celoteh lagi banyak perkongsian dan lagi banyak perkembangan minda.

saya suka kalau si ayu tak ada FB sebab kalau ada nanti mereka pasti gemar update status di FB mengenai diri mereka sendiri. Memey menci habis lah, mereka seperti bertelanjang di khalayak ramai dan ketawa.

Saya suka yang memakai tudung tapi bukan yang lilit dengan kain yang sangat panjang macam nak lilit mayat tuh. perghhhh! serabut otak kalau nak tengok. baik suh aku je yang lilitkan untuk si ayu :P 

(review isu Lensa Rosak & Fatin Liyana)

Saya suka si ayu yang tak pernah couple, sebab melalui pengalaman aku yang hebat kekadang nie, mereka yang pernah couple mesti nak bandingkan dengan bekas2 jijik mereka, dan mudah terpengaruh dengan bekas2 jijik mereka. suck!!

(Haram Berkahwin dengan dot..dot..dot )

errr macam dah tolong tambahkan aje... ingat nak letak kot belog sendiri, tapi cam malas nak retype."

Belle : its ok la Qutil. thanks for your valuable comment :))

Yang benar : qutil.posterous.com



Haa, itu dia pandangan dari seorang lelaki pula. Ada yang termakan cili?? harap bersabar ye *tak terasa tak terasa*. Apa pandangan korang-korang pula? kongsi lah di sini..


(cara nak tahu perempuan sukakan lelaki)

Friday, September 23, 2011

Ayunya perempuan bila _____. ??

Salam.

Pejam celik buka dan tutup pastu buka balik mata, dah hari Jumaat rupanya kita. Alangkah pantas nya masa itu berlari, kan? "Semput I nak kejar tau. Kejam la you ni Masa. Benci benci!" *ok merepek.

Lama tak menulis panjang. Maka, sempena hari Jumaat bersamaan esok Hari Sabtu, aku teringin untuk meluangkan masa di dashboard ni menulis serba sedikit tentang perempuan. Ala, aku seorang perempuan kan, takkan nak tulis pasal lelaki pula..lalala.

Jom kita berbalik kepada tajuk;


'Ayunya perempuan bila ________  .'


Sebelum tu, AYU yang aku maksudkan di sini ialah sifat seseorang yang begitu mengagumkan & mempesonakan. Sepanjang aku berkawan dengan perempuan, pelbagai sifat dan gelagat yang aku pernah jumpa. Ada yang aku suka dan ada yang tidak. Jadi, di bawah ni, aku senaraikan beberapa sifat perempuan yang aku kagumi berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga dari sudut pandangan aku sebagai seorang perempuan.

Mana lah tahu, berguna untuk dijadikan panduan untuk lelaki-lelaki kacak di luar sana dalam usaha mencari calon isteri..lalala.

Selain daripada menjaga solat, cantik, rajin, baik hati, hormat orang tua dan sewaktu dengannya lah, perempuan juga menjadi sangat AYU bila ________


Menggunakan gelaran Saya & Awak. 
  • Aku sangat kagum dengan wanita yang menggunakan gelaran saya dan awak. Lagi sedap dengar bila gelaran nama seperti, Sya, Nana dan sebagainya digunakan. Nampak sopan gitu. Tapi aku tak bermaksud jika wanita yang menggelarkan 'aku dan engkau' tu tak best, cuma kurang ayu la. *no hard feeling k?
Tidak kedekut berkongsi makanan
  • Wanita jenis ni, sentiasa ramah dan ikhlas menawarkan makanan yang sedang dimakan kepada kawannya. Ye la, tak best la kawan kat sebelah tu tengok je kita makan dan kita tak jamu sikit pun. Contoh ayat, "Awak dah makan, nak sikit?".
  • Yes, dia ayu sebab dia sangat menjaga adab ketika makan. #ehyekeBelle?
Memberi salam pada permulaan SMS, Chat dan sebagainya
  • Saya sangat suka orang ini! Tak susah rasanya nak ucapkan SALAM tu kan?
  • Tapi kebiasaannya kita jarang guna, betul tak? sebab nak cepat kot. Dan jika bertegur sapa dengan kawan rapat, perkataan hai, oit dan sewaktu dengannya dianggap lebih mesra.
Malu bertempat
  • Sifat malu dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Malu bertempat yang aku maksudkan adalah malu ketika bergaul dengan lelaki. Sebagai perempuan, kita tetap kena jaga adab kita dengan lelaki. Walau serapat mana pun kita dengan kawan lelaki kita tu, perasaan malu dengan lelaki tetap harus ada!
  • Contoh : Kita (perempuan) terdiam & speechless sewaktu kelas tutorial bertajuk 'langkah-langkah pencegahan kehamilan' berlangsung. Manakala para lelaki yang duduk di barisan belakang begitu rancak & bersemangat sekali..huh...grr
Pergi Usrah setiap minggu
  • Rajinnya perempuan ini. Dalam pada busy study, masih sempat meluangkan masanya untuk ilmu kerohanian. Aku kagum dengan dia!
Sentiasa update status yang elok-elok di FB & Twitter
  • Oh, ini mudah je. Senang cerita, status FB melambangkan peribadi seseorang. Nama pun "what is on your mind" kan? Tapi, ada juga yang tak selari. Di luar lain, di alam maya lain. [aku jarang la jumpa perempuan macam ni, tak tahu la korang pernah jumpa ke tak.]
Memakai tudung
  • Wanita bertudung belum tentu baik, tapi wanita yang baik sudah pasti bertudung.
Tidak pernah bercouple
  • Wanita yang tidak pernah couple belum tentu baik, tapi wanita yang baik sudah pasti tidak pernah couple. Paham ke? 
  • Dalam kes ini, perempuan ayu tersebut memilih sendiri untuk tidak bercouple kerana pada dia, study harus diutamakan dan dia tidak mahu masanya terbuang bersama-sama orang yang tidak tentu lagi menjadi suaminya.

Itu ajelah kot. Ada lagi nak tambah ke? (sila ke ruangan komen)

Sebenarnya, AYU nya seseorang perempuan itu bergantung kepada pandangan individu juga la. Ianya sama la macam Cantik dan Kacak itu subjektif. Lain orang, lain citarasa dan pendapat. Tiada yang betul dan tiada yang salah. Aku sama sekali tak maksudkan yang, jika kita tiada sifat-sifat di atas, kita bukan lah perempuan yang baik. Jangan salah faham pula ya.

Hey hey hey! Ingat senang ke nak jadi perempuan yang sempurna dan juga menjadi idaman setiap lelaki? Manusia takkan pernah sempurna. Kadang-kadang tu kan, kekurangan yang kita ada itu lah yang menjadikan kita lain daripada orang lain. Kan best camtu?? hehe..

Pendek kata, aku kagum dengan perempuan yang bersifat di atas, sebab aku tidak seperti mereka. Jeles tau. Tapi kagum tak bermakna aku nak berubah menjadi seperti mereka. Aku tetap bersyukur menjadi aku! Aku adalah aku. Kenapa perlu menjadi orang lain? Aku selesa menggunakan gelaran aku dan kau. Habit yang memang susah nak ubah :-( 

Yup, memang keinginan untuk berubah menjadi yang lebih baik itu pasti ada terlintas kadang-kadang, tapi, entah la..lalala

Belle : Better late than never. Renung-renungkan~

#kbai

Wassalam.

Dah dapatkan Facebook Timeline ke belum??

Seperti yang semua sedia maklum
Macam-macam perubahan dilakukan oleh Facebook
Eh takkan tak perasan
kata hari-hari baca Facebook
*tak terasa tak terasa*

Tanpa membuang masa
jom lihat hasil yang aku dapat
setelah aku join Facebook Timeline

............

klik gambar untuk tumbesaran !

Amacam, menarik bukan?
dah serupa macam diary 
kita boleh cek balik status, gambar dan lain-lain dengan cepat dan pantas
Sesuai untuk mereka yang Facebook dependent
Untuk yang setahun sekali update status, tak payah !
muahaha

amaran : Jangan menyalahgunakan benda ni dah la ya. Yes, I'm talking to you wahai stalker-stalker terhormat sekalian.

eh sebelum taipan dihentikan dengan segera
nah ambil link ni

just follow step yang ada slow and steady ok?
Good Luck.
and
yes, Timeline ini hanya dapat dilihat oleh orang yang dah tukar
siapa yang belum tukar, just dapat tengok profile ku yang lama
hehe
(^___^)Y


Tuesday, September 20, 2011

eh ada soalan tentang cinta la!


Seminggu yang lalu, aku didatangi oleh sebuah mesej 

di inbox FB

yang berbunyi seperti berikut ;

unknown people.

Sekarang, jom dengar apa jawapan aku khas untuk si tukang tanya;

Masalah yang aku dapat kesan kat sini ialah, kau ni agak keliru perasaan sebenar perempuan tu terhadap kau..betul tak? Memang susah bila kita berada dalam keadaan tarik tali ni, perempuan ni macam nak kat aku, eh tapi dari gaya dia tu macam tak pula. Mana satu ni?? pening2..huhu

Soalan kau tentang sama ada "perempuan ni serius ke main-main", my answer is main-main. atau suka-suka. Mungkin disebabkan dia belum bersedia nak ada hubungan yang serius, maksud aku ke arah perkahwinan dan dia muda lagi kan? study pun tak abes lagi.

couple main-main adalah didorong oleh perasaan sunyi yang keterlaluan. maklumlah, keluarga jauh + kawan-kawan sekeliling semua dah ada couple. Time ni lah, seseorang yang boleh diajak bercerita, BBM & hang out diperlukan segera. Tapi bila sunyi tu dah takde, seseorang itu sangat2 lah tidak diperlukan sama sekali! 

couple main-main juga boleh jadi disebabkan kita cuma minat kat dia tapi kita tak sayang pun..erk

Antara sebab aku cakap macam tu ;
  1. Kenapa tak nak declare? 
    • Jarang perempuan refuse untuk declare. Selalunya, lelaki yang tak nak declare. Ye lah, masih dalam usaha menabung :-)
  2. 2 bulan tak jawab call & BBM.
    • Em kalau seminggu, boleh consider juga lah. Mungkin handphone dia rosak, atau terlalu busy dengan hal-hal di kg. Anak sulung ke kan, mane kita tahu. (even aku sendiri, kalau dah kat kg, handphone main campak je) Tak pun kan, mungkin kat kg dia takde line. Maklumlah, hidup ni perlu sentiasa fikir positif. 
    • Tapi, biarlah positif yang bertempat. Dua bulan kot, takkan la tak ada perasaan rindu langsung, ataupun tak ada masa langsung nak reply BBM. free je pun.
    • Pastu kan. Dua bulan tu! ko boleh cari awek lain kot, kesian kau :P 
  3. Call semata-mata suruh belikan tiket dia balik KL.
    • Tak masuk akal! sudah terang lagi bersuluh. Tapi tak tahu la kalau memang betol cinta itu buta. Ko pikir la sendiri, selami jiwa, selami lautan dalam. malas ku nak explain lebih2..

Sebagai penyelesaiaannya;

simple je.

tak payah pening-pening.

....

....

apa kata, kau buat balik benda yang sebijik dia buat kat kau tu kat dia. 

eh aku main-main je. tak baik buat camtu. biar orang buat jahat kat kita, kita senyum je.

emm...

.........

Ko cari je la yang lain.

yang lebih solehah
yang lebih menawan
yang lebih jujur
yang sudah bersedia bergelar isteri, kawan & ibu kepada anak2 kau

dan yang sewaktu dengannya

yang paling penting dia haruslah

yang lebih ikhlas menyayangi kau seadanya.

dan tak biadap..hehe.



Good Luck!

eh tapi aku nak tanya ni, 
  1. ko betul2 dah ready nak kahwin ke? kalau dah, baguslah. Kalau belum, ready betul2 dulu, baru lah bercinta. Tapi jangan serik pula nak mencari. Tak semua perempuan biadap macam si perempuan Sabah tu haa..hehe.
  2. Hati masih sayang ke kat dia? Kalau sayang lagi, bawa la berbincang elok2. Tanya sebab musabab kenapa dia buat kau macam tu. Dari jawapan dia, kita mesti boleh tahu dia jujur or tak. Jangan tertipu sudah la. Hati-hati. 

#okbai

Tuesday, September 13, 2011

Don't worry, You will have it!

Good Afternoon.

Let's hear some story that happened during our bedside teaching.. again.

Syida (one of my groupmates) was presenting her case. When it came into the social history part, she said;

"Their monthly income is about RM10 000 per month."

Suddenly, a sound like 'erk' was came out spontaneously from one of our friend's mouth.

And.. Doctor S straight away replied to him with;

"Don't worry, you will have it!"

us : lol.



[ pre-raya photoshoot ]

Belle : InsyaAllah, amin. (^_^)


Monday, September 12, 2011

Antara FB, Twitter & Blogger

semasa blogwalking tadi, aku terbaca entri ini bertajuk 'Red Tube Malaysia'. Dan dari situ aku berkenalan pula dengan Google Insights. It's fun to see what the world is searching for! Let's start.. yes now..

Berikut merupakan antara katakunci yang popular di Malaysia 
antara tahun 2004 hingga 2011 :

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

Aku sengaja mencari keyword yang popular dari tahun 2004-2011. Kalau korang perasan, sejak tahun 2004 lagi, youtube menjadi carian paling popular. Pada tahun yang sama, friendster juga adalah antara carian yang hot.

Kita tengok pada tahun 2008 pula, Facebook terus mengambil alih takhta Youtube dan Friendster sehingga lah sekarang. Manakala pada tahun 2009, carian friendster terus lenyap dan blogspot mula menjadi pesaing. Youtube juga lenyap pada tahun 2010.

Dan Twitter mula menduduki carta di kalangan carian popular bermula pada tahun 2011 diikuti dengan carian Blogger. Rising Searches FB juga menunjukkan penurunan mendadak. Persoalan: apakah y8?? haha

Facebook : Aku hebat sebab dapat menghubungkan hubungan kenalan lama yang dah lama terpisah.
Twitter : Aku pun hebat juga sebab dapat merapatkan hubungan artis dan peminat.
Blogger : Aku lagi hebat. Aku menghubungkan penulis dan pembaca. Mereka tak pernah kenal antara satu sama lain tetapi mereka dekat..hehe
Twitter : ala, aku pun. Siap boleh tahu lagi, kawan diorang tidur jam berapa, makan apa hari ni dan paling best, bila tweet pasal hati dan perasaan. Just Tweet!
Facebook : Wah kagum. Aku pun boleh buat macam korang cuma ramai orang komplain yang aku ni terlalu public. Maybe sebab umur aku dah tua kot..huhu
Blogger : Ala, jangan cakap macam tu. Kita semua sama je la. Cuma masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Twitter : Betul tu. Dan kita saling memerlukan supaya nampak lebih sempurna.

Belle : Hidup ini perlu sentiasa mengikut peredaran zaman. 

Sunday, September 11, 2011

Mungkin ini sebabnya kenapa ramai gadis Malaysia lari ke Lombok

AMARAN : Ini merupakan cerita benar daripada seorang rakan.

laparnya perut ni.. nak makan kat mana ek? -Siti bermonolog dalaman.

Kereta dipecut menuju ke sebuah restoran Cina Muslim baru yang dipromote oleh seorang rakan kuliah semalam. Eh, Siti tak pergi sorang-sorang, haruslah ditemani oleh 2 orang rakan serumahnya.

Setiba di kedai makan, seorang pelayan berdarah Indonesia menghampiri mereka seraya berkata;

"Jangan duduk dekat bunga ya. Nanti bunga tu tertunduk malu."

Dalam hati mereka >> dah kenapa mamat ni?

Selesai je makan, mamat tadi datang lagi dan berkata;

"Jatuh tadi tak sakit ke? Jatuh dari kayangan..."

....SPEECHLESS Betolll !

eh nanti! cerita belum tamat lagi.

Waktu nak bayar, mereka mendapat 3 tangkai bunga dari kakak penjaga kaunter. Siti mendapat bunga warna merah. Kata si penjaga kaunter, bunga tu dari mamat tadi.

That's all.

Belle :Bahaya betul la pemuda dari Lombok ni..aigoo

Alif Satar Lelaki Seperti Aku

Semalam, sewaktu aku sedang menelaah pelajaran beritakertas (newspaper), aku terbaca pasal Alif Satar. Dalam tu ada tulis pasal ada public tanya, kenapa Lirik lagu 'Lelaki Seperti Aku' ada bunyi indon? Time ni, aku tak tahu pun, siapa penyanyi lagu tu. Aku rasa macam Alif Aziz yang nyanyi. Ish ada yang tak kena ni. entah-entah..

Aku perasan lagu tu pun sebab, aku suka kat lirik dia. 
"memang tak ada lelaki seseksi aku. Tapi yang lebih.. seksi.. banyak.."

Pastu, masa dengar Hotfm tadi, lagu ni ter-berkumandang pula. Dan aku pun dengan khusyuk lagi sopan mendengar lagu tu supaya dapat detect siapa penyanyi lagu ni. Eh macam Alif Satar la pulak. Entah-entah betul Alif Satar yang nyanyi tak.

Kat Restoran CIli Hijau, aku pun tanya kat kawan aku ni.

 "Ainaa, pernah dengar tak lagu, baby baby, jangan kau..lalala"
"pernah pernah. Tak suka!"
"erk. Ala nape? Siapa yang nyanyi ek?"
"Sebab cam gedik. Entah tak tahu."

dalam hati aku, ok balik ni kena google.. harap-harap betul, Alif Satar..hehe

dan setelah mendapat bantuan Encik Google..



Video ni sengal ok..haha

jom layan lirik dia.

Lelaki Seperti Aku - Alif Satar

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak
Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati
Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak
Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu
Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu
Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua


p/s : sweet sangat maksud tersirat dalam perenggan akhir tu. kan? #ehyeke

Saturday, September 10, 2011

review filem salaam namaste

Siaran Hindustan kembali bersiaran
Petang tadi, TV3 menayangkan filem Salaam Namaste
cerita yang santai dan menarik

berkisarkan tentang pasangan remaja moden
yang tak percayakan perkahwinan.
Biasala, mula-mula benci tapi bila dah jumpa suka
dan terus duduk serumah.
Tapi banyak pula hal nya bila dah duduk serumah
tambah rumit bila heroin mengandung
tapi hero tak nak anak.
Mereka pun berpisah tapi masih tinggal serumah.
Sepanjang 8bulan tinggal serumah 
banyak perkara menarik berlaku
dan akhirnya..
korang boleh teka la kan apa yg jadi
haruslah.. Happy Ending..


Cerita ni menarik perhatian aku sebab
Preity Zinta (heroin) berlakon jadi budak medik
Saif (hero) jadi chef.

Preity sangat pretty. Saif punya hidung sangat muncung :P


wajib ditonton oleh golongan yang belum 
dan ingin mendirikan rumah tangga
Banyak pengajaran
dan boleh tahan lucu jugak
sedih dan romantis opkos lerr kan

hapehape pun.. cerita ni boleh buat kita nak fikir dua kali sebelum kita kahwin. Tapi tak logik sikit sebab, ada ke orang yang tak nak kahwin sebab tak nak anak. Sebabnya, dia rasa anak akan mengganggu hidup diorang. Dan selepas kahwin, tak boleh lagi nak romantik macam dulu. Kalau boleh nak enjoy je sampai bila-bila. 

Ala Belle, nama pun filem, rekaan manusia semata-mata..lalala

p/s : tonton jangan tak tonton
[paling suka babak Preity mengidam aiskem coklat]
hehe
klabai.


Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...