Friday, August 31, 2012

Alia Maisarah : Episod 1

Maisarah berbaring di atas katil. Kepenatan selepas seharian menghadiri kuliah. Beberapa minit kemudian dia mencapai telefon bimbit Samsung miliknya dan menekan butang Whatsapp. Dia tercari-cari nama seseorang, dan ..

Sarah : oit oit

satu jam kemudian..

Ali : Ya, ada apa?

Ali : Baru balik kerja

Ali : Penat

Sarah : Penat ke? gi la rehat..

Sarah : Takde apa, saje nak kacau ko

Ali : huhu

Ali : How are you?

Sarah : Aku sihat, alhamdulillah. How about you?

Ali : Exhaust

Ali : Haha

Ali : Nak tido ah

Ali : Haha

Sarah : Yela yela.. tido la ='(

Maisarah mengangguk-angguk sendirian tanda faham. Walaupun di dalam hatinya, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa dia berkecil hati dengan rakan yang amat dirinduinya itu. Kecil hati? Marah? sedih? entah lah. Dia sendiri keliru dengan perasaannya itu. Biarlah..


Wednesday, August 29, 2012

Jauh atau Dekat?

aku ada satu soalan. 

antara dekat tapi jauh dengan jauh tapi dekat, mana lagi better?

Jauh tapi dekat.


kadang-kadang kita rasa mustahil untuk sesuatu perhubungan itu bertahan lama jika berjauhan. Ye lah, bila dah jauh masing-masing sure busy dengan hal masing2 bukan? Bila dah busy mana ada masa untuk orang yang jauh tu

Tapi, tak mustahil la duduk berjauhan boleh menyebabkan kita lebih akrab. Setahu aku ada kebaikan juga walaupun berjauhan ni. Bila dapat jumpa aje mesti happening giler. Banyak betul cerita yang nak diborakkan. Seronok tau tak!

Dan yang aku pasti, bila berjauhan, pasti akan rindu..hehe. 

Dekat tapi jauh.


"Kalau dekat, tak boleh rindu ke?"


Hurm, bukan macam tu. Cuma, kalau berjauhan rindu tu lebih bermakna berbanding duduk berdekatan.

Dan setahu aku, tak pernah pula aku ucap perkataan rindu kat Housemate aku yang biliknya bersebelahan dengan bilikku. Dah la setiap hari aku tatap wajahnya..hehe. Dan kalau aku cakap pun, paling kurang mesti dapat ayat camni; "ko demam ke hari ni Belle?"

Tapi lain pula bila time cuti. After masing-masing dah balik kampung, haa mula la terbit rasa rindu tu. Tak banyak, sikit pun jadi la..hehe.

Kadang-kadang, nama je belajar di tempat yang sama tapi hendak berjumpa tu punya lah susah. hurm, entah lah, aku pun tak tahu mengapa. Aku pasti, korang pun mesti pernah alami benda yang sama kan?  

Mungkin betul lah kata orang; kadang-kadang bila orang tu dekat dengan kita, kita langsung tak pedulikan dia. Bila dah jauh atau pun dah tiada, baru lah kita sedar yang kita amat memerlukan orang tu. 


Mesti korang pelik. Apa benda laa yang aku cuba sampaikan ni kan? Actually moral of the story ialah, sayangi lah orang di sekeliling anda sementara dia masih ada. Jangan tunggu dah berjauhan, baru la terhegeh-hegeh nak cakap, I miss you~ Dan, jangan jadikan alasan jauh untuk kita putuskan tali silaturrahim kita dengan orang lain. Sekarang kan dah moden, facebook aje..hehe.

p/s : kadang-kadang, aku rasa yang lebih elok kita tinggal berjauhan dengan rakan karib kita, korang rasa camne???


Wordless Wednesday #33 [Raya Sakan]




 












kredit to photographers : NorAkmal (anode), Faris & Mohd Helmi Shah.

Tuesday, August 28, 2012

Panggil je Kak Belle!

Salam.

Hari ini
Genaplah umurku
meningkat setahun lebih tua daripada biasa
Aku lahir tahun 1988
so, kira sendiri lah berapa umurku kini

Ah, kata orang
umur tak penting
yang penting
Ilmu & Pengalaman

Sepanjang hidup sebagai seorang aku
banyak betul benda yang aku sudah pelajari
banyak benda yang aku dah lihat
cuma ada la beberapa tempat di Ipoh yang belum sempat aku explore
heheheh =P

Selalunya, pada umur yang sebegini
aku mungkin sudah bertunang atau berkahwin
atau mungkin sudah menimang cahaya mata

tapi aku tidak
masih bergelar seorang pelajar di sebuah universiti swasta

rileks ar Syafiqah!
itu bukan perkara utama
itu bukan fokus aku sekarang ni
apa yang lebih penting
Aku ada cita-cita dan impian ibubapa ku
yang perlu aku capai

minta doa daripada kalian semua
agar aku berjaya dapat apa yang aku citakan selama ni
thanks sudi baca
thanks sudi ikut perkembangan aku
selama aku berada dalam dunia blog ni

Thankssss again!

[ dah tua dah, you can call me Kak Belle' je ]
salam.

Wednesday, August 15, 2012

Nah, Kad Raya ! (^_^)


Selamat Menyambut Raya in Advance. 
Saje post awal2 sebab lepas ni takut tak sempat. 
Tak sangka kan, kejap je dah nak raya. 
Bagi yang cuti lama best la, boleh raya sakan tahun ni. 
Aku pun cuti lame jugak tapi ada exam pula after raya. 
Takpelah, tinggal tahun ni je lagi pun (insyaAllah). 
Nak dibandingkan dengan Adik aku yg terpaksa beraya di India,
 aku lagi bernasib baik kan?
Nak dibandingkan dengan kengkawan
 dan mereka yang terpaksa bekerja di malam raya,
 aku lebih bertuah kan?

jadi, bersyukur Syafiqah!

Belle : Doakan aku tiba di kampung halaman dengan selamat esok, insyaAllah. Alhamdulillah, kereta aku dah siap dibaiki selepas 2bulan masuk ward Perodua. Boleh lah JNG beraksi di Muar tahun ni. Haa, korang pun, drive carefully. Jaga-jaga speedtrap di lebuhraya nanti k =) 

eh, dan juga jemput tau datang rumah beraya..hehe.

last but not least, 

Sabtu ni jam 12.30pm di TV3 ada cite Kabhi Kushi Kabhi Gham. Tengok jgn tak tengok, muahaha 

=P

Friday, August 10, 2012

Tahniah, Pandelela menang pingat Gangsa

Gigih aku tunggu sampai jam 2pagi sebab nak tengok atlet kita, Pandelela (kalau kat Twitter nama Pandalela yang trending) melakukan terjunan beliau dalam peringkat akhir.

serius cakap, masa pusingan awal tu ranking dia agak corot la. Aku macam tak yakin je yang dia ni boleh menang sebarang pingat tapi tu lah orang kata, dont judge.

Tapi entah macam mana boleh tertengok sampai habis. So masa pusingan akhir tu dia dapat ranking 1st. dalam hati aku cakap ade peluang ni dapat pingat.

and alhamdulillah, jangkaan aku tepat. lepas pemenang tempat pertama dan kedua melakukan terjunan, Pandelela / Pandalela jatuh ke tempat ketiga. syukur! bertambah pingat tuk Malaysia.

p/s : aku nak cadangkan, pihak New York Skin Solution bagi tajaan produk penjagaan kulit tuk Pandalela :)

Wednesday, August 1, 2012

Jangan sedih



 Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain

 Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri

 Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN

 Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain

 Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri

 Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri

 Jangan sedih jika kamu selalu JATUH.
Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali

 Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR.
Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN

Belle' : Pengalaman sangat-sangat mengajar aku erti kehidupan.
 

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...