Showing posts with label Blogosphere. Show all posts
Showing posts with label Blogosphere. Show all posts

Monday, December 31, 2012

2012 wrap-up

Salam

Today is the end of year 2012 and since I have time now as tomorrow is a public holiday, I think I want to do a wrap up for this year.

Terasa skema lah cakap English. Jadi, mari teruskan pembacaan anda dalam bahasa melayu. *ting* (bertukar ke BM) cintailah bahasa kebangsaan kita. eh?

Jap.. sebelum tu, INI adalah wrap-up untuk Tahun 2011. 


Kat atas ni, wrap up yang dibuat sendiri oleh Facebook. Klik gambar kalau nak stalk. Terima kasih bebanyak ye Mark Zuckerberg, susahkan U je tolong buatkan review hidup I..hahah! Ops terlebih sudah.

Kalau yang tadi versi auto, jom tengok versi manual pula. 

Archieve


Wah nampak tak, amat ketara berlaku penurunan bukit di situ. Mungkin faktor sibuk menjadi pelajar tahun akhir menjadi penyumbang utama terhadap perkara ini. Korang, doakan kejayaan aku dalam final exam bulan April 2013 nanti k. Thankssss =)

Popular Post
  1. Buang Tahi Lalat 
  2. Ustazah Anom Mengamuk di Blok Kereta Mayat  
  3. Tanda dia suka. Tanda dia tidak suka. 
  4. wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ... 
  5. Dayuskah Lelaki ini? 
  6. jawapan : Tips 'berkawan' dengan budak medik  

Paling best ..

[ gaji pertama kot nih. sayang NUFFNANG ketat ketat! ]

Yang paling tak best bila...


Aku sangat terkejut sebab dapat komen macam ni. Tapi aku berlagak cool je lah. Komen ni korang boleh tengok kat entri aku yang INI.

Dear Anonymous; Apa salah aku ye sampai kau sanggup panggil aku dog? Aku pernah buat salah pape ke kat kau? Papepun terima kasih sebab berjaya buat aku kurang bercakap pasal cinta di blog ni. Tq!

Ok tu je kot antara perkara paling bermakna yang berlaku sepanjang Tahun 2012 kat blog Syafiqa-Belle ni. Terima kasih kepada korang semua, pengunjung blog ni sama ada yang mengenali atau tidak mengenali diri ini, korang yang tak jemu-jemu membaca repekan ku ini, terima kasih aku ucapkan. Harap-harap teruskanlah menyokong aku sepanjang aku berada dalam dunia blogging ni.

Oh ya, tak lupa juga for the most significant picture of 2012, ini pilihan ku;

(Aku kemalangan kereta pada Jun 2012)

As for the future,
aku sebenarnya teringin nak post something yang lebih menjurus kepada bidang yang aku pelajari sekarang which is Medical. Tapi aku risau post tu akan membosankan pembaca aku pula. Lagipun, aku hanyalah seorang pelajar perubatan, belum sah menjadi doktor pun lagi. Bimbang juga, fakta yang aku bawa tu salah.

Aku juga bercadang untuk kurangkan post berkaitan peribadi dan perbanyakkan post yang berbentuk pandangan. Ini betol2 memerlukan azam yang kuat..haha. Aku cuba untuk menjadikan post aku lebih matang, ok? muahaha.

Matang yang macam mana tu? we will wait and see k...

korang pun, bagitahu la selera korang macam mana.
Mungkin aku boleh tolong penuhi selera korang tu.
(^_^)Y 

Happy New Year Everyone!

Salam.

Monday, September 10, 2012

"Curi-curi Suka" Giveaway! by Eqbal Zack

"Oh, bosannya study. Blogwalking kejap lah."

Senarai post di ruangan Google Reader ditatapnya satu-satu.. Dia scroll ke bawah, scroll lagi dan lagi.. sehinggalah..

"eh ada give away la..aha"

lalu, entri bertajuk "Curi-curi Suka" ini tercipta..wahaha

Actually, dapat tahu GiveAway (GA) ini daripada Blogger NoverGurl. Thanks to her =)


Reviews:
For me this book sounds lovely, "Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai." 

PRIZE DETAILS:

PRIZE x 2:   
Winners will receive book "Curi-Curi Suka" by Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

PRIZE x 10:  
Winners will receive EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

Haa, berminat ker? cekidaud about this GA as Blogger Eqbal Zack said; "You have until 11:59 p.m. Sunday, 16 September 2012 to enter. No entries will be accepted after 11:59 p.m. on 16 September 2012. Winners will be chosen randomly and will be announced on 18 September 2012. So spread the word out!"

belle' : Curi-curi suka?? Best la kalau tidak bertepuk sebelah tangan sahaja sebab sesungguhnya kecewa bercinta pun tak sesakit menyintai seseorang dalam diam =(

Saturday, April 14, 2012

Thanks to my 18 new Followers!

Good Morning Everybody (ni schedule update, jangan tertipu)

Alhamdulillah, blog ni dah ada 421 followers. Nasib baik bertambah, bukan berkurang. agagaga..


  1. mysara :  http://mizzxerra89.blogspot.com/
  2. siti are-ya : -
  3. izzati huda : -
  4. Wanieys :  http://winkwinkwinky.blogspot.com/
  5. ayoi :  http://www.iniayoipunyacerita.blogspot.com/
  6. cikya ^^ :  http://sepahitgula.blogspot.com/   
  7. izzfaizah : -
  8. Ay_yU :  http://ay-yu.blogspot.com/
  9. miss Diela : -
  10. bby @ zyera jeffzull : -
  11. Princess : -
  12. Purpura : -
  13. The Dark Justice :  http://realitilapse.blogspot.com/
  14. Ahmad Zaki :  http://smskey.blogspot.com/
  15. Cik Lemoren : -
  16. froze gurlz : -
  17. MiSz ChOkI2 : http://realitihidupsaya.blogspot.com/
  18. Miss S :  http://freesiagorse.blogspot.com/
Syafiqa-belle : Terima kasih sudi 'Follow' blog yang tak seberapa ni. Semoga sokongan yang jitu terhadap blog ini berterusan ya..chewah =P

"eh Belle, kenapa ada 18 je? bukan ke ada 21 followers sepatutnya?"

Aah, tak kisah la wei.

Janji ada daripada tak ada langsung..kan?

dan yang penting..



Friday, December 16, 2011

Akhirnya, sampai juga 400



  1. Puteri Nur Afiqah
  2. dyabunga
  3. she'z miera amira
  4. firdaus ahmad
  5. Mohd Rozaiman
  6. Didie ela
  7. Hani Mardhiah
  8. G@D!z$
  9. mansyah
  10. kis
  11. Nur Cu'a
  12. Chocolate Paradise
  13. hazanis_de5
  14. Naszierah Nasznas
  15. Sazlie acik
  16. Putera Megat Iskandar Syah
  17. Alongxpdotcom
  18. Akim Iqbal
  19. fithyuyee
  20. Aien Nazrie
  21. Nurul Nazrien
  22. miela
  23. Abu Idris
  24. Emma

p/s : korang yang Italic font, boleh kongsi link blog tak? tak jumpa la kat profile korg

Terima kasih sudi follow. Jemput la singgah lagi blog ni lain kali tau (^___^)Y

Friday, December 9, 2011

Reply Entri Kenwooi : Tweets can be Deceiving

salam.

Apa khabar pembaca yang dimuliakan sekalian? diharap semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan sihat je. Apa yang aku nak coretkan kejap lagi ni? aha, ianya berkaitan isu semasa yang tak berapa nak isu sangat lah.

ok serius!

baru-baru ni kan, aku macam dah ada semangat balik untuk kembali aktif berblog. Tapi tipulah kalau aku kata yang aku terus aktif tanpa melakukan blogwalking dan sedikit perubahan kat laman web aku yang hampir bersawang ni kan? kalau ada yang perasan la.. kan T__T


dipendekkan cerita, semasa ku ber-blogwalking di top blog lelaki SEKSI aku terjumpa entri bertajuk Tweets Can be Deceiving written by Kenwooi. (He is a smart blogger. I like almost all his posts!) Yep, nowadays.. siapa je yang tak tahu Twitter tu mainan ape bukan? Cuma tak semua orang ada akaun Twitter. So entri kali ni khas untuk para pemilik akaun Twitter sahaja.

sebelum apa2, let me explain about what is the meaning of Deceiving.
  • Deceiving (deceive) is to cause people to believe what is not true or in short is mislead. Dalam bahasa Melayu bermaksud perbuatan yang boleh menyebabkan orang salah anggap.
Jadi, adakah anda setuju, wahai para pengguna twitter sekalian bahawasanya tweet-tweet anda itu adalah tipu semata?

"Ya, Yang Arif. Saya, Syafiqah bernombor IC 88X-XX-XX (dah layak sangat mengundi) membangkang sekeras-kerasnya pernyataan tersebut."

"hmm, sila berikan hujah2 anda. Now!"

Tweet melambangkan isi hati kita
  • Berbanding Facebook, Twitter adalah tempat yang lebih, saya ulang, lebih sesuai untuk meluahkan isi hati. Ye la, manusia ni kan penuh dengan emosi. Kalau emosi je mesti nakkan perhatian lebih sikit. Tak kira lah perhatian untuk melepaskan geram atau berkongsi perasaan. Sekarang ni, dah ada Twitter, tweet je lah! Dengan harapan ada yang sudi menjadi pembaca setia di timeline =)
  • One more thing, dah nama pun isi hati, its not a thing yang mudah di baca. ekspresi muka yang tersurat pun bukan 100% melambangkan isi hati yang tersirat. Makanya, tweet menjadi medan untuk men-surat kan isi hati (apa pelik benor BM aku ni?) .
Pembela : tulis isi hati kat kertas tak boleh? baru la betul2 men-surat.

Tweet melaporkan segala aktiviti seharian kita
  • Bangun pagi celik je mata, benda first yang dicapai, SMART handphone. sebab apa? nak tweet 'Good Morning!'. Dah siap-siap nak ke kuliah ni, tweet jap -- 'off to kolej.'
  • Hal ni seolah-olah dah jadi rutin harian. Walaupun nampak macam annoying bagi sesetengah pihak, tapi kadang-kadang ianya berguna untuk sesetengah orang. Sebab ada orang kata la, Isteri Solehah bangun awal pagi. Eh yeke?
Pembela : Boleh je bangun jap, tweet pastu tidur balik *uprolling eyes*

Tweet is live streaming
  • Twitter has timeline. Its a live update. semua orang akan update apa yang dia nampak, lihat dan rasa. Tweet je ape saje. Its like a real life. (ok hyperbola!)
  • aku sendiri tak pasti kenapa perlu update, tapi yang aku tahu, setiap perbuatan pasti ada tujuannya. Kira macam Tweet bersebab la. Kita takkan tweet sesuatu yang kita tak rasa. Kan? kan??
Pembela : Tak, ada je! Maybe, dia bosan. Dia kurang kasih sayang. Ataupun jiwa celaru.

whatever lah pembela. Takpe ea, ada ubi ada batas, ada hari aku balas. ea (sila buat intonasi macam Melly). Ada je yang ko tak puas hati ea. aku dah sehabis boleh try berfikiran positif tau. T___T. (eventhough I just put crying sign, but I'm smiling right now. Itu cuma sebagai penambah rencah dalam ayat tadi. So, am I deceiving?).

**************
sama ada tweet kita real ataupun tidak, nasihat seorang aku;

- tweet lah secara bijaksana -
You! just take it easy, jangan serious sangat bro!
'twitter hanyalah hiburan semata-mata'
- tweet bila perlu -
dan 
-stop bertwitter jika anda seorang yang mudah terasa-
terasa dengan tweet orang lain

dan twitter sangat best untuk masa-masa tertentu sahaja, contohnya;
  1. sewaktu perlawanan bola Sepak, nak-nak time gol dijaringkan
  2. bulan puasa. Ah seronok dapat berkongsi juadah sahur dan berbuka bersama rakan2 twitter.
  3. tayangan Drama-drama menarik TV3, currently I'm watching Tentang Dhia. Best bila mana ramai betul yang tweet dengan begitu emosi sekali..hehe

itu je kot.

thanks for reading 

(^__^)

wassalam.

- Feel free to follow me @syanabel -

Wednesday, November 30, 2011

Top 15 Blog Wanita paling 'seksi' abad ini

2 514 followers
  • kebanyakan penulisan beliau berunsurkan santapan rohani kepada pembaca.

907 followers
  • Beliau blogger sempoi juga merangkap bekas rakan sekelas dan kini adalah senior ku di RCMP. Try la baca belog Aminah ni..best!

948 followers

  •  Beliau adalah doktor cinta. Kami adalah bekas senior & junior di RCMP walaupun kami cuma berkenalan di alam maya sahaja

101 followers

  •  Kagum dengan penulisan beliau yang bersahaja dan bermanfaat. Keep it up girl!

6786 followers

  •  Aku banyak belajar tentang tutorial blog semasa mula2 berblog dulu di sini..hehe

2 333 followers

  • cun kan? ops sori beliau dah berpunya tau. Liyana, juga merupakan ex-classmate ku dulu. Kagum dengan kehidupan beliau yang penuh warna-warni dan kasih sayang yang digambarkan dalam laman blog milik beliau ini..hehe.

8 987 followers

  •  Dah lupa camne aku boleh terfollow blog beliau. Tapi sukakan gaya penulisan beliau yang bersahaja. Nice header!

863 followers

  • she is my ex-schoolmate. Tak begitu mengenali beliau sewaktu di sekolah dulu, tapi blog mengeratkan lagi hubungan kami..hehe.

5 910 followers
  • Terpikat. suka baca. that's it!
23 273 followers

  •  Banyak dapat info terbaru dan best dari sini. Siapa je yg tak kenal Cik Epal?? =)


32 756 followers

  • kagum! walaupun bergelar pelajar perubatan, dia berjaya sebagai seorang blogger. siapa kata budak medik tak pandai bergaya?? kahkahkah

33 533 followers
  • aku ingat lagi. Waktu tu aku terbaca artikel tentang Hanis Zalikha dalam majalah remaja. Then aku terus follow blog dia. Hampir seharian juga lah baca semua entri dia yang lama2. Kelakar, sempoi dan nak baca lagi. No wonder lah, dia antara blogger yang berjaya sekarang.


21 177 followers

  •  She is beautiful =)

21 312 followers

  • Yes, aku follow blog dia sejurus selepas semua orang duk kecoh pasal Khairul Fahmi dah ada awek. Follow pun sebab nak tahu kisah cinta diorang. Kadang2 annoying juga baca yang dia ni duk jaja kisah cinta kat blog. Namun, aku diakui, dia ni pandai bercerita. Tapi sayangnya, jodoh mereka tak panjang. 
  • Dear JejariRuncing, kuatkan semangat! teruskan berblog. Jadikan pengalaman sebagai pengajaran. Ingatlah, semua manusia buat silap.

13 708 followers
  • aku yakin, blog gadis dan gadis ini secantik namanya..eh?
Belle : Senarai blog disusun secara random. 
Yang pasti aku suka betol baca blog mereka! 
Bila ntah aku nak jadi macam depa 
T________T

Saturday, August 20, 2011

Top 10 Blog Lelaki paling 'seksi' abad ini

TEMPAT KE-10

[2936 followers]


TEMPAT KE-9

[2347 followers]


TEMPAT KE-8
[5418 followers]


TEMPAT KE-7

[1003 followers]


TEMPAT KE-6

[17808 followers]


TEMPAT KE-5

[4147 followers]


TEMPAT KE-4

[13546 followers]



TEMPAT KETIGA

[296 followers]



TEMPAT KEDUA

[1306 Follower]


TEMPAT PERTAMA

[3276 followers]


&


infinity (^__^)

[4629 followers]

so, untuk korang punya carta, blog siapa pula ?
nantikan carta Top 10 Blog Perempuan paling 'seksi' abad ini pula k.

Sunday, August 14, 2011

My new header __ & Fesyen tudung terbaru __ . ?

Salam.


cool tak ?

ok fine.. tak  T_____T

ce korang tengok gambar yang seterusnya ni plak

style tak tudung ni..

fesyen terbaru ni

kalah Hana Tajima .. haha


ok fine !!!
tak jugak T___T

Sunday, May 29, 2011

Cara-cara menambah follower

Ilham menulis entri ini lahir selepas ku membaca entri Blog Mis Twit .
  • Jawab 'Tagged'
    • Aku dulu susah nak menjawab tag ni. Aku akan tengok menarik or tak dulu dan of course kalau ada masa mengizinkan baru jawab tag tu. Ni contoh tagged yang aku pernah jawab : 20 random things about me
  • Join Kempen
    • Cara ni cara yang paling aku suka. Di samping kita dapat tambah kenalan blogger, kita juga boleh dapat pahala sebab berkempen. Ala, nama pun kempen kan, mesti lah sesuatu yang berinfo dan mengajak orang ke arah kebaikan..hehe. Antara Kempen yang pernah ku join : Kempen kongsi Idea l Permainan dulu-dulu & Cover your AURAT campaign

Belle : InsyaAllah, blog ni akan mula mempromosikan iklan shopping secara online. Harap-harap nya korang tak kisah. Aku saja nak bantu kawan-kawan berbisnes..hehe. Em kalau korang teringin nak mintak aku promosikan korang punye bisnes, jemput la tinggalkan link. Free of charge. Nanti aku letak link korang kat [sini] ataupun aku akan buat macam post [ini].


Thursday, May 26, 2011

Jom Shopping Online

DNZ E-Shoppe (Facebook)


We are offering a collections of branded apparels, fabrics, babies item and all sorts of accesories.
Its all about quality, reliable and affordable!
Your satisfaction is our assurance. 
Im sure you'll find what you want inside the ALMARI.
Take a while, stay n browse. We believe.....
your shopping dream will come true.
---- Happy Shopping!!----
Warmest Regards, Mas
_______________XOXO_______________


FREE DELIVERY FOR AREAS OF SELAYANG, RAWANG & SUNGAI BULUH
 PLEASE SEE NOTES FOR ORDER AND PAYMENT INSTRUCTION 
PREFER ORDER THRU ; 



Salam. Bella Blogshop ni Bella buat secara sambilan sahaja. Bella suka berbisnes disamping mencari pendapatan lebih untuk menampung perbelanjaan sara hidup yang masih student ni. ^_^

Jom shopping.. dah beli baju raya ke belum? raya dah nak dekat ni.. hehe

Thursday, May 19, 2011

benda yang paling TAK cool untuk dibuat di FB

Ramai orang tahu kan.. Facebook membolehkan semua orang mengetahui tarikh lahir semua orang. Dan hari-hari mesti keluar punya lah kat 'homepage' besday sekian sekian sekian... Tak kira lah orang tu rapat dengan kita atau kita rapat dengan dia. Dan juga ada jugak yang kita baru kenal dan tak kenal langsung. Dan kita pun klik nama orang tu dengan tujuan nak wish "Happy Born-day!". Betul tak? Jangan tipu lah dei..Mesti pernah punyer.

Pada aku! Takde masalah nak wish kat Wall Facebook. Lantak masing-masing la walaupun pada hakikatnya ramai orang akan lebih prefer terima hadiah, kezutan, sms dan lagi best dapat call.. hehe.

Tapi Tapi Tapi.. agak-agak la weyh kalau nak wish pun.. ikhlas la sikit. Busy sangat ke sampai terpaksa tulis macam ni..

grrrrrrrrrrrr..

hb?? Ape tu? Kalau budak medic, Hb is stands for hemoglobin. Ke hepatitis B? Adeh.. maaf! sorry gua memang tak leh terima dei. sesungguhnya itu sangat tak cool ok. sekian terima kasih. sila hantuk kepala anda kat dinding jika pernah buat benda nih..haha.

sebab tu kadang-kadang aku rasa malas nak show up tarikh lahir aku kat profile. Bukan apa, cuma kesian kat golongan-golongan yang cam kat atas tu lah. Risau aku. Diorang ni mcm terpaksa wish pun ade gak. "nanti tak wish, tak ngaku kawan plak." ei. Seyes cakap ni, aku tak pernah paksa korang wish. Aku faham korang busy dengan hal masing-masing. 

Papepun, tenkiu kat kawan-kawan kita sebab tak lupa nak wish. kata orang, lagi baik ada daripada tak ada langsung walaupung HB sahaja. Ei, effort gak tuh nak gi klik profile kita, pastu nak taip H & B , psatu klik share lagi. Ingat senang ker? Appreciate la sikit dei..adoiyai (^__^")Y. Ikhlas tak ikhlas tu belakang citer..hoho

Sunday, May 8, 2011

Rugi kalau aku tak tulis pasal topik ni hari ni

"Bukan aku tak nak buat, cuma aku tiada masa...opss.."

Ya Allah, apa yang telah aku sebutkan tadi?? Tiada masa? Mana mungkin kau tiada masa untuk buat entri pasal ini. Orang lain berduyun-duyun buat topik hangat ni kau tahu tak? kau akan rugi belle! dan busy macamna pun, baik kau luangkan masa sedikit pada hari ini dan buat entri tersebut ok? tak perlu panjang, sedikit pun jadi lah tanda kau mengingati. ok Belle?

Baik!

Pagi tadi, sebaik sahaja aku bangun dari tidur, handphone aku capai. Dengan tujuan mahu menelefon seseorang. Tapi, ah nanti dulu lah. Kalau aku telefon sekarang nanti mesti kantoi aku bangun lewat [jam menunjukkan Jam 9 tambah pula suara aku serak, normal lah selepas bangun tido]. Lalu tuala ku capai dan sebaik sahaja selesai mewangikan badan, lappy kesayangan terus aku terjah. [sebenarnya dah on sebelum mandi lagi..haha] 

Status rakan-rakan di Facebook, tweet di Twitter juga post di blog-blog yang aku follow, semua menceritakan hal yang sama pada hari ini. Iaitu ucapan yang ingin aku ungkapkan sebaik sahaja aku bangun dari tidur tadi kepada si dia. Lalu, seketul status ku taip dan tidak sampai seminit pun, ianya berjaya dipublish di wall Facebook ku. Aku gembira. Tapi aku tahu itu belum cukup.

Aku semakin cemburu melihat entri-entri yang dipost oleh rakan-rakan blogger. Cantik dan seronok membacanya. Tiba-tiba aku rasa rindu. Beberapa kali juga aku cuba menaip sebuah entri yang bertajuk sama, tapi aku gagal. Aku tak tahu mengapa =( Jam menunjukkan pukul 11! Aku mendail nombor 013XXX64XX.

Tut tut tut..

"Assalammualaikum Mak..."

"Waalaikummusalam..bla bla bla"

"Bla bla bla..Selamat Hari Ibu."

"Terima kasih. Ingatkan dah lupa tadi..bla bla bla"

"Hehe..bla bla bla. Ok lah mak, kirim salam semua. Emm... Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aku tersenyum lebar. Alhamdulillah mak sihat. Mak juga gembira. Mak juga cantik (tiba-tiba). Tapi kasihan mak, tiada hadiah istimewa diterima pada hari yang cukup istimewa walaupun aku tahu ucapan, ingatan serta doa daripada 6orang anak, itu sudah lebih dari cukup baginya. 

Aku harap mak tidak cemburu melihat ibu-ibu orang lain menerima hadiah yang mahal-mahal dan special daripada anak-anak mereka di kaca TV mahupun di depan mata. Jangan jeles tau mak. Bukan kami tak nak beri, cuma kami belum mampu. Tunggu kejap je lagi ye mak =)

Entah la, seingat aku, pada hari Ibu aku memang jarang nak beri mak aku hadiah. Aku sendiri tak tahu mengapa. Even birthday dia pun. Apa punya anak lah aku ni kan? Tak patut betul. Em mungkin keluarga aku bukan jenis yang suka sambut hari jadi dan belikan hadiah. Tapi aku, kalau besday kawan..rajin pulak bagi hadiah (^__^")Y.

Lagi satu kan, aku jenis yang susah nak cakap I Love You even dekat family sendiri. Mesti ramai yang cakap, ala family sendiri je pun, buat apa nak disegankan. Entah la, yang pasti, aku tak pernah cakap depan-depan dengan mak aku "Nabila sayang makkkk!". Mungkin pernah, tapi memang jarang la. Kalau ada pun, itu dalam mesej. 

Rugi kan jadi seorang aku? ke korang pun macam tu jugak. Ah yang pasti segan nak bagitahu mak macam tu, bagitahu kat abah lagi la segan. Takut diorang kata aku buang tebiat..hahaha. So sebagai konklusinya, 

Selamat Hari Ibu
Nabila sayang Mak sangat-sangat!
  • maafkan nabila kalau 
    • nabila jarang tolong mak kat dapur
    • nabila selalu mengelak picitkan kaki mak 
    • nabila banyak bagi alasan tak nak cabutkan uban mak
    • nabila malas kemas rumah
    • nabila selalu lewat-lewatkan solat
    • nabila selalu menyusahkan mak
    • nabila jarang call mak
    • nabila dapat result teruk
    • nabila meninggikan suara
    • nabila selalu mintak duit mak
    • nabila nakal
    • nabila tak nak makan pedas
    • nabila belum jumpa calon menantu untuk mak.. erk??
    • dan lain-lain
  • Nabila sentiasa cuba untuk menjadi anak mak yang terbaik. InsyaAllah!
that's all. bye..

Yes, aku berjaya menghasilkan entri Hari Ibu akhirnya (^_^)
..:: entri pilihan ku pada hari ibu di [ SINI ]

Friday, May 6, 2011

malam semalam aku teruja sebab dot dot dot ...

for the first time, dapat 139 pageviews dlm masa beberapa jam selepas entri itu dipublish..fuh

and first time jugak dapat 32 UV (unique visitor) dalam tempoh satu jam

susah kot blog Azali's Daughter nak dapat 11org yang sedang online

and you see, beza amat kot 4 dan 5 haribulan tu

em actually blog ni susah nak dapat peningkatan trafik yang drastik macam tu. Kadang-kadang tu, nak cecah 10views sehari pun sakit. And En Ilham pun lame tak dengar kabar. mane pergi pun, aku sendiri tak tahu jawapannya .. hehe. Kalau sebelum ni pernah dapat trafik masyuk pun sebab buat entri panas :  isu Lensa Rosak & Fatin Liyana, takpun sebab aku join Segmen Ben Ashaari. But then, kali ini.. semalam, lepas aku siap je buat entri pasal haram berkahwin dengan dot dot dot.. wow, menakjubkan! Berduyun2 orang view.

Adakah sebab keywords Kahwin? ke sebab ada dot dot dot?? hehe.. Ataupun sebab aku publish kat twitter & Facebook? misteri misteri .. haha

walauapapun, thanks ye korang semua sebab sudi singgah dan melawat blog yang tak seberapa ini. Terima kasih Syanabel ucapkan. Peace (^__^)Y. Jom Study!

benda yang paling cool untuk dibuat di facebook ...

[ klik gambar untuk proses tumbesaran ]

: to all my FB friends, in honor of Mother's Day I'm trying to see how many of you are willing to change your profile picture to a picture of your mother and keep it there till May 9. I did and so have several others. If you will and you like this idea, please repost this as your status so everyone gets the word and let's see how many beautiful mothers we can get on FB ♥ : (^__^)Y

so camne? cool kan?? hehe

Happy Mothers Day. Mom, I Love YOU so muchhhhhhh! 
klik sini Terima Kasih Ibu~ ]



Wednesday, May 4, 2011

Jemput baca 5 entri ku di GB

Selamat malam semua!

Tadi, sewaktu aku merayau-rayau di Geng Blogger, aku terlihat akan sesuatu
jom lihat sama-sama


makanya, dengan segala hormatnya, ku ingin menjemput kalian semua membaca entri-entri di atas
[ bagi yang belum membaca je la tapi. Kalau sudah baca tapi nak baca lagi, dialu-alukan sangat ]






BELLE' : Sesetengah entri yg popular di ruangan gadget sebelah kanan ni -->
tak mendapat view yang tinggi kat GB. Sesetengah entri yang mendapat viewer tinggi di GB mungkin disebabkan aku menggunakan khidmat SHARE di Facebook & twitter menerusi link GB. 

Menarik bukan?

Dan, kalau korang nak tahu satu tips untuk share link GB di FB dan twitter dengan pantas, jom aku tolong ajar kejap;
  • lepas dah siap post entri di blog, sila ping terus ke GB [gengblogger]
  • lepas tu, klik 'share di twitter' dan 
  • jangan lupa tambah #fb / #FB di akhir link tersebut.
  • pastu klik POST!
  • dan secara automatik, link post korang akan jadi status terbaru FB & Twitter U olz!
Mudah bukan.. sepantas kilat. dengan sekali share shj, your Facebook's & twitter's friend can view entri korang yang terbaru tu.. =) Jimat time beb!


cuba try test 
tekan button tengah-tengah
 scroll mouse korang  [yang sedang dipegang kini]  
pada link-link berwarna di atas
 dan cuba lihat apa hasilnya ?
ajaib bukan.. hehe

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...